thanx korang

Wednesday, June 25, 2014

STRESS DI TEMPAT KERJA...CARA MENANGANINYA


SERIUSSSSS
daku mmg tengah2 stress sekarang ni
stress di tempat kerja
tak tahu mcm mane nk luah
tak tahu mcm mane nk cerita


so saje lah google2 and jumpa artikel ni
harap dpt lah kita praktikkan nya

Menangani stres cara Islam

Solat menghilangkan ketegangan dalam hidup.


Dunia pekerjaan memang memberikan pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.
Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan interaksi kompleks di antara persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.

Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja yang tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.
Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

Kadang kala, ada dalam kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah disiplin di tempat kerja, merokok, meminum arak dan sebagainya.

Berlaku juga kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, dan sebagainya.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam.

Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.

Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan sebegini melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Sebagaimana ketentuan Allah SWT bahawa setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan. Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah SWT.

Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan nilai-nilai keimanan, ketaqwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.
Apabila kita yakin, dengan izin Allah SWT, segala permasalahan yang membelenggu diri akan dirungkaikan dan akhirnya kita berjaya menghadapi tekanan dengan tenang dan berjaya.
Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 4 maksudnya: "(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.'

Kaedah

Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan. 

Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.
Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa 'aman dan damai' di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).

Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.

Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.

Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapkan dengan amalan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.'

Keduanya dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra'd ayat 28 maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'

Ketiganya, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari).

Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat-ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Ini adalah kerana al-Quran (dan al-hadith) merupakan sumber teragung dalam merungkaikan segala permasalahan manusia.

Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.

Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ia bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar 'warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama' dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.

Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelimanya, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya

Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Jika diri kita telah bersungguh-sungguh cuba mengatasi tekanan, mengikut saluran dan kaedah yang tepat, maka kita juga perlu bersifat tawakkal dan ikhlas menerima segala ketentuan-Nya.
Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku." Jika hati dan pemikiran kita sentiasa bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada Allah SWT, maka diri kita akan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya dalam menangani segala tekanan tersebut.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0705&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive#ixzz35WYPGfxr
© Utusan Melayu (M) Bhd 


cikweenkata : berhenti jadi yang terbaik...cuma hanya mahu jadi baik

xoxo - cikween

Tuesday, June 24, 2014

10 TAHUN BERLALU

alhamdulillah
10 tahun berlalu
Allah hadirkan dia dalam hidup aku

menceriakan hidupku
mengacau bilaukan hidupku
amanah Allah ini akan ku jaga sebaiknya

terima kasih sayang kerana ada dalam hidup mama
terima kasih sebab ada waktu mama susah dan senang
waktu mama suka dan duka

terima kasih sebab jadi anak yang terbaik dalam hidup mama

10 tahun berlalu
terlalu banyak untuk diceritakan
terlalu banyak untuk dikisahkan

biar apa orang kata
biar lah mereka berbicara
biarlah mereka terus menambah dosa

dan 10 tahun yang berlalu
terlalu sekejap sehingga tak sedar dek waktu

mama tahu own baca blog mama kdang2
sebab own selalu ejek mama cik gobu cik gobu cik gobu

so mama nak own igt pesanan mama 
igt doa mama ni

mama doakan amirul berjaya dunia dan akhirat
semoga amirul terus membesar jadi anak yang soleh
dengar cakap mama dan abah
dengar cakap daddy dan ibu
dengar cakap mama long, mama lang, ain, achik dan abe

mama mintak maaf sebab dalam tempoh 10 tahun ni 
mama tak dpt jadi mama yang terbaik untuk own
mintak maaf kalau mama selalu marah own

and mama terkesan sangat dengan apa yg own ckp
"tak nak lah keja opis mcm mama...nnt tension je..balik rumah marah2,,"

mama nk own tahu 
mama tgh berusaha untuk keluar dr tempat sekarang
mama tak nak marah2 anak mama
mama tak nak marah semua orang kt rumah

mama mintak maaf sebab tak dapat kawal emosi
mama mintak maaf sebab selalu terbawa2 stress pejabat ke rumah

terlalu banyak yang mama nak luahkan 
tapi mama masih pendam lagi dalam hati

mama harap own dpt jadi abang yg baik utk adik
jadi contoh yg baik utk adik

and kalau mama dah takde nnt
mama harap own dpt jaga adik dengan baik

lebih baik dari mama jaga own dan adik

HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED SON AMIRUL HAIQAL


umur gini mamak potong mcm mane pun tak kisah 
cuba sekarang
mcm2 mintak eh


 seminggu lepas eksiden moto dengan abe
own jatuh dari kereta mama plak
dh patah tangan nyer huhuhuhuh
lasak nyer own waktu tu






gambar sebelum eksiden 
sebab takde lagi parut2 kt muka hehehehe


kalau bergaya own lah no.1
amboiii 
sampai sekarang 
bajet hensem je


own ikut mama g genting tgk ABPBH
yeayyyyy


masuk pertandingan pakaian beragam waktu tadika
alhamdulillah own dapat no.3
peringkat negeri kot
tak igt dh waktu ni


 
raya 2010
adoiii gambar tak pakai tudung lagi ni
abaikan please


raya tahun 2011 di kluang
waktu ni dh susah nk ajak bergambar bersama

 gambar 2012
waktu ikut abah keja


amirul suka messi waktu ni
tp sekarang mcm dh suka neymar plak
alahaiii anak


 dan sekarang
sibuk nk berskateboard
gasak lah anak bujang ku heiiiii

cikweenkata : entry yang dibuat dlm tergesa2 kerana tak cukup masa.... cukup lah sedikit coretan sebab bebelan dh tiap2 hari dia dengar...sekali lagi happy birthday sayang

xoxo-cikween

Monday, June 23, 2014

TOLONG LAH BERPERIKEMANUSIAAN SIKIT

sebak melihat and membaca berita pasal remaja oku tu
seriusssss

tak sampai hati nak share

sebab confirm akan meleleh air mata

apa lah dosa tu dia
bukan dia mintak pun dilahirkan ke dunia
bukan dia mintak pun cacat anggota

be waras lah people

pleaseeeee
semakin pesat berkembang nyer dunia
semakin maju nyer dunia

manusia semakin hilang pertimbangannya
manusia semakin hilang kewarasannya
manusia semakin tiada rasa perikemanusiaanya

huhuhuhuhu

kembali lah kepada agama
jangan hanya lihat pd duniawi sahaja

cikweenkata : im tired with my job now...serius...give up

xoxo - cikween

Thursday, June 12, 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com”

HERE
saja blogwalking di saat kepala serabut dengan keja
then singgah kejap di blog ini

hurrmm

menarik sebab banyak kata2 inspirasi di sana
especially mereka2 yang ingin berniaga lah

mcam aku

orang melayu ni cepat give up
so kadang2 mmg perlukan kata2 perangsang

cikweenkata : semoga dipermudahkan

xoxo - cikween

Wednesday, June 11, 2014

BILA KITA KENAL MANA KAWAN DAN LAWAN


tak ramai yang ada bila aku susah
seriusssss

aku boleh kenal and nampak
sapa2 yang sudi berjuang dengan aku

untuk aku bangun semula

dan aku belum lagi sukses
jadi aku tak tahu adakah mereka akan muncul bila tiba saat itu

aku masih berusaha
dalam terkapai2
dan takkan pernah give up

walau jatuh berkali2

kerana masih ada yang sudi menyambut
tika aku jatuh terduduk

terima kasih pada mereka yang menyambut itu

segala kata semangat
amat daku hargai

cikweenkata ; itu lah kawan itu lah lawan

xoxo - cikween

Wednesday, June 4, 2014

KAWAN-KAWAN YANG BAIK HATI..I NEED YOUR HELP


korang-korang
mesti korang2 selalu bukak FB kan kan kan

so nk mtk tolong pada yang sudi
bukak lah page LPPKN ni
and tolong LIKE gambar ni

huhuhu
pada yang sudi lah
tapi iols tahu uols semua mesti sudi kan

muahs
much of love

cikweenkata : dan dan much of love....

xoxo-cikween

Tuesday, June 3, 2014

PARENTS DAY

i couldn't remember where's this conversation berlaku
between me and hubby

there's some iklan about parents gitu lah

hubby said ' hah..kan elok kalau ada hari ibu bapa... tak payah nk hari ibu lain..hari bapa lain'

agree jugak dengan apa yang hubby said

ikut logik nya why not we celebrate both of them together

ni asing2
kot family yang rezeki terlebih ok lah dapat buat sambutan secara sama rata
kot ada family yang rezeki nya kejap ok kejap tak ok
dah one of them sure mcm kecik hati sikit sebab celebration nya tak sama meriah macam yang satu lagi

hurrmmmm

tapi kita as anak ni
tak payah lah nk tggu hari yang tertentu untuk tunjukkan
kasih sayang dan perhatian

just a simple sms
or just say hello tanya kan kabar setiap hari

itu pun dh cukup kot

cikweenkata : im so lucky...setiap hari dpt jumpa ibu dan daddy

xoxo-cikween

Monday, June 2, 2014

BILA SUDAH SAMPAI LIMITNYA

tak boleh nk hadam
dan tak boleh nak paham

tiada di mana2

jamuan perpisahan
adalah bukan kisah untuk mereka yang diraikan
tetapi adalah kisah untuk mereka yang meraikan

bila langsung tak perikemanusiaan

isu yang kecil diperbesarkan

bajet yang kecil tak nak plak besarkan

syukur alhamdulillah
ada juga pegawai dan staff yang sudi buat sumbangan
menjayakan orang yang diraikan

jasa, budi baik orang yang diraikan
mmg tak kan boleh dibalas
terlalu banyak

tapi kau tetap mahu berlaku kejam
tiada hati dan perasaan

cikweenkata : enough lah dengan perangai hati busuk kau tu

xoxo-cikween