thanx korang

Tuesday, December 27, 2011

SELAMAT TINGGAL KL

seminggu lagi
akan berpergian
dari ibu kota
yang penuh dengan cerita
suka dan duka

kali ini
sekali lagi pulang ke kluang
kampung halaman cik abang yg tersayang

tenang dan senang

cik ween kata : sementara takde bos ni kan....tahun depan dh ade bos mane dpt cuti lama2 ni

xoxo - cik ween

Thursday, December 22, 2011

TENTANG DHIA EH KER TENTANG HANTU



sapa layan drama kt tv3 ni
huhuhuhu

yg menggantikan cerita soffiya tu

ok aku adalah pentipu sebab hari tu kekonon nekad
tak mo layan citer2 melayu berepisod
mcm ni kan

tp aku tewas lagi

aku terfollow plak citer ni
dek kecomelan nora danish memakai tudung
juga ady putra yg hot

memule cerita best
dengan watak melly yg sgt menyakitkan hati tu

tp bila dh kehujung2 cerita ni
aku mcm meluat plak

aku tak leh terima lah
cerita yang banyak menggunakan bomoh ni

sikit2 bomoh
skit2 bomoh

aduhai
logik lh skit kan

tak suke
jd aku nekad lagi sekali
tak mo memfollow sangat citer ni
kalau ade tgk lah
kalao tak jgn dikejar2 mcm dulu

dan sekarang
aku makin confused

ni cerita tentang dhia ker
tentang hantu

hahahahahha

cik ween kata : alahai pelakon dh best dh...tp bnyk sgt unsur2 tahyul

xoxo - cik ween

Tuesday, December 20, 2011

I'M IN LOVE



i'm in love again

hehehehe

this time i'm in love with this
damn....
delicious giler babas nyer
mmg terasa mcm nk makan seperiuk nasi

tp cepat2 sedo diri kan
yerlah aku kan gemok
jd kuantiti pengambilan nasi tu
kena kurangkan

sekarang ni
banyak makan capatti ngan ratah2 lauk ni

korang penah makan ni?
kak idah @ masterchef perikanan tu ckp
ini makanan orang banjar

ade orang banjar yang leh sahkan tak
apa nama makanan ni

owhh lupa nk gtao
ini adalah kulit cempedak
bukan kulit yang berkerutu tu
tp part dalam
yg mcm sarung utk buah cempedak tu

kena jerukkan
then baru leh goreng bersama bawang + cili api

rasa ada mcm cendawan kot
mmg sedap sehingga nk hantuk kepala kt dinding

korang yg ada banyak pokok cempedak kt umah tu
leh lah try

makan ngan nasi panas
pergghhhhh

justin bieber lalu tepi pn
confirm ko buat derk je dowh

hehehehehe

cikweenkata : mcm mane lah berat badan tak naik lg...dorg ni suke sangat masak tao

xoxo-cikween

Thursday, December 15, 2011

SBPA-SKIM BODEK PEGAWAI ATASAN..EH???

seminggu blog ini sunyi
sepi

tittt tittt titttt

sudah kembali
tapi masih mencari
mood yang entah kemana pergi

minggu ini busy
dengan skim yang baru
bagi kami penjawat awam

gaji naik
alhamdulillah
walaupun borang opsyen belum lagi disign
malah belum lagi diberi taklimat
esok insyallah

ramai kawan2 seangkatan
yang bising
yang kecewa
yang suka

korang mcm mana
adakah angguk kepala
dan setuju sahaja

asalkan gaji naik
ek????
dh kaji baik buruknya?
dh lihat potensi kenaikkan pangkat di masa hadapan

kita yang sokongan
terus lah menyokong

mereka yang berada
di kumpulan pengurusan
senyum gembira

dengar2
40% kenaikkan hanya untuk mereka

takperlah
mereka penggubal dasar
kita cumalah pelaksana

angguk kepala
dan diam sahaja

cik ween kata : cam tettttt btol

xoxo-cikween

Wednesday, December 14, 2011

BUJANG SUDAH

yesss akhirnya
my little baby boy
bujang sudah

lalalalala

gambar diambil sehari sebelum si bujang bersunat

dia bersunat di melaka jugak
walaupun aku tahu
hati dia meronta2 nak bersunat di kluang kan

dan sekarang sudah pulang ke putrajaya
masih belum sihat sepenuhnya

aku rase takdelah sakit sangat pn sekarang ni
cuma bila rasa ngilu tu kot
lgpun dia kan kecil lg
tp sudah ngada2 nak bersunat kan

pejam celik pejam celik
dah besar dah own

cik ween kata : nk melayan karenah dia tuhan je lah yg tahu

xoxo-cikween

Friday, December 2, 2011

KEHENDAK DAN HATI

pertama kali rasa tersepit
eh bukan pertama kali

dah berkali-kali
tp itu dahulu semasa di poli
waktu badan serupa mcm lidi

disepit rakan sekatil
yang comel2
yang selalu dekat di hati
*rindu

kali ini aku tersepit lagi
antara kehendak si kecil
juga impian si bonda

masih belum buat keputusan
aku minta si kecil yang belum mengerti
buat keputusan sendiri

antara kehendaknya
atau hati ibu
yang sangat di sayangi

cikweenkata : pasrah dan redha

xoxo-cikween

Thursday, December 1, 2011

SETELAH 8 TAHUN

setelah 8 thun berkhidmat dengan kerajaan
berkhidmat sebagai penjawat awam

rasanya
ini adalah kali pertama aku akan bercuti panjang

seminggu
huhuhuhu
lame tak?????

nmpknyer tahun ni dpt bwk cuti tak sampai 10 hari

aku bukan cuti saja suka2
goyang kaki
goyang bontot di rumah

aku cuti
sempena si bujang ku
akan menyunatkan dirinya weekend ni

hurrmmm
semua orang kate terlalu awal
tp dah itu kehendak dia
aku ikutkan jer lah

lgpun aku tgk
ramai yang menyunatkan anak mereka
walaupun lelaki
seawal masih bayi lagi

so tak salah lah kan
aku sunatkan own minggu ni

selain dari kenduri sempena penyunatan own
mertua ku buat jugak majlis kecil2an sempena nak menyambut anak hantu menantu dia ni
hahahahaha

maluuuuuuu
dh 4 bulan kawen gitu
alah majlis kecil2 jek
aku pake baju nikah jerk

tp persoalan yang sering bermain di kepala otak ku ini

muat lg ke baju nikah ku itu

hahahahahahaha

cikweenkata : aku sedor diri ku yg gemok gedempol ini

xoxo-cikween

Wednesday, November 30, 2011

MAHADEWI


Hamparan langit maha sempurna,
Bertahta bintang - bintang angkasa
Namun satu bintang yang berpijar,
Teruntai turun menyapa ku

Ada tutur kata terucap,
Ada damai yang kurasakan
Bila sinarnya sentuh wajahku,
Kepedihanku pun... terhapuskan

Alam rayapun semua tersenyum,
Merunduk dan memuja hadirnya
Terpukau aku menatap wajahnya,
Aku merasa mengenal dia...

Tapi ada entah dimana,
Hanya hatiku mampu menjawabnya
Mahadewi resapkan nilainya,
Pencarianku pun... usai sudah

Mahadewi resapkan nilainya,
Mahadewi tercipta untukku
Mahadewi resapkan nilainya,
Mahadewi tercipta untukku

cikweenkata : lagu untuk suami yang jauh di mata...jd kena tukar mahadewa lah eh...hahahhaa

xoxo-cikween

Tuesday, November 29, 2011

SETITIS HIDAYAH

menonton drama setitis hidayah
sempena maal hijrah

owwhh lupa
salam maal hijrah kawan2

semoga di tahun yang baru
kita berhijrah menjadi hambaNya yang lebih baik

ok2 back to the topic
setitis hidayah....

tentang keluarga susah
yang selalu bersungut kepadaNya
mengapa mereka hidup susah
mereka sering diuji..

sedangkan
ada umatNya yang lain hidup senang...

kadang kala
aku pn begitu

aku sering bertanya
dan tertanya2
mengapa aku sering diuji
mengapa aku

mengapa orang lain

kadang kala aku tewas
tetapi aku terus sujud
memohon kepadaNya
kekuatan dalam menghadapi
segala ujian dariNya

aku seorang yang lemah
aku akui itu

tapi aku bersyukur
aku punya suami
yang akan memaut erat tanganku
di kala aku jatuh

aku ada ibu bapa
yang selalu menenangkan ku

aku ada mereka2
yang sayangkan aku

selalu memberi ku semangat
dalam meneruskan kehidupan

mungkin belum tiba lagi masaku
mungkin ada yang lebih baik untukku

aku redha
aku berusaha dan terus redha

sujud kepadaMu
tuhanku

cik ween kata : ujian itu menguatkan aku

xoxo - cik ween

Monday, November 21, 2011

JANGAN PERNAH BERHENTI

jangan pernah kau berhenti
berusaha

jangan pernah kau berhenti
berharap

jangan pernah kau berhenti
mencari

jangan pernah kau berhenti
berdoa

jangan pernah kau berhenti
percaya

kerana

ALLAH itu ada
cepat atau lambat

pasti akan dapat balasan

kita cuma manusia
bukan tuhan

kita cuma merancang
ALLAH yang tentukan

sekali kita jatuh
bermakna kita akan bangun dengan gagah

cik ween kata : memberi semangat pd kawan2 yg memerlukan

xoxo - cik ween

Friday, November 18, 2011

TAHNIAH...AUMMM

tahniah kepada team harimau muda
yang telah berjaya menewaskan indonesia
1-0

hehehehe

walaupun peringkat kumpulan
tapi

berdebor nyer kan
mcm dh final

siapa tengok malam tadi?

ok mamat ni
walaupun dihimpit kontroversi baru2 ni

tp apa dia kisah kan

janji dia tetap fokus
menjaga gawang negara

yg lain
lantak dia lah
nk tergolek nk terlentang
tengah jalan sekalipun

hal peribadi
tak de aku kisah

syabas khairul fahmi
kerana cemerlang menjaga gawang negara

hope teruskan prestasi cemerlang
di separuh akhir nanti

cikweenkata : ok geram giler bila indon boo lagu negaraku....

xoxo - cik ween

Monday, November 14, 2011

TAK BERMAKSUD APA2 PUN

kau bertudung
sebab????

ko ikut orang sekeliling
ko nk ikut trend terkini
ko malu sebab kt opis majoriti nyer bertudung

bertudung...alhamdulillah

tapi biarlah ikhlas

jangan pergi opis je ko bertudung

owwhh adakah tudung itu untuk dipersendakan??

tepuk dada tanya selera

cik ween kata : tak bermaksud nk guris hati siapa2

xoxo - cik ween

Thursday, November 10, 2011

WORLDESS THURSDAY - JUSTIN BIBIR KU


cik ween kata : amacam????

xoxo - cik ween

Wednesday, November 9, 2011

TAMAT SUDAH

tamat dh citer ni

nasib baik tv adalah mahal
kalau tak aku dh lempar dari tingkat 12

mmg sangat jahanam
mencik btol lah

ending cam terhape jerk

aku mmg harap sangat soffi akan bersatu dengan ilyas
tp harapan ku tinggal harapan
kecewa sungguh
:(

dia ngan kamal jugak

why owwwwhhh whyyyy

aku tak puas hati

terasa sia2 btol aku follow citer dari awal

huhuhuhu

membazir masa aku tao
tp aku rase ini adalah balasan bg aku
yang sembahyang laju2
semata2 takut tertinggal cerita soffiya

owwhh aku berdosa
ampunkan aku ya allah

ok lah
lepas ni tekad tak mo follow apa2 cerita lg

*dushhh dusshhh dusshh
tumbuk dinding umah

cik ween kata : aku suke cerita ending yg indah2 saje

xoxo - cik ween

Tuesday, November 8, 2011

GRAND YANG AKHIRNYA...

betapa ketinggalan nyer aku
baru dpt tahu yg kim dh divorce

huhuhuh

perkahwinan bagai nak rak
makan juta2

siap tak mo pulangkan cincin pertunangan yg berharga usd2 juta kot kalo tak silap aku

thanx to E News
banyak info yg leh dpt dari situ

tp tentang perkahwinan kim ngan kris ni
aku mmg dh menjangkakan pn

sebab bila tgk rancangan kim kardashian tu
tentang persiapan untuk perkahwinan dia

semuanya tentang majlis tu
semuanya tentang dia
tentang mak dia
tentang family

tak pernah sekali pn aku tgk
dia nk amek kisah pendapat kris
tanya apa kris nak

semuanya tentang dream dia

yg aku rase agak mendukakan si kris
dia tak mo tukar nama dia
kardashian tu kepada humpries

waktu nonton rancangan tu tempoh hari

aku siap ckp
kalau aku jd kris ni
tak mo aku kawen lah hai

kalau dh semua tentang si kim

yerlah perkahwinan is penyatuan antara lelaki dan perempuan
jd pendapat dari kedua2 pihak perlu lah di ambil kira

kan kan kan

cik ween kata : wahhh hebat aku bergossip tentang artis international kooooo

xoxo - cik ween

Friday, November 4, 2011

SMELLY DONG!!!

percaya tak?
orang yang selalu berdengki
mmg selalu tak senang hati

orang yang sentiasa busuk hati
tak kan pernah aman dalam dunia ni

orang yang selalu nk downkan orang lain
tak kan peroleh kesenangan

hadapilah hidup dengan tenang
jangan campuri urusan orang lain
tenangkan diri
muhasabah

lihat pada cermin dahulu
sebelum berkata sesuatu tentang orang lain

orang yang baik
takkan pernah mengaku dia baik

tak payah nk menyakitkan hati orang sepanjang masa
duduk diam itu yg lebih baik sebenarnya

sekian dari ustazah tak bertauliah

cik ween kata : letih lah....

xoxo - cik ween

Thursday, November 3, 2011

BADAN PUN SIHAT

aktiviti hari cuti kami
hehehehe

badan pn sihat
duit tak yah keluar

mmg selamat

yerlah dari menebeng2 tak tentu hala
kt shopping complex
baik kita slow jog
lepak kt taman

dapat menenangkan diri
juga menyahkan sedikit lemak di badan
akibat dua kali berturut2 aku masak cheese cake kan

hehehehe
entry tentang cheese cake tu
mcm biase lah korang
hutang dulu

gambar dalam kamera yg lg satu
malas btol nak upload


nmpk spare tyre aku tu
korang tutup mata jer lah yer

hehehehe
yer2 sedang dalam proses menguruskan badan

eh tak nak lah kurus sgt
nk turunkan 11kg je
dh overweight ni
huhuhuhu

owwhh lupe nk cerita
jumpa kawan lama
waktu kt poli dlu

aja and family
alahai comelnyer anak dara kembarnya tu

suke suke suke

cik ween kata : aku gemok jd aku mengaku lah aku gemok....tak mcm org lain gemok tp mengaku kurus :p

xoxo - cik ween

Wednesday, November 2, 2011

WORLDESS WEDNESDAY - MURNIRUL SA'UDAH


cik ween kata : eh eh eh atuk aku pn nk interframe :p

xoxo - cikween

Tuesday, November 1, 2011

LULU CALDINA AJAK BLOGWALKING

jom join

pada yang nak menambahkan kengkawan dalam dunia belog ni
mari lah kita secara berjemaah mengjoinkan diri

cik ween kata : dh lama tak join contest

xoxo - cik ween

FOTOGRAFER MALAYA BELUM MASUK LIST HERO MALAYA

sapa kawan2 aku yg sejati
sila angkat tangan
ni paksa ni
wakakakak

ok kalau korang kawan ku yg sejati
meh lah tolong like page fotografer malaya ni

hehehehe
aku paksa ni tao



eeee suka2 je nak paksa orang kan
ok page ni adalah dipunyai oleh syafiq yahya dan juga ishaq ali

ishaq ali tu suami aku ler

page adalah bertujuan untuk promote hasil kerja dorg
dalam bidang fotografi
tak kira lah weeding, konvokesyen, birthday party, family outdoor, kenduri kendara, cukur jambul
apa lagi lah yg korang rasa nak abadi kan dalam gambar

sebarang pertanyaan
boleh lah email kepada

syafiq yahya : cypherz9191@gmail.com
ishaq ali : eaksetsfire@yahoo.com

kalau malu2 dengan dorang
email je aku

arween_lady@yahoo.com / weengobu@gmail.com

terima kasih korang
kerana sudi membantu

budi baik korang
tak dpt den nak balas kt belog nie

nnt den buat makan2 kek rumah yo

cik ween kata : terima kasih daun keladi...

xoxo - cik ween


Monday, October 31, 2011

KENYANG MAKAN KEROPOK LEKOR

burrpp alhamdulillah
kenyang makan keropok lekor

itu lah kata2 seekor rusa

yg tersandar kekenyangan

hue hue hue hue

sape tgk final n9-tganu
yer walaupun ku tahu
team ku bukan lah team pilihan

tp alhamdulillah
sudah rezeki

dan pengulas sewaktu perlawanan

mmg aku akan keji
tak yah lah nk berat sebelah bagai kan

siap ckp team aku menang secara dramatik
nasib baik pengulas lg sorg
backing

igt senang ke nak main
dengan keadaan padang yg dh mcm padang jarak padang terkukur tu

mcm bendang sawah pn ade
(kata seorang teman)

lg pn boleh nmpk ok
dr awal perlawanan
game dikuasai oleh negeri sembilan

cuma gol terengganu yg pertama tu
mmg kita tak sangka

tp kami bangkit semula

tu lah
jgn pandang rendah
kt orang lain
jgn juga selalu
overconfident

relax2 sudah


terima kasih kepada hairudin omar @ hai-o
juga tak lupa s.kunalan

hobin jang hobin

tahniah utk team negeri sembilan
negeri kelahiran ku



cik ween kata : rusa pn pandai makan keropok lekor tao

xoxo - cik ween

Sunday, October 30, 2011

MY HAPPIEST MOMENT

dulu bujang2
saat yang terindah
bila dapat tido
wakakakaka

mmg dasar perempuan pemaleh
kaki tido

sekarang dh kawen
saat2 yang terindah
ketika dapat meluangkan masa bersama keluarga

yerlah
sebagai seorang yg berkerjaya
wakakaka ayat tak boleh blah

hari bercuti lah sepenuhnya
aku dapat spent time dengan family
hang out together

aku masak
and dorang makan

selalu hari bekerja
suami yang tolong masak
sebab aku mmg tak sempat nak masak
terima kasih yang tak terhingga suami

love u so much

gambar di ambil ketika
berkesempatan bersama keluarga yang lain
ke rumah mak ngah di paya jaras

makan nasi panas + keladi masak asam + sambal sardin + telur dadar + air teh o ais
wakakakakaka

lazatttt
sehingga menjilat jari kaki
hehehehe

tiada apa yang lebih berharga dalam dunia
selain dari dapat spent time with hubby, own, bubu, daddy, along + family and adik2
juga dah lama tak santap masakan mak ngah
pergghh makan mmg tak hengat lah
:D

juga persekitaran rumah
yang indah redup
dikelilingi pohon2 hijau
sejuk dan ilang ketegangan kota

dan terus
suami abadikan di gambar
kenangan berhujung minggu bersama

love u so much hubby and of coz my little own

cik ween kata : love them so much..kpd penskodeng...sudah2 lah...jalani lah kehidupan masing2

xoxo - cik ween


Thursday, October 27, 2011

SEPERTI ISNIN

hari bekerja selepas cuti
walaupun hari

adalah menyeksakan

terasa seperti hari isnin

hehehehe

walaupun cuti semalam
seawal jam 7 sudah celik mata
settlekan sume keja yang ada

berjaya masak cheese cake
dan sediakan nasi lemak + ayam rempah

lalalalala

tak sangka
aku dh semakin rajin ke dapur

ok
mari kita lalui hari yg lemau dengan perasaan yg indah sahaja

owwhh lupa
good luck buat seorang teman
kuatkan hati
tabah.....

pasti di hujung
ada sinar yg menanti

ada apa2 call me :D

cik ween kata : mata mcm nk pejam je

xoxo-cik ween

Wednesday, October 26, 2011

Zee Avi - The Book Of Morris Johnson


The turtle moves slowly and is happy with his pace of life
The flamingo walks with elegant grace, she knows she's one of a kind

[ Lyrics from: http://www.lyricenter.com/e48787-zee_avi~the_book_of_morris_johnson_lyrics.html ]
If you can't stop in, least smile as you go by
If you can't stop in, least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel

The happy crab danced on the beach to a calypso beat
The happy mullet jumps for the pure joy of being alive

If you can't stop in, least smile as you go by
If you can't stop in, least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel

The gator grinned as he dreamed of his next meal
Every good fisherman has a pelican watching over him

If you can't stop in, least smile as you go by
If you can't stop in, least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel

speechless

sebab mantap :D

love u zee avi....

cik ween kata : naskah hebat

xoxo - cik ween

Tuesday, October 25, 2011

MASTERCHEF...KER???

korang tgk tak rancangan masterchef malaysia ni

aku????

sumpah baru semalam aku tengok
tue pn lepas baca status sorang junior aku waktu sekolah dlu
yg classmate dia masuk

si aisyah

aku pn tak terus bayangkan si aisyah bonzer ni

aaaa
adakah betul ejaan bonzer di situ
lantak lah kan

malas nk betulkan

hehehehehe


kalau korg tgk semalam
mst korg dpt tgk si aisyah
dpt pujian

bangga sungguh aku
wakakakakak

walhal takde kena mengena pn oke

just bangga lah sebab aku tao
nasi lemak mak dia
mmg terbaik waktu kt sekolah dlu

dahlah dia satu dorm ngan aku
sebagai senior yang paling berhemah
harus lah aku dera dia tiap2 weekend
muahahaha

tp kesedapan makanan nasi lemak di weekend
tidak kekal lama

biasalah ada balaci2 cikgu yg tak puas hati
g report
psl si aisyah jd supplier nasi lemak sedap ni

yerlah mana dorg tak mereport
dining tak ramai yg pergi

eleh
dining tu mmg takde sape pn yg hingin nk pergi lah
bkn sbb nasi lemak aisyah yg sedap tu erkk

aku masih berdendam dengan si pereport sampai sekarang
muahahaha

ok lah aisyah
good luck

i know u can do it

cik ween kata : rindu waktu sekolah :(

xoxo - cik ween

Monday, October 24, 2011

TAK PAYAH SENYUM2

hari ni hari monday
monday lah sangat

kau igt ko org putih

ok memandangkan hari monday yang sengal

dengan prestasi team fav aku yg mcm haram

kau rasa aku nk senyum ke kt opis hari ni

hurrmmm
tengahari skit lah kot
baru kau nmpk gigi aku yg putih melepak ni

wakakakakak

tue lah pak alex
aku dh ckp
turunkan ramli

degil sgt pak alex ni tao

cik ween kata : monday bluessssss

xoxo-cik ween

Friday, October 21, 2011

PERSOALANNYA

banyak yang berlegar2 di kepala

persoalan
jawapan

aaaaa kita persetankan

kembali lah kepada Tuhan
hanya Dia yang punya jawapan

keterlanjuran
kata-kata dan perbuatan

mohon lah pengampunan

cik ween kata : sebena nyer persoalan tentang kenapa blog ni selalu kuar entry yg aku tak buat...i'am free lah ape lah...spam ker ape benda tu eh...mane nk ku report

xoxo-cik ween

Thursday, October 20, 2011

testing je...


try update blog guna ipad


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, October 19, 2011

BUKAN KERANA RUPA

korg tgk?
rancangan vokal bukan kerana rupa
kt tv3

ok tak suka rancangan tu
sbb aku ni kan cepat touching
sedih ok
bila tgk part salah seorang peserta cerita
yg kdg2 org x nk dgr pn dlu pn suara dia
hanya sbb fizikal

sobbbb
mengalir air mataku

sbb aku on tergolong
mereka yg mcm tu

aku takde rupa
aku takde suara
malahan gemuk pula

setakat kena hina
kena perli
tu dh biasa

pekak je telinga

selalu bila mengadu dekat suami
pasti ada kata2 semangat dari nya

adalah ayat2 yg menyedapkan hati

terima kasih suami
terima kasih kepada teman2
yg sudi berkawan
dengan aku yang serba kekurangan

kepada mereka2 yg rasa diri sempurna
igtlah allah itu maha kaya
maha pengasih
maha berkuasa

tak mustahil
segala apa yang ada pada kalian sekarang
sekelip mata
allah boleh ambilnya semula

cik ween kata : lebih suka bersederhana

xoxo - cik ween

RINDU KAMU

gambar adalah besar
tak tahu nak kecilkan mcm mana

sumber : FB mek
heheheh sorry babe
terpaksa copy dari situ

gambar di ambil pada 2007
tak ingat aku kami hadir acara apa di genting

korang yg dah lama baca blog aku tahu kan ini siapa

kadang2 aku sendiri tak tahu nak namakan apa
hubungan kami

susah senang bersama
kami makan sepinggang
tidur sebantal
minum secawan

kemana2 berdua
sekarang sudah berbeza

dah setahun agaknya

dia jauh di sana

aku juga dh memulakan fasa kehidupan yang baru
setelah bersuami hari tu

walaupun begitu
perasaan rindu masih di situ

walaupun kini ku tahu
dia sudah ada penggantiku

untuk mek :

sampai sekarang...
aku masih tak da kawan kat pejabat
aku tak tahu nak sarapan dengan siapa
aku tak tahu nak gossip dengan siapa

memang ada yang penjadi peneman
ada nana, ada kak ida, ade fendi, ade zue, ade dodo
tp sume tu tak sama

mcm kita dulu2

:(

aku tak lagi bersarapan kt bawah
aku tak lagi menghadiri jamuan2 raya kt bahagian2 yang lain
mcm yang kita selalu buat kecoh dulu

aku nak kau tahu
walaupun kita jarang bertemu
jarang nak berchit chat mcm dulu
aku tetap sayang kau

sayang adik kepada kakaknya
sayang kawan kepada kawannya
sayang yang melebihi segalanya

rindu pada mu
tak mampu nk ungkapkan dengan kata2

kau kawan yang paling istimewa
walaupun kadang kala kita bermasam muka
berdiam..membisu tanpa sepatah kata
tp ku kira itu lebih merapatkan kita

aku skang dh banyak berubah
banyak benda aku dh boleh buat sendiri
kerja2 kt rumah
masak....
dh tak malas mcm dulu
semua nak harapkan kau
amek kan air
masakkan

hehehehe

even buat keputusan
aku dh boleh sendiri

mesti ko bangga dengan aku kan...

huhuhu
ok aku stop dlu
dh tak bleh nk taip
air mata dh menitik2
mcm org putus cinta

hehehehe

cik ween kata : rindu pada teman baikku ini :(

xoxo - cik ween






Monday, October 17, 2011

KUDA LAUT PUNYA CERITA

minggu sudah
menonton tv1...

yer sekarang fav ku dan suami adalah tv1
rupanya2 banyak sungguh rancangan berguna
yang berinfomasi

sejak dh tua ni
rancangan hiburan dh kurang skit
suka tgk rancangan ala2 kt discovery channel tu

ok ini sedikit info pasal kuda laut

Kuda laut adalah jenis ikan yang hidup di laut dari genus Hippocampus dan famili Syngnathidae. Hewan dengan ukuran yang bervariasi antara 16 mm (untuk spesies Hippocampus denise) sampai 35 cm ini dapat ditemukan di perairan tropis dan menengah di seluruh dunia. Kuda laut merupakan satu-satunya spesies yang jantannya dapat hamil.

Sirip dorsal pada kuda laut terletak pada bagian bawah sedangkan sirip pektoralnya terletak pada bagian kepala, di dekat insang. Beberapa spesies kuda laut berwarna transparan sebagian, sehingga tidak mudah terlihat.

Populasi kuda laut terancam karena penangkapan yang berlebihan. Kuda laut dimanfaatkan pada herbologi tradisional Tiongkok dan sebanyak 20 juta kuda laut telah ditangkap setiap tahunnya untuk keperluan ini. Impor ekspor kuda laut diatur dalam CITES sejak 15 Mei 2004.

sumber : wikipedia

hehehe copy paste ja
benda yang tak pernah tahu
dah tahu
so pasni jgn buat tak tao

sebena nyer bukan ini tujuan asal aku
tujuan asal entry ni
nk kongsi part yang ni

part ujung2 rancangan
petikan perbualan

di akhir rancangan

penyelidik : kita buat kajian bla bla bla untuk memastikan keadaan kuda laut.buat masa ini kuda laut berada dalam sihat

disambung pula

isteri : tetapi setelah di selidik lagi terdapat beberapa kuda laut yang sedang mengalami sengugut...sakit kepala..migrain...juga demam

suami : juga ada kuda laut yang mengidap selsema..batuk..sakit buah pinggang....

isteri : breast cancer....bla bla bla

ok itu perbualan melalut antara suami isteri
yang sengal

hahahahaha

cik ween kata : part perbualan last tu jgn contoh ya

xoxo - cik ween

Friday, October 14, 2011

BALI OH BALI

ok semua dh tao pasal gempa bumi di bali
13 oktober 2011

huhuhuhu

scary ok
skang ni banyak btol bencana alam

banjir di bangkok
gempa di bali

alamakkkkkk



gempa adalah 6.8sr kalo tak silap aku

dh lah bangkok ngan bali
aku belom jejak lagi

huwaaaaaaaa

jangan lh macam ni

kempunan ai nk jejak kan kaki ke bali tao

cik ween kata : berangan lah hai...duit takde nk g bali...makan limau bali sudah :p

xoxo-cik ween