thanx korang

Wednesday, November 30, 2011

MAHADEWI


Hamparan langit maha sempurna,
Bertahta bintang - bintang angkasa
Namun satu bintang yang berpijar,
Teruntai turun menyapa ku

Ada tutur kata terucap,
Ada damai yang kurasakan
Bila sinarnya sentuh wajahku,
Kepedihanku pun... terhapuskan

Alam rayapun semua tersenyum,
Merunduk dan memuja hadirnya
Terpukau aku menatap wajahnya,
Aku merasa mengenal dia...

Tapi ada entah dimana,
Hanya hatiku mampu menjawabnya
Mahadewi resapkan nilainya,
Pencarianku pun... usai sudah

Mahadewi resapkan nilainya,
Mahadewi tercipta untukku
Mahadewi resapkan nilainya,
Mahadewi tercipta untukku

cikweenkata : lagu untuk suami yang jauh di mata...jd kena tukar mahadewa lah eh...hahahhaa

xoxo-cikween

Tuesday, November 29, 2011

SETITIS HIDAYAH

menonton drama setitis hidayah
sempena maal hijrah

owwhh lupa
salam maal hijrah kawan2

semoga di tahun yang baru
kita berhijrah menjadi hambaNya yang lebih baik

ok2 back to the topic
setitis hidayah....

tentang keluarga susah
yang selalu bersungut kepadaNya
mengapa mereka hidup susah
mereka sering diuji..

sedangkan
ada umatNya yang lain hidup senang...

kadang kala
aku pn begitu

aku sering bertanya
dan tertanya2
mengapa aku sering diuji
mengapa aku

mengapa orang lain

kadang kala aku tewas
tetapi aku terus sujud
memohon kepadaNya
kekuatan dalam menghadapi
segala ujian dariNya

aku seorang yang lemah
aku akui itu

tapi aku bersyukur
aku punya suami
yang akan memaut erat tanganku
di kala aku jatuh

aku ada ibu bapa
yang selalu menenangkan ku

aku ada mereka2
yang sayangkan aku

selalu memberi ku semangat
dalam meneruskan kehidupan

mungkin belum tiba lagi masaku
mungkin ada yang lebih baik untukku

aku redha
aku berusaha dan terus redha

sujud kepadaMu
tuhanku

cik ween kata : ujian itu menguatkan aku

xoxo - cik ween

Monday, November 21, 2011

JANGAN PERNAH BERHENTI

jangan pernah kau berhenti
berusaha

jangan pernah kau berhenti
berharap

jangan pernah kau berhenti
mencari

jangan pernah kau berhenti
berdoa

jangan pernah kau berhenti
percaya

kerana

ALLAH itu ada
cepat atau lambat

pasti akan dapat balasan

kita cuma manusia
bukan tuhan

kita cuma merancang
ALLAH yang tentukan

sekali kita jatuh
bermakna kita akan bangun dengan gagah

cik ween kata : memberi semangat pd kawan2 yg memerlukan

xoxo - cik ween

Friday, November 18, 2011

TAHNIAH...AUMMM

tahniah kepada team harimau muda
yang telah berjaya menewaskan indonesia
1-0

hehehehe

walaupun peringkat kumpulan
tapi

berdebor nyer kan
mcm dh final

siapa tengok malam tadi?

ok mamat ni
walaupun dihimpit kontroversi baru2 ni

tp apa dia kisah kan

janji dia tetap fokus
menjaga gawang negara

yg lain
lantak dia lah
nk tergolek nk terlentang
tengah jalan sekalipun

hal peribadi
tak de aku kisah

syabas khairul fahmi
kerana cemerlang menjaga gawang negara

hope teruskan prestasi cemerlang
di separuh akhir nanti

cikweenkata : ok geram giler bila indon boo lagu negaraku....

xoxo - cik ween

Monday, November 14, 2011

TAK BERMAKSUD APA2 PUN

kau bertudung
sebab????

ko ikut orang sekeliling
ko nk ikut trend terkini
ko malu sebab kt opis majoriti nyer bertudung

bertudung...alhamdulillah

tapi biarlah ikhlas

jangan pergi opis je ko bertudung

owwhh adakah tudung itu untuk dipersendakan??

tepuk dada tanya selera

cik ween kata : tak bermaksud nk guris hati siapa2

xoxo - cik ween

Thursday, November 10, 2011

WORLDESS THURSDAY - JUSTIN BIBIR KU


cik ween kata : amacam????

xoxo - cik ween

Wednesday, November 9, 2011

TAMAT SUDAH

tamat dh citer ni

nasib baik tv adalah mahal
kalau tak aku dh lempar dari tingkat 12

mmg sangat jahanam
mencik btol lah

ending cam terhape jerk

aku mmg harap sangat soffi akan bersatu dengan ilyas
tp harapan ku tinggal harapan
kecewa sungguh
:(

dia ngan kamal jugak

why owwwwhhh whyyyy

aku tak puas hati

terasa sia2 btol aku follow citer dari awal

huhuhuhu

membazir masa aku tao
tp aku rase ini adalah balasan bg aku
yang sembahyang laju2
semata2 takut tertinggal cerita soffiya

owwhh aku berdosa
ampunkan aku ya allah

ok lah
lepas ni tekad tak mo follow apa2 cerita lg

*dushhh dusshhh dusshh
tumbuk dinding umah

cik ween kata : aku suke cerita ending yg indah2 saje

xoxo - cik ween

Tuesday, November 8, 2011

GRAND YANG AKHIRNYA...

betapa ketinggalan nyer aku
baru dpt tahu yg kim dh divorce

huhuhuh

perkahwinan bagai nak rak
makan juta2

siap tak mo pulangkan cincin pertunangan yg berharga usd2 juta kot kalo tak silap aku

thanx to E News
banyak info yg leh dpt dari situ

tp tentang perkahwinan kim ngan kris ni
aku mmg dh menjangkakan pn

sebab bila tgk rancangan kim kardashian tu
tentang persiapan untuk perkahwinan dia

semuanya tentang majlis tu
semuanya tentang dia
tentang mak dia
tentang family

tak pernah sekali pn aku tgk
dia nk amek kisah pendapat kris
tanya apa kris nak

semuanya tentang dream dia

yg aku rase agak mendukakan si kris
dia tak mo tukar nama dia
kardashian tu kepada humpries

waktu nonton rancangan tu tempoh hari

aku siap ckp
kalau aku jd kris ni
tak mo aku kawen lah hai

kalau dh semua tentang si kim

yerlah perkahwinan is penyatuan antara lelaki dan perempuan
jd pendapat dari kedua2 pihak perlu lah di ambil kira

kan kan kan

cik ween kata : wahhh hebat aku bergossip tentang artis international kooooo

xoxo - cik ween

Friday, November 4, 2011

SMELLY DONG!!!

percaya tak?
orang yang selalu berdengki
mmg selalu tak senang hati

orang yang sentiasa busuk hati
tak kan pernah aman dalam dunia ni

orang yang selalu nk downkan orang lain
tak kan peroleh kesenangan

hadapilah hidup dengan tenang
jangan campuri urusan orang lain
tenangkan diri
muhasabah

lihat pada cermin dahulu
sebelum berkata sesuatu tentang orang lain

orang yang baik
takkan pernah mengaku dia baik

tak payah nk menyakitkan hati orang sepanjang masa
duduk diam itu yg lebih baik sebenarnya

sekian dari ustazah tak bertauliah

cik ween kata : letih lah....

xoxo - cik ween

Thursday, November 3, 2011

BADAN PUN SIHAT

aktiviti hari cuti kami
hehehehe

badan pn sihat
duit tak yah keluar

mmg selamat

yerlah dari menebeng2 tak tentu hala
kt shopping complex
baik kita slow jog
lepak kt taman

dapat menenangkan diri
juga menyahkan sedikit lemak di badan
akibat dua kali berturut2 aku masak cheese cake kan

hehehehe
entry tentang cheese cake tu
mcm biase lah korang
hutang dulu

gambar dalam kamera yg lg satu
malas btol nak upload


nmpk spare tyre aku tu
korang tutup mata jer lah yer

hehehehe
yer2 sedang dalam proses menguruskan badan

eh tak nak lah kurus sgt
nk turunkan 11kg je
dh overweight ni
huhuhuhu

owwhh lupe nk cerita
jumpa kawan lama
waktu kt poli dlu

aja and family
alahai comelnyer anak dara kembarnya tu

suke suke suke

cik ween kata : aku gemok jd aku mengaku lah aku gemok....tak mcm org lain gemok tp mengaku kurus :p

xoxo - cik ween

Wednesday, November 2, 2011

WORLDESS WEDNESDAY - MURNIRUL SA'UDAH


cik ween kata : eh eh eh atuk aku pn nk interframe :p

xoxo - cikween

Tuesday, November 1, 2011

LULU CALDINA AJAK BLOGWALKING

jom join

pada yang nak menambahkan kengkawan dalam dunia belog ni
mari lah kita secara berjemaah mengjoinkan diri

cik ween kata : dh lama tak join contest

xoxo - cik ween

FOTOGRAFER MALAYA BELUM MASUK LIST HERO MALAYA

sapa kawan2 aku yg sejati
sila angkat tangan
ni paksa ni
wakakakak

ok kalau korang kawan ku yg sejati
meh lah tolong like page fotografer malaya ni

hehehehe
aku paksa ni tao



eeee suka2 je nak paksa orang kan
ok page ni adalah dipunyai oleh syafiq yahya dan juga ishaq ali

ishaq ali tu suami aku ler

page adalah bertujuan untuk promote hasil kerja dorg
dalam bidang fotografi
tak kira lah weeding, konvokesyen, birthday party, family outdoor, kenduri kendara, cukur jambul
apa lagi lah yg korang rasa nak abadi kan dalam gambar

sebarang pertanyaan
boleh lah email kepada

syafiq yahya : cypherz9191@gmail.com
ishaq ali : eaksetsfire@yahoo.com

kalau malu2 dengan dorang
email je aku

arween_lady@yahoo.com / weengobu@gmail.com

terima kasih korang
kerana sudi membantu

budi baik korang
tak dpt den nak balas kt belog nie

nnt den buat makan2 kek rumah yo

cik ween kata : terima kasih daun keladi...

xoxo - cik ween