thanx korang

Wednesday, July 31, 2013

BIRTHDAY SHOUT OUT!!!!!


hari ni hari jadi seorang kawan.....
seorang kawan yang takda galang gantinya dalam hati aku

walaupun dia jauh 
tapi dia tetap dekat di hati

happy birthday babe!!!!
my soulmate, my lesbo partner, my bff, my penasihat, my p.a, my kwn gaduh, my everything

semoga dihari kelahiran mu ini
hidupmu akan lebih bahagia.... murah rezeki, sihat selalu, dan dilindungiNya

terlalu banyak memori yang kita lalui bersama
susah senang
jatuh dan duduk 

semua kita bersama

kau selalu ada bila aku ketawa
kau tidak pernah tinggalkanku bila aku menangis

kau tempat aku luahkan segalanya

tempat aku membebel
tempat aku meluahkan idea2 setan

dan semua kau layankan je

dalam sesuatu persahabatan tipu kalau kita tak penah bermasam muka
tak bertegur sapa seminit dua

tapi itu lebih mematangkan persahabatan kita

aku tetap simpan janji kita 

"kalau ada rezeki biarlah kita tua bersama"






dan aku tetap tunggu
hari dimana kau akan kembali bertugas di sini babe

again

happy birthday....... (hadiah akan diberi kemudian sebab rayo bajet burst) hahahahha
hope our friendship kekal till jannah

cikweenkata : teringat memori lama mesti ku nangis....... persahabatan yang terlalu indah bagi aku

xoxo-cikween

TANPA KATA HARI RABU - BANANA LAGI


dh share semalam kt fb
tapi saja nk share lagi

hahahahaha

nasib baik takde minion warna pink

cikweenkata :  lalalalalalala

xoxo - cikween

Tuesday, July 30, 2013

Minions - Banana Song (Full Song)

banananana......

sabtu dan ahad adalah hari stress ok...

si own asek mengulang2 lagu ni je
sudahnya mak nyer ni pun terjebak sama

sikit2 lagu minions ni gak yg ku ulang2

masalahnya si own siap  nanyi kt adik dia
risau plak aku kalau adik dia terikut2 bahasa minions ni

mek lala tu plak bukan main suka kalau abang dia agah2 sambil nyanyi lagu ni
huhuhuhuhuh



nah korang plak layan
semoga korang tak terjebak mcm aku
hahahahahaha



Thursday, July 25, 2013

CIK LALA YANG OH LA LA LA LA

gambar semalam... sempena cik lala berusia 4 bulan.. alhamdulillah
gambar dicuri dari insta suami

hehehehehe

aku amek rajin tp nk uploag malas

gambar kejadian adalah ketika membawa cik lala bertemu dengan misi2 kesayangannya....
merasalah cik lala setiap bulan kena jumpa misi

berat cik lala masih ok...naik lah dalam setengah KG.. tinggi naik 1cm....
nak.... mama rasa ko akan mewarisi kekatikkan mama lah hahahahaha

yerlah tinggi ku baru 167cm.. kalau berdiri sebelah adik bongsu aku berada di bawah ketiaknya...
sobbbbbb

ok sambung pasal cik lala kita
sian dia 2-3 ni selsema... so merasalah mama nya kena menyedut bagai 
sedut secara tradisional ok.....

pengorbanan untuk anak...kalau tertelan hingus tu pun takperlah 
konsep redha kekdahnya......

semalam mak ngan apaknya pakaikan cik lala baju gini
walhal appt tghr 
tgh panas
hahahahahaha

sian sengsara anakku itu......

nak buat mcm mane maknya buta fesyen hahahaha

tp serius aku ni jenis rambang mata 
bila baju dh banyak sgt tu mmg tak tao nak pakaikan mana satu
kadang2 boleh termenung tgk bakul
pk nak pakaikan anak baju apa
teruk perangai

lupa mauk kasik tao
sekarang cik lala dh gigih meniarap
gigih angkat2 vontot nak kedepan
dan dh kedepan pun skit
siap boleh pusing2 golek2 and buat pusingan 360 lagi
huhuhuhu

katil plak dia kongker sorang2
sian abahnya kena tido ujung kaki kadang2

punya lah melasak cik lala ni
tido nak meniarap je
mcm dah besar je

fuhhhhhhhh
semoga cik lala terus membesar bagaikan johan... and please cik lala tolong jgn bangun time mama sahur ataupun tolong tido kejap time mama berbuka eh eh eh 

mama sayang cik lala

cikweenkata : poyo je aku ni asek up citer anak....

xoxo - cikween

Wednesday, July 24, 2013

JANGAN, JANGAN, DAN JANGAN


saje nak share
untuk tatapan kalian

heeee merancang lah dengan sebaiknya

cikweenkata :  bulan puasa ni kena jaga semuanya... kang kurang pahala

xoxo - cikween

Monday, July 15, 2013

BUKAN MAIN LAGI KAN

selamat berpuasa semua 
hehehehehe

sorry lah blog ku ini takde cerita pasal juadah berbuka

sebab tuan punya belog masih horey horey hahahaha

jadi korang takkan terliur kalau baca blog aku

lain lah kalau ko tgk izz zara isap susu pn ko terliur hehehehehe

macam si own
last friday balik sekolah punya lah dia mengaruk

lapa, haus, sakit perut
aku time tue balik kejap
mmg aku pekakkan telinga je arrrr
aku paksa dia mandi and pas tu tido

yerlah sakit jiwa dan ragaku 

tengok adik dia isap nenen pun dia melalak2

aaaaaaaaaaaaaa



izz zara dh macam2 sekarang ni
siang hari jangan harap lah dia nak tido

huhuhuh asek nak bergolek je
meniarap sana sini dh pandai angkat bontuitttt

amboi adik
tempurung lutut awak tu blom ada lagi eh
jangan nak berangan nak merangkak plak

hehehehehe

bulan puasa ni bukan main lagi dia
kol 4 time oma dia masak2 sahur dia pn terjaga

yer dik mama tau adik rajin
tp tunggu adik dh besar skit baru leh tolong oma eh

bagussssss
adik tak ikut mcm mama
yg maha pemalas ni

hahahaha

dia bangun dari kol 4 then ikut sama org bersahur
elok je semua dh makan and yg masuk tido balik
dia pun nak lelap sama

huhuhuhuhu
macam2 perangai eh

cikweenkata : tibe2 tak tao nak tulis ape lagi

xoxo - cikween

Friday, July 12, 2013

REZEKI JAUH


aku share dr facebook... 
mari sama2 kita renungkan

sebab aku pun kadangkala mcm ni

merungut setiap masa

renungan dari seorang kawan lama .

Kisah Duit Syiling dan Batu 

TINGG!!!... 

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!!!...

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Selamat Berpuasa..


cikweenkata :  tue lah sikit2 sebut tak de duit takde duit...kena ubah ni

xoxo - cikween

Tuesday, July 9, 2013

RAMADHAN 2013

last day...

esok kita akan berpuasa...

selamat berpuasa semua... 
mohon kalau ada salah silap 
terkutuk terkeji termengumpat etc



sepanjang ramadhan jaga tingkah laku percakapan dan penglihatan ok

dan tahun ni memegang puasa (istilah omak ku)
suami takda

sob sob sob

suami pulang ke kampung 
sambut puasa dengan mertuaku
sebab dia nak ke labuan lagi 12hb ni

and memandangkan bajet agak terhad
jadi dia pulang sorang naik bas

selamat berpuasa mak...

selamat berpuasa suami...

selamat berpuasa keluarga di kluang


dannnnnn......
gadis hangat menjadi bual bicara

aaaaaa
sempat lagi sebelum puasa kan


cikweenkata: maybe raya pun suami akan ke labuan

xoxo-cikween

Friday, July 5, 2013

THEBABABLACKSHEEP AGAIN

hari tu....minggu sudah yang ntah dh keberapa minggu ramai gak yang email tentang gambar izz zara tu

ok sekarang ni ada promosi eh...

kepada yang nak bersalin...baru bersalin 
kalau rasa nak buat kenangan semasa anak kita kecik2 lagi

mari lah jenguk promosi by adinang ni ok





tiket ni valid sampai 1tahun...
kalau korang plan nk mengandung sesuai gak kot

beli skarang then korang pregnant lah cepat2
wahhh mcm lah pregnant tu senang mcm makan kacang

hahahahahaha

suka2 hati je paksa orang pregnant

tp serius lah weh
servis adi memang tip top
dia pun mesra2 alam gitu hahahaha

waktu snap gambar izz zara aku dpt makan masakan adi
sambal ijo petai
pergghhhhhhhh nom nom nom hahahahaha

so jangan lupa ok
promosi ni utk bulan ni je kot...

beli cepat2 then plan sebaik mungkin...

cikweenkata : ntah bila nak g cuci besar gambar anak

xoxo - cikween

Thursday, July 4, 2013

LINKIN PARK

siapa suka linkin park .....???

owwhh lupa korang suka layan siti nurhaliza je kan hahahaha
#guraukasaryangnakmakanpelempang

so korang yang suka linkin park mcm bff aku mek...
even aku sendiri suka mari kita berhari raya di stadium nasional bukit jalil 19 ogos nanti

tiket bermula dari rm95 hinggalah ke rm680
nak tiket boleh usha kat www.ticketcharge.com.my 

alah kan dah raya time tu
sapa yang ada anak gunalah duit raya anak 
hahahahaha

mengajar benda tak elok



macam nak pergi
tapi mcm kelakar plak umur dh mcm gini layan band mcm ni lagi

kalau mek ada kan best

paksa suami lah belanja tgk konsert muahahahaha

cikweenkata : mengada2 ko kan.....

xoxo-cikween

Tuesday, July 2, 2013

GONDOL JANGAN TAK GONDOL

pergghh setelah 90 hari ++ bersenang lenang di rumah... akhirnya ke pejabat semula jua ku akhirnya...
huwaaaaaa

diam tak diam dah masuk minggu ke dua aku kerja
mmg stressssss sebab dah seronok mengulit anak kat rumah kan

hari2 pertama kerja adalah hari stress utk aku
nak sesuaikan diri dengan pejabat dengan kerja dengan bos
huuhhuhu

nak menangis pun ade
tp demi memikirkan mencari rezeki halal untuk family ku gagahkan jua

owh yer sebelum izz zara cecah 3 bulan hari tu
sempat we ols gondolkan kepala dia

actually ade buat kenduri skit kat kampung suami
jadi tumpang lah nak cukur izz zara

gambar di waktu kejadian
kesian anak iols hari ni sebab iols pakaikan dia mittens
ntah ape motif pun tak tao

sian jugak dengan mak mertua yang sedih sangat bila kiteorg nak balik
tak puas bermanja dengan izz zara
yerlah mcm mane nak pegang izz zara
cucu2 lain asyik terkam je

alhamdulillah selesai sudah majlis
dan ini lah dia rupa anakanda beta
yang sudah kehilangan rambutnya
huwaaaaaaaaaa

anakanda beta sudah botak okkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

kesian sangat lepas je botak terus demam
memang mencuakkan lah
tak tido semalam
dah lah time tu lg sehari sebelum naik keja
alhamdulillah demam nyer sekejap je
tue pun malam tu balut dia ngan napkin basah
balut and peluk dia kuat2
biarlah kita basah takper janji anak sihat
huhuhuhuu

first time izz zara demam
mak nyer yang kelam kabut ketakutan mcm ape
nasib baik lah sekejap je nak
and takde ape2

cikweenkata : seronok ada anak kecik ni.....

xoxo-cikween