thanx korang

Tuesday, September 24, 2013

SI BUDAK KUNYIT



yeay curi lagi gambar dari fb suami
hahahahaha

sedih tao sebenanyer sebab asek suami je selalu dpt amek gmbr gelagat cik lala dlm mcam2 aksi

huhuhu

ok ni dia budak yg dh di kunyitkan
atau dh dibedak langikan

ni semua gara2 campak keladi hari tu lah
alhamdulillah dh ok
so no more tak pakai baju yer dik

dah mandi dh boleh shampoo
kalau tak rambut bau masam lah dik

owwhh serius tak sabo nak balik rumah
nk cium and gomol2 ini budak

cikweenkata : campak keladi di di di di ku pn tak paham jenis2 campak ni

xoxo - cikween

Monday, September 23, 2013

6BULAN SUDAH

pejam celik...
pejam lagi tp jgn plak tak celik2
dh 6bulan dh my little sweet princess

happy 6th month birthday sayang

mcm dh lama tak update perkembangan dia kan
maknyer busy terlampau

huhuhuhu


tengok lah hah
ni gambar waktu 5bulan
tp dia dh nk duduk sendiri
cuma tak boleh duduk tegak lagi lah
tangan still tampung badan

geram je
riso takot dia tergolek ke ape

tp apa dia kisah semua tu

janji dia happy kan
ni antara aksi fav dia

selain ni dia suka gak letak pala kt lantai then konon2 angkat bontot mcm ni
nk bergolek lah konon

alahai dik baru masuk 6bulan dik

kadang2 diriku ini keliru jugak
prince ke princess ni hahahahaha

melasak tak hengat

minggu lepas demam 
demam panas.. sian tp mama kena kerja 
(ya allah kalau igtkan mengalir air mata ni)

demam panas + demam campak keladi

sian anak aku

sian sebab mama nyer tak boleh jaga setiap masa dek komitment keja
(tak nk citer lebih lanjut psl keja sebab buat hati sebak je)

serius kalau aku tak pk segala komitment yg ade ni
mmg aku dh berenti keja
tak larat dh weh
dgn persekitaran tempat keja yg mcm tu
pegawai2 and pt kt opis mmg best giler
tp tu arrrrrrrr

takper lah mungkin ada hikmahnya kan


catatan untuk anakku:

mama harap adik paham lh situasi mama ni yer
bukan mama tak nak jaga adik
tp mama tak boleh nak cuti2 suka hati mcm dulu lagi

adik doa lah 
mintak kat ALLAH murahkan rezeki abah
mama boleh berhenti keja and jaga adik kt rumah
mama boleh jaga adik
mama boleh jaga abg own yg semakin besar semakin nakal


cikweenkata : nnt nk buat entry khas utk abg own yg semakin nakal tu

xoxo-cikween


Friday, September 20, 2013

SAJA LAH NAK MENUNJUK KAN!!!

raya dh hbs baru ku hegeh2 nk upload gambar raya
tu pun gambar ku dengan suami

gambar anak2 belom ada kesempatan lagi nk upload

ini pun sebab dh upload kt fb
kalau tak mmg berjaman lah nk update kt blog ni

hahahahah

owh ye jgn plak kata aku nk menunjuk
mcm aku sorg je ada laki eh

saje nk up gambar ni sebab tema kami BLACK

black out ..........

cikweenkata : tak boleh pertikai tak boleh komen apa pun tak boleh...boooooo

xoxo-cikween

Thursday, September 12, 2013

KISAH 20SEN - MACAI JANGAN BACA SEBAB KORANG TAKKAN PAHAM


semalam selepas selesai menghadapi peperiksaan upsr 
sewaktu hendak menaiki kenderaan 4 tayar ku terlihat 20sen di jalanraya

ku memandang sekeliling tiada sesiapa
lalu ku masukkan ke dalam kereta

"rezeki 20 sen" 
walaupun kecil nilainya tapi bagi orang seperti aku, besar nilainya
sgt bermakna

isu 20 sen yang semakin hangat sekarang ini
lagi lah membuatkan hidup perlu lebih berjimat cermat

bagi aku 20sen tu besar
bagi aku mcm2 aku boleh save kalau takde kenaikkan 20 sen itu

tapi......kata-kata orang yang tak perlu nak tanggung adik2 belajar

"alah naik 20 sen je"

kata-kata orang yang tak perlu nak tanggung ibu bapa

"alah naik 20 sen je"

kata-kata orang yang banyak duit

"alah naik 20 sen je"

itu dari sudut pandangan orang kaya seperti kamu
yang tak perlu nak tanggung seoarang adik yang belajar di politeknik dan seorang lagi di kolej vokaysional
yang tak perlu nak tanggung kedua ibu bapa kamu
yang hidup kamu serba serbi sempurna
yang punya gaji 4-5-6 angka

tapi pernah kah kamu melihat dari sudut rakyat kecil seperti kami
rakyat yang terlalu terasa impak kenaikan 20sen

tapi siapalah suara2 kecil ini 
yang meratap dengan kenaikkan "alah 20sen jer" bagi kamu itu

takperlah kamu teruskan lah dengan konsep "redhamu"

dan aku akan terus memperjuangkan hak2 suarat kecil ini

cikweenkata : 20sen..... beli kuih kt opis 2 ketul = rm1.00 sedangkan sebelum umum 2 ketul = RM0.80 je

xoxo-cikween

Wednesday, August 28, 2013

KATA2 ORANG TUA

Orang Tua-Tua Kata, 

5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1) Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)

Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2) Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti. 


Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3) Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut. 


Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & Kekuatan Dalam Menjalani Kehidupan Bersama Anak-Anak & Isteri Tercinta Sehingga Syurga.. Ameen


cikweenkata : aku tak kata tp orang2 tua kata.....

xoxo-cikween

Tuesday, August 6, 2013

LAST DAY WEH

hari ni last day berkerja...of coz lah sapa yg keja last2 ni mood keja mmg dh takde kan...
walhal keja ade je selambak depan mata
tp serius ku tak lalu nak buat

walaumcm mana tak larat pun tetap kena settle jugak

huwaaaaaa

alhamdulillah persiapan raya semua dh siap

terima kasih sangat2 dekat suami sebab tahun ni mmg dia je yang keluar duit
huhuhuhu

tq so much ling..... sob sob sob terharu sebab dapat kasut raya baru

macam budak2 nak kasut baru....
mmg lah mtk kt suami nk kasut baru tp takde lah yg mahal2 kalau boleh pake vincci je
tp suami bg kebebasan pilih ape je yg ku nak

impian nk pake aldo tak kesampaian sebab design yg ku nak tu takde kt OU
selamat duit suami

walaupun suami swoh beli handbag sekali
kita kena gak pk ditahap mana plak pendapatan suami

yerlah suami iols tak keja beso mcm suami uols
keja sendiri je

tapi alhamdulillah rezeki utk kami anak beranak sentiasa ada

igt lagi tahun 2011-2012 gitu
pergghh time tu kewangan agak tak memberangsangkan
memang susah sangat terpaksa berjimat cermat...

sampaikan kawan2 yang ada waktu gembira pun lari

yang tinggal ada lah sorang dua yang selalu bg kata2 semangat and tolong sikit2

alhamdulillah kami berjaya bangkit semula dari segala kepayahan
jadi kawan2 yang mana tinggalkan kita
terkontang kanting tu nak datang semula mmg ku layan tak layan lah

sakit dalam hati masih terasa beb!!!!!

suami banyak merubah persepsi aku terhadap kehidupan
serius kalau dulu asek lah mengomen duit tak cukup itu ini bla bla bla
tp suami ajar pelahan2 jgn selalu merungut

jodoh...rahsia allah kan

walaupun personaliti aku ngan suami jauh berbeza tp kami sempurnakan satu sama lain
alhamdulillah

yerlah diri kita tak sempurna.... kenapa kita nak mengharapkan pasangan kita sempurna dari segala segi
seperti yang kita mimpi
tanpa kita cermin dahulu diri

ok sebelum bebel banyak2 lagi
nak wish selamat hari raya aidilfitri
mohon maaf kalau ada yang terguris dengan kata2 dalam blog ni

semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman

cikweenkata : entry bodek suami sebab banyak kuar belanja hahahahaha

xoxo - cikween

Monday, August 5, 2013

KENAPA LAMA DAN KEKAL KAWAN??

rentetan entry besday hari tu

ada yang bertanya....

macam mana aku dan mek boleh berkawan, bersahabat sampai ke tahap ini

jawapan aku senang je

dia seorang sahabat yang memahami aku....sanggup susah senang dengan aku...sanggup terima aku walau apa keadaan pn aku....tak terkejut bila tengok rambut aku mcm hantu bila bangun tido...tak kisah aku menyelit sekatil dengan dia dan emaknya bila aku takut dengar anjing bersahutan tengah malam...sanggup jaga aku waktu aku tak sihat...sanggup dengar leteran aku berjam2 lamanya....

isshhhh
kalau aku senaraikan memang banyak lah

tak terungkap....

aku memang tak ramai kawan
bukan sebab aku sombong
tapi aku memilih

buat apa berkawan kalau kita sakit hati

buat apa berkawan kalau tak pandai jaga hati

aku dan mek pun memasing tak pandai jaga hati masing2
tp kami tahu batasan nya

mek seorang kawan yang paling simple yang pernah aku ada
ada lagi sorang kawan aku waktu kt miti dulu
mas...simple orangnya

aku seorang yg simple jadi aku suka berkawan dengan orang yg simple mcm aku

alhamdulillah

mek memahami citarasa aku.....

dia tak ajar aku bermimpi utk bermewah2
dia tak ajar aku utk memakai barang2 yg punya jenama yang melampau harganya

kami selesa dengan cara kami

biarlah handbag tu berharga rm20 sekalipun
kami tetap pakai kalau ianya selesa

biarlah kami hanya bertshirt dan bersilapar ke midvalley sekalipun

asalkan hati gembira

tak perlu mengejar kebendaan
kalau kita tak berkemampuan

apa ada pada jenama
kalau di akhir cerita kita yang merana

kami selesa hidup bersederhana
biar lantak pi orang nak cakap apa


cikweenkata : sombong nyer ko...wakakaka ayat biasa yg ku dengar

xoxo - cikween

Friday, August 2, 2013

UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA

Actually ku dapat info dari FB
saja lah nak share ngan yg sudi membacanya

wah sejak ada anak kecil
manjang update pasal baby je

GOOD INFO:

Kalau kita nak angkat budak kecik yang umurnya 5 tahun kebawah, jangan kita main paut je tangannya semahu kita. Ini nasihat orang tua yg berapa nak tua ni haha..

Sebenarnya budak bawah umur 5 tahun ni tangan dia belum mampu untuk menampung akan berat badannya sendiri.. Lagi2 la budak yg baru2 nak merangkak dan baru pandai berjalan..

Ini kerana kalau budak ni terseliuh uratnya bukan budak tu boleh bercakap pun.. Dia akan nangis je malam2. Dan bila budak ni dah terseliuh urat di bahunya akan mengakibatkan budak ni deman.. Bagi ubat demam siangnya ok.. Bila malam je demam kembali.. Telinganya sejuk.. Dan kakinya juga sejuk.. Itu tandanya budak ni demam kerana uratnya terseliuh..

Kalau tak di urut.. Memang budak ni lama2 demamnya akan baik juga.. Tapi perhatikan kesan jangka panjang budak ni akan batuk berpanjangan. Selesema yg sukar nak baik.. Dan kalau tak di rawat juga akan menyebabkan budak ni bila besar nanti akan mendapat penyakit asma..

Ini nasihat orang tua2 pada saya.. Budak bayi umoamanya.. Jangan suka2 bagi orang timang2 anak kita kalau dia tak reti cara nak angkat bayi dengan betul..

Angkat budak yg sedang baring tolonglah tanggung kepalanya jangan sampai terdongak.. Kerana budak kecik ni urat lehernya masih lembut.. Kalau terseliuh urat kat area situ payah nak dibetulkan.

Dan kalau nak angkat budak yg baru2 berjalan ni angkatlah dengan cara mencekak di bahagian bawah ketiaknya.. Maksudnya jangan bagi beban berat badannya itu ditanggung oleh kedua tangannya masa kita nak angkat budak ni..

Budak kalau dah demam biasanya orang tuanya yg akan hilang sabar.. Asyik nangis je malam2.. Sudahnya kita marah2 budak tu kenapa dia nagis je..

Memang la dia nagis sebab uratnya sakit.. Tak selesa nak tidur..

InsyaAllah mudah2an sedikit info ini bemanfaat buat kita semua..

Wallahuaklam...


cikweenkata : masih belajar dan terus belajar

xoxo - cikween

Thursday, August 1, 2013

MAKAN KE TAK???

kesiannya tengok cik lala sekarang ni

ntah kenapa lately tiap kali orang makan dia tgk and mcm nak je

huhuhuuh

tp hasil googlean ku baby boleh makan start 6mth gitu 
huhuhuh

pastu ko google lagi

tanda2 baby dh bersedia untuk makan

Bagaimana nak tau anak kita dah bersedia untuk makan?

 Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu 
Adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.so far cik lala hebat jugak lah dlm duduk dalam tegak dan stabil.. tp dia ni lasak...sekejap je diammnya

• Duduk dengan baik apabila dipegang 
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu apabila dia sudah pandai duduk sendiri. part duduk ni ku belum test lagi..tp kalu duduk atas pangku tu dh ok dh

• Melakukan pergerakan mengunyah 
Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh. hurrmm tak suap lagi dia makan...sebab still tak berani....

• Berat badan telah naik secara sihat 
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda. berat ni cik lala dh naik dh sekali ganda... tp ku tetap tunggu lagi lah kot biar naik lebih skit lagi

• Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan 
owh cik lala part tengok orang makan...dengan dia dan badan2 dia pun ke depan 
hehehehehe


what say u people?

patut bagi makan ke tak????

ok gambar adalah hasil curik dari suami
mcm biasa hahahaha

waktu ni mcm baby boy plak
muka pun sedih and boring je

lala tunggu mama balik ok

cikweenkata : seronoknyer kalau dpt jd suri rumah tangga sepenuh masa

xoxo-cikween

Wednesday, July 31, 2013

BIRTHDAY SHOUT OUT!!!!!


hari ni hari jadi seorang kawan.....
seorang kawan yang takda galang gantinya dalam hati aku

walaupun dia jauh 
tapi dia tetap dekat di hati

happy birthday babe!!!!
my soulmate, my lesbo partner, my bff, my penasihat, my p.a, my kwn gaduh, my everything

semoga dihari kelahiran mu ini
hidupmu akan lebih bahagia.... murah rezeki, sihat selalu, dan dilindungiNya

terlalu banyak memori yang kita lalui bersama
susah senang
jatuh dan duduk 

semua kita bersama

kau selalu ada bila aku ketawa
kau tidak pernah tinggalkanku bila aku menangis

kau tempat aku luahkan segalanya

tempat aku membebel
tempat aku meluahkan idea2 setan

dan semua kau layankan je

dalam sesuatu persahabatan tipu kalau kita tak penah bermasam muka
tak bertegur sapa seminit dua

tapi itu lebih mematangkan persahabatan kita

aku tetap simpan janji kita 

"kalau ada rezeki biarlah kita tua bersama"






dan aku tetap tunggu
hari dimana kau akan kembali bertugas di sini babe

again

happy birthday....... (hadiah akan diberi kemudian sebab rayo bajet burst) hahahahha
hope our friendship kekal till jannah

cikweenkata : teringat memori lama mesti ku nangis....... persahabatan yang terlalu indah bagi aku

xoxo-cikween