waktu aku kecil... aku penah rasa susah. bukan susah yang sampai tahap ko takda apa nak makan. tapi susah dari segi ko tak boleh nak bermewah. especially aku lah. sebab aku anak kedua. perempuan pulak tu.akak aku anak sulung. bila anak kedua pun perempuan jadi perhatian untuk aku memang kurang lah nak dibandingkan dengan akak aku.
jadinya saban tahun pakaian sekolah aku mostly aku recycle je baju akak aku yang lama.
beg lama. baju lama. tudung lama. kecuali kasut sebab kaki akak aku panjang. tp bila kaki aku dh muat kasut dia yg lama tu aku sarung jugak.
so bila dah ada anak ni aku berjanji pada diri aku. aku tak nak anak2 aku rasa susah mcm aku dulu.
sedaya upaya aku akan ikhtiar untuk sediakan kelengkapan mereka.
bukan mewahkan cuma cukup makan and cukup pakai. tak perlu lah nk recycle baju abang or kak.
eh dah tentu anak aku berlainan jantina. kang mcm pelik plak kalau izz zara pakai baju abangnya.
sebab tu aku selalu ckp ngan suami. mungkin cukup lah setakat dua ni je. yerlah tahun depan dh start gst. rata2 kedai yang aku pergi suma akan ckp barang akan naik lebih kurang 6%.
huhuhuhuhu
kalau dulu kt tangan ada rm50 aku rasa cukup untuk belanja aku 2 minggu. yerlah aku pun bukan jenis makan kt kedai mahal tiap2 hari.
tp sekarang rm50 tu seminggu pun belum tentu. :(
pergi pasar habis beli lauk utk 2-3 hari.
serius...lain nyer tak sama mcm dulu.sekarang serba serbi mahalnya.
harap2 anak2 aku bertahan lah dengan kos kehidupan yang semakin meningkat ni.
cikweenkata : mereka lah nyawa...mereka lah jiwa
xoxo - cikween
No comments:
Post a Comment