saje nak share something dr facebook....
lately kalau yg sekeliling aku nampak perubahan positif aku
alhamdulillah semua dengan izin Allah swt
kita selalu menyalahkan orang lain
tanpa kita sedar itu sebenarnya dari kita sendiri
kita selalu mengeluh pada diri sendiri
tanpa kita mahu mengakui dan semak semula diri
jadi.....
silakan baca
sumber dari facebook Master Muslee Abdullah
Salaam aura.
Terimakasih pada yang bertanya,
berikut saya tuliskan jenis2 energy atau aura negatif yang selalunya mengganggu seseorang.
.
..yang boleh mengganggu anda.
.
Happy reading.. !!
Jenis-jenis Aura dan Tenaga Negatif
1. Corak Pemikiran atau Perlakuan Negatif - ini sering berpunca dari zaman kanak-kanak atau kehidupan lampau. Cara fikir atau persepsi negatif zaman lalu boleh menyekat proses pemikiran sihat semula jadi. Merupakan Negative Emotional Programming yang tidak hilang dengan masa, ia kekal di dalam jiwa anda sehingga ia disedari, dibawa keluar dan disembuhkan.
2. Past Life Block - ini biasanya tersembunyi di minda bawah sedar. Sejenis trauma yang biasanya tidak disedari sipenanggung. Past Life Block biasanya memberi kesan unlucky pada seseorang sehinggalah drama trauma itu dikenal pasti dan di alih keluar.
3.Jampi atau Sumpahan - kekangan ini boleh kekal tersembunyi dalam diri seseorang untuk jangka masa yang panjang. Anda mungkin tidak perasan yang anda di sumpah atau dijampi buruk sehingga anda perasan yang anda tidak bernasib baik. (sihir dan saka boleh jadi dalam katogari ini)
4. Entiti atau Spirits - Jika anda rasa tidak sedap badan, tidak dapat menumpukan perhatian, berasa gundah yang bukan emosi anda atau corak makan dan tidur yang terganggu/berbeza, anda mungkin miliki aura lain yang bukan aura anda. Pulihkan aura anda dengan segera. (sihir dan saka boleh jadi dalam katogari ini)
5. Psychic Attack - Ia datang dari niat atau fikir buruk orang lain pada anda. Selalunya berpunca dari orang yang anda kerap bergaul namun bila anda pulang terasa lesu. Serangan psikik biasanya menjejaskan chakra belakang anda, menyekat aura penerimaan anda. Dari bahasa biasa ini dikenali sebagai 'Evil Eye.'
6. Cords (Tali) - Ini adalah unjuran dari aura negatif yang mengikat anda kepada objek, orang atau situasi tertentu. Mereka mewujudkan ketegangan dalam hidup anda. (sihir dan saka boleh jadi dalam katogari ini)
7. Ruang negatif di pejabat atau rumah - Ia menyebabkan anda dan insan berdekatan berasa lesu dan jengkel apabila berada di dalamnya. Kiranya berlaku anda akan alami perubahan mood, emosi negatif dan tidak tenang.
Jagalah diri anda. Biasanya mereka yang terkena tenaga negatif ini akan tersedar diri bermasalah apabila terkena lebih dari satu gangguan/serangannya.
cikweenkata : aku sudah berubah.. ko bila plak
xoxo-cikween
No comments:
Post a Comment