*ini jek pic yg ade dalam netbook...adehhh huduh btol
hmmm
sedar tak sedar
lagi beberapa hari saja lagi
satu-satunya akak yang aku ada
yang paling aku sayang
*of coz lah kan sebab dia sorang jek akak aku
huhuhuhu
akan menjadi bini org
huwaaaaa
sedih nya
ntah lah perasaan bercampur baur
antara suka dan duka
bimbang akan kehilangannya
mungkin selepas ini kami tidak akan rapat lagi seperti dahulu
hari ini
berkesempatan dating bersama
buat kali terakhir
menghabiskan masa di spa
hanya aku dan along
sewaktu bersarapan pagi tadi
banyak kenangan2 lama diceritakan kembali
tentang aku seorang adik
yang asyik mahu mengekor kemana sahaja akaknya pergi
tentang aku seorang adik
yang selalu memalukan akak ku di sekolah satu ketika dulu
dengan kecomotan aku
dengan kepelatan aku
masih teringat ketika dia di tahun 4
aku di tahun 1
waktu rehat perlu mengambil wang saku dari nya
tok tok tok
"cikgu saya nak jmp awong....."
aduhh satu kelas gelakkan akak aku
teruk betul adik dia yang sorang ni
along nak dating
aku mengekor jugak
tak kira lah kemana
hari raya....hari sukan sekolah
hari bergembira bersama kawan2
along selalu ada ketika aku suka
along mesti ada ketika aku duka
terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan
untuk aku, utk adik2 yang lain
untuk kedua ibu bapa
demi melihat kami dapat meneruskan persekolahan
dia sanggup mengenepikan hasrat untuk menyambung pelajaran
demi melihat kami hidup dalam keadaan yang senang
dia sanggup mengikat perut demi memastikan kami tidak kelaparan
along,
jasamu pd aku,
jasamu pd adik2
jasamu pd daddy ibu
sungguh tidak ternilai harganya
doaku,
semoga kau menjadi seorang isteri yang soleh
semoga kau menjadi seorang isteri yang pandai menjaga maruah suaminya
semoga perkahwinan ini akan bahagia selamanya
banyak sungguh dugaan dan cabaran yang telah kau lalui
banyak sungguh penderitaan yang telah kau rasai
kali ini kau berhak untuk rasa bahagia begini
walaupun aku dan kamu kadangkala tidak sependapat
tp jauh di suduh hati
rasa berdosa mengikari kata2 mu
kau adalah salah satu sumber kekuatan ku
kau adalah salah satu sebab aku masih di sini
kau adalah salah satu sebab untuk aku terus bernyawa
we love u so much along
selamat menempuh alam perkahwinan....
cik ween kata ; sedih..... sob sob sob.....