huhu ketar jari nak menaip sebenarnya
tapi ku gagahkan juga
demi menyiapkan sebuah entry
khas untuk seorang teman
perkenalan yang bermula pada penghujung 2005
ketika aku baru sahaja bertukar ke putrajaya
hmmm
dengan perangai aku yang ala-ala sombongnya
semua aku sendiri sahaja
sehinggalah
dek kerana satu peristiwa
aku berbual dengan dia
dari situlah bermula segalanya
cerita gembira dan duka
tentang sebuah persahabatan
dengan dia
aku banyak berkongsi rasa
tentang rasa gembira
tentang rasa duka
tentang rasa yang selalu ntah apa-apa
dengan dia
aku banyak berkongsi rahsia
yang hanya aku dan dia
tahu apa kah ceritanya
dengan dia
aku banyak menghabiskan masa
kehulur ke hilir
perjalanan yang dengan arah tujuan
juga perjalanan yang tanpa arah tujunya
bertahun berkawan
tinggal serumah
berkongsi suka duka
berkongsi susah senang
membuat kerja gila
yang hanya kami sahaja tau susah senangnya
semua nya kami lalui bersama
dia ada ketika aku gembira
dia juga ada ketika aku berduka
teringat juga
pada suatu ketika
aku yang ketakutan tidur di bilik aku
tanpa segan silu melompat ke katil dia
padahal mak dia turut sama ketika itu
hahahaha
gila bengong perangai aku nie dowh
tapi dia layan kan je
dan akhirnya
dia akan pergi meninggalkan ku
pada mula nya agak terkejut aku menerima perkabaran itu
memandangkan kebelakangan ini
kami sudah semakin jauh
walaupun serumah tapi bagaikan beribu batu jauhnya
ini kerana
apabila fahaman semakin berbeza
pendirian langsung tidak sama
aku dengan duniaku
dia dengan dunianya
tp inilah adat resam sebuah persahabatan
ada naik dan turunnya
apa yang baiknya untuknya aku redha sahaja
bulan ini bulan terakhir kami tinggal bersama
memandangkan dia akan pulang bekerja di tanah airnya
dan persahabatan ini?
aku tidak tahu
akan adakah kesinambungannya selepas ini
atau hanya akan terkubur sepi
aku doakan
dia berjaya dan gembira
dimana sahaja pun dia berada
dan terima kasih di atas sebuah persahabatan
yang indah yang tidak pandai aku ungkapkan dengan kata-kata
jika selama kita berkawan
ada salah silap tutur kata
kelakuan yang menguris jiwa dan rasa
kuhulur jari
mohon seribu kemaafan
dan segala yang termakan terminum
kumohon halal segalanya
persahabatan ini akan ku jadikan sebuah kenangan terindah
biarpun pada pengkahiran nya tidak seperti yang kita minta
terima kasih teman
kerana sudi berada ketika aku memerlukan
terima kasih teman
kerana selama ini menjadi tulang belakangku
terima kasih teman
kerana selama ini menjadi perisaiku
dan lagu ini
kutujukan khas buat sahabatku
Bayangkan ku melayang
Seluruh nafasku terbang
Bayanganku menghilang
Semua tanpamu teman
Bila nafasku lepas
Semua langkah yang lelah
Semua waktu yang hilang
Tapi bayangmu tetap
Ingatkan ku semua, wahai sahabat
Kita untuk selamanya, kita percaya
Kita tebarkan arah dan tak pernah lelah
Ingatkan ku semua, wahai sahabat
Ingatkan ku semua, wahai sahabat
Kita untuk selamanya, wahai sahabat
Kita bagai cerita, wahai sahabat
Ingatkan ku semua, wahai sahabat
cik ween kata : pengakhiran sebuah cerita...tentang kami...tentang dia...tentang aku......dan ia tetap akan ku rindu huhuhu
8 comments:
cik ween..
sebak pulak bila baca ntry ni...kte mcm boleh rasa jek ape yang awk rasa hurmm
meh pelok2 :D
babe,
demi Allah
sampai ujung nafas aku
ko tetap kawan baik aku sampai bila2
ko sentiasa ada dalam hati nih
takkan pernah hilang
itu janji aku bila kita mula berkenalan
tapi aku terpaksa pergi
demi mak
pilihan yg ada sangat berat
aku pun keliru
cik kupas
sobbbsobbb sobbbb
p.s bile kite nk ngedet nie?
mek
babe
aku tau ini yg terbaik utk ko
dun worry where u go
and whatever it is
we still friend
best friend
:)
aku doakan ko berjaya kt tempat baru nnt
a lot of things yg akan ku kedap dalam hati
as a sweet memory
kurang dh sorang anak hayam aku ..
ape2 pun selamat berjuang mek!
babe,
aku tetap ada walaupon jauh
mcD,
thanks babe
kompem mati kutu aku kat balai polis tuh
huhuhuh...
babe
kena buat iklan
carik anak hayam baru
tp speksifikasi kena same mcm mek
huhuhu
mek
huhuhu
sobbbbb sobbb sobb
cik ween bila2 aja...bersedia dah ni :D
cik kupas
huhuhu
nnt cik ween kite dating k
tak g tgk konsert double trouble kah?
Post a Comment