thanx korang

Tuesday, November 30, 2010

MARILAH KE MAHA 2010

pertama-tama sekali
aku mintak maaf banyak-banyak pada kawan-kawan yang baca blog aku
yg tak seberapa ni

dah lah utang satu entry dgn korang
pasal sumone special yang aku jumpa sewaktu
tayangan awal rapunzel tempoh hari

dont worry korang eh
akan ku lunaskan hutang itu jugak

actually skang ni aku busy
busy yang teramat busy
sehinggakan
separuh dari hariku

ku habiskan disini
tahun ini alhamdulillah
aku terpilih sebagai salah seorang penyambut tetamu
bukan mewakili jabatan

tp aku terpilih mewakili kementerian

alhamdulillah

bukan sahaja dapat baju free
banyak benda yang aku belajar

yerlah korang
bukan senang yer nak deal dengan vvip nie

hari perasmian
kesudahannya
tapak kaki aku melecet
berdiri dari 730 pagi
hingga 4 petang

dan semalam
bertugas lagi
mengiringi mantan pm
tun abdullah

fuhhhhh
mmg giler penat korang
sampaikan aku mandi
pun boleh tertido

so dapat tak bayangkan mcm mana penat aku tue :p

huhuhu
so pada sesapa yang ke maha
roger2 lah aku yer

aku takde di booth perikanan
tp aku berada di bilik sekretariat moa

berharap agar korang dapat melapangkan masa
utk turut sama ke maha

serius best
banyak perkara baru yang akan korang belajar
nangka bosar budak2 sekolah rendah

best kan
fuhhh aku pun tak sempat2 lagi merayau

oh yer hari ini
ada demonstrasi memasak di laman perikanan oleh chef ismail
jam 130 petang
jd pada yang free dan ingin belajar
bagaimana memasak ikan air tawar
sila2 lah datang
dan hello lah aku yer

lalalalla

ok tak larat nk angkat mata lagi

*macam biasa auto publish entry

cik ween kata : hari ni si dia dan keluarga datang....umah dh siap kemas...hahahah kantoi sudah....ade tetamu baru lah nk kemas umah kan

xoxo-cik ween

Monday, November 29, 2010

MENONTON WAYANG SECARA PERCUMA - RAPUNZEL BEBEH

seperti yang korang sedia maklum
ayat skema
hahahaha

baru-baru ni kan aku dengan penuh rasa gatal
join contest nuffnang
huhuhu
konon2 berangan nak menang wii takpun perfume nina richi

tp tak berjaya lah
takde luck disitu

walaupun tidak menang
tp aku dpt invitation menonton filem rapunzel nie
sehari sebelum hari tayangan di malaysia

hah
dh nama pun pre screening kan
haruslah pemeriksaan ketat korang
kamera dan hp tidak dibenarkan di bawa masuk
dibungkus baik
siap dengan no.utk menyenangkan bila nak amek nnt

redha jek arr tak dpt tweet psl citer nie

dah lah sebelum tayangan aku berkejar dari labu
perghh sampai sana ngam2 kol 9
tu pun mule2 aku dh agak give up nak pergi
sebab takot tak sempat kan

rugi minyak

hehehehe
tp dh nama rezeki aku nk nonton wayang tue
harus lah sempat korang

tp pemanduan ala2 pelumba F1 tue
nasib lah janji selamat
dah kuar kat wayang pun kang
korang pergilah tengok
bawak anak-anak
adik-adik

citer rapunzel nie
pasal biasalah anak raja
yang dilahirkan memiliki kuasa yang maha power
dari rambut

nak guna power tue
ko kena nyanyi

aku tak igt sgt
yang aku igt

"was mineeeeeeee"

part ujung jek
hahahaha

ok2 macam mane si rapunzel nie dapat power yang macam ni

alkisahnya sewaktu pemaisuri ni mengandungkan rapunzel
baginda telah jatuh gering
yang tidak mampu diubatkan
kecuali jika menggunakan satu bunga sakti ni

bunga sakti ni plak
kewujudan nyer tak plak diketahui

so rakyat2 yang sangat sayangkan baginda
pun terus lah mencarik dan mencarik


dan akhirnya bunga tersebut telah dijumpai

permaisuri sembuh dan melahirkan seorang bayi wanita
yang dorg tak tao sangat2 power

tp.....
langit itu tidak selalunya cerah

sebenar nyer bunga sakti tue
dh dijumpai oleh seorang perempuan tua yang bajet diri dia muda
nak cun2 jek

kedut2 tak mo

so dia lah selama nie yang gunakan power bunga tersebut utk kelihatan muda
anggun dan berjaya

haikkkkk

so satu malam dia pun pergi lah ke istana
yer arrr
kan dh kedut2
harus lah nak kasik tegang

aku rase dari situ lah
BOTOX dapat ramuannya
hahahaha

ok2 sambung
si perempuan ni pun
g lah kt baby raja ngan pemaisuri ni
konon2 bila gunting skit
dia dpt gunakan lah

tp malas sekali
bila dia gunting
power itu akan hilang
dan rambut rapunzel jadi mcam orang biasa

tue lah kan
orang tua dah cakap
walau cun macam mana pun kita
semua tu tak berguna
kalau hati itu busuk

tengok lah dia
walau tegang mana pun kulit
tetap lah tak cantik kan

setelah dibesarkan oleh perempuan tadi
yang sebenarnya mempunyai serampang dua mata

rapunzel telah membesar menjadi seorang puteri yang cun melecun
bukan sahaja cun
malah ada power lagi

dan nama ditukar dari rapunzel
beliau dipanggil flower
alah comel jek kan



sepanjang rapunzel dikurung di menara yang tinggi tue
ini lah kawan baik dia
yang menjadi teman bermain
yang menjadi tempat mengadu

comel jek binatang nie tao

rutin rapunzel akhirnya bertukar
dengan keinginan dia melihat latern yang bersinar setahun sekali

si flynn rider @ eugune
adalah orang yang bertanggungjawab
merubah kehidupan rapunzel

sedangkan dia adalah pencurik tersohor
yang tersesat
dan ingin melarikan diri dari si kunjing

kuda + anjing
ahahahah

walaupun kuda
tp tetap perangai mcm anjing

dan demi kan mendapatkan tiara yang menghiasi kepala rapunzel
dia pun berjanji nak bawak rapunzel tgk dari mana datangnya
latern2 tersebut
yang sepanjang tahun
dia lihat dari tingkap menara


macam2 yang rapunzel lalui
dalam pengembarannya yang ingin mengetahui
dari mana latern2 tersebut

hah ini lah dia kunjing yg aku ckp td

hahaha giler ganas dowh
kejap mcm kuda
kejap hidu2 mcam anjing
lalalala

ok tentang apa yg berlaku next
korang kena tgk lah sendiri

serius kalo tanye bintang
aku kasik 4.9 bintang dari lima
hahahaha

and citer nie aku mmg akan swoh korang tgk
best giler ok
ade romantik
action
and kelakar

dan ini kali pertama aku melibatkan diri dalam aktiviti nuffnang nie

dan tak menyesal dowh

kalau boleh next time nak lagi
hahahaha

dan yang paling penting
aku jumpa seseorang yang comel dan manja dowhhhh

nk tao sape???
tunggu next entry :p

cik ween kata : ok g tgk cepat best tao

xoxo-cikween

Friday, November 26, 2010

“Stop Child Abuse” - TOLONG LAH


ade pepatah melayu
pepatah ke simpulan bahasa eh???

hahahahha
sengal

SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN
SAYANG BINI TINGGAL-TINGGALKAN

masih relevan kah pepatah ini di zaman sekarang???
masih boleh diguna pakai kah???

setiap orang ada cara yang berbeza mendidik anak masing-masing
itu sesuatu yang kita sendiri tak boleh nak pertikaikan

kang keluar plak ayat2 manis

"anak aku..suka hati aku lah"

"aku dh penat beranakkan dia....so tak salah aku nak belasah anak aku"

aku akui
bubu adalah seorang yang super duper garang waktu kecil2 dahulu
mmg serius aku takot sgt dengan bubu

tp seingat aku
so far bubu masih boleh kawal
kemarahan dia
terhadap aku yang juga super duper nakal dan sengal ini
lalalalala

tapi....
percaya atau tidak
mahu terima atau tidak

semakin kita maju
semakin ramai yang mendera anak-anak

tak sayang kah korang bila korang belasah sampai separuh mati anak korang???

tak rase sayang ke penat bertarung nyawa
penat mengendong 9 bulan

bagi aku ini adalah salah satu contoh penderaan yang paling aku takot
mungkin iyer

bukan salah ibu bapa arwah

tp yang melakukan sedemikian rupa
tiada perasaan kah???

entah lah
sepatutnya semakin kita maju
pikiran pun turut maju sama

kajian sendiri dh menunjukkan
korang leh google sendiri

kita dera anak-anak kita
akan membuatkan dorang menyimpan perasaan
serupa dendam sehingga besar

ia juga akan membentuk personaliti yang tidak baik pada kanak-kanak tersebut
berubah menjadi pendiam
berubah menjadi pemarah

so far
dlm keluarga kecil aku
masih belum lagi terjadi perkara begini

sedih bila baca di akhbar
sedih bila baca di email

kanak-kanak yang didera oleh ibu bapa

dirotan tanpa belas kasihan

dibelasah tanpa rasa salah

aku tao
semakin kita maju
semakin berat tekanan yang terpaksa kita hadapi

tapi melepaskan kesemua pada kanak-kanak yang tidak bersalah
malah tidak tahu apa2

itu adalah perkara yang paling bodoh
banyak lagi cara utk kita lepaskan tekanan

huhuhu

korang tahu kah apa yang dikatakan penderaan???

penderaan boleh dilakukan dalam berbagai cara

penderaan fizikal
penderaan mental

penderaan fizikal : bila anak buat salah...korang tengah tension terus belasah anak tanpa rasa kasihan.....

letak seterika panas di badan
cucuh puntung rokok

huhuhu
*aku yang sensitif mula lah nak menangis ni
haikkkkk

penderaan mental :tiap-tiap kali korang nak lepaskan kemarahan
pasti keluar perkataan yang tidak baik

ingatlah korang
kata2 seorang ibu itu adalah satu doa

dan yang paling aku takot

penderaan seksual
ya allah
apa perasaan korang bila melakukan
perkara sedemikian kepada kanak-kanak yang tidak paham apa????

tak rase kasihan kah?

kesian sangat aku tgk budak2 yang tak tahu ape
diperlakukan sedemikian rupa
tidak kira lah bapa, abang atau adik
atau juga sedara mara

kita yang membentuk siapa anak kita di masa hadapan
fikirkan lah

dh korang buat yang macam2 kat anak korang
tak mustahil dh besar dia akan buat benda yang sama

di hari jumaat yang permai ini
cik ween ingin berseru kepada kawan2 yang baca blog cik ween nie

mari lah kita sama2
mengatasi masalah ini

banyak tempat untuk kita adukan
banyak saluran2 untuk kita sedarkan

mari lah ramai2
kita menangani penderaan kanak2

cik ween kata : aduhhh blog kit tak leh bukak
tension gua

xoxo-cik ween

Thursday, November 25, 2010

JE T' AIME

ke paris kita yukkkkkk

ntah arrr aku tak tao lah
kalao ada kawan2 aku yg tak bernafsu nak ke paris

kalao aku diberi kesempatan
dan yang penting keadaan KEWANGAN yang tidak mengecewakan

aku nak pergi paris
kalau dulu
orang tanya aku kalau kawen nk honeymoon kt mana
aku akan cakap paris

hahahahah
tp sekarang tak arr kot
aku dh tukar
kalo nk berhoneymoon aku nk ke london

tppppppp
itu tidak bermakna
impian untuk ke paris
aku lupakan begitu sahaja

tidakkkkk
tidak dan tidakkkkk
hahahahaha

aku sedang bekerja keras
sedang mengumpul wang

untuk menunaikan impian aku utk tahun depan

pertamanya aku nak ke bangkok

dan seterusnya ke sydney

juga ke jepun

lalalalala

dan semoga duit itu melambak2
sehinggakan impian aku ke paris tercapai

so ape lagi korang
tak nak g paris ker???
jom lah
kite g ramai2

baru best habiskan duit sampai serdak terakhir kan

jom2 register kt sini

cik ween kata : nak tau mcm mane nak carik duit yg banyak???hah meh kita berusaha sama2....

xoxo-cik ween

Wednesday, November 24, 2010

HARI INI DAN INVITATION ITU

yeay
for the first time
join contest nuffnang

and guess what girls and boys
ahahahaha

dapat gak g tgk korang

yahooooo

and hari ini
ke the curve lah kita yer

my fav place
tengok wayang

yipppiiii

but blogger picisan ini
adalah bersendirian

adehhhhh
kena buat ramah tamah lah
tegur jek semua orang
yer lah kan

aku tak tanya plak
boleh bawak kawan ke tak
belasah jek

:D

ini lah masanya
utk melebarkan lagi
jaringan kengkawan

next step

alhamdulillah

cik ween kata : malu.....tp redah..kalau ada yang pergi juga hello2 lah kita yer...biar kita malu bersama-sama...tak salah berkongsi kemaluan ni hahahahahah

xoxo - cik ween

Tuesday, November 23, 2010

CINTA BUKAN CHINTA


aku suke sukan
sangat suka

ntah lah
dari sekolah rendah lagi
memang aku suka sukan

tak kisah lah acara apa sekali pun
hehehehe

bukan jek fav channel aku
sukan

tp kalau baca surat khabar

ko amek lah muka depan
berita tengah ker
hiburan ker

just bagi aku sukan

dh khatam bahagian sukan
baru lah aku baca dari depan semula

hahahhahaa

actually tabiat begini bukan baca newspaper jek
kalau baca buku pun macam tue

phewwww
kalau beli buku baru
aku akan baca chapter pertama
dan terus ke chapter last

lepas tue baru aku baca yang tengah2 nya

dh tentu aku seorang yang anti klimaks kan
hahahaha

pergghh gelak2 suka plak
ngan tabiat buruk macam tue
ko igt hebat ker buat macam tue

pigidah!!!!

pastu dengan riak kata dh itu aku
kena lah terima kan

sedangkan tak pernah cuba utk berubah

kih kih kih

but lately
something happen to me guys

aku yang punya ego
setebal tembok besar china

sudah mula meruntuhkan nya

semua nya kerana
aku sudah belajar menerima dia dalam hidup aku

baru aku sedar
yang selama ini
di dunia ini
bukan hanya ada aku
tetapi ada juga orang lain

yang perlu aku jaga perasaan nya

jaga hati dan memahaminya

aku belajar berubah
dan aku sedang berubah

cik ween kata : phewww i'm learn..i admit my mistake and i'm sorry

cik ween kata lagi : eh eh eh korang perasan tak...dari bab sukan aku g citer pasa lain plak
hahahah sengal deng ;p


xoxo-cik ween

Monday, November 22, 2010

MANJA YANG NGADA

bubu kata
kami semua termasuk daddy
terlalu memanjakan own

tanpa bubu sedar
kadang kala dia sendiri bertindak sedemikian

bubu...bubu.....

daddy
memang dh jelas ternyata memanjakan own
haihhh apa kehendak
akan dituruti

angin jugak satu kepala

pantang diciut budak seorang ni
pastu daddy bising
:p

daddy...daddy....

own
mengambil kesempatan atas kasih sayang yang melimpah ruah
yang diberikan

kami tak dpt bayangkan
jika hadir orang baru dalam keluarga kami

kalau along dapat baby ker
kalau aku berkahwin dan juga dapat baby

hurrmm pasti mengamuk sakan

sedangkan kalau pergi beraya
kami layan lebih budak2 lain

merajuk nya
sampai lari dari rumah

hahahah

tanpa sedar
kami kini sedang menghitung hari

own akan memasuki darjah satu
tahun depan

dan yang paling bermakna

kami sekeluarga akan tinggal bersama
suka duka
biarlah kami sama-sama mengharunginya

tahun depan
banyak perkara baru yang akan berlaku

own masuk darjah satu
tinggal bubu ngan daddy kat rumah

dan akan sesuatu yang baru berlaku dalam hidup aku
*ini aku serahkan kepada ALLAH.....
usaha dan tawakal
itu keja kami :D

cik ween kata : i can't wait....but at the same time....nervous giler dowh!!!!

xoxo-cik ween

Friday, November 19, 2010

BERSEDIAKAH UTK BERKORBAN???

salam aidil adha
hope aku tak terlambat wish kat semua

so mcam mana hari raya korang?
family aku mcm biasa
raya byk lepak di rumah

cuma yang special nya
makanan jek lah

talk about aidil adha
semua nya pasal korban

pasal pengorbanan

gambar di atas
gambar sewaktu majlis kesyukuran yang dato' bos anjurkan bulan lepas

tp apa yang dikesalkan

tidak semua kakitangan yang turut serta
ntah lah

korang tengok tangan dato' bos
actually dato' ditahan di wad kerana demam panas

tp dia gagahkan diri jugak
hadir sebentar ke pejabat
untuk turut serta
bersama kakitangan

untuk menunjukkan bahawa
beliau mampu menjadi seorang pemimpin yang baik
ketua yang rapat dengan anak buah

tp sambutan sangat mengecawakan korang

sehingga terkeluar statement

'apa masalah kakitangan kita...bagi makan free pun tak ramai yang datang'

ada yang memberi alasan

banyak kerja
habis kami yang hadir takde kerja ker

tak g baca yassin so malu nak dtg makan
ada ker orang kisah ko dtg baca yassin ker tak
makan free
haihhh itu pun byk alasan

niat dato' hanya untuk merapatkan
hubungan nya dengan kakitangan
tidak kira pegawai
atau kumpulan sokongan

merapatkan segala jurang yang ada

kecewa sangat

bagi aku
sungguh besar pengorbanan yang dilakukan oleh dato'
walaupun dia tidak mengharapkan sebarang balasan
tetapi

sepatutnya
orang dh memberi kan
kita pandai2 lah membalas nya

apa2 pun
pengorbanan dato'
'lari' sebentar dr wad
hanya utk bersama2 kami

hanya utk mendengar keluh kisah kakitangan wanitanya
amat aku hargai

thank you so much dato'

cik ween kata : susah kan kalo orang tak tao menghargai pengorbanan orang lain...memang lah tak mengharapkan balasan...tp pandai2 lah ;p

xoxo - cik ween

Tuesday, November 16, 2010

TANGISAN DEMI TANGISAN BERTUKAR JD RAUNGAN

hari kedua bekerja
masih dalam mood sedih
huhuhuhu

giler arrr
putus cinta pn tak sedih mcm ni

ok2
aku nk buat surat terbuka untuk dato' bos ni
yang berada nun jauh di zambia

salam dato'
semoga dato', datin ngan alya happy kt zambia
mcm mana yer cuaca kat sana?
byk ke tempat menarik yang dato' dah lawat?

owwhh saya kt opis ni
baik2 sahaja

ok saya tipu dato'
saya nak cerita sumthing kt dato' ni
walaupun semalam saya dh sms dato'
and credit sy dipotong sebanyak rm4 sebab mesej no luar negara
maklumlah kan zambia takde coverage utk maxis

tapi takper
saya tak kisah pun

saya tetap nak luahkan jugak apa yg terjadi td kt dato'

sepanjang 5 tahun saya jd p.a dato'
tak penah sekali pun dato' tinggi suara kat saya
kalau saya ada buat silap pun
dato' mesti tegur saya dengan cara yang paling lembut

itu lah satu kebaikkan dato' yang buat saya susah sangat nk mintak tukar
or buat perangai

sebab tue saya susah sangat nak mintak cuti time dato' ada
walaupun saya demam gigil2
sakit pala
tp saya tetap datang opis

hari ni
saya sedih sangat
atas kecuaian orang lain
saya dipersalahkan

saya sanggup masuk kerja
jam 7 pg
sebab saya tahu ada beberapa surat yang memerlukan tindakan segera

awal2 pagi sebelum sarapan sy dh siapkan
saya dh anta kepada kak asmah utk edaran

tp tue lah dato'
saya tetap juga dipersalahkan

setahu saya
yang baru setahun dua bekerja ni
salah satu tugas p.a yang paling penting
setiap surat yang diterima
kita baca sebelum cop terima

itu yang selalu saya lakukan
dato' pun tahu
selalunya jika ada sebarang surat urgent
pasti saya direct akan call or sms dato'

tp berlainan pulak dengan p.a kpd pemangku semasa ketiadaan dato'
saya tak pasti apa kerja dia
bukan hendak memburukkan

tp surat pertukaran tempat mesyuarat pagi lagi dh diedarkan
kenapa dia tak maklumkan kepada bos dia?

apa kerja dia seharian???
cemerlang dh dua kali
walaupun kerja haihhhh
komplenn byk sekali

saya memang sedih and kecewa sangat
sebab saya dipersalahkan atas kecuaian dia

yang paling saya tidak faham
kenapa saya yang perlu update pemangku dato'
sedangkan dia juga ada p.a?

dan bila saya bertanyakan pd p.a dia
katanya tak baca surat
and terlupa
marah sempat lagi salahkan saya
sebab tak remind dia

omaigod
dato'........

kerja hakiki saya
dh bertimbun2
nie plak dia nak tambah dengan yang lain

sekarang ini
setiap surat
yang dihantar jika ditanya mesti lupa

bila dia dh tahu salah dia
mula lah mengatakan ia faktor usia

hurrmmm
walhal saya tahu dato'
dia sebok dgn bisnes mee kari dia
sehingga terabai kerja
huhuhu

itulah dia
jpa naikkan pangkat kami kepada 27
dia pun nak jugak

tp kerja???
tak seberapa
buat ala kadar
hanya cukup syarat

cemerlang kah begitu???


ikutkan hati
jika tidak fikirkan budi dato' yang sangat baik pada saya selama ni
mmg saya lawan jek ckp pemangku dato'

tp saya tetap nak jaga imej dato'
saya diam
saya menangis sendirian

:(

saya tunggu dato' balik
lambat nya nk tunggu 29hb

saya dh deraf surat pertukaran
saya bukan tak suka kerja dengan dato'
tp saya tak selesa dengan keadaan sekeliling

:(

saya mintak maaf dato'
kalau ada salah silap saya

tp saya tahu
dato' bukan mudah dengar ckp orang

dato' lebih mengenali saya
dato' tahu bagaimana saya bekerja

seperti yang dato' lakukan
dulu

terima kasih dato' sebab banyak backing saya

oklah sekian sahaja luahan hati saya

maaf jika mengganggu ketenangan dato' disana

assalamualaikum

cik ween kata : mcm lah dato' baca blog aku
hahahahahaha

xoxo - cik ween

Monday, November 15, 2010

HATI TISU

hari isnin
dh gambar menangis sana sini

yerlah menangis lah kan
sebab kena pergi keja

tp dalam hati ada sedikit senyum
dato' bos takde
walalalalalal

mari kita berpesta

ok2 bukan pasal tue yg aku nak citer ni

aku nk citer pasal aku
yerlah asek lah citer pasal orang kan

kali ni citer pasal diri sendiri gitu

aku...
aku memang suka menangis
dari kecik lagi
ntah kena sampuk apa ntah

aku....
sikit2 nak nangis
kadang kala hal kecik je kot

dulu arwah nenek punya lah tension
bila aku nangis
dia nak berenti kan
mesti dia asap muka aku dengan sabut kelapa yang dia bakar tu

fuhhhh
asap dari sabut
ko tao lah byk mana kan
mencungap lah jugak
terus berenti nangis

aku...
dh masuk sekolah
pn masih suka menangis

kena marah dengan cikgu
aku tak nangis

hahahaha
harus lah terejal disitu kan
menunjukkan kesamsengan dari zaman kanak2 lagi
:p

tp kalo bab bergadoh adik beradik
kena nyer sikit
nangisnyer macam aku kena rotan 7 hari 7 malam tak henti

drama queen
biasa lah kan

dh besar
dh tua bangka ni
umur dh hampir mencecah angka 30
pn aku masih tetap suka menangis

kali ni bukan sebab kena rotan
bukan sebab tak dapat apa yang dihajati

tp aku suka menangis
bila hati aku tersentuh
dengan kata-kata
atau kelakuan

dh tua ni
tangisan aku makin menjadi2
baca blog
cerita sedih
pasal mak, ayah adik beradik anak
aku nangis
hari tue pasal ada sorang bloggers ni
anak2 dia dh start belajar tido sendiri
phewwww yg tue pun aku nangis
hampir sekotak tisu

baca blog pasal kejayaan orang
pun aku nangis

tengok tv apantah lagi

dan makin parah lagi
sekarang ni

baca lirik lagu yang syahdu2 tue pun aku nangis

lagu adira aku nangis
lagu di mercu aku nangis

tp bukan nangis yang ngoingoi tue arrr
cuma mengalirkan air mata jek
hehehe

kadang-kadang
eh bukan kadang-kadang
tp selalu lah

kih kih kih
so kalau korang nampak mata aku berkaca2 tue

bukan sebab aku bermasalah nyer
Italic
mesti ada something yang aku baca
menyayat hati

so korang jgn arr tulis citer2 yg sedih2
nanti aku nangis wooooo bila baca

cik ween kata : en.tmm mmg dh masak sangat dh perangai aku....:p

xoxo-cik ween

Friday, November 12, 2010

MANUSIA TIADA YANG SEMPURNA

manusia
ada ker yang sempurna???

manusia
ada ke yang tak penah buat silap???

manusia
ada ke yang sentiasa bahagia???

manusia
ada ke yang sentiasa dalam keadaan yang senang?

tanpa tunggang langgang
tanpa hiruk pikuk

huhuhu

tp itu manusia

kalau kerja??

maaf aku sememangnya cerewet

maaf aku pentingkan kesempurnaan

maaf kalau kau rasa itu menyusahkan

aku paling tak suka keja yang amek mudah

bila dato' tugaskan aku dengan sesuatu kerja
pasti aku selesaikan dengan sungguh2nya

silap itu mesti ada
tp aku akan buat seminima nya

aku tahu ramai yang tak senang dengan cara aku
surat banyak yang aku reject
itupun pihak yang direject masih tak sedar2 kesilapan yang berulang kali ditegur

bukan cara aku fotostat
just tampal2
tambah2 gitu

walaupun kena taip 100 helai muka surat
aku sanggup
demi pastikan semuanya sempurna
kemas

tp sebenarnya tak semua
aku masih lagi boleh beri kerjasama

jika ada borang cuti yang lewat di hantar
borang keluar yang tiada surat arahan
aku masih terima

tp ntah lah
bila tugasan itu diberikan pada aku
aku akan buat sebaik yang mungkin

tak kisah lah kalau tak makan
tak kisah lah kalau pwot meragam

aku berkira-kira nak keluarkan satu memo
kepada dato'
nk maklum keadaan pejabat

tentang perkara surat menyurat

sudah sampai masanya
pegawai2 di opis diperingat

jangan amek mudah dalam penyediaan surat
terutama surat yang memerlukan tandatangan dato' bos

fuhhh imej dato' bos kena jaga
imej jabatan utamanya

penat bebel2
aku akhiri dengan pantun
2 kerat yg maksud agak berat :D

font kena sama
alignment mesti tepat

maaf kalau buat orang meluat :p

cik ween kata : itu cara aku.... dan mungkin sebab itu dato' bos selalu serahkan bulat2 pada aku... pada yg tak boleh terima maaf yer :p

xoxo - cik ween

Thursday, November 11, 2010

WHAT???I CAN'T HEAR U


susah lah nk berurusan dengan orang yang sangat2 tidak mahu mendengar cakap orang lain ni

yer aku tahu ko senior

tp kadangkala

apa yang ingin diperkatakan oleh jr ni

tolong lah bagi perhatian skit

ko tak nak dengar

tak nak follow

itu kau nyer pasal

tue lah dia kan

susah bila orang yang berlagak terer

semua dia tahu

sedangkan dalam kepala

rupanya2 hanya ada batu bukan ilmu

aku tak cakap aku pandai sangat buat kerja

tp apa yang kau buat tu dah terang2 silap

kerja sendiri amek mudah

kerja orang lain yang kau amek kisah

tp yang penting

ADA AKU KISAH???

mari lah kita gelak berdekah dekah

cik ween kata : degil sangat...haipppppp mmg nk kena rotan tao

xoxo-cikween

Wednesday, November 10, 2010

AKU KAKI MANUSIA BUKAN KAKI KIPAS

korang yang mengikuti blog aku
dari yang lama
hingga lah aku berhijrah ke blog yang baru ni

mesti tahu betapa baiknya dato' bos, datin, anak2 dato' bos
hehehehe

and selepas dato' bos naik pangkat
kebaikkan dato' bos semakin terserlah

ok ini bukan pujian sebab nk dpt cemerlang lagi
tp pujian ini sememangnya ikhlas k

sempena kenaikkan pangkat dato' bos
dato' bos telah bermurah hati
menganjurkan satu majlis makan2

berserta bacaan yassin dan doa selamat
sempena perlantikan beliau
sebagai ketua pengarah yang baru

fully sponsored yer

menu makanan adalah nasi beryani
yang sememangnya super duper delicious

ngehhhh
tp aku tak berupaya nak melantak dengan hebatnya
sebab aku agak busy ke hulur hilir

dan memandangkan tarikh kejadian adalah bersamaan dengan
tarikh anniversary dato' and datin

aku telah mengeluarkan idea
juga peluh
hahahaha

g beli kek dan bunga sebagai tanda berterima kasih dari kami
utk dato' bos dan datin

hehehehe
surprise wehhhh

aku bukan kaki bodek k
bagi aku
itu adalah kewajipan aku sebagai p.a

lagipun dato' bos and datin dh banyak berbudi ngan kami
apalah sangat rm200 yang kami keluarkan
jika nak dibandingkan dengan beribu yang dorang keluarkan

doa kami

semoga perkahwinan dato' dan datin
akan bahagia
aman damai

aminnnn
so enjoy the pics k




alalalala
romantik kann????
hurrmmm aku tak penah nak sambut anniversary bagai ni
sebab bagi aku
anniversary ni adalah lebih molek
jika sambutan itu disertai dengan sebuah hubungan yang halal
opssssss
cik ween kata : phewwww bile lah merasa nak macam nie????
xoxo - cik ween

Tuesday, November 9, 2010

SHUT UP = GIVE UP

*terima kasih kepada nyonya penang yg sudi menjadi model
hehehehe

kadang kala
kita sendiri tahu bila kita patut berhenti

kadang kala
kita perlu disedarkan bila kita patut berhenti

tp tidak semua perkara yang berlaku dalam hidup
seperti yang kita idamkan

seperti yang kita inginkan
seperti yang kita mahukan

jadi
kenapa perlu berhenti??
kenapa perlu ada rasa undur diri??

teruskan kedepan
berjalan
berlari

atau pun secara merangkak
meniarap

perlahan-lahan

yang penting
kita ada USAHA

jangan cepat mengalah
kerana kita tidak tahu apa akan berlaku esoknya

jangan cepat beralah
kerana kadangkala kita perlu mempertahankan apa yang menjadi hak milik kita

TETAPI
aku kadang kala terpikir

bagaimana jika ianya melibatkan hati dan perasaan?

lirik lagu di bawah
memberi semangat

lirik di bawah
berkesan di hati ku

bukan kerana cinta
bukan juga kerana sesiapa
tetapi setiap kali aku ragu
setiap kali perlukan bantuan
petunjuk dan dorongan

aku sujud
mengadu kepada Mu
Tuhanku yang satu
ALLAH s.w.t

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti

Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh


cik ween kata : haikkk susah bila berbicara soal hati....

xoxo-cikween

Monday, November 8, 2010

“IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR”

aku dan kartun
dunia fantasi
memang agak susah nak dipisahkan

phewww memang teringat lah
waktu kecik2 dlu
manjang melayan kartun jek lah

eh eh eh
bukan zaman kecik2 jek

even sekarang ni
aku adik2 dan own memang suma sama naik
hahahha

bubu jammed jek ngan kiteorg
ye arr sabtu malam
mesti nak layan movie cartoon kt channel 615 tue

hehehehe
tak matang langsung kan
dh tengok terus berangan2 gitu

dlu aku suke cartoon snow white
aku suke cinderella
sleeping beauty
RAPUNZEL

tengok ulang2 kali pun tak penah bosan
tak kira lah karton ker
cerita tue dilakonkan oleh manusia ker

aku tak penah ketinggalan lah
hah ni ada yang baru
akan ditayangkan sehari selepas birthday akak kesayangan aku

along lah sape lagi
huhuhu

24th november

ape lagi jom ramai2 kita g nonton


Sypnosis <--- aku cedok dari NUFFNANG

Walt Disney Pictures presents RAPUNZEL: A TANGLED TALE, an action-packed, swashbuckling, animated musical comedy about the girl behind 70 feet of magical, golden hair. A princess stolen from her parents’ castle as a baby, Rapunzel (voice of MANDY MOORE) is locked in a hidden tower longing for adventure. Now an imaginative and determined teenager, she takes off on a hilarious, hair-raising escapade with the help of a dashing bandit (voice of ZACHARY LEVI). With the secret of her royal heritage hanging in the balance and her captor in pursuit, Rapunzel and her cohort find adventure, heart, humor, and hair… lots of hair.

With original music by Alan Menken and lyrics by Glenn Slater, this comedic re-imagining of the classic Brothers Grimm fairytale comes to theaters in Disney Digital 3D™.


hurrmm aku rasa sekarang nie
aku sangat2 memerlukan rambut sepanjang rapunzel nie
70kaki panjangnya

warna plak aku tak kisah
itam, kuning atau berlendir BLONDE
tak kisah janji panjang
mayang mengurai
dan boleh dilibas2 gitu

sebab nyer

sebab
sebab
tp bukan debab yer
hah senang lah si own nk buat main2

senang jugak aku nk ikat dia
ye arr makin besar
makin nakal ko

geram btol aku

nie aku nk ikat sekali dia ngan rambut yang panjang tue
ikat ngan segala bapak nenek toys yang isshhh
kalau dihitung dh boleh byr cash SLK aku tue

pastu bila dh ada rambut panjang nie
senang lah kan
own menakal jek
memang aku libas dari jauh
hahahaha

nk nyer dia menakal time aku golek2 gembira atas tilam kan

memang aku zassss dari dalam bilik tue
hahahaha

heh guna alasan own yer

sebenar nyer aku ni pemalas tahap dewa2

baring2 depan tv tibe2 teragak nk minum ker ape
aku hulur jek rambut aku kedapur

buat bentuk bakul skit
bukan sahaja dapat air
nasik, lemang, ketupat
suma leh dapat

lalalalala

and benda yang utama2 sekali
aku nak rambut panjang ni

korang tahu kan aku akan bwk family aku duduk ngan aku bulan 12 nie
umah aku tingkat 3 lah korang

tiap2 hari panjat tangga
tp tak jugak kurus2
huhuhuh

so aku agak mengasihani daddy ngan bubu nanti
yerlah kadang2 bile dorg dtg umah aku
mengah2 jek naik tangga
:(

terus mood sedih

so bila ada rambut mcm rapunzel
leh arr aku bwk naik and turun daddy ngan bubu
guna rambut aku jek

tak yah dorg mengah2
and siap berenti jap kt tingkat 2
huhuhu

ok2 aku start simpan rambut dari sekarang
or bleh tak aku makan kacang JACK tue
alah citer yang dia tanam kacang
then tumbuh pokok smp atas awan
dia bwk lari angsa emas tue

aku makan tue
jangan kan rambut
dengan aku2 sekali melangit tinggi nyer

melangit tinggi takper
jgn berlengit

hehehehe

ok2 dh g buat keja tue

isshhhh berangan jek keja ko kan

cik ween kata : rambut semakin panjang...hope tak pendek lagi...dh lah aku tiap kali ade masalah besar mesti rambut jadi mangsa...so aku berharap sangat agar hubungan aku kali ni takde masalah yg besar2...alah masalah kecil tue biase lah kan...mane ade hubungan yg perfect :p

xoxo - cik ween

Thursday, November 4, 2010

SERIBU KAKI JUGA SERIBU IMPIAN

dulu....
bila aku ditimpa masalah
masalah besar yang tiada antara korang yang tahu

kecuali hanya segelintir kawan
yang boleh dibilang dengan jari yang mengetahuinya

utk mengelak dari masalah
berdepan dengan segala pasal yang di cari sendiri

aku lari
aku tukar pejabat
aku tukar no telefon

aku ubah diri aku menjadi aku yang baru

cuba jalani hidup dengan tenang

tanpa aku sedari

MASALAH ITU BAGAIKAN ADA SERIBU KAKI....KEMANA SAHAJA KITA PERGI

WALAU SEJAUH MANA KITA LARI

WALAU SEDALAM MANA LAUTAN KITA SELAMI

IA PASTI MENGEKORI

SEPERTI BAYANG2

BEZANYA
IA ADA TIDAK KIRA SIANG ATAU MALAM

cik ween kata : haihhh berdepan bukan belakangkan :D

xoxo-cik ween

Wednesday, November 3, 2010

CUBAAN PERTAMA

Ini adalah cubaan pertama aku
Membelog melalui hp

Agagagaga
Maafkanlah perangai aku yg agak sakai ni
Maklum lah korg
Ini pertama kali aku pake hp mahal

Tu pun seb bek ada yg sudi berkongsi duit
Membelikn aku hp nie

Kalau tak
Pakai lah samsung kesayangan tu hingga hujung nyawa
Lalalala

Owwhhh
Gmbr hp
Tunggu entry lain ya
Lenguh plak jari aku

Hahahaha

Cik ween kata - terima kasih linggggggg sayang bertambah2 nie.. Bulan 2 tahun depan jgn lupe
60d I :p

Xoxo - cik ween

HEBAT NAU KAU :P

hari tue
aku berkesempatan join
canon photo marathon yang di adakan di pulau pinang

penang wehhhh
giler ko tak nak pergi
walaupun bukan jurugambar profesional kan
hehehehe

aku mmg suke sgt dgn penang
:p


sekali amek ko
ujan lebat di pagi sabtu yang suci murni itu
hurrmm

ujan lebat di pagai sabtu yer
aku suke ujan di pagi sabtu ni

of coz aktiviti golek2 di atas tilam
wakakakaka

penyertaan adalah seramai 2+++
hah amek ko
mmg tak sempat lah nk berkenalan bagai ni



dan sudah semestinya
adalah goodies bag kan

huhuhu datang jauh2
tp not 100% lah sebab benda ni

actually lebih kepada sesi mentekedarah nasi kandar beratur
nasi kandar line clear
lalalalal

dalam goodies bag
bukan lah kamera ye adik2
ko....sebut canon jek ko mule lah igt kamera
jgn dilupa canon ada printer gak tao


canon photo marathon
mesti korang igt yang kena berlari 10km tue kan

lalalala
aku mule2 pn mcm bangang2
hahahahaha

rupanya kami akan diberi 3 task
dan 2 check point

task yang pertama
eyes on eos
huhuhu
dah lah ada masa 2 jam jek
pada yang duduk penang
takper lah leh balik jap
pk idea

tp bg kiteorg yg jauh dr kl ni
tak ke mengadahhhh nk berpanas tue


gambar di ambil di sekitar check point 2

hurrmm walhal task pertama tak siap lagi kan
mmg bukan main ko

task kedua : humanity



first ko akan dilepaskan seperti anak ayam kuar reban
penuh jek penang road dengan warna merah

haih kalo kt thailand mmg dh kena nie
ye arr kumpulan merah ke ape ntah name nyer
huhuhu
bahaya

tak terpk plak aku

hah di check point 3 pun kite ade diberi task yang baru
utk yang terakhir lah

huhuhuh

hah bile ko dh penat2
sakan berjalan dengan pakai slipper lak tue

aku gagahkan jugak diri aku
settle sampai habis

huhuhu
orang lain amek gmbar
kiteorg siap singgah makan lagi

orang lain pakaikan anak kasut
kiteorg masih tak habis2 dengan kepala kusut
hehehehe

bila ko dh siapkan semua tugasan
korang kena plak g kt tempat pendaftaran td
utk sesi mengupload segala tugasan

huhuhu
dh lah janji melayu sungguh
janji pengumuman pemenang dalam kol 8/9
sekali lajak sampai kol 11.00-11.3o

memang giler mengantok weh
lepak gitu jek


hah yg kiri tue adalah pemenang hadiah utama
dan yg kedua pemenang utk tempat pertama

hehehehe
en.tmm rajin arr snap sane sini
aku siap tdo2 lg
nk tunggu result

bukan sebab ade keyakinan utk menang
tp sebena nya nk tgk sape yg terer sangat tue

dan mmg tak dinafikan lah
yg menang gmbr mmg cantik2

dan dorg mmg seorang juruphoto yang profesional tahap langit ke 7
huhuhu

tahniah2

kepada yang baru2 berjinak seperti aku ni

bagus gak g aktiviti mcm ni
at least dpt belajar byk benda kan


hah ini adalah contoh yer
gambar kiri : task adalah humanity

gambar kanan : delicious

and of coz lah gambar tue bukan aku yg amek
hehehehe

en.tmm yg amek
mmg smart gmbr nie kan

tp tetap jugak tak menang
takper tahun depan kita cuba lagi ok???

dh dr pg sampai petang
harus lah badan aku melepek kan

huhuh penat mmg tak bleh nak ckp
tp penang mmg tempat terbaik nk amek gmbr
:D

sebelum tamatkan entry
sila lah hayati gambar beruk gomok di bawah ,,,,

cik ween kata : penat tp enjoy.....tahun depan nk join lagi lalalala

xoxo - cik ween

Tuesday, November 2, 2010

INCOME YANG CHURP CHURP

churp churp
macam gula2 chuppa churp plak kan

kalau gula2 chuppa churp tue
rasanya manis
lalalalala
*tp aku dari kecik tak suke menatang tue
mcm ape jek nk isap2 gula2 mcm tue

tp churp churp yang satu ni
manis gak
manis dengan income
hehehehe

aku dapat tahu menatang nie
hasil dari merayau dr satu belog ke satu belog

then gatal2 lah nk usha kan
huhuhu

aku ni mmg agak mata duitan skit
apa2 jek yang bleh mendatangkan income yang lebih aku rembat
:D

so aku si mata duitan ni
tanpa lengah2
terus lah g kt churp churp nie

yerlah keja pun gomen kan
gaji brape sen lah sangat
:D

churp churp ni kira macam nuffnang gak lah
anak kepada nuffnang

yerlah zaman sekarang zaman teknologi
selain dari media pengiklanan melalui blog
skang ni dh bersepah2 pengiklanan melalui facebook dan twitter

and aku percaya
skang nie sume orang paling kurang pun
mesti ade facebook kan
kan kan

so apa lagi
dari kita shout and update status
yang selalu nya membayangkan jiwa kacau tue
alangkah baiknya
kalau kita shout something yang mendatangkan faedah

owwhh lupa
kepada ahli2 nuffnang korang jgn riso ilang status gliterati tue
coz churp churp ni anak kepada nuffnang

owwhh tugasan tak same mcm nuffnang
yang ni ko kena deraf dlu then submit kt dorg
nnt dh dapat approval baru korang leh tweet or update kt FB

alah bukan susah pun
update status dr pg smp malam
tweet smp mata tertutup boleh
apa lah salahnya kan
kita buat sumthing yang masyuk :p

pendapat peribadi aku lah kan
baik nuffnang atau churp churp ni
actually benda ni sume
buat kita dapat kenal ramai orang
so bayangkan one day ko sesat or keta rosak kt tempat yg takde saudara mara
tp korang dibantu oleh seseorang yg selalu baca blog korang
tak ke untung tue kan

huhuhu

and aku berharap sangat
churp churp ni
sentiasa buat aktiviti2 yang mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua

dapat menambah koleksi kawan2

huhuhu aku menanti agar one day churp churp dapat buat karnival sukan ke
sukan rakyat yang semakin dilupakan pun oke gak kan

bowling ker menonton wayang sama2 ker
aktiviti pembangunan modal insan ker

aktiviti permesyarakatan pun oke

ok2 kalau korang nk cuba
and kt sane korang leh bace details gak

korang g kt sini
churp churp <---sila klik

and bila korang dh masuk website ni
korang tgk anak panah merah aku tue
anak panah yang bisa menusuk hati
hehehehe

then klik kt situ
dari situ akan kuar lah satu form utk ko isi
alah jgn riso

ini khas kepada mereka2 yang malas utk isi borang seperti aku

column2 yang perlu anda isi
alah ciput lah sgt wehhhhh

kalao korang tetap malas gak
haihhh tak tahu nk ckp pe

nk malas ke nk duit????


owwhh ye selain daripada facebook ngan twitter
korang bleh jugak
promote kt blog
alah senang sangat
same gak kalau kite nk aplikasi2 kt blog korang tue
mcm unique visitor
facebook badge ker
kt website churp churp
ada 3 jenis utk korang pilih and letak kt blog
korang klik
generate code
copy
then g paste kt blog korang


maka terhasil lah seperti blog biruku ini
see
sangat senang kan
macam makan kacang jek
*kenapa kalau senang mesti nak kita samakan dengan makan kacang???

bagi aku lah kan
tak tahulah korang
yg byk duit tue
aku tak kisah buat ape jek
part time or whatsoever
aku tak malu
asalkan keja yg aku buat halal
and aku tak menyusahkan orang lain
so apa lagi????
marilah bersama-sama kita memeriahkan churp churp weh
:D
cik ween kata : sedang kemaruk bermain dengan mrs.tebal no.2
lalalalala
xoxo-cikween