thanx korang

Friday, October 30, 2009

kudaku lari gagah berani

kadang kala terfikir

betulkah keputusan yang ku ambil ini

lari dan terus lari

adakah akan berhenti
bila kaki ini tiba di destinasi??

aku sendiri tidak pasti

CUMA

aku akan terus belari
tidak mahu menoleh lagi :)

Thursday, October 29, 2009

aku..cucu tukang kebun

aku adalah cucu seorang pekebun
serius tak tipu

dan aku tak malu nak mengaku
aku adalah cucu kepada seorang tukang kebun

arwah atuk aku seorang tukang kebun
di salah sebuah banglo di port dickson
dari kecil aku melihat kesusahan arwah atuk
naik bas ke tempat kerja
walaupun kiranya arwah mampu utk membeli sebuah motosikal
ataupun kereta

kadangkala aku dan daddy akan mengambil arwah di tempat kerja
tapi hanya menaiki motosikal lah
pada waktu itu keluarga aku tak mampu lagi nak berkereta
seronok tak terhingga rasanya

kadangkala hujung minggu
pasti arwah akan membawa kami, cucu-cucunya
ke banglo utk mandi laut
:)

arwah atuk mmg sangat pandai berkebun
dahulu di kampung, kawasan rumah kami lah yang paling bersih
yang paling banyak bunga
aku sebagai cucu kepada arwah ZAINAL HJ SHABUDIN bangga gila

memang dari kecil arwah dah mengajar kami adik beradik berkebun
tolong tanam bunga, tolong kemas halaman rumah
itu belum kira lagi rutin harian dan rutin mingguan
tetapi sebagai kanak2 yang di kepala penuh dgn niat utk bermain
aku sering kali memberontak
waktu itu tidak sedikit pn aku rasa kasihan pada arwah

malas nak sapu daun2 di halaman
malas nak siram bunga
malas nak tolong arwah nenek angkat asam keping
malas nak tutup tingkap umah
*maklumlah rumah kampung... ada banyak tingkap...selalunya kami adik beradik hanya tutup dari luar...entahlah dari kecil kawasan serambi mmg kami takut :p

tapi orang kata sedikit sebanyak
keturunan tukang kebun tu
pasti akan mengalir di dalam darah cucu2nya kan

pergghh mukadimah je dh panjang lebar

actually aku nak cerita
last week aku ngan bubu berjaya
meracun lalang2 dan rumput di rumah kampung
heheheh ntah mcm mana
termerepek smp mcm gitu sekali

aku nk tempek gambar waktu aku meracun
2 hari berturut2 ok
tp kehodohan fizikal ku
amat lah tidak membenarkan
hahahahaha

waktu tu baru lah aku rasa kesusahan arwah atuk dulu
yang aku tao

"atuk, nak duit...nak beli aiskrim"

hahahahah
penat lelah arwah tak pernah aku amek kisah :(
dh mcm gini baru aku menyesal
dh lah arwah pergi agak awal
iaitu ketika aku berusia 11tahun lagi

:( sob sob sob sedih
sayang atukkkkk

hmm merepek lagi
aku meracun sampai melecur tangan korang
kasar dh tapak tangan ku
haisehh kurang mas kawen aku jwbnyer
hahahahaha


dah penat meracun
menebas segala bagai
kita singgah mandi laut
hahahahahaha
yippiii dah lama tak mandi laut
2 hari berturut2 gak kiteorg mandi laut
nasib baik kulit tak gelap
maybe sebab kiteorg mandi pukul 6 ke atas kot
matahari pn segan silu nak kuar dh
hahahahaha
own adalah orang yang paling suka
juga paling penakut
isshh aku nak berenang pn tak senang tao
walhal dh pakai pelampung bagai
mcm nak anta die g kelas swimming je
supaya tak takot lagi
dan aku bebas berenang ke sana ke mari
:)

ok sekian sahaja
cerita tentang
aku seorang cucu tukang kebun :)
yang juga berjaya diselit dengan cerita mandi laut
:P

Wednesday, October 28, 2009

CAR IN THE PARK

first of all
wahh speaking :) hahahaha

aku mintak maaf yer
pada empunya kereta
:)

jumaat lepas
sempat lagi kami berhiburan di alamanda
bukan apa
setelah paginya duduk di pejabat

tengahari mahulah kiranya
merehatkan mata dan minda
sejam dua
:)

setelah penat makan dan berjalan
perjalanan ke kereta
kami terserempak dgn kereta kreatif ini di parking

wahhhh
serius ada banyak haiwan,
tumbuhan
hahahahah

bukan gelak mengeji
tp sedikit pelik
apa motif bunga telur di tempat kejadian???
adakah bunga kenangan semasa hari perkahwinan???

anyway empunya kereta
pasti rajin orangnya
yerlah pasti saban hari
saban minggu perlu mengemas kereta
membuat segala habuk yang ada

kreditlah pada empunya savvy putih ini

kereta korang plak mcm mana???

aku?? kosong je lah
dasar PEMALAS@!!!

hahahaha

Tuesday, October 27, 2009

the invitation :)

last week
murah rezeki...

dapat jemputan dari cik intan
untuk turut sama memeriahkan lunch di PULLMAN
hotel baru kt putrajaya nie
cantik tempatnya

sempat lah aku bergambar
tp tak bleh nk letak kt sini
fizikal tidak mengizinkan
hahahahahah


ini adalah makanan pembuka bicara
oleh aku dan dayah
muahahahah
sedappppppp


ini kira makanan berat yg aku ambil
actually ade 3-4 ketul sushi
tp telah selamat ku telan
hehehehe

aku mmg giler makan sushi
enakkkkk!!!!

ikan salmon nyer
pergghhhhh

nak lagi nak lagi nak lagi
ada sesapa sudi belanja aku mkn kt pullman ;)

owhhh sebelum terlupa
buat pertama kalinya aku cuba
nak makan daging kambing

hmmm
tapi tetap tidak berjaya
:(



dah kenyang melantak sushi
kasik perut reda skit
kite makan dessert plak

kali ni berangan kengkonon ala2 dato'ct
hahahaha

tp puding roti tue
sgt lemak berkrim

dan juga sgt sgt2 menambah lemak yang sedia ada di badanku
hahahahah



sapa kata cik ween berenti di takat itu sahaja
lihat lah dunia
aku dan dayah membelasah lagi makanan yang ada
hahahaha

confirm kena puasa pasnie :p


dan operasi penambahan berat badan pada hari tersebut
disudahi dengan aiskrim
heheheheh
owwhh
semua makanan di atas
bukan aku melantak sorang yer
makanan adalah dilantak secara perkongsian bersama protege ku
si dayah :)
wahhh dh makan byk tak mo mengaku lg tue
:D
pesanan penaja
sekali sekala makan kt hotel kan
free plak tue
melantak lah selagi boleh :)
nasi??? alah tiap2 hari ko makan nasi
jd melantak lah makanan yg jarang2 korang dapat
:)

Monday, October 26, 2009

MY SUPERHERO

di suatu malam yg tak berapa nak sunyi
malam tak malam sgt lah
baru jam 9 gitu

aku sedang enak melayan facebook
memantau perjalanan cafeku...
juga melihat tanaman2 ku di ladang

tibe2 seekor lipas
dgn rasa tidak bersalahnya
menganggu tumpuan aku
terbang ke sana sini

owwhh tidakkkkkk
aku bkn takot lipas
aku BENCI lipas
*boleh diterima tak alasanku ini??

puas ku jerit nama adikku
meminta die menghantar kan ridsect di dapur

tp malang sekali
adik aku yg bongsu tue
maha penakot nya
mcm perempuan pun iyer

aku yg dh sembur sehingga setengah tin
hampir kecewa kerana lipas itu masih terkedek2 kaki dan misainya
*misai ke sesungut???

tetapi seorang wira
telah muncul menyelamatkan suasana
:D


tara!!!!!!
dgn boxernyer
superhero yg seksi ini
telah berjaya membelasah lipas itu
dgn hanya menggunakan surat khabar sinar
edisi minggu lepas

pukul punya pukul
sang hero tetap tidak puas hati
dipukulnya lipas tadi
sehingga nak hancur dibuatnya

owwhh terima kasih sang hero
nasib baik acik berjaya meleraikan pergaduhan antara sang lipas dengan superhero ku
:)

hmm dalam nk tolong mamanya
sempat jugak si own nak angkat lipas nie kasik kat aku
bersilat aku atas katil

hahahahahah

owwhh aku bukan takot yer
tp aku BENCI :)

Friday, October 23, 2009

sekali dalam hidupku

sekali dalam hidupku
aku mahu kamu

  • menerima aku seadanya aku... tidak salah ingin mengubah aku untuk menjadi lebih baik tetapi alangkah baiknya jika perubahan itu datang dari hati aku sendiri bukan kerana terpaksa.
  • memandang aku bkn dari luaran.... kenali aku sepenuhnya baru lah buat kesimpulan... aku akui aku memang kelihatan sgt jahat pada luarannya.... tetapi tidaklah juga ku kata diri ini sempurna dan mulia... tetapi sebelum membuat andaian kenali dahulu siapa aku... selepas itu barulah kata putus dibicara.
  • memikirkan tentang hati kecilku yang rapuh ini... aku tidak meminta simpati atau belas kasihanmu cuma pintaku...pikirkan tentang hati kecilku...jika kau masih mahu terus melukai... aku mmg tidak perlukan kamu lagi dalam hidupku.

akan bersambung di lain keluaran... :(

p/s bleh juga panggil blog si jiwa luka

Thursday, October 22, 2009

sebab-sebab

ramai yg bertanya
kenapa aku delete blog aku
atau dalam kata lain
telah ku privatekan blog lama itu

sesiapa yg mahu menjengah
sila tinggalkan email address :)

ok di bawah aku senaraikan
sebab2 kenapa aku tukar blog

  • aku sudah tidak bebas menulis di situ... ada sahaja mata yg membaca... jika sekadar membaca tidak mengapa... ini siap dijaja cerita....
  • majoriti rakan pejabat sudah tahu kewujudan blog aku... hmmm nk kutuk orang pejabat pn tak lepas dh :)
  • aku ingin mulakan hidup yang baru... sudah tidak mahu hidup dalam kenangan lama... biarlah... bagiku yang lepas itu sudahlah janganlah kita ingatkan lagi
  • ada org physco baca blog aku then buat entry kutuk aku kt blog sendiri... owwhh u shud go to tanjung rambutan lah woman :p
  • aku dh bosan aku dh bosan aku dh bosan :)

sekian itu sahaja penjelasan utk kali ini

lain kali aku sambung lagi :)

Wednesday, October 21, 2009

terngiang ngiang

sekarang terngiang2 kt telinga
lagu yang sangat mendalam ertinya

Pernahkah kau merasa
Cukup sudah kuberikan cintaku
Cukup sudah rasa ini untukkmu
Mati sudah hati ini padamu
Mati sudah hasrat ingin bersamamu

Pernahkah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernahkah kau merasa
Hatimu Kosong

Buang saja semua kata cintamu

Buang saja semua kata maafmu
Hancur sudah hati ini padamu
Hancur sudah hasrat ingin bersamamu

pernahkah, pernahkah kau merasa

dikala siang datang terasa gelap gulita
tiada cahaya hanya gelap hitam dan kelam
tak ada lagi suka tak ada rasa
pernahkah, pernah pernah pernah pernahkah, pernahkah kau merasa
disaat diri terlelap
meski gemuruh kian beradu slalu mengaduh
kau tetap terlelap dalam tidurmu

Maafkan aku sayangku
Bukan maksudku menyakitimu, mengkhianatimu
Ampuni aku sayangku
Cukup katakan aku tak lagi mencintaimu
Pernahkah kau merasa


kepada yang faham dan sudah tahu
terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati

kepada yang belum
akan ku update semuanya di blog ini
kerana disini aku bebas berlari
aku bebas menari
:)

semoga tiada lagi pemerhati
yang bebas2nya suka buat andaian sendiri

Tuesday, October 20, 2009

sedang kemaskini

aku masih dalam proses
link kan blog dengan kawan2

pada yang belum tersenarai tue
sabar yer...

soon korang akan terpapar jugak

:)

selamat datang

blog baru
dunia baru
semoga semua kenangan lama terhapus hendaknya
:D