thanx korang

Monday, June 29, 2015

KES PENDERAAN LAGI

Nur Zuliana disahkan alami cacat kekal

Nur Zuliana Zaara Zulkifli menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan
KOTA BHARU 28 Jun - Masa depan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, gelap apabila dia disahkan bakal mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh badan.
Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami beberapa kecacatan kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang yang patah serta tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan mangsa tidak pernah dirawat dan semua kecederaan yang dialami dibiarkan sembuh dengan sendiri sejak dia mula didera kira-kira enam bulan lalu.
Beliau berkata, 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan.
“Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.
“Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasannya. Sekarang, dia amat letih dan tidak bermaya,” katanya dalam sidang akhbar di HRPZ II di sini hari ini.
Akhbar ini hari ini melaporkan Nur Zuliana dipercayai didera oleh ibu tirinya sehingga menyebabkan kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan patah tulang belakang, rusuk, paha termasuk dipenuhi kesan parut.
Lebih memilukan mangsa juga didakwa dibiarkan menderita tanpa sebarang rawatan sejak dia dipelihara oleh ibu tiri serta bapa kandungnya itu di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak dua tahun lalu.
Tambah Ghazali, usaha merawat Nur Zuliana yang diketuai Pakar Perubatan Kanak-kanak, Dr. Mariana Daud agak sukar kerana mangsa mengalami trauma yang teruk dan tidak mempercayai orang sekelilingnya.
Katanya, kanak-kanak itu juga mengalami kekurangan zat yang kronik menyebabkan berat badannya susut hingga 15 kilogram iaitu menyamai berat budak berusia tiga tahun.
“Mangsa berada dalam kea­daan stabil dan mampu makan melalui mulut dalam proses untuk pemulihan tenaga badan selepas dipercayai tidak diberi makan secukupnya dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” katanya.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/nur-zuliana-disahkan-alami-cacat-kekal-1.108369#sthash.8kEOxSOJ.dpuf

aku sebenarnya cuba mengelak
memang selalu mengelak lah kalau kuar berita2 ni kt tv ke kt paper ke

sebab aku yang korang tahu... (pada yg tahu lah kan)
memang hati tisu skit
mula lah nk mengalir air mata
mula lah emosi tak tenteram
pikir yg bukan2
walaupun mulut aku ni mcm puaka
asek membebel tak henti2
tapi alhamdulillah
aku masih waras lagi

aku ingat dulu waktu own umur 5 tahun gini
pergi main balik dalam hujan
aku kurung dia dlm bilik air
aku ada lah pukul2 dia skit2
nangis gak lah own tu
tp nangis own sekejap
nangis omak eh plak yg berejam
sebab aku rasa bersalah plak pukul dia
huhuhu
bukan besar sangat pun salah own
mmg lepas tu kalau aku marah own
mmg aku akan menangis balik
sindrom mak2 yang aku rasa semua org yg waras ada
lepas pukul anak mesti nak emosi sesedih
fefeling kengkonon
waktu ko naik hantu ko tak igt hahahahaha

hurrmmm
as a mom memang sedih sangat tgk adik kecil  ni
memang lah aku pun kadang2 bila angin meroyan sampai tu
marah gak anak2
tp marah aku ni setakat kt mulut je
tak penah lg nk angkat tangan ke ape


ada org ckp kita tak tao apa sebena nyer yg berlaku
yes we are outsider
tak tao pun apa yg sebena nyer terjadi dalam family dorg
tapi as a human yg waras
aku berfikiran apa lah sangat salah kanak2 yang baru berusia 5 tahun tu
sampai dia perlu menangung sakit sebegini

aku rasa semakin lama
semakin ramai org kt malaysia ni yg sakit jiwanya

dan aku berdoa supaya bapak kandung and mak tiri adik ni yg fefeling pakai tudung fareeda tu
dikenakan tindakan yang setimpal
ko lari lah kt thailand ke
kt zimbabwe sekalipun
kalau ko tak kena hukuman dunia
ko menjawab lah kt akhirat sok

dan aku juga berdoa
semoga kita2 yang masih waras ni
dapat menjaga amanah Allah sebaiknya

amin

cikweenkata : fefeling nangis depan pc... nnt mst org ckp " huh gaduh dengan laki lah tu" 

xoxo - cikween


No comments: