first of all
aku nak mintak maaf kat korang
kalau entry aku lately berkisar kepada kesedihan
dan keperitan
terlalu banyak perkara yang berlaku
terlalu banyak peristiwa yang kami tempuh
suka duka
menangis dan ketawa
tapi kami semua redha
dan tabah....
dan saat aku menaip entry ini
air mata masih tidak mahu berhenti mengalir
ya allah berilah kami kekuatan ya allah
:(
ini siapa????
tak pernah singgah di blog cik ween kan
hurrmm
ok aku nk perkenalkan
ini adalah redzuan atau pun nama manja juan
dia bf kepada adik aku si toyeng
yang belajar kt poli merlimau tue
juan pun belajar kt sana
mesti korang akan tertanya2
wahhh awal sungguh ain bwk balik teman lelaki ke rumah
fyi,
itu cara keluarga aku mendidik kami
bubu dengan daddy lebih suka kami membawa kawan2 ke rumah
supaya dia kenal
dan tahu dengan siapa kami selalu berpoya-poyaan
dan juan,
walaupun hubungan mereka masih terlalu awal
tp hanya ALLAH sahaja yang tahu
betapa sayangnya kami pada dia
betapa kami menganggap dia sebagai salah seorang ahli keluarga
apa yang akan terjadi dengan hubungan mereka
kami pasrah...dan tawakal
cuma akan sentiasa berdoa yang terbaik untuk mereka
tempoh hari
sewaktu pulang dari penang
aku menerima satu sms dari bubu
"angah, juan kemalangan....ada kt hospital"
pd mulanya aku ingat eksiden yang biasa sahaja
kerana aku sedia maklum
gaya2 rempit si juan ni
aku biarkan mesej itu berlalu sepi
dan aku terlelap tak sedar diri
tiba2 sekitar jam 2 pagi
aku tersedar
aku teringatkan mesej bubu tadi
aku terus call toyeng adik aku
bercakap sebentar
kerana suaranya yang menahan getar
lantas along yang menyambung perbualan
sepertinya aku ingin terus ke melaka pada saat itu juga
pabila along kabarkan
juan tidak sedarkan diri
dan doktor menjangkakan hentakan kuat di kepala
dan ada darah beku di kepala
along, pastinya sudah mengalir air mata
aku menahan getar
kerana mahu berlagak tabah di hadapan toyeng
pada waktu itu aku hanya mampu berdoa
semoga adikku juan
selamat dan tiada apa2
isnin pagi aku membuat panggilan kepada along
utk mengetahui kabar selanjutnya
juan akan dibawa ke hospital besar kuala lumpur
dan petangnya memandangkan aku tidak kerja
aku dan en.tmm bergegas ke sana
untuk mengeluarkan darah beku
pada saat aku di sisinya
aku tahu aku tidak punya hati yang kuat dan tabah
terus laju mengalir air mata
dia seorang adik
walaupun bukan sedarah dan sedaging
ku lihat lemah terbaring
tiada sebarang respon
ku fikir positif sahaja
mungkin kesan ubat pelali
gara-gara operation sebelumnya
adik aku si toyeng
yang perlu ke pangkor untuk amalinya
asek lah mengalir air mata
tidak tenang di sana
aku menasihatkan agar dia
tabahkan hati
berdoa kepada ALLAH
meminta agar juan kuat untuk melawan semuanya
alhamdulillah
hari ini
ada perkembangan positif
yang juga bisa membuat kami sekeluarga mengalir air mata
juan sudah mampu membuka mata
kenal sesiapa yang datang melawatnya
sudah mula bercakap walau sedikit2
kini, si toyeng menemaninya
kami sekeluarga mmg gembira dengan perkembangan positif ini
dan 2-3 hari ini
juan akan ditransfer kembali ke hospital melaka
along adalah antara yang paling gembira
sudah berkira2 untuk selalu menjaga
mmg pelik keluarga kami kan
juan itu bukan siapa2
tp bila ini yang terjadi padanya
kami semua bersedih
dan tiap2 hari berdoa
kepada adikku juan,
walaupun satu hari nanti ditakdirkan tiada jodoh antara kamu dengan adikku si toyeng
angah nak kamu tahu
yang kami sekeluarga tetap dan sampai bila2 sayangkan kamu
yang kami sekeluarga tetap akan menganggap kamu sebahagian dari kami
yang kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu
teruskan melawan
angah tahu kamu sangat kuat menempuh semua ini
jangan ikutkan rasa sakit dan malas
bangun kerana kamu harus tahu
kami semua menanti kamu sihat seperti dahulu
cik ween kata: lagi 2-3 minggu final exam...sian adikku si juan terpaksa tangguh satu semester nampaknya....
cik ween kata lagi : walaupun korang semua tidak mengenali dia, tp aku berharap sangat korang sudi lah berdoa sedikit supaya juan cepat sembuh....thanx
xoxo - cik ween
11 comments:
get well soon juan :)
raja...
semoga tabah menghadapi lakonan hidup ini
Allah sentiasa menguji umatnya
dan itu tandanya....
Allah menyayangi kita
Doa aku sebagai sahabat sentiasa bersama ko....
amin
sedihnya ween...doa yg terbaik buat juan...moga dia kuat & cpt sembuh :)
khaleda
tq yang
arlin
tq so much pren..huhuhu
hope kami semua tabah
mamamarissa
huhuhu
tue lah ween tiap masa doakan benda yg same
anyway thanx ya
ween, cara family ween sama nga ncara famly akak. kami dari pada bercinta mmg tak pernah sorok ngan parents. bf akak akan amik kat rumah..masuk rumah..borak² ngan family sebelum kami kuar dating.
mayb orang kater parents akak ni open minded. sebenarnya salah..parents akak pun masih berpegang pada adat. cuma bapak akak tak suka anak nya kuar tanpa tahu siapa si teruna.
apa pun..akak harap juan cepat sembuh..
sis
tue arr
tp orang ramai akan salah anggap
kata parents ween bg kebebasan yg teramat kt anak2
hurrmmm
at least parents ween tahu dgn siapa kiteorg keluar
dengan siapa kiteorg selalu g makan
and dr situ kalau teman tu tak baik
dh tentu awal2 kena reject kan
anyway thanx sis...hr nie dpt berita sedih...juan still blur2...tanya siang or malam dia tak leh jawab
tanya no. brape pun dia tak tahu
sedey lah
bestla famili lu ni beb!
semoga juan cepat sembuh ok.
sedihnya.. i doakan agar juan kembali pulih seperti sediakala.. insyaAllah.. :(
sastraboy
tq.... huhuh
cikputri
tq yer dear....
i really hope dia kembali mcm dlu
takut plk aku tgk dia.kesian juan.moga2 cepat sembuh.
Post a Comment