serius tak tipu
dan aku tak malu nak mengaku
aku adalah cucu kepada seorang tukang kebun
arwah atuk aku seorang tukang kebun
di salah sebuah banglo di port dickson
dari kecil aku melihat kesusahan arwah atuk
naik bas ke tempat kerja
walaupun kiranya arwah mampu utk membeli sebuah motosikal
ataupun kereta
kadangkala aku dan daddy akan mengambil arwah di tempat kerja
tapi hanya menaiki motosikal lah
pada waktu itu keluarga aku tak mampu lagi nak berkereta
seronok tak terhingga rasanya
kadangkala hujung minggu
pasti arwah akan membawa kami, cucu-cucunya
ke banglo utk mandi laut
:)
arwah atuk mmg sangat pandai berkebun
dahulu di kampung, kawasan rumah kami lah yang paling bersih
yang paling banyak bunga
aku sebagai cucu kepada arwah ZAINAL HJ SHABUDIN bangga gila
memang dari kecil arwah dah mengajar kami adik beradik berkebun
tolong tanam bunga, tolong kemas halaman rumah
itu belum kira lagi rutin harian dan rutin mingguan
tetapi sebagai kanak2 yang di kepala penuh dgn niat utk bermain
aku sering kali memberontak
waktu itu tidak sedikit pn aku rasa kasihan pada arwah
malas nak sapu daun2 di halaman
malas nak siram bunga
malas nak tolong arwah nenek angkat asam keping
malas nak tutup tingkap umah
*maklumlah rumah kampung... ada banyak tingkap...selalunya kami adik beradik hanya tutup dari luar...entahlah dari kecil kawasan serambi mmg kami takut :p
tapi orang kata sedikit sebanyak
keturunan tukang kebun tu
pasti akan mengalir di dalam darah cucu2nya kan
pergghh mukadimah je dh panjang lebar
actually aku nak cerita
last week aku ngan bubu berjaya
meracun lalang2 dan rumput di rumah kampung
heheheh ntah mcm mana
termerepek smp mcm gitu sekali
aku nk tempek gambar waktu aku meracun
2 hari berturut2 ok
tp kehodohan fizikal ku
amat lah tidak membenarkan
hahahahaha
waktu tu baru lah aku rasa kesusahan arwah atuk dulu
yang aku tao
"atuk, nak duit...nak beli aiskrim"
hahahahah
penat lelah arwah tak pernah aku amek kisah :(
dh mcm gini baru aku menyesal
dh lah arwah pergi agak awal
iaitu ketika aku berusia 11tahun lagi
:( sob sob sob sedih
sayang atukkkkk
hmm merepek lagi
aku meracun sampai melecur tangan korang
kasar dh tapak tangan ku
haisehh kurang mas kawen aku jwbnyer
hahahahaha
dah penat meracun
menebas segala bagai
kita singgah mandi laut
hahahahahaha
yippiii dah lama tak mandi laut
2 hari berturut2 gak kiteorg mandi laut
nasib baik kulit tak gelap
maybe sebab kiteorg mandi pukul 6 ke atas kot
matahari pn segan silu nak kuar dh
hahahahaha
own adalah orang yang paling suka
juga paling penakut
isshh aku nak berenang pn tak senang tao
walhal dh pakai pelampung bagai
mcm nak anta die g kelas swimming je
supaya tak takot lagi
dan aku bebas berenang ke sana ke mari
:)
ok sekian sahaja
ok sekian sahaja
cerita tentang
aku seorang cucu tukang kebun :)
yang juga berjaya diselit dengan cerita mandi laut
:P
3 comments:
bagus..
best tu berkebun..lama dah tak berkebun sejak duduk umah sarang merpati nier..hhu
salah 1 tips nk kurus babe...nnt aku jngah blk kng dh brsih ke blom..hehe
reen
nie pn dh berkurun tak buat
babe
ahad nie aku nk mesin rumput plak
maklumlah takde abg or adik lelaki yg besar bleh diharapkan
aku je lah
Post a Comment