thanx korang

Wednesday, December 30, 2009

WET WORLD PEDAS

punyalah berkurun

baru hari ni dapat update :D

so enjoy the pics..

yang lebih2 happy
adalah mak2 dan bakal bapak budak
:D

own yang duk menolak aku ngan mek
heheheh dh ler rembat 'boya' sape ntah
hehehehe

boya = pelampung...bahasa kampung aku :p

the hubby and wifey
yg bertanggungjawab merancang picnic ini
hehehehe nk letak gambar lg satu
mcm kelucahan terlampau plak :p



help help mudong is dugong
hehehehe

perangai sekor ke sekor
mcm ape je
mcm orang ilang ingatan waktu berpicnic

adehh tgk je lah gambar kaki aku tersepit di celah boya tue

tue lah tak sedor gemok nak gak men menatang tue
blom lg kisah kami naik gelongsor tinggi
ade yg tersekat lah

then hampir terbalik lah

sangat2 ngeri ok

korang kalau berkesampatan pergilah sane

bestttt walaupun tempat biasa2 je

picnic ekonomi namanyer :p

Tuesday, December 29, 2009

me, own and alvin

kerana mengalami masalah yang sama
iaitu masih tidak mahir dengan window7 nie
nk transfer gambar tak jadik2
jadinya ini je lah gambar yg dapat aku tepek :)

ahad yang lepas
setelah berminggu berada di dalam mood busy terlampau
aku berjaya juga menculik own
tido di umah equine
together with my younger brother abe

heheheh

alangkah indah nyer
saat2 bila aku celik mata
lihat own di sebelah

bgn awal buatkan sarapan
waima hanyalah maggi in cup ayam

suap dia makan
huhuhu
satu perasaan yang tak bleh nak digambarkan dengan kata-kata

aku berjaya dapatkan tiket utk alvin and the chipmunks 2
tp dapat tgk kt mines je lah
hasrat nk tgk kt curve tak kesampaian
kerana kepadatan manusia yang turut sama
ingin menonton disitu

pergghhh ayat skema kan
hahahaha

alvin and the chipmunks 2 mmg best
sehingga kan ada part2 yang own pn turut menari sama

nampak dia enjoy sangat ngan movie ni
dalam movie kali ni
kalau korang dh biasa follow kartun nie waktu kita kanak2 dlu

first kemunculan chipettes
iaitu chipmunks betina

heheh gile comey dengan tarian lagu beyonce
own suke sengih2

ada part sedih
own siap tanye

"mama nangis tak???"

"own nangis..."

siap paksa aku nangis sama lak tue

adeh jiwa sensitif jugak anak aku ni
hahahaha

mcm mak dia jugak :)

apa2 pun
kalau korang tanya
best ke tak

aku akan kata BEST
sebab dr zaman kanak2 aku ngan akak aku memg suke giler ngan kartun nie
sanggup tunggu pepagi buta tue
korbankan waktu tido kiteorg
hehehehehe

lagu2 pn best

jadi....
sila lah beramai2 ke panggung wayang yang berdekatan yer

cik ween kata : opsss pesanan penaja ni aku tak dapat sesen pun...huhuh agak sadis :p

Sunday, December 27, 2009

BOWLING, SAMBUTAN HARI JADI, ANNIVERSARY JUGA ALVIN AND THE CHIPMUNKS 2

cerita yang mana satu aku nak mengarut kat sini

cerita tentang bowling kah
dimana group aku dpt no.1 yeayyy
owwhh ini bukan riak

cerita tentang sambutan hari jadi toyeng, bubu dan anniversary bubu dan daddy kah?

cerita tentang alvin and the chipmunks 2
yang telah aku tonton bersama own pada hari semalam

hmmmm terlalu banyak cerita
terlalu banyak peristiwa

TETAPI

HANYA ADA SEDIKIT MASA
huhuhuhu

apakah....

korang decide leh
nak baca yang mana dlu?

Tuesday, December 22, 2009

wet wet wet

aku sedang cuba mengupload gambar sewaktu
berpicnic tempoh hari

takde lah jauh pn
dkt wet world pedas je

takde lah tempat best sangat pun
janji lah asalkan ado
hehehehe

own mmg sangat2 puas hati
sampai tak mahu balik

adehhh pening sekejap di situ

tunggu lah dh settle upload gmbr sume
aku cerita lagi

daaaaaa

Monday, December 21, 2009

MASIH DENGAN MALAS

ada orang tanya aku

"kenapa cik ween jarang update blog sekarang???"

owwhhh bukan sebab aku masih dalam mood berduka lara
setelah putus cinta
bukan juga kerana aku berkurung dalam bilik
sehingga tiada aktiviti yang bleh dikongsi dengan kalian

tapi sebenarnya
sekarang ni aku BANYAK SANGAT AKTIVITI
sehingga kadang2 tak tao nak kongsi yang mana

:)

heheheh my life now
benar-benar dah berubah

aku lebih happy
aku lebih ceria

hmmm
walaupun tanpa si dia disisi :)

nnti lah
perlahan-lahan aku akan sesuaikan diri
dengan dunia yang busy ini
dan juga aktiviti blogging

sesungguhnya
rindu sangat pada kalian
pada dunia blog

huhuhuhu
sementara aku sedang dalam proses menyesuaikan diri
harap2 kalian semua sihat

dan yang pentng
jaga diri
dan jangan nakal2

love u all

Thursday, December 17, 2009

PEMALAS NK MAMPUS

KEJADIAN ADALAH BERLAKU PADA
HARI SABTU YANG LEPAS

dh berkurun baru nak update gitu

selesai urusan menghantar family ku ke ampang
aku ligat carik alasan
tidak mahu berlamaan di sana

rasuah bubu ngan daddy
seorang 50 aku challo balik equine

own adalah tidak mahu ikut kerana sudah seronok jmp faiz

balik umah rehat2
around kol 3 gerak g upm
tgk mummy men netball

otw balik aku dh set dalam pala otak
ok aku nk singgah mcd
sebab dari pagi tak makan apa kan
kebulur tak terhingga!!!!!!!

tp ntah apa bengongnya petang tue
aku terus balik umah plak
tanpa rasa bersalah kt perut
yang sepertinya mahu meletop kelaparan

hehehehe

dalam kol 5

aku nekad nk sms nurul
tanpa rasa malu nya
kerana rasa mahu mengatasi segala2nya

"uyoi...hari ni ko masak tak???"

"lauk tghr sup ikan adalah...knp"

"aku lapar...ko buat arr kuih2 jap lg aku datang makan"

"datanglah....."

"tapi aku malu..."

"blah lah ko nak malu2...."

terus dalam hati mcm
owwhh dapat makan free
heavennnnnnn

pergghh tanpa rasa segan silu
hilang segala sifat sopan santunku
dan tanpa rasa bersalah

start enjin keta
terus ke lestari perdana

nyummm nyummmm nyummm
sedap nya sambal tempe nurul
sup ikan, dan ikan masin
perghhhh

mmg best!!!!

cik ween kata : uyoi...nnt bila ko masak lebih2 tue, sms lah aku yer...confirm kalau takda hal aku mesti datang makan :p

Wednesday, December 16, 2009

TATAKELAKUAN

we talked again
about the surat layang
and the pertukaran

we = me and dato' bos

nampaknya dato' bos sangat-sangat kecewa dengan apa yang berlaku

bukan kerana dia sedih orang kuat atau bahasa carutnya kroni nya akan ditukarkan
iaitu ex bos aku
tetapi kerana
mereka yang menulis surat layang ini
tidak sedar implikasi surat tersebut kepada jabatan

ex bos aku
sangat garang
and sangat-sangat straight to the point
serius
kalau dia tak suka
kalau dia tak berkenaan
kalau ada apa yang tak betul
mmg dia akan sound direct je

tanya lah staff di kewangan
dia siap bukak laci
and mengantoikan
berkeping-keping voucher yang masih tidak dibuat bayaran

we think
that's why ramai kakitangan tak suka dia

entahlah bagi aku ngan dato' bos

biar laser di depan
jgn laser di belakang

bahaya

sekarang ni ramai nau orang yang cam gitu
kena berhati-hati pilih kawan

:)

cik ween kata : sedihhhhh.... hmmm aku doakan pengganti yang baru nnt lagi maha dasyat garangnya :) padan muka dorang..buat keja tak betol kena marah nak sentap plak...chittttt

Sunday, December 13, 2009

percaya dan yakin

percaya dan yakin
adalah 2 perkara yang berbeza

antara kedua-duanya

mana satu pilihan hati?

tanya pada diri
renungkan

dan buat keputusan

aku pernah percaya
dan aku juga pernah yakin
tapi akhirnya tetap TEWAS

aku tidak mengalah
masih lagi membuat keputusan yang sama

tetapi berbeza situasi dan orangnya

aku memilih percaya dan yakin pada teman-teman
kerana ianya memang menjanjikan kebahagian

cik ween kata : i'm happy with what i'm now...and aku percaya dan yakin aku sedang berada di landasan yang betul... tidak mahu menoleh lagi...terima kasih atas segalanya...cewahhhh penuh dgn kejiwangan :p

Thursday, December 10, 2009

SAMA LAH

cik ween jumpa thumbdrive lama
dalam laci

hmmm gambar own waktu kecil
waktu ni dia 2 tahun
bulat kan

alang yang jaga waktu ni

hehehehe

sama tak rupa kami

tolong lah ckp sama

own skrg dh kurus
dh tak debab mcm dlu
mungkin sebab byk sgt main kot

tp persamaan own dlu dan sekarang
adalah kepala dongga nye

muahahahaha

cik ween kata : motif kutuk anak sendiri????

Tuesday, December 8, 2009

SI BADAK YG COMOT

gambar kecik sebab malu
hahahaha

ini adalah si embun
bdk opis aku gak
merangkap ketua koir jabatan
satu ketika dlu

owh bkn nk citer psl embun
aku nk citer psl telinga aku
hahahaha

one day
aku sedang berlari2 mengejar waktu
takot ditinggalkan si mek

abg hashim merangkap par aku :

"raja..... den wahab kat mane???"

den wahab sebena nyer en. nik wahab..pegawai akua

aku dgn confident je
jawab sambil lari2 anak

"den wahab kt wisma yakin lah..."

then dia tanya lagi
aku jwb lagi sambil lari

last2 muka dia blur
aku berenti kt dpn tanya balik

"abg hashim nk tau den wahab kt mana kan???"

hahahahaha

"hoiii bkn den wahab lah tp nik wahab"

damnnnn

agak kemaluan disitu
terus chowwwww

cik ween kata : telinga selalu servis selepas mandi tao :p

Monday, December 7, 2009

DAMNNNNNN

dia merajuk
sebab aku tido tak sedarkan diri ptg semalam
walhal aku dh janji nak bawa dia ke city park
rutin harian kami setiap minggu
huhuhuhuhu
dan aku yg maha pemalas nya
menggunakan kuasa veto aku
menyuruh bolam bawa own ke city park
sesambil nak g amek ain kan
hehehehe
aku???
bgn dan sambung makan spagethi yg aku masak pagi td
kui kui kui
cik ween kata : penat tak terhingga

Friday, December 4, 2009

PILIHAN DAN PELUANG

dalam kehidupan
kita kadangkala tidak perasan
atau sengaja tidak mahu ambil tahu

kita selalu dan setiap hari
berdepan dengan pilihan

pagi
nak bangun atau sambung tido?
nak pergi keja atau mahu ponteng?

tengahari
nak lunch kt kafe atau nak tapau?
nk g alamanda ke tido kt surau?

petang
nak tunggu jam 5 atau cabut je sekarang?
nak balik umah terus or kuar melepak?

malam
nak tgk tv ke nak tido?
nk gosok baju malam ni ke pagi esok?

sebelum ini
aku paling benci bila aku kena buat keputusan
aku lebih suka ikut orang lain

just go with the flow
bahasa carutnya
:D

tetapi keadaan adalah sedikit berubah sekarang
aku sudah berani
dan aku bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas setiap keputusan yang aku ambil

KITA TIDAK AKAN TAHU APA YANG AKAN BERLAKU JIKA KITA TIDAK BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN

dan satu ayat yang diungkapkan oleh seorang 'mak' kepada aku
yang akan aku pegang sampai bila

ALLAH TAK AKAN DUGA KITA DENGAN DUGAAN YANG TIDAK MAMPU KITA HADAPI....
SETIAP DUGAAN YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH
ADALAH DUGAAN YANG ALLAH TAHU
KITA PASTI MAMPU TANGANI DAN HADAPI

thanx 'mak'


cik ween kata : if u have a dream PROTECT IT!!!!

Wednesday, December 2, 2009

MOOD = BATUK

batuk yang hampir sebulan
masih takde menunjukkan
petanda akan pulih

mungkin perlu ke hospital segera
itulah setelah disaran oleh dato' bos

huhuhuu

malasnyer nak cuti
malasnyer nk beratur
malasnyer nk g klinik
malasnyer nk makan ubat

cik ween kata : dato' bos tak belikan jeruk dari penang..katanya aku masih dalam mood kebatukkan.....

Tuesday, December 1, 2009

SEMPURNA, BAIK DAN MULIA = ???

* gambar adalah tidak berkaitan dengan entry
SEMPURNAKAH dirimu
sehingga kini kau masih mahu menyalahkan ku?
BAIKKAH dirimu
sehingga kini kau masih tetap mahu mencari salahku?
MULIAKAH dirimu
sehingga kini kau tidak pernah penat menghinaku?
aku sedar siapa aku
jadi alangkah baiknya
jika kau dan aku
kita mulakan hidup baru
menjadi seorang yang baru
meninggalkan semua kenangan
melipatkan semua cerita
agar satu hari nanti
kita bisa tenang sahaja
aku dan kamu
kita sudah jauh berbeza
lepaskan aku
dan semua kenanganku
kerana ku tahu
dia ada menunggmu
cik ween kata : susah ker nak melepaskan semua kenangan??? cik ween dh lepaskan semuanya...berharap agar pihak satu lagi begitu jua

Monday, November 30, 2009

MENGEDATE WITH OWN

sabtu lepas
semasa semua orang mungkin sedang seronok lagi berhari raya
aku dan mirul dengan senang hatinya
menaiki kenderaan awam ke KLCC

hehehehe
bkn tak nak drive
tp sekali sekala
mahu bawa own berjalan2

sampai di KL Sentral jam 1.30 tghr
sedangkan show ben10 start pada jam 2.00 ptg
(ikutkan jadual lah..actually start lambat around 2.30 gitu...)

aku dh mengantuk2 dh tunggu mane lah si ben10 own ni
tak muncul2
own pn dh mengaruk kebosanan

heheheh dr KL Sentral terpaksa membayar sejumlah harga
kerana menaiki cab
takot tak sempat lah katakan

own juga berjaya mengepow aku
makanan yg berharga RM15 sewaktu rehat
alahaiiiii karipap ngan soya yoooo

pulang singgah berjalan di KLCC
dia juga berjaya mengepow aku
sebiji bola ben10 dan skateboard

hmmm pengaruh show tadi lah ni
takper-takper
sekali sekala :)

pulang dengan menaiki putra LRT ke KL Sentral
sebelum menaiki Komuter terus ke Labu
hehehehe
happpyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!

penat tak terhingga
sehinggakan
call dari kawan-kawan terpaksa aku abaikan
yerlah dgn handbag, kamera, own, skateboard, bola
hmmm kt tengah2 manusia yg ramai tue
die leh buat perangai

huhuhuh
sebelum balik mahu kasik die duduk diam sekejap
singgah mcd...
hehehe ugut sikit nak belikan die prosperity
:)

tahu die takot
sebab hr tue die makan die kepedasan
muahahahaha

walaupun penat
tp berbaloi-baloi dapat spent masa berdua-dua

cik ween kata : i love u own...forever and ever... eh ini entry auto publish yer...mungkin hr nie cik ween di rumah... ada masalah peribadi yg harus diselesaikan... hmmmm :(

Thursday, November 26, 2009

AKU LAH MAMARAZI

gambar diambil pada malam kejadian
aku mendapat EOS tue
hehehehehe

puas tol nk amek gambar mamat nie
damnnnnn
berbagai cara diguna tak berjaya jgk

bkn nyer nak mengurat ker ape
tp rupa si polan adalah mirip seseorang
heheheheh

korang tlg jgn tanya siapa eh
:)

tp mamat di hari kejadian
adalah berganda hensemnyer

cubaan demi cubaan
sehinggalah majlis bermula
dan si mamat pn seakan perasan
kami yg asik memerhati

"hello bkn aku nk ngurat ko pn
aku just nk amek gmbr ko sebab rupa ko mirip ngan seseorang"







si mamat yg katanya model iklan hari raya pn ada di hari kejadian
tp sorry yer
bkn nk amek gmbr
tp i nk amek gmbr mamat di belakang u

peaceeeeeee no war!!!

cik ween kata : hahahah mmg kejam btol malam itu

Wednesday, November 25, 2009

THE CANON EOS 400D

kejadian dh berlaku lama
tp baru nak letak kt blog kan
hehehehehe

maaflah keadaan agak tidak mengizinkan lately
aku agak busy
fight for sumthing kan

just wish me luck k

ok2 berbalik kepada tujuan asal entry ini dibuat

baru2 ini aku telah berkesempatan
mengikut seorang teman ke majlis yang maha happeningnyer
seriussss high giler!!!!

seronok
bkn seronok sbb enjoy
but aku dpt memacam information kt situ

membuka minda
membuka mata
apa yang selama ni kita tak nampak

:)

ok di hari kejadian ada lucky draw
mmg aku tak mengharap apa-apa pun
dh lah dtg sebagai tetamu kan
:)

lgpun aku tao
aku ni malang orangnya
tak pernah bertuah
*kecuali tiket fireflyz yg tak gune2 lg nie

but
at the end
serius aku terkedu tak tao nak ckp ape
sebab benda yg mmg dh lama aku idamkan
yg dlu tiap kali ke jusco aku mesti g godek2 benda alah tue
akhirnya menjadi milik aku


gambar adalah kecil kerana tak mahu dikata riak plak :)
but serius
aku smp hr ni mcm tak percaya
yg camera ni dpt kat aku

hmmm kpd kengkawan yg lain
cuba lagi di next MMG k??

siap dpt beg korang
heheheheh

suke sgt
dan kamera ini telah dirasmikan dengan jayanya

berjaya memuatkan 566keping gmbr
yg diambil secara membuta tuli
kerana masih tidak mahir

tekan je
janji ade gambar nyer :)

cik ween kata : happy dan bersyukur sgt

Tuesday, November 24, 2009

HYPER WEHHHH

semalam agak celaru
hari ni lagi lah...

sedang dalam mood hypertension

later akan kongsi dengan kalian
cerita tentang weeding, lucky draw, weekend

damnnnnnn

:(

cik ween kata : huwaaaaaaaaaaa nk nangis kuat2 oppsss nk gtao skit...gmbr own diambil menggunakan EOS yg baru tue hehehehe

Monday, November 23, 2009

DUIT ATAU PELAJARAN???

sedang cube mengepost bersama entry ini
gambar yang maha comel
hehehehe

yg pasti bkn gambar aku

tp malangnya
setelah mencuba berkali-kali
usaha gagal

aku yg sedang stress
kerana perlu buat keputusan yang besar

telah merasakan bagaikan ada gunung berapi yang ada dalam kepala ku akan meletus
dalam masa beberapa saat lagi

jadinya
aku dengan berat hati
mengambil keputusan untuk cabut jam 12.00 tghr ini
bersama-sama dgn p.a ku

wehhh aku pn ada p.a jugak tau
sapa yg ikut blog lama dlu
sure kenal

hehehehe

yesssss lagi brape minit je nak balik
selamat hari isnin korang

cerita hujung minggu kita kongsi kendian k

muaahhssss

cik ween kata : result permohonan ke tettt dh kuar....alhamdulillah aku berjaya tp sekarang aku berbelah bagi.. hmmm yang mana satu nie.. duit atau pelajaran???

Friday, November 20, 2009

PEMANGSA DAN MANGSA

kasihan si teman
selalu sangat jadi mangsa
walaupun ketika hari jadinya
hari jadi teman lain
dan mungkin hari jadi jiran dia
mesti dia jugak yang akan jd mangsa
heheheheheh

kejadian berlaku adalah ketika
sesi karaoke bersama teman-teman seperjuangan
:)

heavennnnnn

karaoke????aku????
hahahaha aku tak nyanyi je
duduk diam tgk layan dorang
joget skit2

sesi menjahanamkan kek yang diberi percuma pn aku tak join
eh aku kan bdk baik....
aku tak buat keja-keja jahat ni

aku tumpang gelak dan tepuk tangan je
hahahahaha

so ada sesiapa yang nak join aktiviti ganas begini?
sila angkat tangan
hahahahaha

cik ween kata : pertama kali bertentang mata dengan teruna yang sedang merajai hati si teman... hensem babe bila jmp secara live... muahahaha pujian yg penuh makna :p

Thursday, November 19, 2009

BERTUAH ATAU TERBERTUAH??

aku seorang yang malang
serius...

aku tak pernah merasa diri aku bertuah

tp malam td
telah membuka minda aku yg sempit dan kolot ini

aku juga bertuah
mungkin tuah daripada mereka yang berada disekeliling malam tadi
meresap sedikit kedalam diri aku

alhamdulillah :)

tak jangka sebena nyer

anyway thanx babe.....

cik ween kata : apa yg cik ween bertuah???apa yg cik ween dpt??? tunggu... selalu2 lah jenguk blog nie yer...

Wednesday, November 18, 2009

hey ladies!!!

ku tujukan buat semua teman

hey ladies!!!!!!!!!

sudah ku bilang jangan terlalu yakin
MULUT LELAKI BANYAK JUGA TAK JUJUR
bila sakit hati wanita bisanya nangis

SUDAH KU BILANG JANGAN TERLALU CINTA
kalau patah hati siapa mau nolong
SEPERTI LANGIT DAN MATAHARI TAK BERSATU LAGI

HEY LADIES
JANGAN MAU DIBILANG LEMAH
KITA JUGA BISA MENIPU DAN MENDUAKAN
BILA WANITA SUDAH BERAKSI DUNIA HANCUR

HEY LADIES
SEKARANG CINTA PAKAI OTAK
jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
bila dia merayumu ingat semuanya BOHONG

memanglah tak semua laki-laki busuk
namun ladies tetaplah harus waspada
semogalah kita semua akhirnya
mendapatkan cinta yang tulus

Tuesday, November 17, 2009

kenapa tiada?

hari ini tiada entry baru
esok juga
kenapa???

weekend yg lepas aku mmg busy sangat
tak sempat nk buat entry seminggu utk korang mcm biase

plus lappy aku ni mcm ade prob je
nk kena anta format balik :(

hmmm nnt aku akan update cerita k
sepanjang peninggalan aku

korang jaga diri baik2
jangan nakal2

jgn lupakan cik gobu ni yer

:wink

Monday, November 16, 2009

MARI BERBOGEL

kan aku dh mention pergi ke spa
bersama cik puan yg sorang nie

heaven!!!!!!!!!!
kenapa spa kena gune smiley tue?
sebab sebelum kami membogelkan diri diurut dari atas sampai ke bawah
kami dengan penuh bangga nyer membogelkan diri bersama-sama di dalam bilik sauna
hahahahaha

takde lah bogel sangat
ckit2 je

selepas agak2 separuh nyawa
bkn panas tp kehausan teramat sangat
aku yg hampir give up
kami diselamat oleh amoi spa yg cun melecun tue

"sila keluar dan pergilah terjun tiruk dalam kolam jakuzi tue"
*ok ini bukan dialog sebena

utk pengetahuan korang
aku adalah sedikit jakun kerana ini pertama kali aku berjakuzi

dan hasilnya
waktu nak bilas badan dan mandi
aku bersandar di dinding keletihan
mmg mcm nak pengsan
sepertinya kau dah lari 50 pusingan padang bola bukit jalil

mmg aku hampir collapse arrr
tp jgn mengalah disitu

kerana selepas itu kita akan diurut!!!!!

yeaaahhaaaaa

ok sambung next entry

Friday, November 13, 2009

BYE-BYE

dari januari hingga ke november
aku tertunggu-tunggu
akhirnya
hehehehehe :
kuku ibu jari kaki aku akan tercabut jua
bermula dari 5 tahun yang lepas
ketika itu aku aktif dengan aktiviti panjat gunung ni
pertama kalinya kuku ibu jari kaki aku tercabut
sebab menahan berat ketika turun dari gunung datuk
hehehehe
*time tue takde lah gemuk sg kan

dan bermula dari situ
stiap tahun
mesti ade je penyebab yang akan membuatkan ibu jari kaki aku ni terluka
dan seterusnya tercabut

tahun ini agak lambat
mungkin kerana aku tidak terlibat dengan apa-apa acara ganas kot
dan akhirnya

pada minggu lepas
ketika bermain futsal
amek ko!!!

penyebab adalah KASUT
aku rembat je pakai kasut yg aku buat jogging
memandangkan kasut futsal NIKE ku itu telah dirembat dengan jayanya
oleh malaun yg tak berhati perut

teruja bermain sepak sana sini
sekali tepatttttt ke ibu jari kaki

shitt!!! tak sakit sebab dh biase
setiap tahun mesti kena
dah lali kata orang
hahahahaha

cik ween kata : abaikan gmbr yg menunjukkan betapa hodohnya jari kaki ku...nmpk tak darah skit-skit tue??heheheh mintak simpati....

Thursday, November 12, 2009

CELUP LAMA KE CELUP KEJAP???

baru-baru ini aku dengan berbesar hatinya
telah menerima ajakan seorang teman ke spa
heheheh maun tak eh free
sebab tue besar hati
kalau berbayar
terus kecut hati
hahahahaha

serius giler hebat dan seronok dan ketika itu
baru lepas bermain futsal
terus ke spa
heaven!!!

ok cerita tentang spa di entry yang lain
aku nak cerita tentang kejadian yang memalukan di hari kejadian

dalam tempoh menunggu untuk dipanggil ke bilik urut tue
kami dihidangkan lah dengan secawan teh dan 2 keping biskut tiger
baru lepas sauna dan jakuzi bagai tue
kebulur dan haus bagai tak hengat dunia
hehehehe

ngappp 2 keping biskut tiger
cicah-cicah dalam air teh o

si teman...owwhh sukses
aku???

see..........

boleh eh serpihan biskut terjatuh ke dalam air tue
bukan sekali tp dua kali

hmmm mesti kejap lagi
amoi-amoi spa tue mengutuk
sapelah yang jakun duk rendam biskut lame-lame dalam air
hahahahah

time tue rase nak tukar je dgn cawan yg ada kt sebelah
biar org tue yg malu bkn aku
hehehehe

cik ween kata : si teman kata cik ween 'celup' lama sangat hahahahahaha 'celup' lama lah baru best...opss kelucahan disitu muahahahaha

Wednesday, November 11, 2009

JATUH CINTA LAGI

apa itu CINTA?
apa maksud sebenar CINTA selain dari perasaan sayang yang teramat sangat kepada keluarga, negara ataupun yang berlainan jantina???

aku pelik
kenapa orang lain mudah sangat jatuh cinta
mudah sangat mengungkapkan I LOVE YOU
??????

aku tidak akan jatuh cinta pada orang dengan mudahnya
melainkan aku sudah kenal hati budinya
sudah kenal latar belakangnya

kenapa????
kenapa???
kenapa???

kenapa orang lain mudah sangat jatuh cinta
bila kecewa
tak sampai sebulan dua
sudah ketemu CINTA yang baru

sedangkan pedih putus cinta dahulu
belum pulih sepenuhnya
atau CINTA baginya
hanyalah perasaan yang biasa
tiada yang istimewanya

kalau begini
di mana ekslusifnya perasaan CINTA ini
di mana letaknya martabat perasaan CINTA ini

kerana bagiku
CINTA itu perasaan yang indah
perasaan yang agung
yang martabatnya ku letak tinggi nun disana
kerana itu aku tidak mudah jatuh cinta
tidak mudah mengungkapkan kalimah AKU CINTA PADAMU

melainkan bila aku berjenaka :p

CINTAILAH DIRIMU SENDIRI SEBELUM KAU MENYINTAI ORANG LAIN

dalami apa definasi CINTA
sebelum kau mengaku
kau sudah JATUH CINTA



tolong berikan ku jawapan!!!

Tuesday, November 10, 2009

SILA KALAH DENGAN BERMARUAH :)

gmbr : hasil culikan dari surat khabar utusan

pasukan underdog
berjaya membuktikan
walaupun bukan pasukan pilihan untuk menang
tapi tidak patah semangat
terus berjuang

terima kasih kepada skuad n9
akhirnya ini milik kita
setelah 61 tahun menanti

pesanan dari pihak penaja :

kita kalau nak menyokong sesuatu pasukan atau sukan
tidak perlu disertakan dengan emosi

hari tue M.U kalah ngan liverpool
hen semalam kalah lagi dengan CHELSEA
dan sekarang berada di belakang ARSENAL

aku masih relax
dan masih terus menyokong
sekurang-kurangnya harapan itu masih ada

"sokonglah dengan berpada-pada kalau tidak ini lah jadinya"

cik ween kata : jgn kata aku tak ikuti perkembangan bola tempatan...HOBIN JANG HOBIN

cik ween kata lagi : liverpool tue sengaja aku tak mo CAPS kan sebab dh takde harapan dh tue mueheheheh :p

Monday, November 9, 2009

kutip kutip cerita

dikutip dari blog cikupaslaroren

"Mesti orang diluar sana fikir "perempuan montel ni terlampau desprate nak berBF sampai kene tipu". Haih. Aku sukar nak komen kalo dah melibatkan hati dan perasaan ni. Hurmm mintang simpang."

aku harap teman-teman tiada yang terkena
tiada yang mengena
tiada yang sengaja ambil lewa

bukan bersikap paranoid
tetapi berhati-hati
zaman sekarang zaman teknologi
semuanya mungkin terjadi

iyer tak semuanya sama
tetapi kita manusia
tidak tahu apa akan berlaku esoknya

p/s cik kupaslaroren..awak tak gemok ok...awak comel dan gebu...mcm saya

Friday, November 6, 2009

OWWHHH SEDIHNYA

hari ini genap 2 minggu
dato' bos outstation

:(

sobb sobbb sobbb

aku bosan
aku sunyi
takde teman untuk bergossip
takde teman untuk gelak-gelak ketawa

takde sape nak bagi aku keja
takde sape nak swoh aku call sana call sini

takde ape!!!!!!!!!!!!

otak jadi tepu
badan jadi beku
huhuhuhu

aku bertahan disini hanya kerana dato' bos
yang sangat-sangat baik

kalau tak dah lama mintak tukar dah
huhuhu

Thursday, November 5, 2009

KOLOT

KOLOT mengikut dewan bahasa bermaksud

kuno, cara lama (tidak moden), ketinggalan zaman

aku memang KOLOT

serius!!!

tidak mengapalah

janji aku bahagia

janji keluarga aku bahagia

:)

dan alhamdulillah akhirnya saya sudah mampu tersenyum ikhlas sekarang
ketawa dengan jujur

terima kasih :)

Wednesday, November 4, 2009

KEADILAN kah???

Dimana keadilan

Dimana keadilan untuk kami
Si nasi yang telah kau puja berpuluh tahun lamanya

Bila baju yang menjadi kegemaranmu
sudah tidak mampu kau pakai
Kau salahkan kami
Kau abaikan kami
Tetapi fizikal mu tetap juga besar begini

Sebenarnya tidak pernah kau sedari
Makanan bergoreng yang kau idami
Makanan segera yang kau pujai
Kemalasan yang semakin merajai diri

Punca fizikal kau jadi begini

Jangan salahkan kami lagi
Salahkan diri sendiri

Owh dimanakah keadilan untuk kami
SI NASI

p/s hmmm tgh gigih nak berjogging setiap weekend :wink

Tuesday, November 3, 2009

kaler mengaler

ingat tak waktu kecil-kecil dahulu
kita selalu main warna-warna
bukan takat di lantai simen, di dinding juga di kertas lut air yang berjaya ku rembat dari sekolah

hahahaha
pensil warna usah citer lah...
kalau dapat brand LUNA memang dah heaven giler!!!
nk nyer yg beso tu kan

kalau kwn2 nk pinjam punyalah kedekut
kalau bagi pn dgn syarat

"JANGAN ASAH"

sebab sayang sgt kalau jd pendek

budak-budak zaman sekarang pn gitu gak
own pn mcm tu
tp aku belikan dia pensil warna jenama TESCO yang berharga RM1.00 tue je

mane tahan tiap2 minggu nak pensil warna yang baru
huhuhu

dan sekarang own dh punya jalan baru
tak perlu lagi pensil warna

see... :



hmm hebat kanak-kanak zaman sekarang
melukis dan mewarna menggunakan lap top sahaja
ok gak tue
takde lah bersepah2 dan risiko dinding rumah di warnakan
hehehehe
p/s lihat train own...tayar ade yg kecik ada yang besar...jahanam!!! hahahaha

Monday, November 2, 2009

alahai sudah tua

sedar tak sedar
aku sudah tua rupanya

memanglah selama ini aku sedar aku tua

tetapi terasa sangat tua
bila melihat adik-adik disekeliling
yang berkahwin, sedang menunggu kelahiran cahayamata,

and yang terbaru
ada salah seorang adik ku
akan melangsungkan pertunangan
tak sampai sebulan dari sekarang

kelam kabut juga dia
tidak tahu mana yang mahu diselesaikan dahulu
malahan dia sendiri tidak akan menyangka secepat ini

aku juga begitu
teringat dahulu zaman gila-gila
sewaktu di poli
kami bermain tennis bersama sehingga jam 2 pagi
hehehe

rindu saat itu
rindu kenangan di poli

MUNGKIN INI APA YANG KITA PANGGIL SERU

MUNGKIN INI APA YANG KITA PANGGIL TAKDIR

tiada siapa yang dapat menjangka
apa akan berlaku esoknya
:)

aku sendiri tidak menjangka

nasihatku padanya
tenang-tenang sahaja
insyallah semua akan dipermudahkan olehNya

adik-adik disini tidak bermaksud adik-adik kandungku
owwhh mereka masih muda dan mentah lagi
adik-adik disini adalah junior sewaktu aku belajar dahulu

:)

i'm happy for them
alhamdulillah

p/s ada yang bertanya...giliran aku bila pula...entahlah aku sepertinya ingin SINGLE selama-lamanya :) lebih tenang dan sebenarnya aku belum bersedia....

Friday, October 30, 2009

kudaku lari gagah berani

kadang kala terfikir

betulkah keputusan yang ku ambil ini

lari dan terus lari

adakah akan berhenti
bila kaki ini tiba di destinasi??

aku sendiri tidak pasti

CUMA

aku akan terus belari
tidak mahu menoleh lagi :)

Thursday, October 29, 2009

aku..cucu tukang kebun

aku adalah cucu seorang pekebun
serius tak tipu

dan aku tak malu nak mengaku
aku adalah cucu kepada seorang tukang kebun

arwah atuk aku seorang tukang kebun
di salah sebuah banglo di port dickson
dari kecil aku melihat kesusahan arwah atuk
naik bas ke tempat kerja
walaupun kiranya arwah mampu utk membeli sebuah motosikal
ataupun kereta

kadangkala aku dan daddy akan mengambil arwah di tempat kerja
tapi hanya menaiki motosikal lah
pada waktu itu keluarga aku tak mampu lagi nak berkereta
seronok tak terhingga rasanya

kadangkala hujung minggu
pasti arwah akan membawa kami, cucu-cucunya
ke banglo utk mandi laut
:)

arwah atuk mmg sangat pandai berkebun
dahulu di kampung, kawasan rumah kami lah yang paling bersih
yang paling banyak bunga
aku sebagai cucu kepada arwah ZAINAL HJ SHABUDIN bangga gila

memang dari kecil arwah dah mengajar kami adik beradik berkebun
tolong tanam bunga, tolong kemas halaman rumah
itu belum kira lagi rutin harian dan rutin mingguan
tetapi sebagai kanak2 yang di kepala penuh dgn niat utk bermain
aku sering kali memberontak
waktu itu tidak sedikit pn aku rasa kasihan pada arwah

malas nak sapu daun2 di halaman
malas nak siram bunga
malas nak tolong arwah nenek angkat asam keping
malas nak tutup tingkap umah
*maklumlah rumah kampung... ada banyak tingkap...selalunya kami adik beradik hanya tutup dari luar...entahlah dari kecil kawasan serambi mmg kami takut :p

tapi orang kata sedikit sebanyak
keturunan tukang kebun tu
pasti akan mengalir di dalam darah cucu2nya kan

pergghh mukadimah je dh panjang lebar

actually aku nak cerita
last week aku ngan bubu berjaya
meracun lalang2 dan rumput di rumah kampung
heheheh ntah mcm mana
termerepek smp mcm gitu sekali

aku nk tempek gambar waktu aku meracun
2 hari berturut2 ok
tp kehodohan fizikal ku
amat lah tidak membenarkan
hahahahaha

waktu tu baru lah aku rasa kesusahan arwah atuk dulu
yang aku tao

"atuk, nak duit...nak beli aiskrim"

hahahahah
penat lelah arwah tak pernah aku amek kisah :(
dh mcm gini baru aku menyesal
dh lah arwah pergi agak awal
iaitu ketika aku berusia 11tahun lagi

:( sob sob sob sedih
sayang atukkkkk

hmm merepek lagi
aku meracun sampai melecur tangan korang
kasar dh tapak tangan ku
haisehh kurang mas kawen aku jwbnyer
hahahahaha


dah penat meracun
menebas segala bagai
kita singgah mandi laut
hahahahahaha
yippiii dah lama tak mandi laut
2 hari berturut2 gak kiteorg mandi laut
nasib baik kulit tak gelap
maybe sebab kiteorg mandi pukul 6 ke atas kot
matahari pn segan silu nak kuar dh
hahahahaha
own adalah orang yang paling suka
juga paling penakut
isshh aku nak berenang pn tak senang tao
walhal dh pakai pelampung bagai
mcm nak anta die g kelas swimming je
supaya tak takot lagi
dan aku bebas berenang ke sana ke mari
:)

ok sekian sahaja
cerita tentang
aku seorang cucu tukang kebun :)
yang juga berjaya diselit dengan cerita mandi laut
:P

Wednesday, October 28, 2009

CAR IN THE PARK

first of all
wahh speaking :) hahahaha

aku mintak maaf yer
pada empunya kereta
:)

jumaat lepas
sempat lagi kami berhiburan di alamanda
bukan apa
setelah paginya duduk di pejabat

tengahari mahulah kiranya
merehatkan mata dan minda
sejam dua
:)

setelah penat makan dan berjalan
perjalanan ke kereta
kami terserempak dgn kereta kreatif ini di parking

wahhhh
serius ada banyak haiwan,
tumbuhan
hahahahah

bukan gelak mengeji
tp sedikit pelik
apa motif bunga telur di tempat kejadian???
adakah bunga kenangan semasa hari perkahwinan???

anyway empunya kereta
pasti rajin orangnya
yerlah pasti saban hari
saban minggu perlu mengemas kereta
membuat segala habuk yang ada

kreditlah pada empunya savvy putih ini

kereta korang plak mcm mana???

aku?? kosong je lah
dasar PEMALAS@!!!

hahahaha

Tuesday, October 27, 2009

the invitation :)

last week
murah rezeki...

dapat jemputan dari cik intan
untuk turut sama memeriahkan lunch di PULLMAN
hotel baru kt putrajaya nie
cantik tempatnya

sempat lah aku bergambar
tp tak bleh nk letak kt sini
fizikal tidak mengizinkan
hahahahahah


ini adalah makanan pembuka bicara
oleh aku dan dayah
muahahahah
sedappppppp


ini kira makanan berat yg aku ambil
actually ade 3-4 ketul sushi
tp telah selamat ku telan
hehehehe

aku mmg giler makan sushi
enakkkkk!!!!

ikan salmon nyer
pergghhhhh

nak lagi nak lagi nak lagi
ada sesapa sudi belanja aku mkn kt pullman ;)

owhhh sebelum terlupa
buat pertama kalinya aku cuba
nak makan daging kambing

hmmm
tapi tetap tidak berjaya
:(



dah kenyang melantak sushi
kasik perut reda skit
kite makan dessert plak

kali ni berangan kengkonon ala2 dato'ct
hahahaha

tp puding roti tue
sgt lemak berkrim

dan juga sgt sgt2 menambah lemak yang sedia ada di badanku
hahahahah



sapa kata cik ween berenti di takat itu sahaja
lihat lah dunia
aku dan dayah membelasah lagi makanan yang ada
hahahaha

confirm kena puasa pasnie :p


dan operasi penambahan berat badan pada hari tersebut
disudahi dengan aiskrim
heheheheh
owwhh
semua makanan di atas
bukan aku melantak sorang yer
makanan adalah dilantak secara perkongsian bersama protege ku
si dayah :)
wahhh dh makan byk tak mo mengaku lg tue
:D
pesanan penaja
sekali sekala makan kt hotel kan
free plak tue
melantak lah selagi boleh :)
nasi??? alah tiap2 hari ko makan nasi
jd melantak lah makanan yg jarang2 korang dapat
:)

Monday, October 26, 2009

MY SUPERHERO

di suatu malam yg tak berapa nak sunyi
malam tak malam sgt lah
baru jam 9 gitu

aku sedang enak melayan facebook
memantau perjalanan cafeku...
juga melihat tanaman2 ku di ladang

tibe2 seekor lipas
dgn rasa tidak bersalahnya
menganggu tumpuan aku
terbang ke sana sini

owwhh tidakkkkkk
aku bkn takot lipas
aku BENCI lipas
*boleh diterima tak alasanku ini??

puas ku jerit nama adikku
meminta die menghantar kan ridsect di dapur

tp malang sekali
adik aku yg bongsu tue
maha penakot nya
mcm perempuan pun iyer

aku yg dh sembur sehingga setengah tin
hampir kecewa kerana lipas itu masih terkedek2 kaki dan misainya
*misai ke sesungut???

tetapi seorang wira
telah muncul menyelamatkan suasana
:D


tara!!!!!!
dgn boxernyer
superhero yg seksi ini
telah berjaya membelasah lipas itu
dgn hanya menggunakan surat khabar sinar
edisi minggu lepas

pukul punya pukul
sang hero tetap tidak puas hati
dipukulnya lipas tadi
sehingga nak hancur dibuatnya

owwhh terima kasih sang hero
nasib baik acik berjaya meleraikan pergaduhan antara sang lipas dengan superhero ku
:)

hmm dalam nk tolong mamanya
sempat jugak si own nak angkat lipas nie kasik kat aku
bersilat aku atas katil

hahahahahah

owwhh aku bukan takot yer
tp aku BENCI :)

Friday, October 23, 2009

sekali dalam hidupku

sekali dalam hidupku
aku mahu kamu

  • menerima aku seadanya aku... tidak salah ingin mengubah aku untuk menjadi lebih baik tetapi alangkah baiknya jika perubahan itu datang dari hati aku sendiri bukan kerana terpaksa.
  • memandang aku bkn dari luaran.... kenali aku sepenuhnya baru lah buat kesimpulan... aku akui aku memang kelihatan sgt jahat pada luarannya.... tetapi tidaklah juga ku kata diri ini sempurna dan mulia... tetapi sebelum membuat andaian kenali dahulu siapa aku... selepas itu barulah kata putus dibicara.
  • memikirkan tentang hati kecilku yang rapuh ini... aku tidak meminta simpati atau belas kasihanmu cuma pintaku...pikirkan tentang hati kecilku...jika kau masih mahu terus melukai... aku mmg tidak perlukan kamu lagi dalam hidupku.

akan bersambung di lain keluaran... :(

p/s bleh juga panggil blog si jiwa luka

Thursday, October 22, 2009

sebab-sebab

ramai yg bertanya
kenapa aku delete blog aku
atau dalam kata lain
telah ku privatekan blog lama itu

sesiapa yg mahu menjengah
sila tinggalkan email address :)

ok di bawah aku senaraikan
sebab2 kenapa aku tukar blog

  • aku sudah tidak bebas menulis di situ... ada sahaja mata yg membaca... jika sekadar membaca tidak mengapa... ini siap dijaja cerita....
  • majoriti rakan pejabat sudah tahu kewujudan blog aku... hmmm nk kutuk orang pejabat pn tak lepas dh :)
  • aku ingin mulakan hidup yang baru... sudah tidak mahu hidup dalam kenangan lama... biarlah... bagiku yang lepas itu sudahlah janganlah kita ingatkan lagi
  • ada org physco baca blog aku then buat entry kutuk aku kt blog sendiri... owwhh u shud go to tanjung rambutan lah woman :p
  • aku dh bosan aku dh bosan aku dh bosan :)

sekian itu sahaja penjelasan utk kali ini

lain kali aku sambung lagi :)

Wednesday, October 21, 2009

terngiang ngiang

sekarang terngiang2 kt telinga
lagu yang sangat mendalam ertinya

Pernahkah kau merasa
Cukup sudah kuberikan cintaku
Cukup sudah rasa ini untukkmu
Mati sudah hati ini padamu
Mati sudah hasrat ingin bersamamu

Pernahkah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernahkah kau merasa
Hatimu Kosong

Buang saja semua kata cintamu

Buang saja semua kata maafmu
Hancur sudah hati ini padamu
Hancur sudah hasrat ingin bersamamu

pernahkah, pernahkah kau merasa

dikala siang datang terasa gelap gulita
tiada cahaya hanya gelap hitam dan kelam
tak ada lagi suka tak ada rasa
pernahkah, pernah pernah pernah pernahkah, pernahkah kau merasa
disaat diri terlelap
meski gemuruh kian beradu slalu mengaduh
kau tetap terlelap dalam tidurmu

Maafkan aku sayangku
Bukan maksudku menyakitimu, mengkhianatimu
Ampuni aku sayangku
Cukup katakan aku tak lagi mencintaimu
Pernahkah kau merasa


kepada yang faham dan sudah tahu
terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati

kepada yang belum
akan ku update semuanya di blog ini
kerana disini aku bebas berlari
aku bebas menari
:)

semoga tiada lagi pemerhati
yang bebas2nya suka buat andaian sendiri

Tuesday, October 20, 2009

sedang kemaskini

aku masih dalam proses
link kan blog dengan kawan2

pada yang belum tersenarai tue
sabar yer...

soon korang akan terpapar jugak

:)

selamat datang

blog baru
dunia baru
semoga semua kenangan lama terhapus hendaknya
:D