semalam dalam kereta aku boleh teremosi plak
bila berbicara tentang raya
tahun ni aku dan suami tak raya
yang raya cuma anak2
alhamdulillah kelengkapan dorg dh settle
kecuali baju kurung and baju melayu
kenapa aku ngan suami tak raya?
sebab rasanya anak2 yang perlu rasa nikmat raya tu
kite ni dh tua
dh berpuluh tahun beraya
waktu cerita tu aku teringat waktu aku raya dlu
saban tahun raya...ibu ngan daddy tak penah pun mengecewakan kami adik beradik
walaupun juadahnya hanya biasa2
walaupun baju nya hanya di beli di bandar port dickson sahaja
tapi kami bahagia
raya tanpa fikir apa2....
dan bila usia menginjak ke remaja
aku sering tertanya
saban tahun kami beraya
baju baru walaupun sehelai dua
tidak berjenama
tapi tidak pernah sekalipun aku lihat ibu dan daddy ku menukar baju
apa yang ada itu lah yang dipakainya
semakin usia bertambah
aku semakin tertanya2
dan ketika usia mencecah belasan tahun
aku baru tahu dan sedar
ini lah pengorbanan yang terlalu berharga
yg akan ku kenang hingga ke akhir usia
yang akan aku cuba untuk membalasnya
ibu dan daddy korbankan segala kelengkapan untuk mereka
hanya untuk anak2 nya
dan selepas dari itu aku berjanji
bila aku dah bekerja aku mesti akan belikan ibu dan daddy baju raya
alhamdulillah
berbelas tahun sudah dalam perkhidmatan
tidak pernah sekalipun aku gagal untuk menyediakan kelengkapan raya untuk ibu dan daddy
tp percaturan Allah swt tiada sapa menduga
tahun ini aku benar2 diduga
Allah mahu lihat sejauh mana kekuatan imanku padaNya
aku redha
aku lalui hari2 dengan sokongan teman2 rapat di sisi
dengan sokongan suami
cuma yang aku kesali
tiada baju raya untuk ibu dan daddy
tahun ni :(
cikweenkata : ..... bila berada di atas jgn lupa lihat mereka yang di bawah......
xoxo-cikween
2 comments:
sabar dear, setiap yang berlaku pasti tersimpan 1001 hikmah yang kita x tahu... redha... ap apun jangan putus semangat... jangan putus asa... Allah sentiasa bersama kita
in syaa Allah da rezeki cik ween nti.. niat kita baik nak bg baju raya kat mak ayah in syaa Allah dpt... akk doakan...
Post a Comment