thanx korang

Wednesday, December 30, 2009

WET WORLD PEDAS

punyalah berkurun

baru hari ni dapat update :D

so enjoy the pics..

yang lebih2 happy
adalah mak2 dan bakal bapak budak
:D

own yang duk menolak aku ngan mek
heheheh dh ler rembat 'boya' sape ntah
hehehehe

boya = pelampung...bahasa kampung aku :p

the hubby and wifey
yg bertanggungjawab merancang picnic ini
hehehehe nk letak gambar lg satu
mcm kelucahan terlampau plak :p



help help mudong is dugong
hehehehe

perangai sekor ke sekor
mcm ape je
mcm orang ilang ingatan waktu berpicnic

adehh tgk je lah gambar kaki aku tersepit di celah boya tue

tue lah tak sedor gemok nak gak men menatang tue
blom lg kisah kami naik gelongsor tinggi
ade yg tersekat lah

then hampir terbalik lah

sangat2 ngeri ok

korang kalau berkesampatan pergilah sane

bestttt walaupun tempat biasa2 je

picnic ekonomi namanyer :p

Tuesday, December 29, 2009

me, own and alvin

kerana mengalami masalah yang sama
iaitu masih tidak mahir dengan window7 nie
nk transfer gambar tak jadik2
jadinya ini je lah gambar yg dapat aku tepek :)

ahad yang lepas
setelah berminggu berada di dalam mood busy terlampau
aku berjaya juga menculik own
tido di umah equine
together with my younger brother abe

heheheh

alangkah indah nyer
saat2 bila aku celik mata
lihat own di sebelah

bgn awal buatkan sarapan
waima hanyalah maggi in cup ayam

suap dia makan
huhuhu
satu perasaan yang tak bleh nak digambarkan dengan kata-kata

aku berjaya dapatkan tiket utk alvin and the chipmunks 2
tp dapat tgk kt mines je lah
hasrat nk tgk kt curve tak kesampaian
kerana kepadatan manusia yang turut sama
ingin menonton disitu

pergghhh ayat skema kan
hahahaha

alvin and the chipmunks 2 mmg best
sehingga kan ada part2 yang own pn turut menari sama

nampak dia enjoy sangat ngan movie ni
dalam movie kali ni
kalau korang dh biasa follow kartun nie waktu kita kanak2 dlu

first kemunculan chipettes
iaitu chipmunks betina

heheh gile comey dengan tarian lagu beyonce
own suke sengih2

ada part sedih
own siap tanye

"mama nangis tak???"

"own nangis..."

siap paksa aku nangis sama lak tue

adeh jiwa sensitif jugak anak aku ni
hahahaha

mcm mak dia jugak :)

apa2 pun
kalau korang tanya
best ke tak

aku akan kata BEST
sebab dr zaman kanak2 aku ngan akak aku memg suke giler ngan kartun nie
sanggup tunggu pepagi buta tue
korbankan waktu tido kiteorg
hehehehehe

lagu2 pn best

jadi....
sila lah beramai2 ke panggung wayang yang berdekatan yer

cik ween kata : opsss pesanan penaja ni aku tak dapat sesen pun...huhuh agak sadis :p

Sunday, December 27, 2009

BOWLING, SAMBUTAN HARI JADI, ANNIVERSARY JUGA ALVIN AND THE CHIPMUNKS 2

cerita yang mana satu aku nak mengarut kat sini

cerita tentang bowling kah
dimana group aku dpt no.1 yeayyy
owwhh ini bukan riak

cerita tentang sambutan hari jadi toyeng, bubu dan anniversary bubu dan daddy kah?

cerita tentang alvin and the chipmunks 2
yang telah aku tonton bersama own pada hari semalam

hmmmm terlalu banyak cerita
terlalu banyak peristiwa

TETAPI

HANYA ADA SEDIKIT MASA
huhuhuhu

apakah....

korang decide leh
nak baca yang mana dlu?

Tuesday, December 22, 2009

wet wet wet

aku sedang cuba mengupload gambar sewaktu
berpicnic tempoh hari

takde lah jauh pn
dkt wet world pedas je

takde lah tempat best sangat pun
janji lah asalkan ado
hehehehe

own mmg sangat2 puas hati
sampai tak mahu balik

adehhh pening sekejap di situ

tunggu lah dh settle upload gmbr sume
aku cerita lagi

daaaaaa

Monday, December 21, 2009

MASIH DENGAN MALAS

ada orang tanya aku

"kenapa cik ween jarang update blog sekarang???"

owwhhh bukan sebab aku masih dalam mood berduka lara
setelah putus cinta
bukan juga kerana aku berkurung dalam bilik
sehingga tiada aktiviti yang bleh dikongsi dengan kalian

tapi sebenarnya
sekarang ni aku BANYAK SANGAT AKTIVITI
sehingga kadang2 tak tao nak kongsi yang mana

:)

heheheh my life now
benar-benar dah berubah

aku lebih happy
aku lebih ceria

hmmm
walaupun tanpa si dia disisi :)

nnti lah
perlahan-lahan aku akan sesuaikan diri
dengan dunia yang busy ini
dan juga aktiviti blogging

sesungguhnya
rindu sangat pada kalian
pada dunia blog

huhuhuhu
sementara aku sedang dalam proses menyesuaikan diri
harap2 kalian semua sihat

dan yang pentng
jaga diri
dan jangan nakal2

love u all

Thursday, December 17, 2009

PEMALAS NK MAMPUS

KEJADIAN ADALAH BERLAKU PADA
HARI SABTU YANG LEPAS

dh berkurun baru nak update gitu

selesai urusan menghantar family ku ke ampang
aku ligat carik alasan
tidak mahu berlamaan di sana

rasuah bubu ngan daddy
seorang 50 aku challo balik equine

own adalah tidak mahu ikut kerana sudah seronok jmp faiz

balik umah rehat2
around kol 3 gerak g upm
tgk mummy men netball

otw balik aku dh set dalam pala otak
ok aku nk singgah mcd
sebab dari pagi tak makan apa kan
kebulur tak terhingga!!!!!!!

tp ntah apa bengongnya petang tue
aku terus balik umah plak
tanpa rasa bersalah kt perut
yang sepertinya mahu meletop kelaparan

hehehehe

dalam kol 5

aku nekad nk sms nurul
tanpa rasa malu nya
kerana rasa mahu mengatasi segala2nya

"uyoi...hari ni ko masak tak???"

"lauk tghr sup ikan adalah...knp"

"aku lapar...ko buat arr kuih2 jap lg aku datang makan"

"datanglah....."

"tapi aku malu..."

"blah lah ko nak malu2...."

terus dalam hati mcm
owwhh dapat makan free
heavennnnnnn

pergghh tanpa rasa segan silu
hilang segala sifat sopan santunku
dan tanpa rasa bersalah

start enjin keta
terus ke lestari perdana

nyummm nyummmm nyummm
sedap nya sambal tempe nurul
sup ikan, dan ikan masin
perghhhh

mmg best!!!!

cik ween kata : uyoi...nnt bila ko masak lebih2 tue, sms lah aku yer...confirm kalau takda hal aku mesti datang makan :p

Wednesday, December 16, 2009

TATAKELAKUAN

we talked again
about the surat layang
and the pertukaran

we = me and dato' bos

nampaknya dato' bos sangat-sangat kecewa dengan apa yang berlaku

bukan kerana dia sedih orang kuat atau bahasa carutnya kroni nya akan ditukarkan
iaitu ex bos aku
tetapi kerana
mereka yang menulis surat layang ini
tidak sedar implikasi surat tersebut kepada jabatan

ex bos aku
sangat garang
and sangat-sangat straight to the point
serius
kalau dia tak suka
kalau dia tak berkenaan
kalau ada apa yang tak betul
mmg dia akan sound direct je

tanya lah staff di kewangan
dia siap bukak laci
and mengantoikan
berkeping-keping voucher yang masih tidak dibuat bayaran

we think
that's why ramai kakitangan tak suka dia

entahlah bagi aku ngan dato' bos

biar laser di depan
jgn laser di belakang

bahaya

sekarang ni ramai nau orang yang cam gitu
kena berhati-hati pilih kawan

:)

cik ween kata : sedihhhhh.... hmmm aku doakan pengganti yang baru nnt lagi maha dasyat garangnya :) padan muka dorang..buat keja tak betol kena marah nak sentap plak...chittttt

Sunday, December 13, 2009

percaya dan yakin

percaya dan yakin
adalah 2 perkara yang berbeza

antara kedua-duanya

mana satu pilihan hati?

tanya pada diri
renungkan

dan buat keputusan

aku pernah percaya
dan aku juga pernah yakin
tapi akhirnya tetap TEWAS

aku tidak mengalah
masih lagi membuat keputusan yang sama

tetapi berbeza situasi dan orangnya

aku memilih percaya dan yakin pada teman-teman
kerana ianya memang menjanjikan kebahagian

cik ween kata : i'm happy with what i'm now...and aku percaya dan yakin aku sedang berada di landasan yang betul... tidak mahu menoleh lagi...terima kasih atas segalanya...cewahhhh penuh dgn kejiwangan :p

Thursday, December 10, 2009

SAMA LAH

cik ween jumpa thumbdrive lama
dalam laci

hmmm gambar own waktu kecil
waktu ni dia 2 tahun
bulat kan

alang yang jaga waktu ni

hehehehe

sama tak rupa kami

tolong lah ckp sama

own skrg dh kurus
dh tak debab mcm dlu
mungkin sebab byk sgt main kot

tp persamaan own dlu dan sekarang
adalah kepala dongga nye

muahahahaha

cik ween kata : motif kutuk anak sendiri????

Tuesday, December 8, 2009

SI BADAK YG COMOT

gambar kecik sebab malu
hahahaha

ini adalah si embun
bdk opis aku gak
merangkap ketua koir jabatan
satu ketika dlu

owh bkn nk citer psl embun
aku nk citer psl telinga aku
hahahaha

one day
aku sedang berlari2 mengejar waktu
takot ditinggalkan si mek

abg hashim merangkap par aku :

"raja..... den wahab kat mane???"

den wahab sebena nyer en. nik wahab..pegawai akua

aku dgn confident je
jawab sambil lari2 anak

"den wahab kt wisma yakin lah..."

then dia tanya lagi
aku jwb lagi sambil lari

last2 muka dia blur
aku berenti kt dpn tanya balik

"abg hashim nk tau den wahab kt mana kan???"

hahahahaha

"hoiii bkn den wahab lah tp nik wahab"

damnnnn

agak kemaluan disitu
terus chowwwww

cik ween kata : telinga selalu servis selepas mandi tao :p

Monday, December 7, 2009

DAMNNNNNN

dia merajuk
sebab aku tido tak sedarkan diri ptg semalam
walhal aku dh janji nak bawa dia ke city park
rutin harian kami setiap minggu
huhuhuhuhu
dan aku yg maha pemalas nya
menggunakan kuasa veto aku
menyuruh bolam bawa own ke city park
sesambil nak g amek ain kan
hehehehe
aku???
bgn dan sambung makan spagethi yg aku masak pagi td
kui kui kui
cik ween kata : penat tak terhingga

Friday, December 4, 2009

PILIHAN DAN PELUANG

dalam kehidupan
kita kadangkala tidak perasan
atau sengaja tidak mahu ambil tahu

kita selalu dan setiap hari
berdepan dengan pilihan

pagi
nak bangun atau sambung tido?
nak pergi keja atau mahu ponteng?

tengahari
nak lunch kt kafe atau nak tapau?
nk g alamanda ke tido kt surau?

petang
nak tunggu jam 5 atau cabut je sekarang?
nak balik umah terus or kuar melepak?

malam
nak tgk tv ke nak tido?
nk gosok baju malam ni ke pagi esok?

sebelum ini
aku paling benci bila aku kena buat keputusan
aku lebih suka ikut orang lain

just go with the flow
bahasa carutnya
:D

tetapi keadaan adalah sedikit berubah sekarang
aku sudah berani
dan aku bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas setiap keputusan yang aku ambil

KITA TIDAK AKAN TAHU APA YANG AKAN BERLAKU JIKA KITA TIDAK BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN

dan satu ayat yang diungkapkan oleh seorang 'mak' kepada aku
yang akan aku pegang sampai bila

ALLAH TAK AKAN DUGA KITA DENGAN DUGAAN YANG TIDAK MAMPU KITA HADAPI....
SETIAP DUGAAN YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH
ADALAH DUGAAN YANG ALLAH TAHU
KITA PASTI MAMPU TANGANI DAN HADAPI

thanx 'mak'


cik ween kata : if u have a dream PROTECT IT!!!!

Wednesday, December 2, 2009

MOOD = BATUK

batuk yang hampir sebulan
masih takde menunjukkan
petanda akan pulih

mungkin perlu ke hospital segera
itulah setelah disaran oleh dato' bos

huhuhuu

malasnyer nak cuti
malasnyer nk beratur
malasnyer nk g klinik
malasnyer nk makan ubat

cik ween kata : dato' bos tak belikan jeruk dari penang..katanya aku masih dalam mood kebatukkan.....

Tuesday, December 1, 2009

SEMPURNA, BAIK DAN MULIA = ???

* gambar adalah tidak berkaitan dengan entry
SEMPURNAKAH dirimu
sehingga kini kau masih mahu menyalahkan ku?
BAIKKAH dirimu
sehingga kini kau masih tetap mahu mencari salahku?
MULIAKAH dirimu
sehingga kini kau tidak pernah penat menghinaku?
aku sedar siapa aku
jadi alangkah baiknya
jika kau dan aku
kita mulakan hidup baru
menjadi seorang yang baru
meninggalkan semua kenangan
melipatkan semua cerita
agar satu hari nanti
kita bisa tenang sahaja
aku dan kamu
kita sudah jauh berbeza
lepaskan aku
dan semua kenanganku
kerana ku tahu
dia ada menunggmu
cik ween kata : susah ker nak melepaskan semua kenangan??? cik ween dh lepaskan semuanya...berharap agar pihak satu lagi begitu jua