thanx korang

Monday, March 5, 2012

KALAU BOLEH LAH KAN

kalau boleh lah kan
nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa
huhuhu

mcm sekarang ni kan
family aku ada kt umah
ibu, daddy, along, chayok, murni,
tp aku kena kerja

adoiyai
perasaan gila meronta2 nak balik rumah
lepak dengan family mcm weekend hari tu

tp nk buat mcm mana kan
tanggungjawab terhadap pekerjaan haruslah didahulukan

serius lah weh kalau jumpa lah
bisnes yg sesuai ngan aku
confirm aku dh berenti

sebab
membuat kerja2 rutin
yg terpaksa dihadap
selama 10 tahun ni
adalah satu penyeksaan
penderaan emosi gitu
and tak tao lah tertanggung sampai bila

huhuhuh

cik ween kata : dasar pemalas nk keja kan kan kan kan

xoxo-cikween

Friday, March 2, 2012

MASIH ADA YANG SAYANG

salam jumaat semua
terima kasih kerana masih sudi menjenguk blogku ini

terima kasih kepada yg comment
walaupun dh jarang update kan
kehidupan tanpa kesibukkan
adalah seseuatu perkara yg dh lama berlalu dalam hidup

dh lebih seminggu
aku memasuki alam 30an
sudah tua
mati semakin menghampiri
sedangkan amal masih belum cukup lagi

tak banyak perubahan yang berlaku
cuma nya dah ambil beberapa perubahan dalam hidup
mula menghargai apa yg tak pernah nk hargai sebelum ni

melalui fasa-fasa kehidupan
di tempat kerja
dalam suasana yg berbeza

ramai yang agak kekok pada mulanya
tp buat muka tebal je
lama2 dorang biasa

dalam mencari kesempurnaan dalam kehidupan
kdang2 kita terlepas pandangkan

hubungan dengan rakan2
hubungan dengan teman2 pejabat

bukan aku sengaja menjarakkan diri
cuma terkecil hati
terguris hati yang rapuh ini

dalam berkata2
kita selalu tak memikirkan kesannya
dalam bergurau senda
kita selalu buat apa sahaja

mungkin dahulu aku juga begitu
kata2
selalu tak pk kan kesannya dulu
gurau senda
main belasah je

pada yg pernah terasa
pada yg pernah berkecil hati
sejujurnya ku hulurkan tangan ini
dari hati
maaf......

hargai apa yang kita ada sekarang
moga ketenangan yang dicari

akan menghampiri

cik ween kata : jumaat yg syahdu....redha je lah membacanya yer...dh tua2 ni mmg begini
hahahaha

xoxo - cikween

Tuesday, February 28, 2012

OH MY....OH MY....

kehidupan di pejabat semakin stabil
wLaupun penuh dgn kemalasan dan kemeroyanan aku setiap hari
tp aku masih mampu melangkah ke pejabat

kehidupan berkeluarga
alhamdulillah
tp biasalah kan
nama pn kehidupan berkeluarga ni penuh onjak ranjau dan duri
tp masih mampu lalui bersama

tp masalah skrg
kehidupan dan masalah diri sendiri
itunyg masih terkontang kanting

huhuhu
takper tarik nafas panjang
setiap masalah
pasti ada jalan penyelesaian...

yg penting kita kuat atau tidak

cik ween kata : im 30 already...tua dh kan kan kan

xoxo-cikween

Monday, February 20, 2012

SUMPAH HABIK

sumpah berabuk dowh blog aku
selepas sekian lama tidak berupdate kan

terlalu lama cuti kot
apa kejadah ntah aku
menghabiskan cuti di awal tahun
x paham sungguh

yg sebetulnya
aku dh xde hati kan
nk keja...

minat tu lgsg xder...
jiwa kosong je bila ke pejabat

ntah lah
agak2 aku kena jumpa kaunselor kot
supaya otak ni
dpt berfungsi seperti biasa

hehehehehe

cikweenkata : ok mari menghitung hari....nk jd org tua dh ni...hahahaha

xoxo-cikween

Wednesday, January 25, 2012

AKU YANG TIADA

tiada entry untuk minggu ini
juga minggu depan

aku ingin berehat dari segalanya

akan merindui kalian

merindui menjelajah blog kalian


and selamat datang kepada follower baru ku
maaflah

blog ku ini biasa sahaja

hanya berkeluh kisah tentang diri sendiri, keluarga, yang tersayang juga yang berlaku di sekeliling

terima kasih kerana sudi follow blog comot ini

love u

cik ween kata : aku penat ingin berehat

xoxo - cik ween

Tuesday, January 17, 2012

MARI CURI ENTRY BLOG ORG LAIN

but what's life without a little test..? tanpa sedikit kesusahan sebelum senang..? tanpa sedikit kesempitan sebelum kelapangan..? tanpa sedikit kesakitan sebelum sihat..? mendatar dan static. tentu membosankan bukan...?

aku curi bulat2
entry dari blog bff
99hehehehe

sorry babe aku curik
nnt aku gantikan dengan satu entry baru
tentang ko

yg meletop2 bom bom bang

hehehehe

ok entry kecurian ini diakhiri dengan

setiap duka pasti tersembunyi gelak tawa... kita diduga mungkin kerana dosa lampau atau allah mahu menguji sekuat mana kita...
bersabarlah.. fikirkan mereka yang kita sayang...yg sentiasa disisi...menemani tak kira apa pun situasi
mungkin kita sedang jatuh...tp percayalah... nnt kita akan bangun dengan megah

cik ween kata : dugaan datang bertimpa2....peringatan dariNya

xoxo-cikween

Friday, January 13, 2012

DAH TAK BOLEH TAHAN

tahun ni aku memasuki 30an
so far so good
tp kadang2 ada jugak jiwa kacau

jika dilihat
30tahun kebelakang

opss takde lah jika dilihat tahun2 yang kebelakang

masih tiada apa yang boleh dibanggakan

takot melihat kisah lampau aku

takot juga melihat masa depan
jika aku masih seperti ini

so far alhamdulillah
sedikit demi sedikit perubahan
aku tak nak berubah mendadak
takot perubahan tu tak lama

and aku tak mo jgk berubah
pastu siap canang2 kt blog

takot nnt eh kejap dia nmpk baik
eh nnt gmbr dia upload togel plak

tak mo tak mo tak mo

bg aku
berubah tu
biarlah antara kita dgn tuhan sahaja yang tahu

buat baik
tak perlu nak bising2

ayat yg selalu membuatkan suami muak

"relax2 sudah"

hahahaha
fav quote aku buat masa sekarang

aku tak suka berlebih2
aku suka bersederhana

biar org tegur
jangan kita yang bukak mulut

seperti nya idung tak mancung
pipi tersorong2

semoga allah sentiasa melindungi kita semua
semoga allah memakbulkan doaku

amin

cik ween kata : 30an...oowwwhhhhhh bila nak kaya ni

xoxo-cikween

Thursday, January 12, 2012

JANTUNG HATI

selak2 email gmail
zaman dulu kala

yerlah rasanya almost 3yrs kot aku tak bukak email tu
bukan ape
malas lah sebab nnt ada email2 berkenaan blog lama aku

blog lama tu dh terkubur dh
aku dh delete dh

biarlah dia terkubur tanpa nisan disitu

walaupun sepatutnya dari awal kan
hehehehe

entry pasal buah hati aku
pengarang jantung
intan payung
semuanya lah utk dia


senyum nak comel je kan
gigi waktu ni cantik lg
waktu ni umur dia setahun lebih


dan ini antara gambar latest dia
senyum dah lain skit

senyum matang konon
sebenanyer si polan malu nak tunjuk gigi
wakakakaka

tp aku dh berjanji nk bwk dia ke dentist sebena nyer
ntah kenapa gigi kapak dia lg satu
mcm tak mo keluar
mcm tersekat gitu

riso lah plak aku

sekejap jek
dh beso dh own kan
dh 8 tahun
dh darjah 2

perangai mmg usah cerita lah
baran dia 100% ikut aku and daddy aku
wakakakaka

selalu lah gaduh2 ngan abah dia
hal kecik pn gaduh
kadang2 aku ngan suami pn leh gaduh sebab dia tao

aku tao
dia sedang menyesuaikan diri
nak memahami

yerlah dulu hanya aku dan dia
sepenuh perhatian aku berikan utk dia
ku tatang bagai minyak yang penuh

tp lepas aku kawen
perhatian tu dh kena 50 utk dia and 5o lg utk abahnya

sbb tu kdg2 keluar perangai ntah hape2 dia
aku tao sume tu sebab nak tarik perhatian aku
takot aku tak sayang dia lagi

adoiyai own
kasih sayang ku ini
susah nak digambarkan dengan kata2

biar sepayah mana
biar sesusah mana
biar sesakit mana

jika ianya utk kebaikkan mu
aku redha

cik ween kata : entry agak menyentuh hati di hari khamis

xoxo-cik ween


Wednesday, January 11, 2012

SEPI TANPA KATA DI HARI RABU


cik ween kata : jumpa gambar lama dengan mamat botak ni alalalala

xoxo-cikween



Tuesday, January 10, 2012

MANUSIA TAK PERNAH PUAS.. KAN??!!

dah lumrah manusia
tak pernah puas

kan???

semua ni pasal perhimpunan kat mahkhamah jalan duta semalam

pelik lah aku dengan ragam manusia ni
apa yang diperjuangkan dah dapat
keadilan dan pembebasan yg dituntut dh dapat

apa lagi yg korang nak
dh settle tu bersurai lah
ni siap main bom mercun lah

kan ada yang tercedera
menyusahkan org betul lah

tak boleh ke nak hidup dalam aman dan damai

aku makin meluat lah tengok mereka-mereka ni

kalau boleh semua kehendak dorg
kerajaan kena puaskan

nak ikut telunjuk dorg plak

bertanding kt PRU sudah
rakyat sendiri pn dh boleh berpikir
dh boleh pilih

kan???

ni ntah2 yg g menyemak2 kt sana
belum cukup umur nk mengundi pn

ntah2 dh cukup umur
tp tak berdaftar lagi

bawak2 lah muhasabah diri
takde org yg perfect
kalau ko rasa diri ko mulia
perfect

buktikn di gelanggang PRU nnt
rakyat pasti pilih

and manifesto2 yang dahulu
yang belum terlaksana lagi tu
baik lah kaji dulu yer

cik ween kata : aku tak menyokong2 mana...bersuara sebagai rakyat malaysia je

xoxo-cikween