thanx korang

Tuesday, October 8, 2013

KISAH 6 BERADIK

'Saya masih mahu jaga mereka'
Wartawan Sinar Harian
8 Oktober 2013 

SELANGOR - “Saya takut nak balik jenguk anak-anak bila tahu suami ada di rumah sebab

 sebelum gaduh, dia dah bagi amaran supaya jangan balik lagi.

“Saya sedih bila selalu kena pukul dan kekurangan wang sebab suami tak kerja hampir setahun. 

Bila ada salah atau tanya sikit, dia akan pukul saya tanpa sebab,” kata ibu enam beradik yang
 ditinggalkan,
 Che Suwarti Che Pa, 31, ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Che Suwaiti berkata, bila gaduh besar kali ini hanya kerana motosikal, dia cepat-cepat keluar

rumahsebab tidak tahan dipukul lagi dan terus pergi bersembunyi di rumah rakannya.

“Saya ada juga pulang senyap-senyap lewat malam untuk melihat anak tetapi rumah gelap 

dan sunyi. Saya hanya sempat ambil baju di ampaian belakang rumah sahaja
 Kalau dulu suamitinggalkan kami tujuh beranak tanpa duit dan makan minum,
saya pendamkan sahaja dan berusaha untuk mencari sumbangan dari 
Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Jeram.

“Ingatkan bila bawa diri ke rumah kawan, suami belajar dari kesilapan tetapi 

lain pula jadinya bila dapat tahu anak ditinggalkan suami begitu sahaja. 
Sebab sebelum saya keluar rumah, suami masih ada di rumah dan bila jadi begini, 
saya sedih dan malu,” katanya yang hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat 
(JKM) Kuala Selangor.

Menurutnya, dia masih mahu menjaga kesemua anak-anaknya itu namun disebabkan 

kekangan duit, anak sulung yang juga kurang upaya (OKU) berusia sembilan tahun 
tidak dapat bersekolah.

“Kalau boleh saya mahu selesaikan masalah ini cepat-cepat dan masih sayang anak-anak,” 

katanya yang masih menunggu keputusan JKM.

Bagaimanapun lain pula respons apabila ditanya suaminya, Mohd Roslan Ismail, 32, 

mengenai pergaduhan itu dan pihaknya menafikan perkara itu.

“Tetapi saya berterima kasih kepada semua kerana banyak membantu kami,” katanya.


Tak lepas tangan


Wakil keluarga yang enggan didedahkan nama berkata, rata-rata ahli keluarganya sudah lali

 dengan masalah yang dihadapi pasangan suami isteri itu yang kerap bergaduh.

“Bila ada masalah, si suami tempatkan anak-anak di rumah kami dan bila dah berbaik semula, 

isterinya pula mahu mengambil anak untuk dijaga. Dahulu anaknya sudah tinggal 
di kampung suami di Kelantan tetapi isterinya mengambilnya semula kerana mahu menjaganya.

“Bila bergaduh, anak-anak menjadi mangsa,” katanya yang terkejut apabila membaca 

berita mengenai enam beradik itu sebelum menghubungi ahli keluarga lain.

Katanya, kalau dahulu ahli keluarga sibuk mahu membantu menyelesaikan masalah mereka 

tetapi suami isteri masing-masing berdegil dan mempersoalkan keprihatinan mereka untuk 
bantu.

“Bila kita mahu bantu, dia pula pertikaikan menyebabkan kami putus asa. Bahkan kita pun

 tidak tahu mana mereka tinggal selepas rumah sewa terbakar beberapa tahun lalu.

“Bila keluar surat khabar barulah kita tahu mereka berada di mana sebenarnya dan 

berusaha untuk bantu demi masa depan enam beradik itu.

Ahli keluarga dah putuskan untuk menjaga keenam beradik itu kerana tidak mahu

perkara sama berulang tetapi bila jadi kes JKM, kita kena tunggu keputusan,” katanya.

JKM ambil tindakan


Sinar Harian difahamkan, keenam beradik itu kini di bawah penjagaan JKM Kuala 

Selangor untuk tempoh yang ditetapkan sementara menunggu siasatan.

Menurut JKM Kuala Selangor, pihaknya sedia maklum dengan masalah itu dan

mengambil tindakan sewajarnya untuk menjaga enam beradik itu buat sementara waktu.

Selepas berita mengenai nasib malang enam beradik itu didedahkan Sinar Harian, 

orang ramai termasuk NGO tidak putus-putus memberi respons untuk membantu 
dan ada juga mahu mengambil sebagai anak angkat.

Panggilan luar biasa diterima daripada individu prihatin yang mahu membantu membela 

nasib enamberadik itu dan orang ramai boleh datang ke JKM Kuala Selangor 
untuk maklumat lanjut.

Ahli Majlis Kuala Selangor yang juga Ketua Wanita PKR Cabang Tanjong Karang, 

Nurfaezah Ismail bersama Ketua Wanita PKR Ranting Jeram, Siti Zaleha Rashid 
turut hadir ke JKM, semalam.

Sementara itu, Penyelaras PKM Dun Jeram, Muhd Rashid Muhd Kassim turut kesal

 perkara itu berlaku sedangkan sebelum ini pihaknya banyak membantu dari segi kewangan.

“Bila si isteri datang mohon bantuan kerana tiada duit nak beli susu, saya bagi sikit 

untuk ringankan beban dan buatkan permohonan bulanan dengan JKM bagi 
membantu mereka.

“Saya ingatkan hidup mereka dah baik kerana sudah lama tidak datang 

atau menghubungi saya,tetapi bila dapat tahu berita seperti ini saya jadi sedih,” katanya.

cikweenkata : alhamdulillah kalau masih nk jaga kan...tp biarlah betol2 carik lah keja...

jgn lah aniaya anak2 mcm ni sekali

xoxo - cikween

No comments: