thanx korang

Wednesday, August 28, 2013

KATA2 ORANG TUA

Orang Tua-Tua Kata, 

5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1) Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)

Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2) Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti. 


Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3) Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut. 


Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & Kekuatan Dalam Menjalani Kehidupan Bersama Anak-Anak & Isteri Tercinta Sehingga Syurga.. Ameen


cikweenkata : aku tak kata tp orang2 tua kata.....

xoxo-cikween

Tuesday, August 6, 2013

LAST DAY WEH

hari ni last day berkerja...of coz lah sapa yg keja last2 ni mood keja mmg dh takde kan...
walhal keja ade je selambak depan mata
tp serius ku tak lalu nak buat

walaumcm mana tak larat pun tetap kena settle jugak

huwaaaaaa

alhamdulillah persiapan raya semua dh siap

terima kasih sangat2 dekat suami sebab tahun ni mmg dia je yang keluar duit
huhuhuhu

tq so much ling..... sob sob sob terharu sebab dapat kasut raya baru

macam budak2 nak kasut baru....
mmg lah mtk kt suami nk kasut baru tp takde lah yg mahal2 kalau boleh pake vincci je
tp suami bg kebebasan pilih ape je yg ku nak

impian nk pake aldo tak kesampaian sebab design yg ku nak tu takde kt OU
selamat duit suami

walaupun suami swoh beli handbag sekali
kita kena gak pk ditahap mana plak pendapatan suami

yerlah suami iols tak keja beso mcm suami uols
keja sendiri je

tapi alhamdulillah rezeki utk kami anak beranak sentiasa ada

igt lagi tahun 2011-2012 gitu
pergghh time tu kewangan agak tak memberangsangkan
memang susah sangat terpaksa berjimat cermat...

sampaikan kawan2 yang ada waktu gembira pun lari

yang tinggal ada lah sorang dua yang selalu bg kata2 semangat and tolong sikit2

alhamdulillah kami berjaya bangkit semula dari segala kepayahan
jadi kawan2 yang mana tinggalkan kita
terkontang kanting tu nak datang semula mmg ku layan tak layan lah

sakit dalam hati masih terasa beb!!!!!

suami banyak merubah persepsi aku terhadap kehidupan
serius kalau dulu asek lah mengomen duit tak cukup itu ini bla bla bla
tp suami ajar pelahan2 jgn selalu merungut

jodoh...rahsia allah kan

walaupun personaliti aku ngan suami jauh berbeza tp kami sempurnakan satu sama lain
alhamdulillah

yerlah diri kita tak sempurna.... kenapa kita nak mengharapkan pasangan kita sempurna dari segala segi
seperti yang kita mimpi
tanpa kita cermin dahulu diri

ok sebelum bebel banyak2 lagi
nak wish selamat hari raya aidilfitri
mohon maaf kalau ada yang terguris dengan kata2 dalam blog ni

semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman

cikweenkata : entry bodek suami sebab banyak kuar belanja hahahahaha

xoxo - cikween

Monday, August 5, 2013

KENAPA LAMA DAN KEKAL KAWAN??

rentetan entry besday hari tu

ada yang bertanya....

macam mana aku dan mek boleh berkawan, bersahabat sampai ke tahap ini

jawapan aku senang je

dia seorang sahabat yang memahami aku....sanggup susah senang dengan aku...sanggup terima aku walau apa keadaan pn aku....tak terkejut bila tengok rambut aku mcm hantu bila bangun tido...tak kisah aku menyelit sekatil dengan dia dan emaknya bila aku takut dengar anjing bersahutan tengah malam...sanggup jaga aku waktu aku tak sihat...sanggup dengar leteran aku berjam2 lamanya....

isshhhh
kalau aku senaraikan memang banyak lah

tak terungkap....

aku memang tak ramai kawan
bukan sebab aku sombong
tapi aku memilih

buat apa berkawan kalau kita sakit hati

buat apa berkawan kalau tak pandai jaga hati

aku dan mek pun memasing tak pandai jaga hati masing2
tp kami tahu batasan nya

mek seorang kawan yang paling simple yang pernah aku ada
ada lagi sorang kawan aku waktu kt miti dulu
mas...simple orangnya

aku seorang yg simple jadi aku suka berkawan dengan orang yg simple mcm aku

alhamdulillah

mek memahami citarasa aku.....

dia tak ajar aku bermimpi utk bermewah2
dia tak ajar aku utk memakai barang2 yg punya jenama yang melampau harganya

kami selesa dengan cara kami

biarlah handbag tu berharga rm20 sekalipun
kami tetap pakai kalau ianya selesa

biarlah kami hanya bertshirt dan bersilapar ke midvalley sekalipun

asalkan hati gembira

tak perlu mengejar kebendaan
kalau kita tak berkemampuan

apa ada pada jenama
kalau di akhir cerita kita yang merana

kami selesa hidup bersederhana
biar lantak pi orang nak cakap apa


cikweenkata : sombong nyer ko...wakakaka ayat biasa yg ku dengar

xoxo - cikween

Friday, August 2, 2013

UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA

Actually ku dapat info dari FB
saja lah nak share ngan yg sudi membacanya

wah sejak ada anak kecil
manjang update pasal baby je

GOOD INFO:

Kalau kita nak angkat budak kecik yang umurnya 5 tahun kebawah, jangan kita main paut je tangannya semahu kita. Ini nasihat orang tua yg berapa nak tua ni haha..

Sebenarnya budak bawah umur 5 tahun ni tangan dia belum mampu untuk menampung akan berat badannya sendiri.. Lagi2 la budak yg baru2 nak merangkak dan baru pandai berjalan..

Ini kerana kalau budak ni terseliuh uratnya bukan budak tu boleh bercakap pun.. Dia akan nangis je malam2. Dan bila budak ni dah terseliuh urat di bahunya akan mengakibatkan budak ni deman.. Bagi ubat demam siangnya ok.. Bila malam je demam kembali.. Telinganya sejuk.. Dan kakinya juga sejuk.. Itu tandanya budak ni demam kerana uratnya terseliuh..

Kalau tak di urut.. Memang budak ni lama2 demamnya akan baik juga.. Tapi perhatikan kesan jangka panjang budak ni akan batuk berpanjangan. Selesema yg sukar nak baik.. Dan kalau tak di rawat juga akan menyebabkan budak ni bila besar nanti akan mendapat penyakit asma..

Ini nasihat orang tua2 pada saya.. Budak bayi umoamanya.. Jangan suka2 bagi orang timang2 anak kita kalau dia tak reti cara nak angkat bayi dengan betul..

Angkat budak yg sedang baring tolonglah tanggung kepalanya jangan sampai terdongak.. Kerana budak kecik ni urat lehernya masih lembut.. Kalau terseliuh urat kat area situ payah nak dibetulkan.

Dan kalau nak angkat budak yg baru2 berjalan ni angkatlah dengan cara mencekak di bahagian bawah ketiaknya.. Maksudnya jangan bagi beban berat badannya itu ditanggung oleh kedua tangannya masa kita nak angkat budak ni..

Budak kalau dah demam biasanya orang tuanya yg akan hilang sabar.. Asyik nangis je malam2.. Sudahnya kita marah2 budak tu kenapa dia nagis je..

Memang la dia nagis sebab uratnya sakit.. Tak selesa nak tidur..

InsyaAllah mudah2an sedikit info ini bemanfaat buat kita semua..

Wallahuaklam...


cikweenkata : masih belajar dan terus belajar

xoxo - cikween

Thursday, August 1, 2013

MAKAN KE TAK???

kesiannya tengok cik lala sekarang ni

ntah kenapa lately tiap kali orang makan dia tgk and mcm nak je

huhuhuuh

tp hasil googlean ku baby boleh makan start 6mth gitu 
huhuhuh

pastu ko google lagi

tanda2 baby dh bersedia untuk makan

Bagaimana nak tau anak kita dah bersedia untuk makan?

 Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu 
Adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.so far cik lala hebat jugak lah dlm duduk dalam tegak dan stabil.. tp dia ni lasak...sekejap je diammnya

• Duduk dengan baik apabila dipegang 
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu apabila dia sudah pandai duduk sendiri. part duduk ni ku belum test lagi..tp kalu duduk atas pangku tu dh ok dh

• Melakukan pergerakan mengunyah 
Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh. hurrmm tak suap lagi dia makan...sebab still tak berani....

• Berat badan telah naik secara sihat 
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda. berat ni cik lala dh naik dh sekali ganda... tp ku tetap tunggu lagi lah kot biar naik lebih skit lagi

• Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan 
owh cik lala part tengok orang makan...dengan dia dan badan2 dia pun ke depan 
hehehehehe


what say u people?

patut bagi makan ke tak????

ok gambar adalah hasil curik dari suami
mcm biasa hahahaha

waktu ni mcm baby boy plak
muka pun sedih and boring je

lala tunggu mama balik ok

cikweenkata : seronoknyer kalau dpt jd suri rumah tangga sepenuh masa

xoxo-cikween