thanx korang

Wednesday, December 31, 2014

PENAMAT 2014

hari terakhir di 2014. tahun yang penuh cerita...suka duka.... tapi aku rasa dalam duka ada berita gembiranya. 

macam2 dugaan yang aku perlu hadapi tahun ni...serius kalau tak kuat mental .. iman yang secoet ni mmg boleh gila jadinya.
kadang-kadang aku fikir aku nak pack baju dan lari....
lari untuk seketika... 
tapi bila aku lihat wajah suami, anak2 aku kuat kembali
yerlah lari pun bukan boleh selesaikan masalah
bak kata suami... nak tak nak kena hadap juga

2014 membuatkan aku lebih dewasa... yerlah umur pun dah semakin tua... 
berfikir dengan sewarasnya... banyak kata2 yg aku simpan... kalau dulu memang aku lepas je.

2014 meninggalkan memori.. ada yang aku tak fikir lagi...ada yang akan aku simpan sampai ke mati. 

dalam duka aku... ada juga sinarnya....
dapat meloloskan diri dari cengkaman ...... (fill in the blank) yang ini siapa tahu... tahu lah... sebab mengenali aku korang tahu lah kan... aku bukan jenis suka mewawarkan... aku tunggu korang dtg tanya....

tempat baru... lagi.... suasana baru.... boss baru.... kawan2 baru.... alhamdulillah aku happy. 
semangat kerja tu baru ada kembali.... selama ni hanya jasad je di pejabat tetapi jiwa ntah kemana... tapi di sini aku dapat rasakan semangat dan jiwaku terhadap kerja kembali....
walaupun agak sedikit penat sebab terpaksa melalui berpuluh2 kilometer buat sementara waktu ini... aku tak kisah... janji happy....

2014 akan melabuhkan tirainya....
dan 2015 akan menjelma....

harapan
semoga 2015 akan membawa lebih banyak sinar kebahagian
semoga 2015 akan terus memihak kepada aku dan keluarga

dan segala yang berlaku di 2014
kita simpan dalam kenangan....

yang manis kita kenangkan
yang pahit kita jadikan tauladan



pahlawan ku
my super genius baby


anjing dan kucing ... (siapa anjing siapa kucing)

cikweenkata : 2015....doa yg baik2 ajer...

xoxo - cikween

Tuesday, December 30, 2014

WARTAWAN TAK BERGAJI

tapi sebelum aku meneruskan kata2
maaf lah pada yang terasa
ni pendapat peribadi aku je

rasanya aku pernah blog pasal ni....
yerlah pasal ramainya manusia2 sekarang yang suka nak jadi wartawan


wartawan gossip, wartawan politik, wartawan sensasi, wartawan isu semasa
wartawan tak bergaji actually

not to kondem sesapa lah... tapi aku selalu tertanya2

apa perasaan dorg yer bila menyampaikan sesuatu berita yang tak tahu kesahihannya....

cuba sekali sekala even ni reminder kt diri aku sendiri lah
sebelum kita share apa2
sebelum kita copy paste whatever mesej, whatsapp or status facebook tu
kita check sahih ke tak berita tu
adakah dari sumber2 yang boleh dipercayai
ataupun hanya sekadar coretan orang yang suka buang masa
mereka cerita yang tak wujud pun sebenarnya

ok lah kalau dah gatal sangat nak share sesuatu tu
why not kita mention dulu
"sorry tak tahu betul ke tak... ada sesiapa boleh confirmkan"

haaa so org dh tao yg berita tu tak berapa betul pun
tak confirm pun lagi

kesian jugak pada yang suka percaya bulat2
apa yang disiarkan di media sosial

zaman teknologi canggih tahap nk mati ni
better kita check dlu segala informasi yang kita terima sebelum kita share kt orang lain
tak nafikan bagus actually berkongsi ilmu ni
tapi biarlah ilmu yang memberi manfaat
bukan yang memberi musibat

sekian

cikweenkata : share kt fb...mmg niat untuk beramal tapi tak takut ke share2 amal tu boleh jatuh riak? 

xoxo - cikween 

Friday, December 19, 2014

TIADA DUKA YANG ABADI


Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s’gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s’gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s’gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

cikweenkata : andai.... andai dan andai

xoxo-cikween

Monday, December 15, 2014

SATU HARI - TV9


yer memandangkan aku bukanlah pelanggan astro lagi...maka akan selalu lah aku update pasal drama2 yang best yg ada kt saluran biasa untuk rakyat marhein mcm aku ni....

ntah kenapa tapi bagi aku drama yang selalunya keluar kt tv9 ni mmg best.
especially untuk slot malam selasa ngan rabu ni. cerita best tp sayang episod cuma ada 14 je. seminggu dua kali.

tak puassssssssss

so far permulaan cerita adalah best... and aku kerap mengalami angin meroyan bila tengok cerita ni. terutamanya episod si lia ex wife si ishafan yang mengandung sewaktu blom habis edah. huhuhuhu

selamba plak bgtao mak bapak yg dia mengandung plak tu.yg mak bapak sebelum tahu cerita punya lah salahkan si ishafan sebab ceraikan anak dorg....

owwhhh sedih sedih sedih

and sebab utama aku tengok cerita ni bukan sebab abam wemy yer
aku tengok sebab sarajevo mcm cantik sangat bagi aku

so mari kita layan sipnosis nyer

SINOPSIS SATU HARI


Mengisahkan Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya, Lia (lakonan Rita Rudaini) curang dengan sahabat baiknya sendiri, Moez (Miller Khan) biarpun telah berkahwin selama sembilan tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Puteri. Isfahan kemudiannya bertemu Sabrina (Sara Ali) seorang penganalisa air mentah di Sarajevo. Dalam hati yang tidak keruan, tidak pernah sekali pun terdetik di hati kecil Remy bahawa dia akan bertemu cinta baharu di ibu negara Bosnia-Herzegovina itu. Keletah comel dan misteri sikap yang dimiliki si gadis, Sabrina akhirnya membuka pintu hati Isfahan untuk bercinta kembali, namun dia masih terikat dengan memori silam. Namun Isfahan terpaksa pulang semula ke tanah air gara-gara kematian Puteri. Selepas terpaksa pulang semula ke tanah air, kesetiaan hati Isfahan kemudian diduga apabila Lia kembali menagih cinta lama selepas diceraikan Moez. Adakah Remy kembali menyulam kenangan lalu atau kekal bersama cintanya bersama Sabrina yang ditinggalkan di Sarajevo? Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

cikweenkata: nanti aku bebel lagi pasal cerita ni

xoxo - cikween

Friday, December 12, 2014

BLOGWALKING

uisshh dah lamanya aku tak berblogwalking...serius zaman blog dulu ngan sekarang jauh sangat bezanya.
aku dulu mula dengan blogdrive.... tahun 2004 kalau tak silap then aku tukar ke blogspot. dulu pun blog sebab nak update pasal mawi.

iols kan MAWIFC... jangan buat2 terperanjat plak yer....

then aku beralih ke blogspot. ini blog aku yang ketiga. kalau tak silap.
dasar lah perangai kan  buat banyak2 blog.

tujuan aku berblog ni sebab aku nak share pasal life aku... pasal pandangan aku...pendapat aku....
dulu serius seronok baca blog orang lain. especially blog yang jujur pasal kehidupan dia.

bila pk balik and bila baca balik blog aku yang dh lama aku tutup tu... mcam nak muntah pun ada gak. ape ke poyo aku beli foundation pn update kt blog, g basuh keta update kt blog, g makan update, g merendek ngan jantan pun aku update. hahahahaha
sumpah perangai.....

nasib baik blog lama aku dah tutup. hanya aku je yang boleh baca.

sekarang aku rasa rata2 blogger dah tak jujur dalam berblogging. semua kejar ads...semua kejar duit.
so nak membaca pun aku dah malas.mcm dulu aku suka gak baca blog filla, ceera, tp filla sekarang iklan je memanjang.bosan. blog ceera plak sejak dah anak dua ni mmg jarang update. pun selalu iklan.

jadinya blog yang aku tak penah tinggal baca sekarang ni blog peej. sempoi mempoi kelempoi kata pak yus.
serius peej sangat jujur dalam berblog.

serius aku cakap kalau kau jujur bila berblog, orang yang membaca pun akan terasa kejujuran ko tu.

owh selain dari mereka yang disebut di atas aku baca gak blog mereka2 yang seangkatan dengan aku mcam hidd (susudalambotol), blog cujen, blog sis wawa, blog jiran (mira ke ape ntah), blog yang ada kt bloglist aku ni mmg aku baca ... bila korang update lah...

so please korang....

update2 lah selalu supaya aku dapat menambah ilmu heheheheh

xoxo - cikween

Thursday, December 11, 2014

ARE U READY FOR GST

waktu aku kecil... aku penah rasa susah. bukan susah yang sampai tahap ko takda apa nak makan. tapi susah dari segi ko tak boleh nak  bermewah. especially aku lah. sebab aku anak kedua. perempuan pulak tu.akak aku anak sulung. bila anak kedua pun perempuan jadi perhatian untuk aku memang kurang lah nak dibandingkan dengan akak aku. 

jadinya saban tahun pakaian sekolah aku mostly aku recycle je baju akak aku yang lama.
beg lama. baju lama. tudung lama. kecuali kasut sebab kaki akak aku panjang. tp bila kaki aku dh muat kasut dia yg lama tu aku sarung jugak.
 
so bila dah ada anak ni aku berjanji pada diri aku. aku tak nak anak2 aku rasa susah mcm aku dulu.
sedaya upaya aku akan ikhtiar untuk sediakan kelengkapan mereka. 

bukan mewahkan cuma cukup makan and cukup pakai. tak perlu lah nk recycle baju abang or kak. 

eh dah tentu anak aku berlainan jantina. kang mcm pelik plak kalau izz zara pakai baju abangnya.

sebab tu aku selalu ckp ngan suami. mungkin cukup lah setakat dua ni je. yerlah tahun depan dh start gst. rata2 kedai yang aku pergi suma akan ckp barang akan naik lebih kurang 6%.

huhuhuhuhu

kalau dulu kt tangan ada rm50 aku rasa cukup untuk belanja aku 2 minggu. yerlah aku pun bukan jenis makan kt kedai mahal tiap2 hari. 

tp sekarang rm50 tu seminggu pun belum tentu. :(

pergi pasar habis beli lauk utk 2-3 hari. 

serius...lain nyer tak sama mcm dulu.sekarang serba serbi mahalnya.

harap2 anak2 aku bertahan lah dengan kos kehidupan yang semakin meningkat ni.

cikweenkata : mereka lah nyawa...mereka lah jiwa

xoxo - cikween

Tuesday, December 9, 2014

VIDEO MINGGU INI - Mas Idayu Feat. Juzzthin & W.A.R.I.S - 100% Cintaku [Official Music Video]

melepaskan lelah di pejabat
kita layan lagu ni

hahahaha



not bad huh.....

cuma mas idayu tu 
mcm nak tak nak je

and videoclip ni pun
mcm takde motif

tapi lantak
aku layan je

cikweenkata : kita layan cerita SATU HARI plak

xoxo - cikween

Monday, December 8, 2014

HIDUP LAGI KE

amboi lamanya tak update blog
bukan main busy lagi

bukan patutnya dah tukar opis lebih bahagia ke
lebih senang nak bersosial
lebih senang nak update cerita

huhuhuhu

tanggungjawab berat sikit di opis baru
sehingga masuknya officer yang sepatutnya menjalankan tugasnya

takper lah ini satu peringkat
dalam dunia pekerjaan dimana aku banyak belajar benda baru

mujur bos baik
rakan sekerja juga baik

cuma aku je yang tak baik2

cikweenkata : dirimu...bagaikan bintang dihatiku...selalu terangi malamku..selalu dalam tidurku

xoxo - cikween