thanx korang

Friday, September 28, 2012

BERNAFAS DALAM LUMPUR


bulan 9 ni terasa hazab kan

tu lah gaji lambat giler kot
sbb dh masuk awal bulan 8 hari tu

alhamdulillah

setelah beberapa minggu bernafas bagaikan dalam lumpur
dpt juga bernyawa kembali

nyawa pn cuma nyawa2 ikan jer
hahahhaa

byk nau komitment yg nk kena kita hadap

dalam tempoh beberapa tahun dan bulan ni
aku byk belajar

kalau berkehendakkan sesuatu
kita ukurlah baju di badan sendiri

jangan kerana nafsu membeli
kita merana

berbelanja dengan hemah dan ala kadar
ikut kemampuan masing2

cikweenkata : jgn nk menunjuk2 sgt.... bersederhana lah dlm segala hal

xoxo - cikween

Thursday, September 27, 2012

SUPER DUPER PEMALAS

mengenali aku
secara rapat dan intim
mesti tahu aku mmg pemalas

malas nk ke dapur
malas nk mengemas

tp hello itu tak bermaksud aku pengotor
aku akui aku malas
jadi bila kita arif lg mengetahui yg kita ni malas

jd aku akan seminima mungkin buat sepah
sbb kalau aku sepahkan rumah
sapa yg nak kemas

praktikalkan konsep tu
hehehehe

aku mmg akan pastikan rumah sentiasa bersih and kemas
kalau aku makan ker ape cepat2 cuci

tp dalam kemalasan aku ada rajin nya

rajin yg tak payah sapa2 suruh
kalau buat tiap2 hari pn aku sanggup

aku RAJIN AND SUKA BASUH BILIK AIR

hahahahhaha

pelik kan
kadang2 tiap2 hari aku berus lantai bilik air aku

mmg aku tak kasi can lah kt sebarang kotoran nak melekat

ntah kenapa dlm byk2 sudut kt rumah ni
bilik air jd pilihan
tanpa dipaksa2 aku dengan rela

hehehehe

aku pelik kan

cikweenkata: kdg2 kita suka judge dr luaran.....

xoxo-cikween

Wednesday, September 26, 2012

MUARA HATI BUKAN MUARA IKAN BAKAR



semua tengah layan cerita adam dan hawa ni kan
termasuk lah aku

tp sejujurnya version novel lebih menangkap kalbu
kantoi di situ yer cik ween
suka baca novel cintan cintun rupanya

hahahahha

maybe sbb bila aku dan novelku
dunia mmg milik ku
berkhalyal dan bila tamat
aku tetap kembali ke alam nyata

so layan ya


Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

cikweenkata : biarlah rasa cinta ini disalurkan kepada yang berhak memilikinya....amin
xoxo-cikween

Tuesday, September 25, 2012

TUNTUT HINGGA KE KUBUR

baru2 ni kecoh kat paper pasal tuntutan CUEPACS 
yerlah tak lama lagi pembentangan bajet kan
harus lah masa ni yang berkenaan nk tuntut segala tuntut

antara tuntutan cuepacs dan komen aku:


  • pembayaran bonus kali kedua satu setengah bulan termasuk pesara - bonus ni susah nk ckp sbb kita takboleh jugak pentingkan diri sendiri.... tp nk dibandingkan sebulan atau setengah bulan bonus dengan yg kt luar ada yg dpt smp 9 bulan bonus (petronas lah tu) adakah memberi impak sangat kt korang kalau kiteorang dapat lg sebulan????
  • pelarasan elaun perumahan RM450 sebulan bagi semua gred penjawat awam berbanding RM180 sebulan bagi gred pelaksana dan RM250 sebulan bagi kumpulan profesional- elaun rumah mmg patut kena naik...bayangkan sewa rumah je paling murah sekarang 500 tu belom yang duduk kt putrajaya. flat hijau je dh 650... kalau nk murah merasalah duduk kt flat area puchong dalam2 sana...kena naik tangga tiap2 hari sampai tingkat 5...tp pelik kurus tak jgk hahahhaa
  • penetapan 35 peratus projek peerumahan di kawasan bandar untuk rumah berharga RM60,000 hingga RM100,000 bagi golongan berpendapatan bawah RM3000 sebulan - yang ni rasanya bukan untuk penjawat awam je kot...rasanya yang kt luar pun layak untuk dpt benda ni..... yerlah kt luar tu ramai kot yang berpendapatan bawah 3k bukan pekerja gomen je kan...jadi kerajaan patut kena adil lah
  • skim perkhidmatan yang lebih baik menggantikan SBPA. - hurrmm ada perkara2 dlm sbpa yang aku suka and ada yg aku tak suka.kalau dibuat penambah baikkan harap2 kerajaan mempertimbangkan lah untuk mengambil tindakan kepada penjawat2 awam yang tersangatlah malasnya...yer aku sebagai penjawat awam pun malu kekadang...kau masuk keja dkt kol 9 pastu hilang pastu balik on time... tue belum kira kau g minum kt kafe berejam2...g shopping... come on lah guys....kesian kt orang luar sana yang mengharapkan untuk dapat berkhidmat dengan kerajaan...and aku rasa mana yang kerja nak tak nak tu baik bagi peluang kt orang lain yang lebih memerlukan....im not saying that im perfect enough.... but kita bekerja kena ada lah ikut peraturan jugak.... and kalau rasa2 dh tak larat sebab kesihatan...masuk opis makan ubat lalok2 depan pc...bila tanya semua benda jwb tak tao....yg tu tepuk dada tanya selera....rehat kt rumah lagi baik kot...takde kena aircond 8jam setiap hari...badan pun akan lebih cergas....ni hah kt opis aku yg gred 17 nk mintak naik same gred ngan 27...abis yg 27 mcm mane plak? penat dorg belajar 3 tahun tao.... at least kalau korang dpt naik ke 19 ker ok lah kan....27 ni mcm melampau plak...kalau semua nak jd pegawai...penolong pegawai sapa plak nk jadi kakitangan sokongan kt opis ni????and harap2 kerajaan mengambil kira lah perkhidmatan kami setiausaha pejabat ni...nk naik 32 kena tunggu 25 tahun...kau mampu 25 tahun?ramai antara kami yang berpencen takat 27 je..... perkhidmatan lain kerani ke it ker jurutera ke cuma mengambil masa 5-15 tahun untuk dpt kanan...adil kah untuk kami yang kena tunggu smp 25 tahun????
  • menuntut kerajaan membenarkan 45,000 hingga 60,000 pekerja kontrak menyambung semula perkhidmatan sekurang-kurangnya dengan memilih opsyen KWSP - kesian dengan pekerja kontrak ni kadang2...buat kerja melebihi dari pekerja tetap...yg tetap banyak main2 je..... tp dalam nk serap dorg tetap mohon lah kerajaan pilih calon2 yang sesuai...jgn jd mcm penjawat awam yang sedia ada sekarang.....
  • mewujudkan semual Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat persekutuan untuk membantu menyelesaikan masalah pekerja.- MBJ kt opis aku ni tak nampak pn keberkesanannya...ntah lah aku rase sebab wakil utk jwt aku ni kot agak slow skit.... huhuhu pastu bincang2 bangkitkan mcm2 tp tindakan takde jugak.... 
bukan senang nak puaskan hati semua orang kan

yerlah rumah dh siap pahat masih lg berbunyik
apa2 pun kita tunggu pembentangan bajet nnt
harap2 banyak berita baik untuk rakyat juga penjawat awam

cikweenkata : merasa ke aku naik 32????umur panjang kah hahahaha

xoxo-cikween


Monday, September 24, 2012

UNDER POKOK KELAPAK


bercuti rehat di rumah
jmp gambar2 lama

owhh my god
cepat masa berlalu

masa yang pergi mmg tak boleh diputar kembali

rindu saat2 mcm ni

sekarang semua punya komitment sendiri

but i really nk korang tau

our sweet memories
always in my mind

love u guys

cikweenkata: hargailah setiap masa yg kita ada

xoxo - cikween

Friday, September 21, 2012

SATAY DAN OPEN OFFICE

sepasang suami isteri dalam kereta
sedang menuju ke mapley
mcm biasa lah nk mengeteh

isteri : td g open office buddy...perghhh sedap gak satay dia

suami : diam sambil memandu kereta

burrppppp ... alhamdulillah
isteri sendawa

suami : eh mcm bau satay lah plak...

isteri : haah lah....(buat muka tak bersalah)

suami : eh u makan satay siang td kan...kurang asam..... sendawa bau satay

ok dh kawen mmg takde cover2 lah kan
nk kentut ke nk sendawa ker
ikut main suka je

ke ada lg yg cover2?


cikweenkata: belom kawen pn dh selamba kentut

xoxo-cikween

Thursday, September 20, 2012

JAMUAN RAYA JABATAN YG SO SO SO JER

tahun ni dapat pergi jamuan raya jabatan
tahun lepas tak dpt
sebab kena 'mc' lama kan

huhuhu

tp jamuan raya tak sama tanpa bff ku mek

memula jd bebudak baik duduk kt belakang
kt tempat yg disediakan
bila majlis dh nk start rasa bosan plak
konon2 nk lepak luar
sekali nmpak sorg geng kiteorg lepak kt port kambing

ada kambing and ayam goreng
sedap
tue je lah ulang2 makan

jamuan raya bosan
sbb tak de persembahan
ada pn si paul ngan fendi nyanyi
boringgggggg

akibat dari makan kambing
merasalah aku ngan nurul mc keesokkan nya

sakit pala ko
hamekkkkkkk

perasan tak baju raya yg aku pakai tu
baju raya adik aku si bolam
hahahaha

namanya nk pakai baju raya sendiri
mmg tak lah kan

alah jamuan raya jabatan pn tak yah lah nk glamer2 sgt

bling bling bling
aaaa bosan

cikweenkata: belasah baju raya bolam hahahaha

xoxo-cikween

Wednesday, September 19, 2012

RAPUH - OPICK



RAPUH by Opick


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


cikweenkata : lumrah manusia bila susah baru nak ingat ALLAH...bila diuji baru nk igt ALLAH...waktu kita senang gembira selalu kita melupakanNya


xoxo-cikween

Tuesday, September 18, 2012

ISTERI SOLEHAH...KER???

isteri solehah
KPI nya adakah mesti pandai memasak???
selalu memasak untuk suami????

selalu baca kt tweet kt blog
antara ciri2 isteri solehah mesti kena memasak untuk suami

mcm mana kalau seorang isteri tak brapa pandai memasak dibandingkan dengan suami?
atau dia mengalami simptom malas memasak ketika hamil?

adakah dia tergolong dalam kalangan isteri derhaka??

bila seseorang yang tak brapa pandai memasak berada di kalangan orang yang handal memasak
dah tentu yang tak brapa handal tu akan duduk diam2
yerlah yang handal2 mesti nk tunjukkan skill memasing kan
yg tak brapa handal ni sediakan perut je lah

tp tetap kah dia seorang isteri yang derhaka?

cikweenkata : tepuk perut rasa senak

xoxo - cikween

Thursday, September 13, 2012

kau yang terindah - alyah




i love this song but not the drama
ampeh 
slow giler
pastu dengan si lopak terpekik terlolong
tak paham btol

please lah lopak
polish dulu lakonan
baru boleh verangan nk jd penyanyi

huehuehue

Ku disini
mengalunkan rindu yang resah
aku disini
memuja bayangmu
setiap detik
degup nadiku hanya untukmu
cinta membawa
jiwa gelora
kau yang terindah
didalam hidupku
hanya cintamu
mekar selamanya
tak inginku lagi mencintai yang lain
kau telah mengikatku selamanya
ku disini
 menantikan janji yang hilang
aku disini menghitung harapan
setiap detik tiap nafasku ada cintamu
bagai semalam semuanya hilang


cikweenkata : dan hilangggggg

xoxo-cikween

Friday, September 7, 2012

UNTUNG NASIB SETIAUSAHA PEJABAT


yang sering diperkatakan :

1. untunglah jd p.a keja tak banyak...relax je...

2. untunglah jd p.a paling dekat ngan bos leh dpt APC tiap2 tahun

3. untunglah jd p.a elaun bukan main banyak lagi

4. untunglah jd p.a bos takde je mengular

5. untunglah jd p.a gaji beso....dpt naik 27 (yg ada diploma)


yang orang tak tahu sebena nyer

1. keja tak banyak???fine keja tak banyak eh???cuba kalau kiteorg cuti....siapa yang nk ganti???semua mengelat kan...alasan keja banyak...tp tetap org kata keja tak banyak...cuma aku rasa rata2 setiausaha pejabat yg ada pandai dalam mengurus masa dan kerja....kita tahu mana yg mana urgent mana yg tak sebab dh diajar waktu amek diploma dulu kan.... kalau suruh ganti mcm2 alasan...tao plak korg nk ngelat....eh kate keja kiteorg tak banyak kan....baru mintak ganti sehari dua....hbs semua benda berterabur...jadual bos pn jd ntah hape2.....tu lah duk kate org keja tak banyak lg kan

2. dpt APC tiap2 tahun???cuba tgk balik setiap jawatan ada quota setiap tahun brapa yg layak untuk dpt APC kan....memandangkan kt sesebuah jabatan or kementerian takde lah ramai mana setiausaha pejabat pun....jd x mustahil lah tak lama mesti org yg sama dpt APC.....

3. elaun banyak????banyak mana lah elaun kiteorg tu...same je dengan jawatan2 lain pun...xde beza....cuma kiteorg ada elaun p.a ngan kalau yg bos baik dpt lah elaun trengkas.... tahu tak apa kegunaan elaun tu....kiteorg tak dpt elaun hp ke ape sedangkan time cuti pn bos akan sms or kita kena call or sms bos...tu semua guna duit sendiri tao....bos g meeting ada benda urgent tak boleh nk call...terpaksa guna hp sendiri....korg nak bayarkan ke bil hp kiteorg???hari cuti kiteorg kdg2 tak serupa cuti pn....kdg2 nk tido pn bos akan sms tanya itu ini...apatah lg time kursus.... tp tetap lah orang kata takde keja kan....

4. bos takde je p.a mengular???korang tiap2 hari mengular penah korg tgk????penah tak tgk diri sendiri kt cermin...manjang p.a hilang semua lah nk bising....kalau korng nk tao time bos takde lah baru lah kiteorg ada peluang nak settlekan hal peribadi...nak pergi bank...nk bayar bil....uruskan hal anak.... time bos ada kiteorg melekat kt bilik setiap masa takde pulak org nampak kan..... time bos takde lah baru kita boleh bercuti dengan tenang...itupn org kata p.a suka mengular jgk...p.a yang bekpes kt meja...lunch kt meja...penah nmpk tak????korg takper lah kol 12 dh ilang g cafe...bahagia kan...kiteorg time bos g meeting lah baru lah dpt nk g makan ke ape...so jgn lah terus2 nk cakap kiteorg mengular ke ape check bebetul dulu

5. dpt naik 27..... sebab apa....sebab kiteorg ada diploma...memanglah aku tahu ada antara korg2 yg berjawatan tetttt tu ada diploma malahan ada yg ada degree tp check lah dulu syarat lantikan jawatan korg...minima spm kan...jd tak yah lah nk berdengki...... rezeki masing2....walaupun dh dpt 27 korg tetap lah x boleh nak terima arahan kan....kang kita arahkan buat sesuatu walaupun arahan tu dr bos ckp kita besar kepala....

igt best ke jd p.a ni??? terkurung je dlm bilik @ sangkar emas...
kalau jawatan lain untung sgt...mcm cikgu....8 tahun dh boleh naik pangkat...EO ker atau apa2 yg 27 lah....

tp pernah tak korg tengok untung nasib jawatan kiteorg....
kena tunggu pencen baru lah dpt naik kanan
korng kalau dh lebih 15tahun pn dh boleh KUP 22 kan
penah tak p.a2 bising?????
nak tak korang rasa umur dh cecah 55 gitu baru dpt cecah kanan
hah itu lah realitinya jawatan SETIAUSAHA PEJABAT ni

orang kata kiteorang tak penting
tp bila kiteorang nak cuti susahnya nak dapat
alasan takda sapa nak ganti

bila kiteorang takde kt opis g kursus ker apa
hp tak penah lah sunyi
setiap masa berbunyi tanya itu ini
file dekat mana...surat mana....minit kt sapa
sedangkan semuanya korang boleh check goe atau buku rekod surat
tp malas kan....
keja leceh....
leceh2 tu lah yg kiteorg hadap setiap hari

tak boleh hilang walau setengah hari
tetap lah kena keji

tp bila kita mintak ganti
mcm2 alasan yang diberi

takde kerja
tp tahu plak korg mengeluh bila duduk di tempat kami

kadang2 sebelum nak memperkatakan tentang org lain
cermin2 lah diri sendiri

cikweenkata : lama dh tak membebel gini....maaf lh pada yg terasa hati

xoxo - cikween

Thursday, September 6, 2012

MASA YANG CEPAT BERLALU

me and my cousin
rasanya dalam ramai2 sepupu sepapat belah daddy
kiteorg je sebaya

dia lah yg paling rapat
sebab dh tentu lah sebaya kan

waktu cuti sekolah
adalah waktu yang paling aku nantikan
yerlah waktu cuti je dapat luangkan masa dengan dia

sama ada lepak umah atok ataupun umah dia
tiap2 hari memang main je lah kan
tak ingat nak belajar langsung

tahun dimana feminin menjadi kegilaan semua
kiteorg siap menari2 kt rumah
pasang kaset and menari

bajet konon2 feminin lah kan

seronok
waktu kecik mana tahu apa itu masalah ke apa
tahu enjoy je

g penang, genting highland, cameron

result SPM kiteorg pn sama
pelik kan sedangkan takda lah study sama2 pun
cuma dia beruntung lah sebab dpt sambung dari diploma then ke ijazah

aku cuma ada diploma cabuk je
but soon insyallah

owh sekarang dh jd inspektor dh cousin aku ni
masih bujang trang tang tang

so sapa2 yg rasa nk beristerikan inspektor
cuba lah isi borang

hahahahhaa

cepat masa berlalu
dh menginjak usia 30 tahun dh kiteorg
uisshh dh tua sgt

semoga hubungan kekeluargaan ini kekal sampai bila-bila
amin

cikweenkata : dh tua kan....

xoxo - cikween

Tuesday, September 4, 2012

CINTA MENCINTAI

aku dan dia sangat mencintai

cinta yang tiada siapa boleh menghalangnya

cinta mati

cinta yang tidak mengenal rupa

cinta yang tidak membezakan darjat

bercinta lamanya
rindu merindui

sehinggakan tidak boleh dipisahkan lagaknya

dimana ada aku
disitu ada dia
si cinta hati ku

setelah sekian lama
hubungan cinta suci murni ini
maka terhasil lah LEMAK yang tidak boleh dinyahkan

ya
hasil dari hubungan cintaku dengan MAKANAN

hahahahaha

padan muka

cikweenkata : x boleh nk stop makan huwaaaa

xoxo - cikween

Monday, September 3, 2012

KEMATANGAN YANG TIDAK SEJAJAR DENGAN USIA

tajuk memang melampau
sengaja lah kan nak mengundang kontroversi

ini bukan pasal sapa2 pun
and tak penah terniat pn nk tujukan kt siapa
cuma luahan hati kecil ni je

dunia blog ni semakin membesar
banyak blog2 yang tumbuh bagaikan cendawan
serius zaman dr blogdrive dulu
boleh dikira je berapa yang benar2 aktif

lambakan blog yang ku rasa
sama seperti lambakan warga asing di malaysia
kualitinya di mana???

contoh
ini contoh jangan terasa ya
dulu aku suka baca blog si polan ni
cerita tentang keluarga
tentang dunia kerja...anak2
sekarang dah berubah
sekejap2 update blog sambil post muka bajet comel
terus potong
mmg lah dia tak paksa pn sapa2 baca blog dia
blog dia sukahati dia lah nk update apa
tp aku sebagai pembaca setia memang kecewa

tinggal lah cebisan blog
yang masih mementingkan kualiti penulisan
cerita tentang kehidupan perasaan
untuk dikongsi bersama

mereka yang benar-benar punya jiwa dalam penulisannya
pasti kita dapat pembaca dapat merasakannya

salam

cikweenkata : blog oh blog

xoxo - cikween