Kuala Lumpur: Seramai 5,000 penjawat awam pemalas dikenal pasti sejak kerajaan menguatkuasakan dasar pemisah berprestasi rendah dikuatkuasakan tahun ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, sejak surat pekeliling dikeluarkan tahun lalu pelbagai kesalahan dilakukan mereka termasuk sengaja tidak hadir bertugas selama 200 hari setahun.
"Mereka ini golongan yang sudah hilang fokus kerana dipercayai mempunyai komitmen luar seperti berniaga.
"Mereka yang mempunyai markah prestasi di bawah 60 ini akan diberikan kursus semula selama enam bulan kemudian diberi peluang bertugas enam bulan sebelum dinilai semula," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan Hari Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sini, hari ini.
Ali mengulas mengenai dasar berkenaan yang pertama kali diperkenalkan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan Najib di Dewan Rakyat kelmarin untuk merasionalisasikan sektor awam dan mewajarkan saiz perkhidmatan.
Langkah itu bertujuan menjadikan perkhidmatan awam berfokuskan rakyat disokong dengan bakat yang lebih berkemahiran, kurang lapisan hirarki dan birokratik, kurang pemusatan kerja serta perkhidmatan lebih mudah dicapai, cekap dan berkesan untuk rakyat.
Dalam pada itu, Ali berkata, secara dasarnya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju dengan pelaksanaan dasar itu.
Katanya, tujuannya adalah untuk meningkatkan prestasi kakitangan awam.
Beliau berkata, ini kerana kerajaan tidak akan sesuka hati memberhentikan kakitangan awam sebaliknya mempertimbangkan banyak sudut sebelum tindakan dibuat.
"Bukan senang-senang untuk kita berhentikan tetapi kita akan beri peluang kepada mereka," katanya.
petikan dari suratkhabar
ada yg aku setuju and ada yg aku tak setuju
first sekali yg aku tak setuju adalah amount tu
5000 je?
aku rasa mcm lebih lg dr tu...
nk carik yg benar2 berkualiti
yg bersungguh dalam bekerja mmg susah lah
semua nyer serba serbi nak mudah je
keja nak senang
keja nak mudah
part markah prestasi tu
susah nak ckp
aku penah berdepan dgn situasi dimana
si polan tu bkn tak bagus pun
keja bagus... tip top
cuma dia tak pandai nak bodek
hasilnya LNPT dia rendah
kesian kan
aku rase bkn setakan PYD yang perlu di hantar berkursus
PPP dan PPK tu yg sepatutnya
elok anta dorg kursus
jangan nak ugut je staff dgn isu LNPT
huhuhu
tp itu bos lama lah
bos sekarang ni baik sangat lah plak
ini lah manusia
baik salah
jahat salah
tak penah nak merasa puas kan
kan????
cikweenkata : xde ape yg memotivasikan kt opis tu pun
xoxo - cikween
No comments:
Post a Comment