thanx korang

Wednesday, January 5, 2011

KECOH TAK SUDAH

MU lamar Khairul Fahmi?

KOTA BHARU - Populariti penjaga gol kebangsaan, KhairulFahmiChe Mat yang membantu skuad negara muncul juara Piala Suzuki AFF, kini menjadi fenomena luar biasa.

Kerana kagum dengan aksi tangkasnya terutama ketika menyelamatkan penalti Indonesia pada perlawanan akhir kedua di Jakarta minggu lalu, peminat amat berharap Khairul dilamar kelab bola sepak terkemuka dunia.

Malahan ada laman web yang menyiarkan laporan bahawa Pengurus Kelab bola sepak terkemuka dunia Mancester United, Alex Ferguson berminat untuk melamar penjaga gol Kelantan itu, bagi menggantikan penjaga gol utamanya Edwin Van Der Sar.

Sebuah laman web mirip laman web rasmi Manchester United, iaitu man-united.co.nr, menyiarkan laporan kononnya, selepas dua jam Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama Rabu lalu, Ferguson mengarahkan pegawainya melamar Khairul Fahmi.

Laman web itu menyebut Khairul Fahmi merupakan individu penting membantu pasukan Malaysia menjulang kejuaraan.

Kecemerlangan dan ketenangan Khairul Fahmi mengawal gawang gol Malaysia dengan menangkis setiap serangan yang dilakukan oleh Indonesia telah menarik minat pengurus kelab tersebut.

Ferguson melalui laman tersebut berkata, Khairul Fahmi adalah seorang pengaja gol terbaik yang pernah dilahirkan.

"Sekiranya dia (Khairul Fahmi) diberikan peluang untuk beraksi, dia mungkin sebaris dengan penjaga gol terbaik seperti Buffon (Italy), Cassilas (Sepanyol) dan Van Der Sar (Belanda).

"Van Der Sar merupakan salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah kami miliki, tetapi apabila dia meluahkan hasrat ingin bersara, kami perlu seseorang penjaga gol dan dia (KhairulFahmi) ialah calon terbaik masa ini," katanya.

Bagaimanapun, berita yang disiarkan oleh laman web tersebut didapati tidak benar, kerana ia bukan laman rasmi kelab tersebut.

Begitupun, ia tetap menimbulkan keterujaan bagi Khairul Fahmi.

Menurutnya, sekiranya benar beliau sememangnya teruja jika diberikan peluang untuk bermain dalam kelab tersebut.

Ini kerana katanya, beliau masih perlu bekerja lebih kuat sekiranya mahu berjaya seperti penjaga gawang terbaik dunia.

"Saya masih muda dan perjalanan masih jauh untuk menjadi hebat seperti Van der Sar atau pun Casilas,'' katanya.

Sebelum ini, Khairul Fahmi bukan sahaja menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkan dia pada kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia, bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan itu yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ketempat kelima, menumpaskan Support Tim nas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.

Laman Facebook beliau mendapat 57,000 hit daripada peminat kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan.

korang rase kanape perasaan aku atau kipas susah mati Man Utd yg lain bila baca artikel ni??? of coz lah aku rase mcm nak muntah darah

nk gelak....nk sumpah seranah....

tp nasib baik lah itu website palsu kan :p

muda lagi kot mamat ni nk jd sehebat van der sar... umur pun baru 21 walaupun nmpk mcm 31...

tak salah pasang impian tp jangan buat impian jadi angan2

come on lah guys....berpijak lah dibumi yang nyata...

aku sebagai rakyat MALAYSIA...negara ku yg tercinta ni...memanglah berbangga dengan kejayaan dorang menjuarai PIALA SUZUKI tu

tp bila dh tiap2 hari.... baca suratkhabar asek2 ulang benda yang sama...

facebook, twitter, radio, televisyen

terus kembang dan loya tekak ni jadinya

tak salah memuji ...tp bagi aku ada hadnya....dh lah pemain bola sepak tempatan nie cepat nau lupa dirinya...

tengok lah nnt...prestasi ntah kemana asek lah nak mengejar populariti....

pastu bercinta dengan artis

hoyeh2 sampai ke pagi

cth: pasangan kembar tue...

please lah....

media2...peminat2.... kalau korang sayang dengan prestasi yg membanggakan ni

cukup2 lah memuji...

perjalanan masih jauh.....

masih banyak yang perlu diperbaiki....

ape2 pun tahniah lah yer kepada skuad kita kerana menang perlawanan tempoh hari


cik ween kata : apada berita dh basi kui kui kui

xoxo-cikween

7 comments:

eMMe said...

media2...peminat2.... kalau korang sayang dengan prestasi yg membanggakan ni

cukup2 lah memuji...

perjalanan masih jauh.....

masih banyak yang perlu diperbaiki....
mE suke ayat atas ni.....takleh puji2 sgt...ni baru skit je kejayaan, byk lagi games yg akn datang...hope sukses la.

MY HEART said...

Hazab dengarnya..

tak abes2 kisah dia. belom lagi kisah awek dia tu hahahha.. saya rasa kelaka bila awak kata awek dia hazab hahaha.. tapi memang betok pun hihih..


ni la sikap orang mesia/kerajaan mesia, menang sikit puji melangit tak pijak bumi.. cuba kalah, separuh nanar orang tu kena keji. Sebelum menang piala suzuki kan diorang penah kalah 5-1 dengan indon. apa reaksi orang ramai?? "tak pandai main" la "main ke laut" la bagai... maruah tu memang mudah sangat di injak2...

haih! macam2

cik gObu said...

emme

huhuh
ntah lah dh mmg tabiat media ngan rakyat malaysia

mana yang berjaya
melambung2 di pujinya

kalo nk bg kemenangan kenapa datuk nicol ann david tue
byk kali menang

tp tak bg pun kite cuti

datuk lee chong wei
pn byk kali menang

huhuhu

cik gObu said...

avelyn
kes awek dia mmg tak bleh blah

low profile lah kan

ni dia plak yg over

aduhhhh

ganggu jek tiap2 hari nak baca paper ta

bukan tak suka dorg menang
suka...sangat suka

tp sikit2 dh lah

kejohanan peringkat ASEAN jek kt

kalau lah MENANG WORLD CUP
dpt cuti sebulan agaknya

setahun pn tak habis memuji
ahahahaha
\

cik gObu said...
This comment has been removed by the author.
T.E.M.B.U.N said...

hahahhaha
seperti yang dijangka
mmg bila ada game yg penting
semua pemain kena tunjukkn apa yg ada
sebab?yerh sebab setiap apa yg dorg gerakkn akan diperhatikan
termasuklah dari luar negara
cik dw mmg tak suka pujian melampau
dah macam hape jek
lagi pun nampak pulak mamat ni dah mula muka poyo
hahaha
takpe
kalau pun furgeson nak amik
mybe di masukkn je yg pelapis.
sape tau

cik gObu said...

cik dewy
jangan kata pelapis

tukang buat kuih lapis M.U pn belum tentu layak lagi

hahahaha

jahat je statement

hurrmmm
tgk je lah next game ke tournament ke ape ker

kalo kalah
silap2 rumah yang diberi
boleh ditarik balik
hehehehe