thanx korang

Monday, January 31, 2011

TUDUNG KEPALA BUKAN TUDUNG SAJI

gambar di ambil oleh si jantung hati ketika di kelantan disember lepas
aku bertudung???

sebab tak nak dipandang mcm alien
waktu ini kami singah di pasar siti khadijah
tak shopping apa pun
cuci mata jek...

janji sampai kan....

sebut pasal tudung
sensitive sgt isu nie sebena nyer

takot kang kalau dibualkan
bisa memesong akidah

actually nak kongsi cerita
sesuatu yang berlaku baru2 ini
dihadapan mata aku dan kawan2 yang lain
juga cerita yang berlaku dalam kereta
yang diceritakan oleh mangsa

baru2 ni aku menghadiri satu event
di summit hotel
huhuhu

duduk lah kami dalam satu barisan yang ada dalam sepuluh orang satu baris

barisan hadapan
yang betul2 hadapan aku
si mamat (bukan nama sebena) dengan seorang perempuan
aku igtkan tunang dia
rupanya kawan

patutlah waktu bebudak yang lain tanya mana tunang dia
dia suruh diam
owwhh bukan itu isunya

isunya adalah
kawan perempuan nya
yang bertudung berbaju kurung
memang nampak manis
and nampak macam calon menantu atau isteri kelas pertama lah

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

dalam 5 minit berlangsungnya majlis
aku tengok tangan perempuan nie asek lah atas peha si mamat
bukan takat letak jek atas peha
siap digosoknya peha si mamat nie
gosok peha
gosok tangan

segala kejadah nak digosoknya

si mamat ni
siap toleh2 ke belakang buat muka kesian
mintak pertolongan

but u tell me
mcm mane kiteorg nak tolong

tak cukup dengan gosok dan gesek
tangan asek lah nak berpaut kt si mamat
tak kira lah waktu nk g lunch ker
waktu rehat ker
kesian si mamat nie

kiteorang igtkan sampai kt situ jek lah ceritanya
gosok dan menggesek tue

rupanya bila dalam kereta jek
dia terus bukak tudung and terkam si mamat ni
kelam kabut si mamat nak drive

tapi ALLAH maha berkuasa
si mamat ni masih tebal iman nyer
alhamdulillah

ditolak....
sehinggakan keluar dari mulut perempuan nie

"awak nie kenapa...kalau lelaki lain tak pernah tolak"

korang leh paham huraikan apa maksud ayat di atas

aku pelik

kemana hilangnya nilai maruah seorang wanita melayu

kemana perginya rasa malu

bertudung manis berbaju kurung
tetapi kena perangai itu yang diselindungnya

sedih...

murah sangat nilai maruah seorang wanita islam
murah sangat nilai tudung di kepala

sehingga tindak tanduk
tidak menggambarkan rupa

bertudung
biarlah seikhlasnya
jangan kerana ikut keadaan
ikut kawan
ikut peredaran...

and jgn lah bertudung
semata2 sebab nak orang tgk kita baik
suci murni
sedangkan
.............................................................................................

(korang sambunglah sendiri)

apa2 pun
pada yang akan bercuti
atau sudah bercuti

selamat bercuti
and semoga selamat di perjalanan


cik ween kata : jangan nilai seseorang itu dari luaran...kenali dahulu hati budi.....

xoxo - cikween

Sunday, January 30, 2011

HUJAN

baru lepas menonton CSI MIAMI
walaupun ulangan tapi episod ini agak menyedihkan

dengan cuaca kat luar
yang sejuk

hujan tanpa henti

apa pun tak jadi

nak bawak own mandi laut cancle
nak bawak own mandi kolam pun tak bleh

aiyoooo

bak kata own

apa pun tak boley lah......

weekend korang macam mana?

weekend aku so far pada ketika ini masih dirumah jek

bubu and daddy ke melaka
tinggal aku, ain, own, alang, ayu and si jantung hati di rumah

aku online di atas sofa
si jantung hati sambung tido
ayu pn online dari dalam bilik
ain melepak kt tepi aku

eh eh eh eh mane own??

own tolong alang memasak kt dapur
hahahahaha

rajin sgt lah plak budak tu hari ni
dari depan dh dengar mulut dia pok pek pok pek

ngehhh
weekend yg indah bukan???

cik ween kata : alolololo weekend aku mmg mcm ni...mesti si jantung hati bosan...:p

xoxo - cik ween

Thursday, January 27, 2011

LAMANYA...HILANG LEMAS DAN TENGGELAM

uissshh
rasanya dah lama sangat aku tak update blog nie

ntah apa kerja
ntah apa urusan

sememangnya banyak sangat urusan
sememangnya banyak sangat kerja

kerja pejabat
kerja luar pejabat

urusan pejabat
urusan luar pejabat

tp aku masih mementingkan kerja pejabat
walaupun kerja luar pejabat lagi best sebenarnya

aaaaaa

something yg patut berlaku pada februari
terpaksa ditunda ke bulan mac

kerana sebab2 tertentu

ya allah semoga dipermudahkan semuanya

ok dont worry
blog ini akan berupdate kembali

insyallah
selagi ada nyawa
selagi masih punya kudrat

banyak yang akan dicoret

sehingga bertemu kembali...

cik ween kata : kih kih kih mac pn mac lah kan....takper

xoxo-cik ween

Tuesday, January 18, 2011

MUKABUKU BUKAN DOKTOR BUKU

mula2 aku nak cerita pasal gambar buah hati aku ni
hehehehehe

gambar yang diambil adalah sekitar ramadhan yang lepas
di midvalley

actually own tgh protes time nie
sebab dia kena puasa penuh kan

then dh tak tertahan nak nunggu berbuka
huhuhu

bila snap jek
suka lah dia buat muka pelik2

tp tetap ensem own... ;p

nk citer pasal facebook/mukabuku
tp yg jelas bukan doktor buku
hahahahaha

bila kita update status kt fb
btol tak kadang2 kita terdorong oleh emosi

tak pk pun baik buruk
huhuhu
semua terdorong emosi yang tak stabil tue

bila dh syok update
carut sana carut sini
tanpa kita sedar ada hati yang terlupa

hurrmmm
itu secara umumnya

aku plak
ada benda yang aku rasa aku boleh kongsi

and mane yg tak aku suka pendam dalam hati

sangat subjektif
sebenarnya terpulang pd individu

tanya pada hati

jangan ikut emosi ;)

cik ween kata : haihhhhh lg 5 bulan nie :p,,,US tungguuuuuuuuu

xoxo - cik ween

Monday, January 17, 2011

MISI YANG GAGAL

tahun lepas
banyak misi yang gagal

ok mari kita tepuk tangan ramai2

hahahah
eh jangan malu2 pada kamu2 yang nk buat lompat bintang tue

i tak kisah noksss
coz i tao last year banyak benda yg tak dpt aku capai

semua takde kena mengena ngan kurus
sebab misi untuk kurus
setiap hari resultnya sama

GAGAL LAGI
ANDA MEMANG DITAKDIRKAN UNTUK MENJADI SEORANG YANG SUKA MAKAN

EH BUKAN SALAH ANDA
TP MAKANAN ITU YANG SANGAT MENCINTAI ANDA
SEHINGGAKAN TIDAK MAHU BERPISAH
MALAH BERJAUHAN

ngeh ngeh ngeh

ok bukan nk cerita pasal misi kurus yang tak penah menjadi tue

aku nak cerita pasal misi aku
yang aku rase agak mencabar tahun lepas

MISI UTAMA CIK WEEN GOBU YANG GAGAL : MENCUBA UNTUK DRESSING ALA2 KEWANITAAN DAN KEAYUAN

ok misi itu ternyata gagal
dan masih dalam pertimbangan
samada mahu meneruskan atau tidak

ntah lah
aku bukan tak pernah cuba
bukan malas
tp dh banyak kali dh

result tetap sama

suar nyonya dan tset jugak yang aku sarung
huhuhu

selipar jugak yg aku selesa

hehehe
tp aku ade gak beli kasut yg sedikit bertumit ujung tahun lepas
agagaga

ade sedikit pembaharuan kan
baru lah semangat nak berubah

cehh bukan tadi kate tak nak teruskan jek

takper lah aku dh pk sedalamnya

tahun ini aku akan cuba lagi
dan buat koleksi baju2 wanita lagi

sekarang sila pergi jauh2 yer suar nyonya
mahupun tset2 kesayangan

sila lah pergi jauh2

heheheh confirm dorg merajuk nnt ni

takper balik keja t i pujuk yer

so mari lah kita sama2 berdoa
cik ween gobu ni

berjaya dengan misinya
yg ntah keberapa ratus kali di ulang

hehehehe

cik ween kata: bibik kan...walaupun aku bibik nnt aku up entry pasal baju aku :p

xoxo - cik ween

Friday, January 14, 2011

BERTUKAR!!!!

di hari jumaat yang suci murni
penghulu segala hari

mari aku mahu warwarkan kepada seluruh penduduk kampung

ngeh ngeh ngeh

takde lah
aku skang nei tgh survey2

berukband apakah yg terbaik

u know sekarang i guna yg hurrmm
yg hijau tue

tp kan sebelum 14hb
dh smp volume quota
lalu berukband aku pn bertukar menjadi kura2band
malahan ada kalanya mengada2 bertukar menjadi siput babiband
hahahha

mencarut!!!!
alohh tibe2 teringat
zaman kanak2 dulu
tak bleh sebut babi

kalau ada kawan yang sebut mulalah
"eh berdosa mencarut....mak kita tak bagi kita sebut b.a.b.i (siap eja) tak bleh kepoyoan aku
sewaktu zaman bintang kecil dulu
hehehehe

ok2 berbalik kepada yg asal

so far aku dah buat senarai ketot
iaitu p1 dan si toyol kuning (digi)

korang rase mane yg terbaik???

tak larat lah korang
tiap kali hegeh2 jek aku kena call and tambah
RM28 lah tue

dalam sebulan ade lah 2 3 kali buat call ke maxis utk tambah
so cuba korang kira brape yg aku dh rugi

huhuhuhu

so pada yg bermurah hati
sila lah memberi nasihat yg paling bernas sekali

jasa mu akan tetap ku kenang
heheheh
:p

cik ween kata :sekejap jek dh penghujung januari ....aduhhhh

xoxo - cik ween

Thursday, January 13, 2011

SILA PERCAYA

tak habis2 lagi penjajaan aku
gambar2 sewaktu malam new year tempoh hari
hahahaha

sakit mata
butang X belah kanan atas sekali

jangan segan silu
tolong lah klik eh :p

kelmarin dh ade entry meroyan
tentang gelagat mereka yang berada disekeliling

then cuti satu hari

kalau pada yang tak tahu tue kan
blog aku nie di update seminggu sekali
yakni
aku mmg dh siapkan
satu minggu nyer entry

selalu aku buat weekend
time free2 takde keja tue
aku update lah sekaligus

nak update setiap hari
alamakkkk
mak tak sempat lah nokss

serius
bukan tipu
or bukan buat2 mcam banyak keja
tp mmg banyak

actually aku nk share something ngan korang
tp tue arrr
nnt2 lah eh

tunggu idea mari
baru aku up itu cerita

so selamat bekerja
LNPT sudah dpat markah kah?

hehehehe

cik ween kata : aiyooo pendek nyer entry

xoxo- cik ween

Tuesday, January 11, 2011

SALAH SIAPA???


rehatkan kepala sekejap
dari entry2 tentang cuti ker ape
mari kita berbicara tentang isu semasa
* ayat poyo yg tak bleh blah :p

sekarang ni harga barang semua naik

minyak naik
barang2 keperluan harian naik
gov.tax naik
harga rumah semakin mahal
serba serbi mahal

sedangkan
bagi yang dh kawen
anak semakin ramai

yang bujang
nak mengumpul belanja kawen

kan... tp gaji masih lah macam tue jek

so nak salahkan siapa??

salahkan kerajaan kah?
salahkan peniaga2 kah?

aku cukup pelik lah
dengan mereka yang berada di sekeliling aku

harga barang naik nak marah kerajaan BN
harga minyak naik nak marah kerajaan BN

aku nak tanya lah kan

kalau pakatan pembangkang menerajui negara

harga barang, harga minyak takkan naik ker?
harga rumah leh turun 50% ker?
dpt g keja naik bas free

pergghh bestnyer

tp kalau semua nak subsidi
kalau semua nak kerajaan tanggung

kerajaan nak buat duit mcm mane plak?
mcm mane nak sediakan kemudahan infrastruktur yang selesa utk korang?
mcm mane eh???

aku tak de jawapan lah
tolong bagi jawapan skit boleh???


so please stop
salahkan orang lain
salahkan kerajaan
salahkan majikan

kadang kala kita kena pandang perkara2 begini dari sudut positif

kenapa kerajaan naikkan harga minyak ron97?
sebab tak ramai yang pakai minyak ron97
yang pakai pun mereka yang punya kereta mewah
kereta besar

jadi bila ko mampu untuk bayar installment kereta mewah ko tu
dh tentu ko mampu untuk isi minyak nyer plak
kan kan kan kan

selain dari menyalahkan kerajaan kan

pernah tak korang berfikir

"owwhh barang2 dh naik....gaji aku kecik...so aku kena buat sesuatu ni"

pernah tak??

jgn kerana ego
ko nafikan segala2nya....

jgn kerana taksub dengan parti pembangkang
ko nafikan keadaan ekonomi dunia

aku bercakap bukan sebab aku kakitangan kerajaan
aku bercakap dari sudut pandangan seorang manusia

yang turut sama seperti kalian
bertarung setiap hari
demi menjanjikan kehidupan yg selesa

bukan untuk aku
tp utk keluarga aku

so....
dari kita asek menyalahkan orang lain
baik kita pk

jalan penyelesaiannya

sekian
pendapat ikhlas dari aku
yang sebena nyer lebih kepada perlian

hahahaha

jujur sangat kan aku ni kan
mengaku perli orang noks...

cik ween kata : memajukan diri sendiri adalah lebih baik daripada asek menyalahkan orang lain

xoxo- cik ween

Monday, January 10, 2011

S : CONFIRM ADA YG MEROYAN LAGI

alamak....
gambar dh edit jadi kecik mcam nie plak

gasak lah hei
malas tol aku betolkan

korang nampak sikit2 jadi lah kan
:p

nk tgk besar2
ko klik lah
boleh???

alah senaman jari tue skit

lagipun awal tahun nie
jangan malas2

hehehehe

kalau korang nak tahu
almost 5-6 years aku tak celebrate new year

dulu... waktu zaman
bintang kecil dulu
mmg selalu lah kan

siap lepas tgk bunga api
terus zassss naik genting ko....

pastu usia dh menginjak ke bintang rtm
aku jd malas
malas nak bersesak2
malas nak mengadap jammed

duk umah tgk tv lg siok
tue yang badan pun dh layak jd peserta big loser asia
aaaaa

g singapore tak kemana pun
jalan2 di orchard
then ronda2 lagi ke marina bay

shopping???
tak sempat sebab mostly kedai tutup awal
nk singgah marc jacobs pun tak sempat

huwaaaaa

harus lah kita repeat ke singapore

di bugis street
see...byk kedai yang tutup awal kan
sedangkan baru kol brape

aku rase semua orang pakat2 nak g celebrate new year lah

carik tempat parking keta
and kita melepak dulu sebelum ke tempat berlangsungnya sambutan new year tue

korang cam tak tempat yg aku amek gmbr ni

korang penah tak tgk citer krish???
alah sambungan citer jadoo
lakonan hitrik roshan tue

hah kt sini lah
aksi dia mengejar helikopter

then dia melompat naik atas air pancutan tue
ngeh ngeh ngeh

hebatttt
gigih aku explain kt en.buah hati
pasal citer krish tue

hahahaha

puas hati dpt sampai sini
tp tak best sebab bukan time air pancutan tu kuar
huhuhu

actually aku pergi naik kereta jek
alang2 dh ade kt kluang kan
terus lah ke singapore jap

ngehhhhh

kuar pagi balik pun pagi
badan penattttt


countdown
3, 2, 1

happy new year....

hazab ramai sungguh manusia yooooo

tp bunga api adalah cantik dan terbaik
lebih cantik dari yang KL kot

kiri kanan manusia dengan dslr
tripod

aku???
duk bersila
sambil jerit2 yeayyyyy
hahahaha

dalam hati pk gak
aku ni ke singapore semata2 sebab nak tgk bunga api ker
lalalalala

masa mmg tak mengizinkan aku nk ke universal studios sume tue
yerlah keesokkan hari nya
en.buah hati intan payung aku tue ade keja

pulanglah kami ke pangkal jalan
sejurus selepas sambutan new year itu

jalan jammed ke tak
aku mmg tak sedar
sebab aku dh membuta dalam keta
hahahaha
sedar2 dh smp woodsland jek
agagagaga

kejam giler

balik konon2 nak singgah melantak ayam penyet kan
last2

terpenyek lah jugak
tp kt petronas skudai
nak masuk highway tue

sedar2
dh kol 7
hahahahahah

cargas pulang ke pangkal jalan ye anak2

aku nk buat satu entry lagi
tentang singapore

tp tunggu dulu lah
tibe2 aku rase ngantok plak
:p

tak terlambat kot nak wish

happy new year kengkawan
semoga tahun ini membawa seribu macam kejayaan
dan kepuasan

semoga semua impian akan tercapai ;)

cik ween kata : so in love....agagaga

xoxo-cik ween

Friday, January 7, 2011

KONTROVERSI DI PENGHUJUNG 2010


gambar nie lah buat aku agak sayu hati hari tu
kalau yg follow twitter aku tahu lah kenapa

aku dressing mcm bibik g pasar katenyer

biarlah aku nk dressing mcm mane pun

haikkkk
ntah lah
aku tak paham lah dengan sesetengah manusia ni

hurrmmm
bagi aku
janji aku selesa dh

tak kisah lah apa org nk ckp

aku mmg suka suar nyonya ngan tset
senang nak bergerak

lgpun aku sedar aku gemuk
pakai jeans kang nampak plak tembam tang punggung ngan peha tu
pake blouse dh ala makcik2
walaupun tahun depan aku dh nak masuk 30 kan

huhuhuhu
yer aku tao aku tak secantik korang
aku tao aku tak sekurus korang
aku tao aku tak pandai bergaya mcm korang

tak kisahlah korang nk ckp aku mcm bibik
aku mcm nyonya
aku mcm penjaja tepi jalan

cakap lah

janji
aku happy
and hidup aku tak penah menyusahkan orang lain

huhuhu

teremosi plak di sini
lalalalala

tp walaupun aku sedar kekurangan diri aku
and aku selesa dengan apa yang aku ada sekarang
itu tak bermakna aku tak berusaha untuk berubah

aku sedang dlm proses diet
aku sedang dlm proses belajar nak pakai cantik2 makeup bagai ni

semua perlukan masa kan???

kalau korang rase tak suke nak berkawan ngan aku yg gemok dan selekeh ni
go ahead
aku tak kisah

ko tak nak kawan dengan aku
aku tak rugi apa

buatlah
asalkan masing2 bahagia :p

apa2 pun
happy weekend ye korang

cik ween kata : janji ada yang sayang kan kan kan

xoxo-cik ween

Thursday, January 6, 2011

AKU MMG SUKA KETINGGALAN ;)se

orang lain suma dh upload
gambar...cerita
tentang first day @ school

aku???
dh nak masuk seminggu baru hegeh2 kan

aku biase lah mmg suka last minit nyer
lalalalala

owh yer seperti yang korang sedia tahu
own dah darjah satu tahun nie...
*yeayyy lompat bintang sambil nangis terharu

yerlah
pejam celik
pejam celik
dah darjah satu dh hero aku ni

huhuhuh
tak sangka
cepat sungguh masa berlalu

aku kan cuti seminggu last week kan

salah satu selain daripada urusan di kelantan tu
sebab si hero ni lah

dalam sibuk2 nak beli kelengkapan sekolah
dia pun nak tengok wayang

aduhhh mmg kelam kabut aku

orentasi untuk tahun satu pada 30hb
yg pergi anta own
aku, en.buah hati, daddy
ikutkan satu family nk ikut
lalalala

so far own adalah ok
dan sangat ok

alhamdulillah
dia adalah tidak banyak ragam
maybe sebab kiteorg mmg dh biasekan dia utk menjadi seorang independent
bercampur gaul dengan orang

alhamdulillah
lega sangat hati ni


korang kan tahu own jenis yang sangat menjaga penampilan dia
kasut kotor skit tak leh

tgk lah tue
waktu cikgu bwk round2 satu sekolah
tunjuk mana kantin tandas segala bagai
dia jalan dengan penuh lagak weh

tangan dua-dua masuk kocek
huhuhuhu
own kan suka berlagak mcm dia ketua kan
semua benda konon2 dia ketua

tgk lah pandai2 swoh kawan dia senyap
dia bising takper :p


time ni dia beratur dengan kawan2
happy sangat

walhal kt umah dh prektis tak mo senyum nampak gigi

hahahaha kan gigi dia dh rosak

asek lah swoh buang gigi tue beli gigi baru

dia igt gigi ni dijual kt kedai ke
gigi palsu ade lah
hahahahaha

settle yuran segala bagai
nasib baik buku dh beli awal2 kan

masa untuk pulang ke rumah
own dengan berat hati nak balik

yer lah dh seronok dengan kawan2 kan

tp bagi aku
dan juga mereka yang lain di luar sana

pengalaman pertama mmg indah
dan akan terpatri dalam ingatan sampai bila2

cewahhhh

apa2 pun
aku berharap own akan membesar menjadi manusia yang berguna
dan cemerlang
hebat dan bergaya

lalalalala

cik ween kata : tibe2 aku blur tak tao nk sambung apa lalalala

xoxo-cik ween

Wednesday, January 5, 2011

KECOH TAK SUDAH

MU lamar Khairul Fahmi?

KOTA BHARU - Populariti penjaga gol kebangsaan, KhairulFahmiChe Mat yang membantu skuad negara muncul juara Piala Suzuki AFF, kini menjadi fenomena luar biasa.

Kerana kagum dengan aksi tangkasnya terutama ketika menyelamatkan penalti Indonesia pada perlawanan akhir kedua di Jakarta minggu lalu, peminat amat berharap Khairul dilamar kelab bola sepak terkemuka dunia.

Malahan ada laman web yang menyiarkan laporan bahawa Pengurus Kelab bola sepak terkemuka dunia Mancester United, Alex Ferguson berminat untuk melamar penjaga gol Kelantan itu, bagi menggantikan penjaga gol utamanya Edwin Van Der Sar.

Sebuah laman web mirip laman web rasmi Manchester United, iaitu man-united.co.nr, menyiarkan laporan kononnya, selepas dua jam Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama Rabu lalu, Ferguson mengarahkan pegawainya melamar Khairul Fahmi.

Laman web itu menyebut Khairul Fahmi merupakan individu penting membantu pasukan Malaysia menjulang kejuaraan.

Kecemerlangan dan ketenangan Khairul Fahmi mengawal gawang gol Malaysia dengan menangkis setiap serangan yang dilakukan oleh Indonesia telah menarik minat pengurus kelab tersebut.

Ferguson melalui laman tersebut berkata, Khairul Fahmi adalah seorang pengaja gol terbaik yang pernah dilahirkan.

"Sekiranya dia (Khairul Fahmi) diberikan peluang untuk beraksi, dia mungkin sebaris dengan penjaga gol terbaik seperti Buffon (Italy), Cassilas (Sepanyol) dan Van Der Sar (Belanda).

"Van Der Sar merupakan salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah kami miliki, tetapi apabila dia meluahkan hasrat ingin bersara, kami perlu seseorang penjaga gol dan dia (KhairulFahmi) ialah calon terbaik masa ini," katanya.

Bagaimanapun, berita yang disiarkan oleh laman web tersebut didapati tidak benar, kerana ia bukan laman rasmi kelab tersebut.

Begitupun, ia tetap menimbulkan keterujaan bagi Khairul Fahmi.

Menurutnya, sekiranya benar beliau sememangnya teruja jika diberikan peluang untuk bermain dalam kelab tersebut.

Ini kerana katanya, beliau masih perlu bekerja lebih kuat sekiranya mahu berjaya seperti penjaga gawang terbaik dunia.

"Saya masih muda dan perjalanan masih jauh untuk menjadi hebat seperti Van der Sar atau pun Casilas,'' katanya.

Sebelum ini, Khairul Fahmi bukan sahaja menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkan dia pada kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia, bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan itu yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ketempat kelima, menumpaskan Support Tim nas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat 57,000 hit daripada peminat kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan.

korang rase kanape perasaan aku atau kipas susah mati Man Utd yg lain bila baca artikel ni??? of coz lah aku rase mcm nak muntah darah

nk gelak....nk sumpah seranah....

tp nasib baik lah itu website palsu kan :p

muda lagi kot mamat ni nk jd sehebat van der sar... umur pun baru 21 walaupun nmpk mcm 31...

tak salah pasang impian tp jangan buat impian jadi angan2

come on lah guys....berpijak lah dibumi yang nyata...

aku sebagai rakyat MALAYSIA...negara ku yg tercinta ni...memanglah berbangga dengan kejayaan dorang menjuarai PIALA SUZUKI tu

tp bila dh tiap2 hari.... baca suratkhabar asek2 ulang benda yang sama...

facebook, twitter, radio, televisyen

terus kembang dan loya tekak ni jadinya

tak salah memuji ...tp bagi aku ada hadnya....dh lah pemain bola sepak tempatan nie cepat nau lupa dirinya...

tengok lah nnt...prestasi ntah kemana asek lah nak mengejar populariti....

pastu bercinta dengan artis

hoyeh2 sampai ke pagi

cth: pasangan kembar tue...

please lah....

media2...peminat2.... kalau korang sayang dengan prestasi yg membanggakan ni

cukup2 lah memuji...

perjalanan masih jauh.....

masih banyak yang perlu diperbaiki....

ape2 pun tahniah lah yer kepada skuad kita kerana menang perlawanan tempoh hari


cik ween kata : apada berita dh basi kui kui kui

xoxo-cikween

Tuesday, January 4, 2011

HILANG TERUS NAFSUKU

1.1.11
apa yang korang buat 1.1.11?

aku???
time tue masih berada di KLUANG
dalam keadaan mamai2
mengantuk sebab baru balik dari singapore

owhh cerita singapore kita upload kendian k

then tengahari tue
lepak2
belek hp baca status member

tak puas hati
aku google plak

dan.....

satu berita yang sangat menyentak jiwa

al-fatihah kepada mu
faizal yusuf

yer aku tao ramai yg dh blog pasal ni
aku agak ketinggalan kan

hurmm
arwah memang pelakon fav aku
since dari cerita blok 404 lagi

:(

then dari situ aku terus mengikut perkembangan arwah

satu cerita ke satu cerita
mana jek ade muka arwah
aku pasti tonton

actually aku nonton bila kuar muka dia jek
huhuhu

ntah lah pendapat peribadi aku
arwah punya bakat yang besar
cuma tak diketengahkan je

cerita zaharul vs zarina
cerita manjalara
cerita wadiunung
cerita adamaya
dan terbaru tiramisu

huhuhu
semua aku tgk
sebab dia

dan kini
mcm sudah hilang nafsu nk nonton drama melayu

sapa lagi yg aku minat???

asmara??
hurrmm mabuk cinta jek mamat tue
reject terus

huhuhu





mati itu pasti
kerana janji itu antara kita dengan sang pencipta
telah lama terpatri

bersedia atau tidak???

itu kita sendiri yang punya jawapannya....

cik ween kata : it's time for me to quit________

xoxo-cikween