thanx korang

Showing posts with label RASA. Show all posts
Showing posts with label RASA. Show all posts

Friday, April 30, 2010

KHAS DI HARI JUMAAT

huhu ketar jari nak menaip sebenarnya


tapi ku gagahkan juga

demi menyiapkan sebuah entry
khas untuk seorang teman


perkenalan yang bermula pada penghujung 2005
ketika aku baru sahaja bertukar ke putrajaya

hmmm
dengan perangai aku yang ala-ala sombongnya
semua aku sendiri sahaja
sehinggalah
dek kerana satu peristiwa
aku berbual dengan dia

dari situlah bermula segalanya
cerita gembira dan duka
tentang sebuah persahabatan

dengan dia
aku banyak berkongsi rasa
tentang rasa gembira
tentang rasa duka
tentang rasa yang selalu ntah apa-apa

dengan dia
aku banyak berkongsi rahsia
yang hanya aku dan dia
tahu apa kah ceritanya

dengan dia
aku banyak menghabiskan masa
kehulur ke hilir
perjalanan yang dengan arah tujuan
juga perjalanan yang tanpa arah tujunya

bertahun berkawan
tinggal serumah
berkongsi suka duka
berkongsi susah senang
membuat kerja gila
yang hanya kami sahaja tau susah senangnya
semua nya kami lalui bersama

dia ada ketika aku gembira
dia juga ada ketika aku berduka

teringat juga
pada suatu ketika
aku yang ketakutan tidur di bilik aku
tanpa segan silu melompat ke katil dia
padahal mak dia turut sama ketika itu
hahahaha

gila bengong perangai aku nie dowh
tapi dia layan kan je

dan akhirnya
dia akan pergi meninggalkan ku
pada mula nya agak terkejut aku menerima perkabaran itu
memandangkan kebelakangan ini
kami sudah semakin jauh
walaupun serumah tapi bagaikan beribu batu jauhnya

ini kerana
apabila fahaman semakin berbeza
pendirian langsung tidak sama

aku dengan duniaku
dia dengan dunianya

tp inilah adat resam sebuah persahabatan
ada naik dan turunnya
apa yang baiknya untuknya aku redha sahaja

bulan ini bulan terakhir kami tinggal bersama
memandangkan dia akan pulang bekerja di tanah airnya

dan persahabatan ini?
aku tidak tahu
akan adakah kesinambungannya selepas ini
atau hanya akan terkubur sepi

aku doakan
dia berjaya dan gembira
dimana sahaja pun dia berada

dan terima kasih di atas sebuah persahabatan
yang indah yang tidak pandai aku ungkapkan dengan kata-kata

jika selama kita berkawan
ada salah silap tutur kata
kelakuan yang menguris jiwa dan rasa
kuhulur jari
mohon seribu kemaafan
dan segala yang termakan terminum
kumohon halal segalanya

persahabatan ini akan ku jadikan sebuah kenangan terindah
biarpun pada pengkahiran nya tidak seperti yang kita minta

terima kasih teman
kerana sudi berada ketika aku memerlukan

terima kasih teman
kerana selama ini menjadi tulang belakangku

terima kasih teman
kerana selama ini menjadi perisaiku

dan lagu ini
kutujukan khas buat sahabatku


Bayangkan ku melayang
Seluruh nafasku terbang
Bayanganku menghilang
Semua tanpamu teman

Bila nafasku lepas
Semua langkah yang lelah
Semua waktu yang hilang
Tapi bayangmu tetap

Ingatkan ku semua, wahai sahabat
Kita untuk selamanya, kita percaya
Kita tebarkan arah dan tak pernah lelah
Ingatkan ku semua, wahai sahabat

Ingatkan ku semua, wahai sahabat
Kita untuk selamanya, wahai sahabat
Kita bagai cerita, wahai sahabat
Ingatkan ku semua, wahai sahabat





cik ween kata : pengakhiran sebuah cerita...tentang kami...tentang dia...tentang aku......dan ia tetap akan ku rindu huhuhu

Thursday, April 29, 2010

IDAMAN KALBU

penamatan sebuah hubungan
yang berlandaskan keikhlasan pada mulanya

adakah perlu dilakukan secara baik?
atau diamkan sahaja???

should i cry
should i laugh

should i happy
should i sad

hmmm
masih bertanya pada hati

cik ween kata : owwhh minggu dating....cepatlah esok lalalalal

Tuesday, April 27, 2010

OK FED UP SUDAH!!

huhuhu hari ni mcm nak meluahkan sesuatu
tp ada hati yang perlu dijaga

ntah lah
kdg2 penat lah
asek kita jek nak jaga hati orang kan

cik ween dh mula fed up and seterusnya give up
dalam certain thing yg berlaku dlm life cik ween lately

cik ween sekarang lebih suka mengambil pendekatan
bercakap sedikit...tindakan lebih

biarlah orang nk ckp kita nie kera sumbang ker
tak becampur orang ker
cik ween lebih selesa macam tue

cik ween tak sakit hati
cik ween tak sakitkan hati orang
huhuhu kan??

luckly cik ween ada mereka2 yang sangat bertolak ansur dalam life cik ween
yang cik ween boleh faham perangai dorang
and dorang leh faham perangai cik ween

thanx a lot untuk mereka2 itu
huhuu

cik ween kata : saja nak meluahkan rasa....kesian jugak dgn en.TTM tiap2 hari asek layan bebelan yg same...huhuh juga babe cik ween si MCD...huhuhu layan je luahan perasaan cik ween ni :D

Thursday, April 22, 2010

AKU RINDU KAMU = PHUKET

td bace blog seorang teman blogger
tentang jatuh cinta

huhuhu
seharusnya kalian pasti tahu
yang cik ween sudah putus cinta

jatuh cinta kali kedua?
ya...tp ketakuttan mengatasi segalanya
sanggup ku nafikan

kerana sakit itu masih terasa
cuma sedikit terubat dengan kehadiran si dia

biar kami
berteman tapi mesra sahaja
kerana itu seeloknya

jika berlaku apa-apa yang tidak diingini
takde lah bermuram durja

hehehe tapi ape2 pun
cik ween tetap sayangkan si dia
walaupun hubungan ini
atas dasar TEMAN TAPI MESRA

hahahahhaa

cik ween kata : bila ada si pengubat duka.....segala luka sembuh dengan sendirinya....terima kasih ALLAH atas segalanya....juga terima kasih kerana menemukan aku dan si dia...hahahahah

jiwang arr plak....

Monday, April 19, 2010

SEPARUH JIWAKU PERGI

percubaan utk mengupload gambar ini di pesbok tidak berjaya
thanx kepada blog kesayangan

hehehehe

ntah kenapa lately asek malas nk update blog
huhuuh bkn nyer ade keja byk sgt pn
mcm dlu2

cuma
ntah lah
kalo kt rumah kadang2 line tenet mcm haram
kt opis plak
huhuhuhuh

meh sini cik ween senaraikan
sebab2 kenapa cik ween malas :-

  • kt umah line tenet mcm gamps...skang dh beli p1 nyer wifi...tgk lah ok ke tak
  • bila dh kt umah...dh lepak kt sofa...adehh pala pn tak mo berfikir dh
  • asek terpk maggi yg ada dlm laci jek...isshh maggi asam laksa
  • idea asek lari sebab tak tutup sliding door *eh takde kena mengena maaf
  • kt opis sejuk sangat.....tangan gigil2 nak menaip
  • keja skang nie bertimbun2...dh macam gunung kinabalu *wahh tipuuu ko sempat lg main cafe kt pesbok kan :p
  • merindui seseorang jd otak asek pk dia jek...hahahahah
  • sebok dgn urusan perkahwinan aku...*dalam mimpi....akak aku this coming june
  • plan for next vacation.,.... asek nak berjalan jek...mcm lah aku ni anak jutawan....

ok itu jek lah kot

lain korang tambah sendiri eh

cik ween kata : hahah dasar pemalassss....but aku tgh diet...sila bagi tepukan gemuruh kawan-kawan