mentaliti masyarakat aku
anak lelaki tu lebih bagus dari anak perempuan
kalau ko tak mampu nak beranak anak lelaki
kira ko belum cukup sempurna
sesuatu yang susah utk di ubah
mentaliti sebegini
penting ke jantina tu lelaki atau perempuan
bukan ke sepatutnya kita lebih fokus kepada sihat atau tidak
fokus kepada permudahkan segala urusan semasa mengandung dan melahirkan
apa yg aku lihat sekeliling aku
kalau org tu mengandung anak perempuan dia akan senyap
or jwb tak tao bila org tny jantina anak
tp cuba kalau yang dia kandungkan tu lelaki
haruslah mencanang tanpa henti
apa anak perempuan ni tak bagus ke
anak perempuan ni tak bawak rezeki ke
sedar tak yang diri tu perempuan
sepatutnya bersyukur lah at least ko mampu nk mengandung
tak kira jantina apa sekalipun
sebab kt luar sana
lebih ramai orang yg inginkan zuriat
tapi belum dapat
haisshhhhh
sekian royanan petang dr aku
cikweenkata: penting sgt lah kot....
xoxo-cikween
No comments:
Post a Comment