thanx korang

Tuesday, October 14, 2014

TV9 - WALAU AIRMATA DARAH

menonton drama ni di tv9 malam tadi
huhuhuhu

mula2 just mcm tengok sipi2 je
then terus fokus tengok cerita ni

sedih

mengisahkan tentang irfan dan sue yang bercinta 7 tahun
kawen then sesuatu berlaku membuatkan si irfan ni melafazkan cerai taklik
talak 3 plak tu

huhuhu
masing2 tak boleh terima
berpisah tapi carik gak jalan untuk bersama

sampailah sue jmp kwn lama dia yusuf
and dorg kawen
mulanya sue nak mintak cerai
and dia dh berjanji ngan irfan nak mintak cerai
tp si yusuf ni baik sangat and sue pn happy
tak jadi cerai
sue pregnant.... and one day turun darah
baby tak boleh diselamatkan and ade komplikasi hati plak tu

aku ngan aku mula lah reka mcm2
konon2 tak boleh pregnant lg lah ape lah
sekali masalah hati

irfan jugak lah yg dermakan hati nya
untuk sue

walau dorg tak boleh bersama
at least hati dia ada dalam jasad sue utk selamanya

huwaaaaa
aku ngan along dh melalak

suami aku dr atas sofa menjeling je

hahahahaha

tp tue lah lelaki ni kena banyak bersabar
especially bab talak ni
pompuan ni tao lah kalau gaduh
mesti nak provoke mintak clash lah mintak cerai lah

so pada lelaki2 yang diluar sana
watch your tongue ......

cikweenkata: kalau takot dilambung ombak...jangan berumah di tepi pantai

xoxo - cikween

Monday, October 13, 2014

KURANG FAHAM ATAU SENGAJA TAK NAK FAHAM

merujuk kepada entry aku yang ni

untung nasib setiausaha pejabat

yang telah di publish pada 7 september 2012

hurrmm dah 2 tahun dah kot
pergghh lama kan
then tetibe dapat plak email

ada komen dari somebody yang tak berani nak tunjukkan siapa diri nya
berselindung di sebalik nama ANONYMOUS


please korang
tolong tepuk dahi aku sikit
aku yang salah ke si anon ni yang salah fahaman tentang entry tu

aku rasa aku takde plak  merungut pasal keja
aku cuma menjawab segala persoalan yang sering dibangkitkan oleh mereka2 di luar skim aku

bila menjawab itu kira merungut ke?

yerlah aku sedar lah aku mungkin bukan dari golongan profesional macam si anon kita ni
bukan doktor bukan lawyer bukan arkitek
tp aku takkan bersuara or sampai kuar nyer artikel tu kalau takde orang yang mengata

mungkin bagi kamu si anon
kami setiausaha pejabat ni cuma kuli batak jer
tp alhamdulillah kami terima seadanya
lantak lah orang nk ckp ape
kami ikhlas dalam menjalankan tugas...

so kepada si anon
if u think u are good enough
please dont read my blog

aku takkan penah sekali
berenti dari bercerita tentang kerjayaku
aku akan fight habis-habisan

anyway tq for ur concern si anon

cikweenkata: macam tahu siapa... tp biarlah malas nk layan orang sakit jiwa

xoxo-cikween

Friday, September 26, 2014

YERLAH KAU JE LAH YANG BYR CUKAI


so please stop spekulasi psl naik gaji ni
huhuhuhu

bertuah lah kalau dpt naik gaji
tapi kita as a gov servant pn paham
keadaan ekonomi sekarang
memang takde lahnaik gaji ni

huhuhuhu

redha

tapi yang meluat nyer
suara2 sumbang yang diluar

"gaji korg pun org swasta bayar"
katanya

yerlah mcm dia je lah yang bayar cukai

apa ko igt kakitangan kerajaan ni tak bayar cukai jugak ke
yang dlm payslip tertera PCB tu ape kejadahnyer

please lah  guys
sebelum bercakap tu pikir2 lah dulu

haihhhhh

cikweenkata : PCB bukan pantai cahaya bulan tapai Potongan Cukai Bulanan

xoxo-cikween

Monday, September 22, 2014

SAY 'ALO TO ALTEL - I'M NOT RACIST HEHEHEHE



aku bukan lah nak jadi racist ker ape
tapi why not kan
kalau dah ada pilihan produk kita punya
kenapa kita nak support produk yang orang lain punya

kita support produk kita
dah tentu kita tao kemana duit kita bayar bil top up or whatsoever tu 

hehehehe

jadi pada yang tak tahu men nak share skit pasal altel ni
pada yang tak tahu yer

Altel Communications

Altel Communications Sdn Bhd (Altel) began operations in July 2012 and is a 
part of the Albukhary Group of 
Companies
A subsidiary under Puncak Semangat Sdn Bhd, Altel is involved in the telecommunications industry and has been allocated spectrum to build a mobile network. We aspire to be the premier Long Term Evolution (LTE) (4G) and all other related telecommunications services provider, delivering strategic, high-speed mobile technology, consistent with the values and vision of the Company.
haaaaa
copy terus dr website altel

kt opis mmg terbaik lah coverage dia
internet laju
altel ni pemegang lesen 4G
so mana2 company yang mengatakan mereka ada 4G semua guna lesen ikhsan dari altel

amacam power tak ayat
so pada yang berminat tu
boleh lah sms/whatsapp ke no. : 01132045973
COD area putrajaya
no korang boleh pilih sendiri
atau nak aku pilih secara rawak pun boleh

owh yer...
kiterog bukak gak table kt area UNITEN
bwh flyover

yer iols ni cuma peniaga tepi jalan je
tak kaya raya mcm uols
hahahaha

apa2 pun pada yang rasa nk support produk KITA
mari lah

selamat ber ALTEL

Say 'alo to Altel!!!!!

cikweenkata : support product bumi lah yer

xoxo-cikween 


Thursday, September 18, 2014

MY DRAMA QUEEN

makin besar makin banyak ragam nya
4 hari cuti
rasa tak puas....

kalau lah boleh cuti lama2
menghabiskan saki baki cuti yang ada 40 hari lagi tu

huwaaaaaaaa

seronok bila di rumah bersama anak2
dengan abang nya yang tak reti menyabar
dengan adik si drama queen

terhibur sangat2
lupa segala masalah

haihhhh
bila lah suamiku nk jd jutawan ni
nk berenti keja
nk jadi suri rumah tangga

huhuhuhuhu
cita2 yang tak tahu bila tercapainya
semoga Allah permudahkan segala

cikweenkata : seronok nya kalau duduk rumah goyang kaki duit masuk je hahahahaha

xoxo - cikween

Wednesday, September 10, 2014

TERIMA KASIH

thank you for those who concerned
really appreciate it

tak semua paham masalah kita
tak semua berada di tempat kita

takperlah
i'm ok
walau mcm mana pun kena ok

i'm sharing bout this at my blog not because
nk dpt simpati or what
tapi kadang2 kita perlu luahkan
apa yang terpendam

blog bg aku adalah medium terbaik
sebab sini tercatatnya segala suka dan duka

hurrmmm

cikweenkata : i dont feel like nk luahkan kt kawan2 sebab tak semua orang paham masalah kita

xoxo - cikween

Tuesday, September 9, 2014

IBU...ENGKAULAH RATU HATIKU


budak 2 orang ni mmg hantu selfie
memory hp ku memang penuh lah gambar selfie dorg
baik si abang
maupun si kecik

kadang2 ko belek2 hp ko akan jmp gambar yg
eeehhhhhh bila masa plak gambar ni ada

layankan je lah
bila tension2 kt pejabat
layan gambar2 selfie dorg
sejuk rasa hati

huhuhuhu

si adik lagi lah
dgn tak pandai bercakap lg
tp bila dh dapat hp
epiiiii epppiiiiiii

ni mama lang dia punya ajaran
selfie selfie

huhuhuhu

tajuk mcm takde kena mengena je kan
hahahaha

actually nk cerita pasal my mom

kasih sayang seorang mak kepada anak nya ni
takkan penah berkurang walau sedikit
walau mcm mana selisih paham pun
terguris hati pun
she will always forgive her daughters/son
sob sob sob

and i know
my mom nyer hati dan perasaan tgk anaknya
yang sedang mengapai2 mahu bangkit semula
aku actually tak nak dia tahu
and tak nak dia susah sama
tp memandangkan dia duduk sekali ngan aku
so semua perkara yang berlaku kt aku semua dia tahu

and this morning
aku benar2 rasa mcm nk lempang diri sendiri banyak2 kali
sebab buat ibu aku susah hati

sewaktu aku mahu melangkah ke pejabat
di depan pintu rumah she asked me

"angah ada duit belanja tak???"

mahu tak gugur jantung aku dengar
at this age....32 tahun.... ur mum still asking u about ur duit belanja
nk terjun je dari tingkat 12 rasanya waktu

and without looking at her face i replied
" ada bu...... kalau takda angah mintah"

and i cried like org gila dalam kereta otw ke pejabat
wpun pejabat dan rumah adalah sekangkang monyet

i'm sorry mom for hurting u with all these
i'm sorry make u worried

i just hope in ur solat u will always pray for me
pray for my happiness
pray that i'm strong enough to face all this
dugaan dr Allah swt

owhhh
thanx to my beloved hubby too
yang setiap 2 hari sekali bg duit belanja
wpun ........
ku sangat2 menghargainya

and thank you sebab bayarkan bil rumah
beli belanja dapur semua

and sorry sebab tak dapat sama2 menyumbang ringankan beban u

and i hope u will always pray for me too

cikweenkata : tak mampu nak teruskan entry ni.... meleleh2 plak air mato den ni ha....

xoxo-cikween

Thursday, August 21, 2014

I'M A BIG BIG GIRL

tahun ni tema kami
raya sederhana
ikut kemampuan kan

tak nak lah berhutang sana sini semata2 untuk raya

huhuhuu

so apa yang ada je lah
sampai kan gambar family pn tak amek

pelikkkkkk
aku pun terlupa
and seigt aku sampai hari ni aku tak salam pun suami aku
dh 25 syawal ni

hahahahaha
alah lgpun aku mmg selalu mintak  maaf kt dia
dek sebab mulut yg kadang2 takde insurans ni

lalalalala

lgpun ku tao suamiku faham sgt perangai aku
jd mesti dia selalu maafkan aku hahahaha
confident lah sangat

malam raya kedua dah ada kt kluang dh
ada bbq with in laws semua

gambar makan  memang tak amek
sebab siang tu ada berangin skit dgn suami
haaaaa ko salam pun tidak
manjang nak berangin

tapi makan tetap makan
dan melayan karenah anak2

own usah cita lah
dah sampai kluang memang lupa kt mak bapak
si kecil pun sama
mungkin sebab putrajaya terkurung dlm sangkar emas
bila dpt bebas mcm ni bukan main happy lah memasing nya

si own sekarang ni dh pandai
"i hate quarters"
"i hate apartment"

ko igt mak ko jutawan boleh beli rumah teres kt putrajaya ni

tapi mana tao Allah SWT makbulkan doa aku jadi jutawan satu hari nnt
aminnnnnn



mek lala ni lgsg tak nak duduk
especially bila tgk abang dia tak de dgn dia
nk ngekor je

bila bebudak ramai mcm ni
mcm2 lah aktiviti yang dorg buat
mek lala pun apa lagi 
join sekali


tak silap aku waktu ni dorg semua nak main lumba lari
tak jauh pun brapa meter je
dpan umah
mek lala ku ini nk lah join jugak


see orang lari dia pun lari
mcam dh besar je lagak ko dik
walhal jalan pun huyung hayang
tapi suka berlari2

kita lah risao kalau jatuh ke ape
tapi malam tu aku monitor je
bagi kebebasan kt dia
yerlah bukan selalu dpt main mcm ni
kt umah asek kena kurung je
hehehehehe

cikweenkata : beria2 aku taip tp bila part ending tak tao nak buat mcm mane

xoxo-cikween

Thursday, August 7, 2014

PERSAMAAN ANTARA SEORANG PA DAN PENAPIS AIR

gambar adalah sejenis penapis

dan aku juga adalah penapis
yer itu lah persamaan antara seorang PA cabuk mcm aku dengan penapis

setiap bebelan..jeritan...kau yang kena dengar dulu
walaupun bukan salah kau

pegawai lambat sampai ko kena marah
pegawai lambat bagi feedback ko kena marah jugak
pegawai buat kerja tak menepati piawaian dia ko lagi kena marah

eh pendek kata
mmg tiap2 hari ko kena marah atas kesalahan orang lain

tapi yang peliknya
bila si polan yang dia marah sangat tu dtg mengadap
boleh plak dia ckp elok2
takde plak nak tinggi2 suara

hurrmmmmm

pa ni mmg jadi penapis tao
penapis kemarahan
bebelan
umpatan

aku...jenis yg bukan batu api ni
diam je lah
buat muka takde perasaan

aku malas nk masuk campur
malas nak pk hal remeh temeh ni

and apa yg dia ckp aku tak penah nak sampaikan luar dari bilik aku
biar lah

dah nama pun seorang pa kan
dengar dan hadap je lah
sampai ko pencen

huhuhuhuhuh

cikweenkata : tak merungut pun...tp meluahkan perasaan...pendam lama2 sakit jiwa

xoxo-cikween

Tuesday, August 5, 2014

KEHILANGAN <--- SEDIH BERGANDA



minggu melayan kesedihan
huhuhuhu

for almost 13 yrs in perkhidmatan awam
this time aku btol2 terasan kesan akan kehilangan

kehilangan seorang pegawai yang sangat berdedikasi
kehilangan seorang pegawai yang berkawan tanpa memikirkan  pangkat
kehilangan seorang pegawai yang boleh berkongsi suka dan duka

she's so special to me
although gred 44 tp bila di luar perkara kerja 
dia seperti kakak

bila dapat berita pertukaran dia
aku jadi down... sedih

dah terasa dah 
tiada siapa yang akan melayan bebelan aku
cerita2 aku...
bagi nasihat
bagi kata2 semangat

tp dari sudut lain
im happy for her
yerlah dh brape tahun dia berulang dari seremban
now dpt tukar kt sana
alhamdulillah

masa yang dibazirkan di atas jalan
dpt dia gunakan untuk bersama keluarga
untuk anak2

dan aku tao 
dia akan jauh lagi sukses di tempat baru
di mana tiada kekangan 
tiada sekatan dalam bekerja
boleh mengeluarkan idea2 yang bernas
tanpa di tindas

im happy for you pn shikin

and thanx for being a great, wonderful, sweet officer

cikweenkata : dia tak baca pn blog aku...saje buat luahan hehehehehe

xoxo-cikween