thanx korang

Friday, October 29, 2010

ENTRY YANG TERHAD - DH DELETE PUN :P

owhhh si perangkap lalat
aku lah tue
hahahaha

gambar adalah candid ok
sewaktu canon photo marathon tempoh hari
lalalalala

thanx canon
finally ada gak gambar kami berdua :p

cerita pasal canon photo marathon
nanti lah yer
:D

aku busy lah

ok ini kali pertama
en.tmm appear dalam blog kesayangan aku nie
lalalalala

so sekejap2 lagi
aku simpan balik gambar kejadian ni
pada yang sempat tengok
bagus lah

pada yang tak sempat
nnt kenduri kawen korang tgk puas2
hahahahah
*statement verangan :p

ok entry ni bukan sebab aku nk tayang si yang tersayang
huhuhuhu

tapi entry ini khas
kerana hari ini adalah hari yang istimewa :D

happy dong!!!!

selamat ulangtahun yang ke 30 buat encik yang tersayang
semoga semua impian mu menjadi kenyataan
semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
semoga dipanjangkan umur
semoga sentiasa dirahmati ALLAH
semoga dipermudahkan segala urusan
semoga dimurahkan rezeki ----> boleh kawen cepat2 hahahahah

mahu kamu tahu
saya sayang kamu...
terima kasih sebab sudi hadir dan mengubat luka di hati <----ok sila muntah :p

terima kasih kerana bersabar dengan karenah ku selama ini
terima kasih atas kasih sayang yang tak terkira banyaknya
melimpah ruah
sampai terpaksa kongsi bersama keluarga :p

heheheh

happy birthday ling.....
:D

cik ween kata : entry ini buat korang loya ker???loya2 nie dh kawen lum???hahahaha

xoxo - cikween

MARI-MARI RAPAT-RAPAT

huh...
gambar tak bleh blah
nk jugak tunjuk kaki yang berselulit
hahahaha

abaikan lah korang yer
kaki yang penuh dengan lemak bagai tue

hahahahahaha
mari lah kita bersama-sama mengutuk diri sendiri

yerlah kutuk lah kan
takkan nk puji diri sendiri
haihhh meluat plak orang nanti

ok2 back to tujuan asal aku nk keluarkan satu entry
di hari jumaat yang super duper suci ini
tapi seringkali dihiasi dengan aktiviti pembaziran
tenaga dan duit di alamanda
lalalalala

aku tak tahu lah apa menariknya blog aku ni
tak seberapa pun
entry pun kadang2 lebih kepada syok sendiri

tp kan korang
tp kannnnnnn

ada yang sampai selak2 baca tang komen tue
adeh lahhhh

selak2 tang komen takper
selak2 kain jangan
tak baik....

berdosa tao

come on lah kan
dh besar panjang kot kita semua ni
kecuali mereka2 yang bantut seperti aku lah

hahahahaha

takper2 aku tak marah
ko selak lah selagi boleh
ko gebang lah sekali boleh

tapi ko kena ingat tao
*owwhh ini bukan ugutan

macam mana ko selak hal orang
macam mana ko aibkan orang

jangan salahkan orang lain
jika orang lain buat benda yang sama kat ko

lalalalala

kerana percayalah
setiap yang berlaku
ada sebab nya

:p

peace no war

cik ween kata : fuhhh enjoy join bengkel train for trainers...to cik dodo...tahun depan jgn serik ajak kiteorg lagi yer :p

xoxo-cikween


Tuesday, October 26, 2010

APA YANG AKAN TERJADI??

nk update blog
banyak sangat cerita yang nak dikongsi

hurrmmm
tp masih lagi sepi

ingin coret kan lagi
tentang hidup yang penuh warna warni

tp masih lagi sunyi

ingin bising-bising lagi
tentang manusia yang selalu bingit di telinga
sakit di mata

tp masih lagi tiada bunyi

:|

sebenarnya aku masih lagi
risau
bimbang

tentang keadaan juan
info terkini : dia dh keluar dr wad
cuma dia masih mamai

kadang kala dia ok
kadang kala dia tidak ok

kadang kala dia mampu bergelak tawa
kadang kala dia marah sahaja

kadang kala dia ingat siapa kita
kadang kala dia hilang dalam mainan jiwa

kadang kala dia tahu apa yang sedang berlaku
kadang kala dia jadi batu

ya allah...kembalikan adikku juan yang dahulu
kembalikan tawanya
kembalikan jenakanya
kembalikan jiwanya
kembalikan rasa cinta di hatinya
kembalikan kepada kami ya allah

adik kami...
yang masih sedang mencari jiwanya....

cik ween kata : tangisan ini mmg tiada ertinya...tp aku berharap DIA mengerti.... aminnnnn

xoxo-cikween

Friday, October 22, 2010

HATI KAMI = RAPUH :(

first of all
aku nak mintak maaf kat korang
kalau entry aku lately berkisar kepada kesedihan
dan keperitan

terlalu banyak perkara yang berlaku
terlalu banyak peristiwa yang kami tempuh
suka duka
menangis dan ketawa

tapi kami semua redha
dan tabah....

dan saat aku menaip entry ini
air mata masih tidak mahu berhenti mengalir

ya allah berilah kami kekuatan ya allah
:(
ini siapa????
tak pernah singgah di blog cik ween kan
hurrmm

ok aku nk perkenalkan
ini adalah redzuan atau pun nama manja juan

dia bf kepada adik aku si toyeng
yang belajar kt poli merlimau tue
juan pun belajar kt sana

mesti korang akan tertanya2
wahhh awal sungguh ain bwk balik teman lelaki ke rumah

fyi,
itu cara keluarga aku mendidik kami
bubu dengan daddy lebih suka kami membawa kawan2 ke rumah
supaya dia kenal
dan tahu dengan siapa kami selalu berpoya-poyaan

dan juan,
walaupun hubungan mereka masih terlalu awal
tp hanya ALLAH sahaja yang tahu
betapa sayangnya kami pada dia
betapa kami menganggap dia sebagai salah seorang ahli keluarga

apa yang akan terjadi dengan hubungan mereka
kami pasrah...dan tawakal
cuma akan sentiasa berdoa yang terbaik untuk mereka

tempoh hari
sewaktu pulang dari penang
aku menerima satu sms dari bubu

"angah, juan kemalangan....ada kt hospital"

pd mulanya aku ingat eksiden yang biasa sahaja
kerana aku sedia maklum
gaya2 rempit si juan ni

aku biarkan mesej itu berlalu sepi
dan aku terlelap tak sedar diri
tiba2 sekitar jam 2 pagi
aku tersedar
aku teringatkan mesej bubu tadi
aku terus call toyeng adik aku

bercakap sebentar
kerana suaranya yang menahan getar
lantas along yang menyambung perbualan

sepertinya aku ingin terus ke melaka pada saat itu juga
pabila along kabarkan
juan tidak sedarkan diri
dan doktor menjangkakan hentakan kuat di kepala
dan ada darah beku di kepala

along, pastinya sudah mengalir air mata
aku menahan getar
kerana mahu berlagak tabah di hadapan toyeng

pada waktu itu aku hanya mampu berdoa
semoga adikku juan
selamat dan tiada apa2

isnin pagi aku membuat panggilan kepada along
utk mengetahui kabar selanjutnya

juan akan dibawa ke hospital besar kuala lumpur

dan petangnya memandangkan aku tidak kerja
aku dan en.tmm bergegas ke sana


gambar ini adalah gambar selepas juan ditebuk di kepala
untuk mengeluarkan darah beku

pada saat aku di sisinya
aku tahu aku tidak punya hati yang kuat dan tabah

terus laju mengalir air mata

dia seorang adik
walaupun bukan sedarah dan sedaging

ku lihat lemah terbaring
tiada sebarang respon

ku fikir positif sahaja
mungkin kesan ubat pelali
gara-gara operation sebelumnya

adik aku si toyeng
yang perlu ke pangkor untuk amalinya
asek lah mengalir air mata
tidak tenang di sana

aku menasihatkan agar dia
tabahkan hati
berdoa kepada ALLAH
meminta agar juan kuat untuk melawan semuanya

alhamdulillah
hari ini
ada perkembangan positif
yang juga bisa membuat kami sekeluarga mengalir air mata

juan sudah mampu membuka mata
kenal sesiapa yang datang melawatnya

sudah mula bercakap walau sedikit2

kini, si toyeng menemaninya

kami sekeluarga mmg gembira dengan perkembangan positif ini

dan 2-3 hari ini
juan akan ditransfer kembali ke hospital melaka
along adalah antara yang paling gembira

sudah berkira2 untuk selalu menjaga

mmg pelik keluarga kami kan
juan itu bukan siapa2
tp bila ini yang terjadi padanya

kami semua bersedih
dan tiap2 hari berdoa

kepada adikku juan,
walaupun satu hari nanti ditakdirkan tiada jodoh antara kamu dengan adikku si toyeng

angah nak kamu tahu

yang kami sekeluarga tetap dan sampai bila2 sayangkan kamu
yang kami sekeluarga tetap akan menganggap kamu sebahagian dari kami
yang kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu

teruskan melawan
angah tahu kamu sangat kuat menempuh semua ini
jangan ikutkan rasa sakit dan malas

bangun kerana kamu harus tahu
kami semua menanti kamu sihat seperti dahulu



cik ween kata: lagi 2-3 minggu final exam...sian adikku si juan terpaksa tangguh satu semester nampaknya....

cik ween kata lagi : walaupun korang semua tidak mengenali dia, tp aku berharap sangat korang sudi lah berdoa sedikit supaya juan cepat sembuh....thanx

xoxo - cik ween


Monday, October 18, 2010

SURAT TERBUKA UNTUK KAMU

*surat terbuka untuk adik2 perempuan aku yang sedang meningkat remaja

assalamualaikum....

hai dik...apa khabar???angah harap adik2 angah sihat selalu
sekarang ni jarang dpt bersama-sama kt rumah
sebulan sekali maybe....

korang dh meningkat remaja
alhamdulillah membesar dengan sihat
sempurna....
dan semakin cantik...

cuma apa yang angah harapkan
yang angah sangat2 harapkan

jaga diri elok-elok
zaman sekarang macam-macam hal boleh terjadi
jangan terikut dengan perangai kawan-kawan
jangan mudah terpedaya

selalu lah telefon atau sms bubu
kesian ibu, angah tengok sunyi jek dia tanpa korang kt rumah tue
tp angah tahu bubu redha korang jauh dari dia
untuk korang mencari ilmu
sebab hanya itu je lah yang bubu dan daddy beri untuk kita dik

kita bukan orang senang
bukan datang dari keluarga yang kaya raya
jd selalu lah berpijak di bumi yang nyata

sebelum lakukan apa-apa
fikirkan lah perasaan bubu dan daddy

walau tak pernah sekalipun
korang ingat segala jasa angah kat korang
mcm mana angah bekerja keras untuk beri korang kesenangan
angah tak kisah pun dik
angah tak nak korang rasa apa yang angah rasa dulu

waktu belajar makan bercatu
pakaian mmg itu lah dari semester satu hingga akhir

tak macam korang sekarang
serba serbi ada
pakaian glamer2
malah berjenama

angah nak merasa baju jenama padini, beg mng
ni lah waktu dh kerja nie

dan yang paling penting sekali
angah harap sangat
adik2 tak lupa jasa along

along dh banyak berkorban untuk kita dik
dari zaman sekolah
sampai lah along dh kawen nie

kite adik beradik tak habis2 menyusahkan along

memanglah along selalu membebel
tp fikirlah

apa yang along ckp
apa yang along tegur
suma ada kebenarannya

angah mintak sangat
korang jangan lah kurang ajar dengan along

nk melawan ckp angah
tak nak dengar nasihat angah
takper angah tak kisah pun dik

sebab angah sedar
angah tak layak nak nasihatkan korang

korang fikirlah dik
one day kalau bubu ngan daddy dh takde
dekat siapa kita nak bergantung
dekat siapa kita nak mengadu nasib
dekat siapa kita nak bermanja

kalau bukan dengan along????

along umpama ibu
along umpama daddy

dh banyak sangat yang dia lakukan utk keluarga dik

sekarang along tak sihat....

kita sama2 doakan agar along sihat ye dik
rajin2 lah call atau sms dia

angah tak nak apa-apa jadi kat along
sebab kalau dia takde
angah tak mampu nak jadi akak yang sebaik dia
angah tak mampu nk jadi anak yang sebaik dia

hurrmmm
air mata angah dh mula menitik membayangkan itu semua

jadi angah nk berhenti dulu

kepada ain
kepada ekin
adik2 yang sangat angah sayang,

angah mintak sangat korang fikirkanlah
apa yang dh angah coretkan ni
apa pun yang terjadi
angah tetap sayang korang

forever....

cik ween kata : my lovely sis raja norazwa binti raja azlan tak brape sihat lately...ada masalah dengan tulang belakang....berharap sangat agar teman2 di belog ini...mendoakan yang baik2 sahaja utk along...terima kasih

xoxo - cik ween

Friday, October 15, 2010

SELAMAT TINGGAL .....

umur yang sudah pun mencecah 28tahun

sudah cukup tua untuk berada di bawah ketiak dan kawalan ibu bapa
hehehehe
sepatutnya aku perlu berdikari di saat ini

tp itu bukan aku
hidup aku tak sempurna tanpa kedua ibu bapaku

ntah lah jiwa rasa kosong
hati tidak pernah tenang
tidak seperti ketika aku bersama mereka

baru2 ni adik aku si bolam dapat keja gomen
kt parcel E tue
huhuhu

tinggal lah bubu ngan dady
juga abe dan own

jadi aku terpk
mcm mane kalau sesuatu yang tak diingini berlaku kt daddy
aku takdelah mintak kan
cuma aku terpk
hurrmm mcm mane yer

ibu tidak tahu memandu

setelah berbincang dengan semua
kami nekad

ujung tahun ini
bubu dan daddy akan ku angkut duduk bersama
sama ada puchong atau tempat yang sekarang

biar mereka di depan mata
baru tenang nak lakukan kerja

jadi bila sahaja tiba disember ini
kami sekeluarga akan mengucapkan selamat tinggal kepada negeri kelahiran dan tempat pembesaran aku

selamat tinggal negeri sembilan

dan ucapkan selamat datang kepada selangor darul ehsan

ngehhhhhh

cik ween kata : terlalu byk memori di sana...meluat pun ada :p

Wednesday, October 13, 2010

RINDU YANG TIADA BERPENGHUJUNG

lately
aku rindu sangat pada teman yagn seorang ini

yerlah kan
kalau dulu bila aku gembira
dia antara yang pertama mengetahuinya

kalau dulu bila aku berduka
dia lah yang akan tolong mengesat air mata

sekarang semua sendirian
aku tertawa sendirian
aku menangis sendirian

bukan tidak cuba utk carik penggantinya

tp mereka tidak seperti dia
yang memahami aku
dan menerima aku seperti adanya aku

memang dahulu kami pernah bermasam muka
kami pernah tidak bersuara
kami pernah tidak bersua

tp itu asam garam persahabatan
rajuk hanya seketika
marah nya sebentar cuma

dan hari ini
janji yang telah dipatri
berulang2 kali aku ulangi

dan ini
hanya sedikit luahan hati
utk teman yg sangat aku sayangi :D
sudah kerap ku laungkan
kerinduan ini

sudah kerap ku laungkan
kesalan melepas kau pergi

sudah kerap ku laungkan
ku tetap akan menanti

kau akan kembali
disisi

cik ween kata : 20-24 sekali lagi akan pergi bersendirian...owwhh la la

xoxo-cik ween

Tuesday, October 12, 2010

WHERE'S THE CHILLI???<--AMARAN :INI ENTRY CARUTAN

ini budak
ko jgn tegur or halang dia nak buat apa

apa dia nak buat
apa dia nak try
aku ngan family mmg tak penah sekat

kiteorg nak biar dia explore dunia dengan cara dia
tp pantau itu perlu yer

mcm gmbr nie
org amek gmbr dia pun nk gak
org ada hp dia pun nk gak

si abe dh ade fb
dia pun nk gak
cuma aku masih belum punya kesempatan nk buat lagi

dalam dunia
dalam kehidupan kita seharian
kita tidak boleh sekat atau halang apa orang lain nak buat

biarlah
buat lah sesuka hati
tak de aku kisah derrrrrrr

cuma utk mereka2 yang aku sayang
aku akan pantau lah

tp yang memeningkan kepala otak aku yang takde brape nk berjambul nie
ada segelintir mereka2 yang diluar sana
masih mengamalkan cara hidup atau pun pemikiran

LALALALA AKU BOLEH SKODENG KO....KO TAK BOLEH SKODENG AKU

ape ke bodoh nyer ko ni
ko rase mereka2 yang ko skodeng tue
ko igt akan duduk diam dan tepuk tangan tanda gembira

hei hei hei
ko silap lah yer derrrr
zaman sekarang
ko buat aku...aku buat ko 10 kali ganda balik

wakakakakaka
*eh ker aku jek yg jahat mcm nie

takde lah
utk orang2 yang seperti aku
yang malas nak masuk campur urusan orang lain
kehidupan orang lain
PERHUBUNGAN orang lain
aku berharap
mereka2 juga akan berfikiran yg sama

tp......
zaman sekarang haikkk memang susah lah nk cakap

badan boleh berkurap kalau tak busy body hal orang lain
pastu bila orang buat benda yg sama

tahu plak nk melenting
larikan diri

sebelum apa2 pun tindakan ko
ko pk dlu

utk jangka masa panjang yer

dh lah pendek
akal pun pendek

NASIHAT IKHLAS DARI AKU UTK KO JUGA UTK DIRI AKU SENDIRI :

APA PUN YG TERJADI KT KO...APA PUN YG TERJADI KT AKU PASTI ADA SEBAB NYER...DAN SEBAB ITU MESTI DATANG DARI DIRI SENDIRI....

ada faham????


cik ween kata : haihhh konflik betol....mcm2 cerita dalam satu entry
lalalalala

xoxo-cik ween

Monday, October 11, 2010

GILA BUKAN BERMAKSUD TIDAK SIUMAN

mcm biase entry2 aku akan sentiasa dihiasi
tak gambar aku
mesti gambar si hero yang romeo

hurrmmm
gambar adalah hasil tangkapan
melalui netbook nie hah

bukan main lagi bdk nie kan

lalalalalala

ok2 bukan itu yang aku nk cerita
alah cerita dia korang dh selalu baca
kang update selalu korang bosan lak kan :p

ni pasal semalam

10.10.10
wahhh aku tengok ramai btol kawan2 blogger yang update pasal tarikh nie

heheheh
apa yang special tarikh2 begini?
ramai yang enjoy tarikh nie dengan bernikah,
bertunang,
bercuti bersama keluarga
lepak2
gathering

aku????
alah aku g kenduri kawen jek
balik tue terus terbungkang

frust tak dpt g kenduri cujen
sorry lah babe
makcik aku pun kenduri pd tarikh yang same lah
aku kan anak yg taat
kena lah ngekor bontot mak bapak nyer

and kepada kengkawan poli yang buat gather hari ni gak
i'm sorry too...

aduhh mmg tarikh maut tol lah
macam2 yang berlaku

sampaikan aku leka layan movie marathon kt channel 615
lupe ada persandingan kayangan
ker perkahwinan kayangan
hahahaha

maafkan lah diriku yang agak tidak mengikuti perkembangan semasa ni
lalalalala

ada sape2 yg tgk?
hurrmm aku tggu korang update jek lah eh
ngehhhhhh

cik ween kata : kalao cancle leh dapat refund tak?

xoxo-cikween

Thursday, October 7, 2010

TOLONG LAH PENCEN

tajuk tak hengat kan...
kalau lah aku presiden CUEPACS atau orang2 penting dlm gomen kan

takde lah aku nk luluskan pencen di umur 58
dan sekarang nie nk lanjut lagi ke umur 60

kalau nak buat pun
biarlah mereka2 yang benar2 komited dengan tugas
bukan sbb bekerja hanya sebab nk gaji

kenapa???
bukan aku dengki atau nk menyekat rezeki
tp kan...
dh masuk tahun ke 5 aku bekerja di kelilingi mereka2 yg kanan
yg umur sebaya bubu malah ada yg lebey tua dr bubu

tak aku nafikan mereka banyak pengalaman
serba serbi faham dengan perjalanan kerja di sektor kerajaan

tp perlu ke keja lagi bila :
  • punch in...g sarapan... duduk kt meja...rekod dua tiga surat dan lelap kt meja...alasan sebab dh tua and dh tak larat..serba serbi sakit
  • jika opis buat aktiviti luar atau kursus yang jauh2..dia lah orang pertama yang pergi... kalau kena tinggal menangis...alasan sebab time keja jek dpt g tempat jauh2....atau lebih tepat lagi free
  • melebihkan kerja persatuan atau kerja luar sendiri..yerlah kalau pencen awal kang tak dpt gaji kan...
  • pagi ada di pejabat...tenghari ilang kemana
  • bila suruh buat keja....keja nyer sikit tp merungut dr pagi sampai ke petang
  • sudah mula mengidap penyakit nyanyuk..sikit2 lupa..sikit2 lupa adoiyaiiii
  • part yg satu ni agak berat hati utk aku kongsi...sebab aku juga tak sempurna...aku masih lagi belajar bab agama...cetek akal dr serba serbi...tp setahu aku lah kan.... agama tidak melarang umatnya untuk bekerja..kerana kerja itu satu ibadah...dan kerja di sektor kerajaan sangat beruntung nya kerana kita banyak ruang dan masa utk beribadat tidak seperti mereka yg bekerja di sektor swasta... TAPPPIIIIIIII kerana punya kelebihan itu....ianya tidak lah sampai kau sembahyang sunat dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi.... di surau... begitu juga di waktu tengahari.... bila masa plak kau nak siapkan kerja2 yang diberi.... aduhh mcm berdosa plak...tp aku tetap tak puas hati..... orang lain sembahyang jugak....orang lain mengaji gak...tp tak pernah plak aku tgk separuh dr masa bekerja ada di surau jek....
yang paling terdekat lah kan
semalam
ada ceramah di pejabat
kami pun pergi lah

termasuk lah si polan ni
mcm aku ngan akak yg seorang lagi tak pe
akak tue takde bos
aku plak dato' bos bermesyurat yang hingga tengahari
tp dia....
bos ada di pejabat
dia bleh selamba jek pergi
huhuhuhu

kt ceramah tue bukan dia dengar pun
dengan muka mengantuk
siap lelap kat kerusi
tudung dh hurrmm ngeri
terselak dari setengah kepala
uban sume ditunjuk serba serbi

sedih kan..

ini apa yg berlaku di sekitar aku
memang lah tak semua mcm ni
tp ini apa yg aku lihat
apa yang aku hadap setiap hari

entah lah
mungkin aku tak berada di tempat itu
tp satu hari nnt aku akan berada di situ
sebab tue aku tak sign opsyen 58 tue
56 sudah

itupun sudah cukup lewat bagi aku
insyallah jika ada kesempatan dan rezeki
aku nak pencen awal

aku tak nak susahkan orang kt pejabat ni
dengan karenah makcik2 aku nanti


insyallah...amin

cik ween kata : geram btol semalam...memalukan jabatan jek arrr..opss entry ni just untuk berkongsi

xoxo-cik ween

Tuesday, October 5, 2010

ENTRY YG MENDATANGKAN KEHANGATAN SEBAB LUPA NK LETAK TAJUK HAHAHA

semenjak aku pandai bercinta semula ni
adeh lah parah btol

sikit2 nk rindu
sikit2 nk sentap
lalalala

mcm lah tak pernah bercinta sebelum ni kan
huhuhu

tp ku ulang utk 110 kali
hahahaha

belum sampai masanya ku tayang si buah hati pengarang jantung itu
heheheh
bosan tak???
bosan lah
tolong lah bosan
pleaseeeeeee
tolong muntah sekali
hahahahah

tp baru 2 hari yang lepas
aku jatuh cinta lagi
kali ini lebih parah
siang malam termimpi2

buat keja pun takde mood
tangan manjang landing atas dahi

owwhh mengapakah
mengapakah kau hadir di saat aku memang memerlukanmu

huhuhu
tp tido aku masih lena
makan jek tak kenyang2
lalalalala

taraaaaaaaaaaa
ucapkan hai kepada sang cermin mata
yang buat aku jatuh cinta tu

dan aku salahkan en.tmm aku
sape swoh bwk aku g jengjalan kt tebrau city tu

so mcm mane sekarang

aku asek lah terbayang2 cermin mata ini

adehh gomen
please bg bonus
2 bulan
nk rembat nie
lalalalala

owwhh ye aku minat yg bingkai putih tue
sebab yg tebal2 aku mcm tak sesuai jek
dh ala2 datin nau

ker ade kengkawan yg sudi nk hadiahkan utk aku ni

korang mesti kesian tgk aku kan
termimpi2
tido pun tak lena
makan tak kenyang2 <---menyumbang kenaikkan berat badan terlampau

hahahaha mesti nnt korang malu nk jalan2 dgn aku yg gemok ni
dh lah gemok tak bersemangat sebab tak dpt idaman kalbu

hehehehe pd sape2 yg sudi hadiahkan utk aku spek ni
aku janji kite akan jd bff ever nnt aku belanja makan kt william ker kt murni ker
hehehehe

parah nie parah..... aaaaaaaaaaaaaaaa

owwhh sebelum terlupa pd sesapa yang berhajat nak hadiahkan aku sepasang cermin mata yang menarik sehingga buat mata tertarik2
aku nk yg ORI tao... yg tiruan tak mo...
kulit i ni sensitif nnt naik ruam dan jerawat ais batu campur lalalala

cik ween kata : weekend yang hebat di selatan tanah air.....lalalal mekasih yer ling :p

xoxo-cik ween

Friday, October 1, 2010

A + B + C = TART NENAS

ini ABC....
kenal tak???
ABC yang ala2 ni adalah mangsa
kerakusan tekak2 manusia sewaktu jamuan raya kementerian tempoh hari
huhuhuh

mengapakah begini
bajet katenye
heheheh

chuppp....
nk tanya
adakah ABC = Air Batu Campur???

hahahaha
kebengongan aku membuatkan aku terpk yang
nama ABC tue diberikan sebab mudah sgt nak buatnya
mcm mule2 belajar ABC dlu
hahahah

ini makanan kedua yang kiteorang makan
owhhh yer makanan2 nie aku kongsi berdua
aku dan cik dodo

dh lama aku tak sebut nama si dodo kt blog aku kan
dlu kt blog lama tue bersepah entry pasal dia
hahahaha

dan ada lg set makanan yg kiteorg kongsi bersama
satay 5 cucuk yg dh tentu2 3 cucuk masuk mulut aku
huhuhu

tp jamuan raya tahun nie tak best sgt lah

sebabnya :

1. mek aka bff aku takde...jd takde sape nk pow2 makanan
2. tak sempat pn nk snap pic
3. aku kan demam...jd sume makanan takde rase bg aku

sume mcm tak sedap

tp ada satu yg berjaya memikat tekak aku lalalala

tara!!!!!!!!!!!!!!!!
ini lah dia
hahahah

mmg tekak yang menggila
tart nenas
sumbangan lembaga nenas

mmg sedap dan terbaik
ntah kenapa
dlm byk2 makanan yang aku rasa pd hari kejadian
tart nenas jek yg melekat kt tekak aku

terus leh rase ko...

hahahaha

dodo agak kempunan
sebab dia tak dpt makan kambing golek pujaan hati dia tue
heheheh

dh lah memule smp jerk
yg kiteorg nmpk
kambing tue terkangkang
dipanggang
lalalalala

sorry lah do
aku mmg tak pernah jatuh hati
jatuh cinta
jatuh perasaan or whatever
kt makanan yang dihasilkan melalui kambing

aduhhhh
saat2 jamuan raya orang yg paling kiteorang rindukan adalah mek
:(

sedih plak

argghhh
sebelum pulang
aku berjaya membawa pulang
satu balang tart nenas free dr lembaga nenas

hehehehe :D

tq yer tahun depan harap2 dpt lg
lalalala

cik ween kata : tidakkah korang rasa entry ini mcm tergantung and terpotong2???? lalalala maafkan kekhilafan diri ku ini :p

xoxo-cik ween