thanx korang

Friday, March 9, 2012

JANGAN..JANGAN DAN JANGAN

JANGAN dalam Islam


  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

  • JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

  • JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

  • JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

cik ween kata : ingat...jangan tinggal solat kecuali uzur ;)


xoxo - cik ween

Thursday, March 8, 2012

GELAK KE NANGIS

diceritakan semula oleh adikku si bolam
yang baru je pergi kursus kawen

diceritakan oleh penceramah

satu insiden di hospital
seorang bapa yang baru sahaja menyambut kelahiran bayi nya
dengan rasa syukur dan excitednya
si bapa nak mengazankan bayinya itu

tp yg kedengaran adalah takbir raya
dan insiden tersebut telah ditegur oleh seorang cina

"sudah hari raya ka???? " seorang mamat cina bertanyakan kepada salah seorang juruwat di wad bersalin itu

"belum lagi lah... puasa pun belum." jawap penuh yakin oleh jururawat tersebut

"itu olang sudah hari raya" sambil menunding ke arah mamat yg mentakbir rayakan bayi nya itu

so persoalannya
ko nak ketawa ke ko nak nangis?

mmg lah semalam ketawa berdekah2 satu family
tp bila fikir balik

adoi cetek ilmu ke terlalu nervous dapat baby agaknya

cik ween kata : belajar ilmu agama dalam2.... jgn nk enjoy jek.. sekian dari ustazah gebu

xoxo - cik ween

Tuesday, March 6, 2012

TEBIAT KE TABIAT

kisah perbualan di antara dua insan suci murni
hahahahah

insan suci A : ko buat apa?

insan suci B : keja lah ngok

pastu bla bla bla....besok nak pergi bla bla bla....
bila nak bla bla bla bla

insan suci A : ntah lah aku tak tao lah apa nk jd ngan si tett tu

insan suci B : ko tanya lah si tettt sebab dia lg tahu

insan suci A : hari tu aku ada tgk status dia.... eh eh jap lah nk g bery2

pappp insan suci A letak phone
terpinga2 lah insan suci B ni

hahahaha

motif????
insan suci A mmg suka anti klimaks
bila dh sampai part yg menterujakan tu
dia mesti nk bery2

tak kisah lah perbualan adik beradik
atau dengan kawan baik
itu lah perangai dia
yg comel sekali

tak senonoh kan....

cik ween kata : perbualan antara kakak dan adik hahahaha

xoxo - cik ween

Monday, March 5, 2012

KALAU BOLEH LAH KAN

kalau boleh lah kan
nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa
huhuhu

mcm sekarang ni kan
family aku ada kt umah
ibu, daddy, along, chayok, murni,
tp aku kena kerja

adoiyai
perasaan gila meronta2 nak balik rumah
lepak dengan family mcm weekend hari tu

tp nk buat mcm mana kan
tanggungjawab terhadap pekerjaan haruslah didahulukan

serius lah weh kalau jumpa lah
bisnes yg sesuai ngan aku
confirm aku dh berenti

sebab
membuat kerja2 rutin
yg terpaksa dihadap
selama 10 tahun ni
adalah satu penyeksaan
penderaan emosi gitu
and tak tao lah tertanggung sampai bila

huhuhuh

cik ween kata : dasar pemalas nk keja kan kan kan kan

xoxo-cikween

Friday, March 2, 2012

MASIH ADA YANG SAYANG

salam jumaat semua
terima kasih kerana masih sudi menjenguk blogku ini

terima kasih kepada yg comment
walaupun dh jarang update kan
kehidupan tanpa kesibukkan
adalah seseuatu perkara yg dh lama berlalu dalam hidup

dh lebih seminggu
aku memasuki alam 30an
sudah tua
mati semakin menghampiri
sedangkan amal masih belum cukup lagi

tak banyak perubahan yang berlaku
cuma nya dah ambil beberapa perubahan dalam hidup
mula menghargai apa yg tak pernah nk hargai sebelum ni

melalui fasa-fasa kehidupan
di tempat kerja
dalam suasana yg berbeza

ramai yang agak kekok pada mulanya
tp buat muka tebal je
lama2 dorang biasa

dalam mencari kesempurnaan dalam kehidupan
kdang2 kita terlepas pandangkan

hubungan dengan rakan2
hubungan dengan teman2 pejabat

bukan aku sengaja menjarakkan diri
cuma terkecil hati
terguris hati yang rapuh ini

dalam berkata2
kita selalu tak memikirkan kesannya
dalam bergurau senda
kita selalu buat apa sahaja

mungkin dahulu aku juga begitu
kata2
selalu tak pk kan kesannya dulu
gurau senda
main belasah je

pada yg pernah terasa
pada yg pernah berkecil hati
sejujurnya ku hulurkan tangan ini
dari hati
maaf......

hargai apa yang kita ada sekarang
moga ketenangan yang dicari

akan menghampiri

cik ween kata : jumaat yg syahdu....redha je lah membacanya yer...dh tua2 ni mmg begini
hahahaha

xoxo - cikween

Tuesday, February 28, 2012

OH MY....OH MY....

kehidupan di pejabat semakin stabil
wLaupun penuh dgn kemalasan dan kemeroyanan aku setiap hari
tp aku masih mampu melangkah ke pejabat

kehidupan berkeluarga
alhamdulillah
tp biasalah kan
nama pn kehidupan berkeluarga ni penuh onjak ranjau dan duri
tp masih mampu lalui bersama

tp masalah skrg
kehidupan dan masalah diri sendiri
itunyg masih terkontang kanting

huhuhu
takper tarik nafas panjang
setiap masalah
pasti ada jalan penyelesaian...

yg penting kita kuat atau tidak

cik ween kata : im 30 already...tua dh kan kan kan

xoxo-cikween

Monday, February 20, 2012

SUMPAH HABIK

sumpah berabuk dowh blog aku
selepas sekian lama tidak berupdate kan

terlalu lama cuti kot
apa kejadah ntah aku
menghabiskan cuti di awal tahun
x paham sungguh

yg sebetulnya
aku dh xde hati kan
nk keja...

minat tu lgsg xder...
jiwa kosong je bila ke pejabat

ntah lah
agak2 aku kena jumpa kaunselor kot
supaya otak ni
dpt berfungsi seperti biasa

hehehehehe

cikweenkata : ok mari menghitung hari....nk jd org tua dh ni...hahahaha

xoxo-cikween

Wednesday, January 25, 2012

AKU YANG TIADA

tiada entry untuk minggu ini
juga minggu depan

aku ingin berehat dari segalanya

akan merindui kalian

merindui menjelajah blog kalian


and selamat datang kepada follower baru ku
maaflah

blog ku ini biasa sahaja

hanya berkeluh kisah tentang diri sendiri, keluarga, yang tersayang juga yang berlaku di sekeliling

terima kasih kerana sudi follow blog comot ini

love u

cik ween kata : aku penat ingin berehat

xoxo - cik ween

Tuesday, January 17, 2012

MARI CURI ENTRY BLOG ORG LAIN

but what's life without a little test..? tanpa sedikit kesusahan sebelum senang..? tanpa sedikit kesempitan sebelum kelapangan..? tanpa sedikit kesakitan sebelum sihat..? mendatar dan static. tentu membosankan bukan...?

aku curi bulat2
entry dari blog bff
99hehehehe

sorry babe aku curik
nnt aku gantikan dengan satu entry baru
tentang ko

yg meletop2 bom bom bang

hehehehe

ok entry kecurian ini diakhiri dengan

setiap duka pasti tersembunyi gelak tawa... kita diduga mungkin kerana dosa lampau atau allah mahu menguji sekuat mana kita...
bersabarlah.. fikirkan mereka yang kita sayang...yg sentiasa disisi...menemani tak kira apa pun situasi
mungkin kita sedang jatuh...tp percayalah... nnt kita akan bangun dengan megah

cik ween kata : dugaan datang bertimpa2....peringatan dariNya

xoxo-cikween

Friday, January 13, 2012

DAH TAK BOLEH TAHAN

tahun ni aku memasuki 30an
so far so good
tp kadang2 ada jugak jiwa kacau

jika dilihat
30tahun kebelakang

opss takde lah jika dilihat tahun2 yang kebelakang

masih tiada apa yang boleh dibanggakan

takot melihat kisah lampau aku

takot juga melihat masa depan
jika aku masih seperti ini

so far alhamdulillah
sedikit demi sedikit perubahan
aku tak nak berubah mendadak
takot perubahan tu tak lama

and aku tak mo jgk berubah
pastu siap canang2 kt blog

takot nnt eh kejap dia nmpk baik
eh nnt gmbr dia upload togel plak

tak mo tak mo tak mo

bg aku
berubah tu
biarlah antara kita dgn tuhan sahaja yang tahu

buat baik
tak perlu nak bising2

ayat yg selalu membuatkan suami muak

"relax2 sudah"

hahahaha
fav quote aku buat masa sekarang

aku tak suka berlebih2
aku suka bersederhana

biar org tegur
jangan kita yang bukak mulut

seperti nya idung tak mancung
pipi tersorong2

semoga allah sentiasa melindungi kita semua
semoga allah memakbulkan doaku

amin

cik ween kata : 30an...oowwwhhhhhh bila nak kaya ni

xoxo-cikween