thanx korang

Friday, December 4, 2009

PILIHAN DAN PELUANG

dalam kehidupan
kita kadangkala tidak perasan
atau sengaja tidak mahu ambil tahu

kita selalu dan setiap hari
berdepan dengan pilihan

pagi
nak bangun atau sambung tido?
nak pergi keja atau mahu ponteng?

tengahari
nak lunch kt kafe atau nak tapau?
nk g alamanda ke tido kt surau?

petang
nak tunggu jam 5 atau cabut je sekarang?
nak balik umah terus or kuar melepak?

malam
nak tgk tv ke nak tido?
nk gosok baju malam ni ke pagi esok?

sebelum ini
aku paling benci bila aku kena buat keputusan
aku lebih suka ikut orang lain

just go with the flow
bahasa carutnya
:D

tetapi keadaan adalah sedikit berubah sekarang
aku sudah berani
dan aku bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas setiap keputusan yang aku ambil

KITA TIDAK AKAN TAHU APA YANG AKAN BERLAKU JIKA KITA TIDAK BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN

dan satu ayat yang diungkapkan oleh seorang 'mak' kepada aku
yang akan aku pegang sampai bila

ALLAH TAK AKAN DUGA KITA DENGAN DUGAAN YANG TIDAK MAMPU KITA HADAPI....
SETIAP DUGAAN YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH
ADALAH DUGAAN YANG ALLAH TAHU
KITA PASTI MAMPU TANGANI DAN HADAPI

thanx 'mak'


cik ween kata : if u have a dream PROTECT IT!!!!

8 comments:

j.e.j.a.r.i. said...

HARI INI kita harus BERTANGGUNGJAWAB atas KEPUTUSAN yg kita buat untuk DIRI & KEHIDUPAN kita 7 tahun akan datang..sama ada ia seperti 7 tahun yg lepas atau lebih baik dari itu :)

ini reen said...

kalau la hidup ku senang untuk membuat keputusan sendiri ..tanpa menyakiti hati sebelah pihak..bahagianyer..

Cik Puan*PIE said...

yes...ungakapan tu jugak yg aku pegang bila kala tuhan mnguji aku dgn pelbagai dugaan dan rintangan...walaupn aku kate 'ya-allah, trlalu berat ujian Mu keatas aku'...namun DIA lebih mngerti dan memahami ape yg trjadi.apepun babe...ingatlah jugak...allah memberi kite dugaan sb allah ingt/syg pada kite...cuma trkadang kita saje yg alpa dan sering melupakanNYA....

Encik Moshuchi said...

kita kan manusia biasa..sentiasa diuji. semakin banyak kita diuji semakin matang kita, semakin berat kita diuji semakin kuat kita. cuma yang paling penting setiap kali diri diuji, kita tidak mengambil langkah yg bodoh..jalan singkat. setiap sesuatu itu pasti ada hikmah di sebaliknya.

cik jejari - jika ianya sesuatu yang baik dan membahagiakan, biarlah sampai bila-bila sehingga habis nyawa..bukan saja setakat 7 tahun.

Lulu Junior said...

hari ni muhasabah diri.
esok dah lupa.
berjanji macam2.
lama2 tinggal.

kan kak?

Evi LoLyta said...

salam ziarah. yup~ hdup yg sntiasa ada plhn~ slalu kna wat plhn

cik gObu said...

babe
semestinya aku bertanggungjawab sepenuhnya atas semua keputusan yang aku ambil

reen
hmmmm susah nak ckp tu reen

dlu aku pn pk gitu
sekarang tidak lagi
:)

cik gObu said...

hajar
hmmmm aky setuju sgt

en. moshuchi
dulu mungkin yes
buat keputusan tanpa pk dlu

sekarang
usia mematangkan
hehehehe

ain
hehehe manusia kan?


evi lolyta

itu lah kehidupan :)