thanx korang

Tuesday, May 28, 2013

BUKAN MUDAH TAPI TAK SUSAH


mei hampir menuju ke akhirannya
ya allah...

masuk jun nnt maka aku akan menghitung hari 
untuk memulakan rutin lama

yer kita akan kembali ke pejabat.. rutin lama yang macam dah lupa... check email, jawab call, confirm pejabat berterabur nyer
nak sesuaikan diri macam tak mudah je

alahaiiiii
ya allah kau berilah aku kekuatan

ikutkan hati mmg nak sambung cuti
tapi sampai bila nak berlemak begini
mmg lah sayang nak tinggal kan buah hati yang kita tatap dan uruskan tiap hari 
tapi ini kewajipan yang satu lagi
kalau tak pergi mana lah nak bergaji


gambar buah hati semasa usia semakin menginjak ke 2 bulan
sekarang dh 2 bulan dah
alhamdulillah 

berkat doa, amalan, sembahyang sunat taubat dan hajat tiap2 hari
allah makbulkan doa 

si kecil ini tak banyak ragamnya
tiada yang pelik2 
kesihatan sangat membanggakan

susu badan juga walaupn mcm dh semakin kurang
tp masih dapat teruskan

cumanya si kecil pantang ditinggalkan sendirian

so, bayangkan bila masa nak mandi segala bagai
nasib baik ibu banyak membantu

jasa ibu yang terdahulu tak terbalas lagi
ni tambah lagi

terima kasih ibu

pernah sekali ibu dan daddy ke hospital teman alang yang operate appendiks
so tinggallah aku dengan si kecil

bayangkan aku tahan nak bery2 dari pagi
sampai lah jam 4petang 
baru dapat melepaskan hajat

nasib baik tak sembelit

hahaha

mana taknya kau bergerak jauh skit mula lah si kecil ek ek ek ek

sekarang ni dh pandai jerit kuat sikit
hahahahaha



owh abaikan muka mak yg kusam pucat bagai tu

lama tak bergambar begini dengan anak bujang
anak bujang lah katakan
tak rock amek gambar manja2 dengan mama

alhamdulillah
dia semakin memahami tanggungjawab sebagai seorang abang
bila disuruh tu
cepat lah membantu

taaaaaaappppppiiiiiiiiiii

kena layan gak dia membebel itu ini
kena bagi upah

takperlah own asalkan nk tolong mama
mama tadah telinga and bg upah je

fuhhh semakin nak habis cuti
semakin aku tahu aku akan merindui

menjadi isteri dan mama tanpa perlu pk keja di opis

cikweenkata: umur 2 bulan dah naik 5.4kg mamanya berat masih statik argghhhh

xoxo-cikween



No comments: