thanx korang

Thursday, December 15, 2016

PLAY VICTIM SANGAT...

Image result for tired to be pretend quote
taip delete taip delete
bila nak share takut ade yg terasa hati
walaupun sebena nyer kita tak tuju kat dia pun

hurrmmmm

mungkin faktor usia
membuatkan aku lebih matang
kalau dulu main semborono je
apa yg terlintas sume aku cakap

politik opis
benda yang paling aku tak suka
tp tetap lah kena hadap

cikweenkata : aku kalau tak suka...mmg jelas nampak kt muka... sorry aku tak pandai nak berlakon ni...

xoxo-cikween

Wednesday, September 7, 2016

CHECK YOURSELF!!!!!

saje nak share something dr facebook....
lately kalau yg sekeliling aku nampak perubahan positif aku
alhamdulillah semua dengan izin Allah swt

kita selalu menyalahkan orang lain
tanpa kita sedar itu sebenarnya dari kita sendiri

kita selalu mengeluh pada diri sendiri
tanpa kita mahu mengakui dan semak semula diri

jadi.....
silakan baca
sumber dari facebook Master Muslee Abdullah

Salaam aura.

Terimakasih pada yang bertanya,
berikut saya tuliskan jenis2 energy atau aura negatif yang selalunya mengganggu seseorang.
.
..yang boleh mengganggu anda.
.


Happy reading.. !!
Jenis-jenis Aura dan Tenaga Negatif 
1. Corak Pemikiran atau Perlakuan Negatif - ini sering berpunca dari zaman kanak-kanak atau kehidupan lampau. Cara fikir atau persepsi negatif zaman lalu boleh menyekat proses pemikiran sihat semula jadi. Merupakan Negative Emotional Programming yang tidak hilang dengan masa, ia kekal di dalam jiwa anda sehingga ia disedari, dibawa keluar dan disembuhkan.

2. Past Life Block - ini biasanya tersembunyi di minda bawah sedar. Sejenis trauma yang biasanya tidak disedari sipenanggung. Past Life Block biasanya memberi kesan unlucky pada seseorang sehinggalah drama trauma itu dikenal pasti dan di alih keluar.

3.Jampi atau Sumpahan - kekangan ini boleh kekal tersembunyi dalam diri seseorang untuk jangka masa yang panjang. Anda mungkin tidak perasan yang anda di sumpah atau dijampi buruk sehingga anda perasan yang anda tidak bernasib baik. (sihir dan saka boleh jadi dalam katogari ini)

4. Entiti atau Spirits - Jika anda rasa tidak sedap badan, tidak dapat menumpukan perhatian, berasa gundah yang bukan emosi anda atau corak makan dan tidur yang terganggu/berbeza, anda mungkin miliki aura lain yang bukan aura anda. Pulihkan aura anda dengan segera. (sihir dan saka boleh jadi dalam katogari ini)

5. Psychic Attack - Ia datang dari niat atau fikir buruk orang lain pada anda. Selalunya berpunca dari orang yang anda kerap bergaul namun bila anda pulang terasa lesu. Serangan psikik biasanya menjejaskan chakra belakang anda, menyekat aura penerimaan anda. Dari bahasa biasa ini dikenali sebagai 'Evil Eye.'

6. Cords (Tali) - Ini adalah unjuran dari aura negatif yang mengikat anda kepada objek, orang atau situasi tertentu. Mereka mewujudkan ketegangan dalam hidup anda. (sihir dan saka boleh jadi dalam katogari ini)

7. Ruang negatif di pejabat atau rumah - Ia menyebabkan anda dan insan berdekatan berasa lesu dan jengkel apabila berada di dalamnya. Kiranya berlaku anda akan alami perubahan mood, emosi negatif dan tidak tenang.
Jagalah diri anda. Biasanya mereka yang terkena tenaga negatif ini akan tersedar diri bermasalah apabila terkena lebih dari satu gangguan/serangannya.

cikweenkata : aku sudah berubah.. ko bila plak

xoxo-cikween

Tuesday, August 30, 2016

LELAKI ATAU PEREMPUAN

mentaliti masyarakat aku
anak lelaki tu lebih bagus dari anak perempuan
kalau ko tak mampu nak beranak anak lelaki
kira ko belum cukup sempurna

sesuatu yang susah utk di ubah
mentaliti sebegini

penting ke jantina tu lelaki atau perempuan
bukan ke sepatutnya kita lebih fokus kepada sihat atau tidak
fokus kepada permudahkan segala urusan semasa mengandung dan melahirkan

apa yg aku lihat sekeliling aku
kalau org tu mengandung anak perempuan dia akan senyap
or jwb tak tao bila org tny jantina anak

tp cuba kalau yang dia kandungkan tu lelaki
haruslah mencanang tanpa henti

apa anak perempuan ni tak bagus ke
anak perempuan ni tak bawak rezeki ke

sedar tak yang diri tu perempuan

sepatutnya bersyukur lah at least ko mampu nk mengandung
tak kira jantina apa sekalipun
sebab kt luar sana
lebih ramai orang yg inginkan zuriat
tapi belum dapat

haisshhhhh

sekian royanan petang dr aku

cikweenkata: penting sgt lah kot....

xoxo-cikween

Thursday, August 25, 2016

A SECRETARY DIDN'T PICKED UP A PHONE CALL AND SEE WHAT HAPPEN AT THE END


tajuk saja bikin gempak
ala2 post viral kt fb
hehehehe

ok meh sini i nk bg definition tentang secretary

A secretary, or personal assistant is a person whose work consists of supporting management, including executives, using a variety of project management, communication, or organizational skills.

sumber : wikipedia

kadang-kadang orang tengok keja sebagai PA ni senang je
duduk kt meja 
jwb call... rekod surat.... jaga diari bos... 
pastu duduk je kt meja
melebarkan bontot....

part ni aku memang suka
suka nak membalas balik apa org ckp

kadang2 aku tak ckp byk pun
aku cuma ckp 
'duduk tempat aku... baru komen'

tahu plak tak nak
kisah aku keluar pejabat kejap 
tu pun atas urusan pej 
nak kecoh macam aku dari punch in ke punch out tak de kt opis

yang kisah aku pukul 640am dh terpacak kt opis
balik 630pm
takde sesiapa plak nk kecoh

aku bukak pintu pejabat
dan selalunya aku yang kunci pintu pejabat
takde sape plak nak kecoh

manusia ni mmg mcm ni
dalam 100 kebaikan yang ko buat
tp sekali ko buat silap
yang 100 tadi mmg dorang tak nampak

aku malas nak mengeluh sebenarnya sebab aku tahu itu tanggungjawab aku 
cuma yang menjadikan aku sakit hati tu
bila orang sekeliling ni 
bercakap tanpa berfikir....

tadi baru cerita pasal masuk and balik keja
aku belum lagi bukak cerita pasal anak demam aku keja
anak nak exam aku keja
aku demam aku keja
dan bilanya bos takde kt pejabat
itu lah masanya utk aku cuti
utk aku keluar sekejap settlekan urusan kat bank
beli barang utk pantry bos

bila aku nampak letih + mengantuk siap ckp plak tu
"kiteorg sampai tak sempat nak mengantuk"

ehhhhhhhhh

aku malas nk terangkan dgn panjang lebar psl penat aku tu
yerlah kehidupan seorang PA ni mmg berkisar pasal pejabat
PA ni mane lah ade life sendiri
mana ada anak yang nak diuruskan
mana ada keluarga yang perlukan perhatian

dan tahun ni rezeki aku dapat bos yang baik
bos yang sekepala
bos yang sama sekampung
alhamdulillah

itu pun ada jugak yang berbunyi
takpe lah payung besar
bos sayang

bg aku ko tak kenal bos tu
mcm aku walaupun baru 8 bulan dgn dia
aku dpt baca sedikit perangai dia
so bila kita tahu apa yang dia suka
kita teruskan lah buat
and apa yg dia tak suka 
jgn lah buat.....

senang kan

ni tak.... dengan melawan nya
dgn keras kepalanya
maklumlah 
mantan pengarah dlu jenis tak amek port sangat
sebab arwah sendiri tak berapa sihat
so dh terbiasa besar kepala
nak buat keputusan sendiri

hurrmmmmm

ok enough pasal org lain
nak sambung pasal aku

mmg aku geram 
geram dgn suasana sekeliling
dgn mindset dorg yang terlalu lah stereotype terhadap kami golongan PA ni

sebenarnya dh malas nak educate orang
tentang setiap jawatan 
tak kira lah ko dr kump P&P 
atau sokongan 
masing-masing punya tanggungjawab sendiri

jadi tak perlu lah kita nak label
orang ni keja melepak je
orang ni keja mengular je
orang ni keja membodek je

cermin diri dulu
sebelum nak mengata orang lain

dan aku bersyukur sebab bos aku yang sekarang
paham apa yang aku buat

betapa byk keja yang diluar bidang tugas
pun aku settlekan

cumanya aku jenis yg tak update fb lah
atas setiap tanggungjawab yang diberi

dan bila pikir2 balik 
aku rasa kalau orang boleh berkira dgn aku
kalau orang lain boleh nak mencarik salah aku
nape tak aku buat benda yang sama dkt dorg

kannnnnnnnnnnnnnn
kate payung besar
bos sayang
haruslah apa aku ckp bos akan percaya

ok siap pada sesiapa yang dh sakitkan hati aku tu
lalalalalalalala


cikweenkata : belum lagi sentuh psl exam ict tu....

xoxo-cikween

Thursday, August 18, 2016

SELAMAT HARI MERDEKA....


bulan Ogos
bulan Kebangsaan
bulan dimana kita menyambut hari kemerdekaan

merdeka kah kita?
merdeka kah dari penjajahan?

penjajahan merata2 je aku tengok
walaupun status kita negara yang telah merdeka
tapi suka atau tidak
kita telah dijajah

dijajah dari sudut pakaian
dijajah dari sudut pemikiran
dijajah dari sudut teknologi

fikir2 dan renungkan

hehehehe
alhamdulillah
settle sudah majlis kecil yang telah diamanahkan oleh bos

dalam tempoh masa 2-3 hari
dengan bantuan EO yang dapatkan bendera
berjaya juga melaksanakan majlis kecil pengibaran jalur gemilang kt pejabat

patriotik sikit

ehhhhhh
jarang btul aku update pasal keja kt  blog

hurrmmmmm
dah melanggar prinsip2 diri sendiri ni
lalalalalalalal

cikweenkata : ada lagi yang akan datang... terima tanggungjawab dengan hati yang terbuka....

xoxo-cikween

Tuesday, August 9, 2016

KUCING ITU MENAKUTKAN

this happen during cuti hari raya yang panjang hari tu
melepak mmg lama lah kt kampung suami
kluang

since mamat tu bulan puasa tak dpt nak jenguh keluarga dia
sebab berada di tengah laut
so aku pun berkorban lah giliran tahun ni

takpe lah
ibu ngan daddy tiap2 hari aku jmp
dia sebulan sekali pun susah

anak aku yang kecil ni
ada satu kepelikkan sikit perangai eh

dengan orang takut
lalat takut
semut takut

kalau pompuan dia ok lagi
tp amek masa gak

so berkepit je lh ngan aku and suami
tu yang kt umah mertua tak leh nk buat ape
dia nangis je kalau aku bangun

(alasannnnnnn)

nak dijadikan cerita
demi nak menghentikan perangai berkepit and melalak dia tu
aku swoh anak buah belah suami ni melayan

duk main lukis2 sume
mula2 tu ok lah leka gak
tp kejap je

nak mama jugakkkk

"mama nak cat"

aku yang penuh bakat seni ni dgn confident pun lukis lah


sekali dia takut ko

"takut cat...takut cat"

tunjuk kt abah dia

ape......
hina sgt ke kucing yg aku lukis ni
mcm hantu ke????

cikweenkata : hahahaha berbakat sgt...gini lah jadinya

xoxo-cikween

Monday, August 8, 2016

SHOW OFF AND POYO


dah berjela aku taip
last2 aku delete

banyak yang nak dikongsi
tapi takut ada yang terasa nanti

hahahahahha

tahun yang super busy
alhamdulillah dapat selesaikan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan

walaupun aku akui
banyak kelemahan yang perlu diperbaiki

dapat bos yang memahami
yang sekepala
yang gila kerja

dan alhamdulillah lagi
masih mengamalkan resmi padi
semakin berisi semakin tunduk kebumi

badan juga semakin berisi
walaupun cuba untuk mengurangkan makan nasi

hahahahaha

dan alhamdulillah lagi dan lagi
ada teman sepejabat yang sangat memahami
punya misi dan visi
dan sama mimpi

semoga ukhuwah yang terjalin tahun ini
akan terus utuh dan kekal
di dalam memori

cikweenkata : makan cili... pedas lah... g amik air..... minum... ilang lah pedas tu nanti

xoxo-cikween

Tuesday, July 26, 2016

MENGALAHKAN MENTERI

tahun ni takde entry berkaitan ucapan kelahiran anak2
tahun ni jugak takde entry berkaitan ucapan sambutan ulangtahun perkahwinan

kebusyan apakah ini

bukan lupa cuma bila dah berusia ni
ada yang aku rasa tak perlu nak dikongsi

mcm tu
tutup je lah blog ni

aisshh cukuplah blog lama
yang paling banyak berjasa
terpaksa aku tutup dlu

yang ni biarkan
walaupun updatenya
alahai .....
setahun 2-kali je


cikweenkata : teruskan kehadapan......yang lalu jadikan pengajaran....

xoxo-cikween

Tuesday, June 21, 2016

KES PEDHOPILIA - SEDAR ATAU TIDAK?

baca ni di facebook
ada kawan yang share.....

takut....
terus teringat anak kt rumah

sakit mental di kalangan kita sekarang ni menjadi-jadi
serius aku jadi trauma bila baca kes gini
terus rasa nak kunci anak dalam rumah
huhuhuhu

sebab tu kalau pergi mana2
aku tak selesa kalau orang lelaki nak pegang or nak cium anak aku
tak perlah just tgk dari jauh je

sbb orang yg sakit mental ni aka pedhopilia ni
depan orang lain dia nampak normal je
macam orang lain
tapi sebenanya
dia lah setan yang bertopengkan manusia

aku mmg dah pesan kt anak bujang
jgn bg org pegang atau lakukan benda tak senonoh
yerlah sbb dia penah citer kt aku
ada pak guard kt sekolah dia suruh urut belakang and bagi dia rm5
mana tak mengamuk aku

giler ke ape
walaupun niat dia mmg just nk mintak urut ke ape
ehhhh ko pegi lah carik tukang urut sebena
tak payah lah nak suruh anak orang urut  ko
huhuhuuh

menakotkan

itu anak lelaki
anak perempuan ni so far ok lagi
sebab masih kecil and kt rumah
nnt dh sekolah
aaaaaaaaaaaaaaaaa
rasa mcm nak berenti keja
nak ikut anak dara 24jam

so
korang yang ada anak
baik lelaki mahupun perempuan
apa yang korg lakukan dalam memastikan keselamatan anak korg terjamin?

cikweenkata : takuitttt tapi ada je bangsa aku ni yang tak nak laporkan kes macam ni... rela tanggung and buat anak tu trauma dari nk menanggung malu... sick people.....

xoxo-cikween

Wednesday, June 8, 2016

PERMULAAN RAMADHAN


pagi 2 ramadhan
mendapat perkhabaran yang kurang menyenangkan

perginya seorang teman 
yang ku kira sudah bertahun tidak kuhubungi

perginya walau sendirian
tp di bulan yang penuh dengan keberkatan 
di bulan ramadhan....

berita yang mengejutkan buat aku termenung sendirian

betapa dalam pusingan kehidupan
ramai yang datang dan pergi
ramai yang singgah
tapi tak ramai yang lekat di hati

kelemahan aku
aku tidak pandai berkawan....
aku lebih suka sendirian

bak kata seorang yang ku kenal dari pejabat
"kau memilih kawan"

its not about what i choose 
but its about i care about people who come and go
i care about to whom i share about my life
about my personal

mereka yang masih bersama
sentiasa di sisi dalam aku mengharungi kehidupan terima kasih aku ucapkan

kepada mereka yang sudi 
membawa aku dalam pengembaraan kehidupan kalian
juga berbanyak terima kasih aku ucapkan....

aku bukan seorang teman yang sempurna
tp aku berusaha menjadikan persahabatan itu kekal selamanya....

pemergian teman ku ini
cukup menyedarkan aku
dalam pada aku berkawan... dalam pada aku berteman...dalam pada aku menjalin persahabatan
pasti ada hati yang terluka
pasti ada jiwa yang meronta....

mohon maaf di atas segala kelanjuran tutur kata
yang penuh bisanya

mohon maaf jika terlebih guraunya
tanpa melihat kesan di jiwa

ajal maut tidak mengenal usia

sekali lagi ku mohon kemaafan kepada semua
selagi aku masih bernyawa

alfatihah buat seorang teman
yang pernah menceriakan hidupku
yg penah sebantal setilam dan sepinggan denganku
yg penah berkongsi suka dan duka
yg penah selalu menceriakan hidupku
yg sudi berkawan dgn aku... 

semoga rohmu ditempatkan di kalangan mereka yang beriman

segala kenangan akan tetap ku simpan
terima kasih di atas pengalaman yang indah
akan ku kenang untuk selamanya....

cikweenkata : al-fatihah........

xoxo-cikween 

Wednesday, May 25, 2016

SETENGAH MATI MERINDU


mengapa waktu
tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, 
terlalu banyak berkelana
mengapa kita
masih saja tak pernah bersatu
selalu saja bertemu,
bertemu saat kau milik yang lain
mungkin kau bukanlah jodohku, bukan takdirku
terus terang
aku merindukanmu, setengah mati merindu
tiada henti merindukanmu
masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu
mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
mungkin kau bukanlah jodohku
atau bahkan bukan takdirku
terus terang (terus terang)
aku merindukanmu, setengah mati merindu
tiada henti merindukanmu
masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu
aku merindukanmu, setengah mati merindu
aku merindukanmu, masih hatiku untukmu
aku tetap menunggumu (ku tetap menunggu)
(setengah matiku menunggumu) menunggumu
aku tetap menunggumu

cikweenkata : perasaan itu.....

xoxo-cikween

Thursday, May 19, 2016

ALAHAI HONEY




alahai aku dah terjebak
serius lah cerita ni best
suka suka suka

walaupun pada mulanya aku rasa
nana??? eh boleh ke berlakon
tp lepas tgk citer ni bg aku 
not bad lah
aku lg suka tgk nana berlakon dr 
mira filzah ke mia ahmad ke 
pastu bdk pompuan yg bajet muka mcm nora danish tu

huhuhuh

bg aku cerita ni simple and best
dan aku suka cerita ni sbb tak fokus nak amek hero yg melampau2 hensem
heroin muka cun melecun mix sume

apa dorg ni igt org yg muka biasa2 ni
tak bercinta ke
tak boleh jd anak org kaya ke

good job michael ang

tapi cerita ni aku tak suka si penjahat bella
haruslah 
mana2 cerita melayu mst ade org yg jahat sgt
mcm si bella tu

kalau part dia mst aku skip
hahahahah

sbb aku tak boleh nk terima kenyataan
dalam dunia ni
ada org yg jahat nyer terlampau jahat
maksud aku jahat yg sampai nak menganiaya org lain

kalau ko jahat sorg tak boleh ke
tak susahkan org
tak libatkan org lain
huhuhuhu

kenapa mst nk jd jahat smp org lain pun terbabit sama
why why why

owh lupa nk bgtao
rumah aku takde astro
so harapan nk tgk waktu siaran tu mmg takde lah
hari selepasnya baru tgk online

biasa lah org miskin mana mampu nk pasang astro ni
mana mampu nak beli kereta besar
beli rumah besar
tp tetap lah bersyukur dengan rezeki yg Allah bagi ni

asyik cerita pasal nana
tak sebut pun pasal alif satar
huhuhu

aku mmg suka alif satar ni
sbb dia berlakon best and nyanyi pun best
lagu dia sume aku suke
dalam cerita ni lg lah
alahai dialog sume melting habis

dan tak penah2 aku mencarik and nk membeli novel melayu
bajet org putih baca novel english je
now sibuk ku mencari
tp mana2 kedai buku semua habis
huhuhuhu 
sbb penah terbaca review yg novel tersangat lah bestnya

dan harap2 aku tak terus ketagih membeli novel

takuuuuiitttttttt

cikweenkata : rindu...... 

xoxo-cikween

Wednesday, May 18, 2016

AKHIRI PENANTIANKU



nah layan lagu alif satar di hari rabu

cikweenkata : semanis honey sgt

xoxo-cikween

Tuesday, April 19, 2016

I MISS MY BFF :(



i should take one step back
relax and chill
while watching them....

one word
can really hurt people

i miss my other half...
nun jauh di kelantan....

rindu berbual seperti tiada esoknya
jumpa di rumah
masih juga berbual di alam maya semasa di pejabat

seperti topik yang dibicarakan
tidak penah jumpa noktahnya

rindu....
ketawa bersama....
nangis juga bersama....

it's been 6-7 years
dia pulang ke kampung halaman
meninggalkan aku sendirian

huhuhuhu

i miss u babe :(

cikweenkata : teman suka...teman duka... mmg susah nak cari penggantinya

xoxo-cikween

Monday, April 18, 2016

DENTING




Denting yang berbunyi dari dinding kamarkuSadarkan diriku dari lamunan panjang'Kan kurasa malam kini semakin larutKu masih terjaga

Sayang, kau di manaAku ingin bersama'Kan kuputus semua untuk tepiskan rinduMungkinkah kau di sana merasa yang samaSeperti dinginku di malam ini

Rintik gerimis mengundangKekasih di malam iniKita menari dalam rindu yang indahSepi kurasa hatikuSaat ini oh sayangkuJika kau di siniAku tenang
cikweenkata : menunggu 28 april yuhuuuu
xoxo - cikween

Friday, April 15, 2016

PERSONALITY AND ATTITUDE


memahami aku...
bukan boleh sehari dua
bukan boleh setahun dua

tanya saja tanya mereka
yg sentiasa dalam hati
berapa lama masa mereka ambil untuk kenal hati budi

adakah ia dosa
bila kita cuba menjadi diri sendiri


cikweenkata : rindu kt bff...... haisshhhhhh bila nak bercuti ni....

xoxo - cikweeen

Monday, February 29, 2016

TETAP WORLD

 alhamdulillah
dapat jemputan untuk turut sama memeriahkan besday cahaya malaika ahad lepas

happy tummy
happy me

some of u might say

perlu lg ke mawi dalam industri hiburan tanahair

semua ada pendapat sendiri kan

but for me...
walaupun jarang keluar di televisyen
di dada2 akhbar

but when kuar lagu baru
confirm best

best bukan dari sudut komersialnya
tp dari sudut penjiwaan liriknya
dari sudut melodinya





small family
happy family

but cahaya pemalu orgnya
ikut abi ;)


bukan main lama smp gelap kt majlis org
hahahaha

actually hujan lebat
disebabkan oleh along cham nyanyi
hahahahah

fokus kt tangan zara

nmpk tak patung pink tu
actually dia dh aimed patung tu since kiteorg sampai lg
tp aku buat derk je

giler ko majlis org kot

then tengah melepak 
abah dia bwk ke sana
tup2 bwk balik sekor

rupenye dia dh menangis nk patung tu
nasiblah ekin and akak yg organize party tu bagi

rezeki ko dik

nk omak ko belikan 
mmg tak lah 
kecuali lah kalau rm10

hahahahahahaha

paling penting 
yang paling buatkan iols happy
dapat jumpa my sweet gf

jarang dapat lepak sama
jarang dapat chit chat
jarang dapat whatsapp

but i know
"AKU ADA KERANA KAU ADA"

love u so much babe

cikweenkata : sahabat..........

xoxo - cikween

Wednesday, February 17, 2016

SELAMAT PENGANTIN BARU TOYENG

lamanya tak update blog
huhuhu

rindu zaman kegemilangan berbelog dulu
yerlah segala benda nak cerita

bila baca balik 
eh aku ni dh kenapa
benda ni pun nk tulis kt blog

hahahahahah

sengal

alhamdulillah adik aku no.4 telah selamat menjadi isteri orang
majlis kecil2 je

majlis besar bulan 5 nnt

huhuhuh

walaupun kecil mcm2 hal lah
dengan aku smp jumaat tu goodies bag tak settle lagi (salah aku)
pastu nak kena carik bunga utk sirih junjung
dh dpt bunga separuh perjalanan lupa plak span hijau kena pusing balik
huhuhu

sampai umah mmg dh lambat
malam siapkan goodies bag lagi

penat weh



tengok la anak iols tu ha
takdenyer nak berbaju kurung ke sedondon ke
semua konsep main belasah je

hahahahaha


ape2 pun tahniah lah utk adik aku
semoga bahagia hingga ke jannah

walau didatangi dengan berbagai kontroversi
isu2 yang tak dpt nak dibayangi akal dan fikiran

semoga menempuh alam perkahwinan dengan penuh kesabaran
eehehehehe

jgn melawan2 cakap suami
jgn meneruskan sikap degil keras kepala
bawak2 lah bersabar
jadi isteri yang solehah

dan bla bla bla

cikweenkata : tinggal lagi 2.....

xoxo-cikween