thanx korang

Showing posts with label OMONG2. Show all posts
Showing posts with label OMONG2. Show all posts

Thursday, December 17, 2009

PEMALAS NK MAMPUS

KEJADIAN ADALAH BERLAKU PADA
HARI SABTU YANG LEPAS

dh berkurun baru nak update gitu

selesai urusan menghantar family ku ke ampang
aku ligat carik alasan
tidak mahu berlamaan di sana

rasuah bubu ngan daddy
seorang 50 aku challo balik equine

own adalah tidak mahu ikut kerana sudah seronok jmp faiz

balik umah rehat2
around kol 3 gerak g upm
tgk mummy men netball

otw balik aku dh set dalam pala otak
ok aku nk singgah mcd
sebab dari pagi tak makan apa kan
kebulur tak terhingga!!!!!!!

tp ntah apa bengongnya petang tue
aku terus balik umah plak
tanpa rasa bersalah kt perut
yang sepertinya mahu meletop kelaparan

hehehehe

dalam kol 5

aku nekad nk sms nurul
tanpa rasa malu nya
kerana rasa mahu mengatasi segala2nya

"uyoi...hari ni ko masak tak???"

"lauk tghr sup ikan adalah...knp"

"aku lapar...ko buat arr kuih2 jap lg aku datang makan"

"datanglah....."

"tapi aku malu..."

"blah lah ko nak malu2...."

terus dalam hati mcm
owwhh dapat makan free
heavennnnnnn

pergghh tanpa rasa segan silu
hilang segala sifat sopan santunku
dan tanpa rasa bersalah

start enjin keta
terus ke lestari perdana

nyummm nyummmm nyummm
sedap nya sambal tempe nurul
sup ikan, dan ikan masin
perghhhh

mmg best!!!!

cik ween kata : uyoi...nnt bila ko masak lebih2 tue, sms lah aku yer...confirm kalau takda hal aku mesti datang makan :p

Wednesday, December 16, 2009

TATAKELAKUAN

we talked again
about the surat layang
and the pertukaran

we = me and dato' bos

nampaknya dato' bos sangat-sangat kecewa dengan apa yang berlaku

bukan kerana dia sedih orang kuat atau bahasa carutnya kroni nya akan ditukarkan
iaitu ex bos aku
tetapi kerana
mereka yang menulis surat layang ini
tidak sedar implikasi surat tersebut kepada jabatan

ex bos aku
sangat garang
and sangat-sangat straight to the point
serius
kalau dia tak suka
kalau dia tak berkenaan
kalau ada apa yang tak betul
mmg dia akan sound direct je

tanya lah staff di kewangan
dia siap bukak laci
and mengantoikan
berkeping-keping voucher yang masih tidak dibuat bayaran

we think
that's why ramai kakitangan tak suka dia

entahlah bagi aku ngan dato' bos

biar laser di depan
jgn laser di belakang

bahaya

sekarang ni ramai nau orang yang cam gitu
kena berhati-hati pilih kawan

:)

cik ween kata : sedihhhhh.... hmmm aku doakan pengganti yang baru nnt lagi maha dasyat garangnya :) padan muka dorang..buat keja tak betol kena marah nak sentap plak...chittttt

Sunday, December 13, 2009

percaya dan yakin

percaya dan yakin
adalah 2 perkara yang berbeza

antara kedua-duanya

mana satu pilihan hati?

tanya pada diri
renungkan

dan buat keputusan

aku pernah percaya
dan aku juga pernah yakin
tapi akhirnya tetap TEWAS

aku tidak mengalah
masih lagi membuat keputusan yang sama

tetapi berbeza situasi dan orangnya

aku memilih percaya dan yakin pada teman-teman
kerana ianya memang menjanjikan kebahagian

cik ween kata : i'm happy with what i'm now...and aku percaya dan yakin aku sedang berada di landasan yang betul... tidak mahu menoleh lagi...terima kasih atas segalanya...cewahhhh penuh dgn kejiwangan :p

Tuesday, December 8, 2009

SI BADAK YG COMOT

gambar kecik sebab malu
hahahaha

ini adalah si embun
bdk opis aku gak
merangkap ketua koir jabatan
satu ketika dlu

owh bkn nk citer psl embun
aku nk citer psl telinga aku
hahahaha

one day
aku sedang berlari2 mengejar waktu
takot ditinggalkan si mek

abg hashim merangkap par aku :

"raja..... den wahab kat mane???"

den wahab sebena nyer en. nik wahab..pegawai akua

aku dgn confident je
jawab sambil lari2 anak

"den wahab kt wisma yakin lah..."

then dia tanya lagi
aku jwb lagi sambil lari

last2 muka dia blur
aku berenti kt dpn tanya balik

"abg hashim nk tau den wahab kt mana kan???"

hahahahaha

"hoiii bkn den wahab lah tp nik wahab"

damnnnn

agak kemaluan disitu
terus chowwwww

cik ween kata : telinga selalu servis selepas mandi tao :p

Tuesday, December 1, 2009

SEMPURNA, BAIK DAN MULIA = ???

* gambar adalah tidak berkaitan dengan entry
SEMPURNAKAH dirimu
sehingga kini kau masih mahu menyalahkan ku?
BAIKKAH dirimu
sehingga kini kau masih tetap mahu mencari salahku?
MULIAKAH dirimu
sehingga kini kau tidak pernah penat menghinaku?
aku sedar siapa aku
jadi alangkah baiknya
jika kau dan aku
kita mulakan hidup baru
menjadi seorang yang baru
meninggalkan semua kenangan
melipatkan semua cerita
agar satu hari nanti
kita bisa tenang sahaja
aku dan kamu
kita sudah jauh berbeza
lepaskan aku
dan semua kenanganku
kerana ku tahu
dia ada menunggmu
cik ween kata : susah ker nak melepaskan semua kenangan??? cik ween dh lepaskan semuanya...berharap agar pihak satu lagi begitu jua